Sunday 30 November 2014

Formula Sabar Dalam Kehidupan

Teks: Naimah Norman
Sumber Gambar: Google




Sabar itu indah. Sesuatu yang indah sudah tentu sangat bernilai dan memiliki keistimewaan. Mahalnya sabar kerana ia sifat Rasulullah. Sejarah islam telah mencatatkan kisah perjuangan Nabi Muhammad saw dalam menegakkan kebenaran. Islam adalah kebenaran dan sukar untuk menegakkannya tanpa kesabaran yang tinggi. Kerana perjuangan manusia agung (Nabi Muhammad saw), kita hari ini dapat nikmat iman dan islam. Sabar dalam islam bererti menahan diri dan hati daripada melakukan sesuatu perkara.

Sabar dapat difahami melalui tiga definisi;

1.Sabar menghindari perkara mungkar.
2.Sabar dalam melaksanakan ketaatan pada Allah.
3.Sabar menghadapi ujian/ malapetaka dalam hidup.

Untuk sabar, kita perlukan formula 2M iaitu;
1. Muhasabah
2. Mujahadah

Muhasabah bererti menilai kembali diri. Persoalan siapa diri kita? Apa matlamat kita? Ke mana arah kita? Muhasabah sehingga kita mampu menjadikan Allah segalanya untuk setiap sesuatu. Mujahadah pula bererti bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu. Melakukan dengan penuh tekun dan tabah walaupun pelbagai dugaan melanda. 

Dengan aplikasi 2M tersebut, ia membantu kita mencapai kesabaran. Kesabaran juga diperlukan dalam menghidari perkara mungkar dan dosa. Godaan nafsu dan syaitan akan sentiasa menghantui kita. Hati yang sering muhasabah dan mujahadah akan dapat merasa kesabaran dan keikhlasan. Manusia yang paling sukar digoda oleh syaitan adalah manusia yang benar-benar ikhlas.

Dalam melakukan ketaatan pada Allah juga perlukan kesabaran. Solat fardu merupakan ketaatan yang pertama akan disoal diakhirat. Ibadah solat perlukan kesabaran agar matlamat khusyuk dapat dicapai. Solat itu berat kecuali bagi mereka yang khusyuk.

Seterusnya Sabar dalam menghadapi ujian atau malapetaka dalam hidup. Ujian kesusahan dan ujian kesenangan. Dua-dua ujian itu perlukan kesabaran. Kesusahan kerana tiada wang atau harta perlukan kita untuk bersabar di samping berusaha. Berusaha dan berdoa dengan sabar. Kesenangan hidup yang diperolehi seperti wang yang banyak tiba-tiba datang. Bagaimana hendak bersabar? Sabarlah dalam mengawal diri daripada pembaziran dan menggunakan wang itu pada jalan keredhaan Allah. Duit yang banyak akan menggelapkan mata.

Maka bersabarlah! Perlu sentiasa ingat, kesenangan itu ujian dan kesusahan itu juga ujian. Sabar itu indah. Sabar itu bermakna dan penuh ganjaran. Allah bersama-sama orang yang sabar.

Wednesday 19 November 2014

Mengatasi Bayi Sembelit

Teks: Naimah Norman
Sumber Gambar: Koleksi Peribadi

Mohamad sudah berusia 6 bulan seminggu. Ketika awal-awal mama memperkenalkan Mohamad dengan makanan pejal, najis Mohamad tiada masalah. Cair dan berwarna kuning. Warna najis sangat mempengaruhi kesihatan bayi. Setiap kali Mohamad berak, mama akan lihat warna najis dan keadaan najis tersebut.

Mama bagi mohamad makan pure kentang dan lobak merah. Letak sedikit bilis kisar sebagai perisa. Ada rasa masin-masin lemak. Yang penting Mohamad suka makan. Seronok tengok anak makan. Mohamad jarang cerewet. Dia makan apa sahaja yang mama suap. Kadang-kadang sahaja dia akan tolak dan buat muka pelik terutama kalau makanan yang dimakannya itu tawar. Mama kenalah letak perasa original. Letak kurma, kismis atau ikan bilis. Berselera Mohamad makan. Asik bagi puri je dekat Mohamad, mama nak cuba bagi nasi bubur. Hari tu mama masak nasi bubur tambah lobak merah, kentang dan kismis. Bilis kisar sebagai perisa. Mohamad makan licin.

Tetapi keesokkan harinya mohamad berak dan mama lihat najisnya agak berketul. Kebiasaannya lembut dan cair sahaja. Dua kali dia berak, najisnya tetap begitu. Hati mama dah risau. ' Mesti anak aku ni sembelit' kata mama dalam hati. Bagi air masak banyak juga setiap kali selepas makan. Rasa bersalah pula bagi Mohamad makan nasi. Mungkin usus dia belum bersedia untuk menerima makanan berkanji itu.

Kebiasaannya Mohamad akan berak pagi dan petang. Dua kali sehari bergantung pada kuantiti makanan yang Mohamad makan. Sampai petang, mama lihat Mohamad seronok bermain, gelak-gelak bila diagah. Rasanya Mohamad tidak sakit perut. Elok sahaja main. Tapi hati mama resah dan risau kalau najis Mohamad jadi berketul lagi. Mama bagi Mohamad minum air yang dititiskan aroma bunga sejagat. Hanya satu titis sahaja dan suapkan kepada Mohamad.  Dalam 4 sudu juga dia minum.

Elok dia sambung main, tepuk-tepuk. mengesot ke sana ke mari. Mohamad merengek nak susu. Mama bagi susu, Selepas bagi susu Mohamad menerap main tepuk-tepuk lagi dan tiba-tiba 'uwwwek' dia muntahkan susu yang dia minum tadi. Banyak juga muntahnya. Mama lap mulut Mohamad dan dirikan dia, dia terlombat-lompat seronok macam tiada apa-apa berlaku. 'Hmm, mama punyalah risau, dia seronok pula, ishh'. Mama biarkan sekejap dia bermain sambil mama update blog dan facebook.

Tidak lama itu, Mohamad merengek. Kebiasaannya dia berak kalau merengek semacam dengan geliat-geliatkan badan. Mungkin tidak selesa rasa kotor. Mama dokong Mohamad dan hidu aroma semacam. Sah! memang Mohamad berak. Buka pempers. Ha! Inilah hasilnya;


Alhamdulillah. Lepas tu berak Mohamad tak berketul lagi. Tunggu sedikit bulan lagi baru nak perkenalkan Mohamad dengan nasi bubur. Hanya setitik aroma bunga sejagat. Berkesan. Insyaallah. Nak dapatkan aroma bunga sejagat boleh hubungi saya; SMS /whatsapp 0189069144.


Toksik Punca Penyakit Hati


Oleh NORAINON OTHMAN

MENGIKUT laporan Yayasan Hati Malaysia (MLF) tahun lalu, dianggarkan 2.5 juta penduduk di negara ini menderita penyakit hepatitis kronik dan jumlah itu tidak termasuk penyakit hati serius seperti jaundis serta sirosis hati (parut pada hati) akibat pengambilan alkohol.

Kombinasi makanan tidak berkhasiat, merokok, pengambilan alkohol, minuman berkarbonat, makanan dengan pewarna, pengawet dan racun perosak memberi kesan kepada organ yang bertanggungjawab menyingkirkan toksik dalam tubuh, menyebabkan seseorang itu terdedah kepada penyakit hati pada usia muda.

Wanita lebih terdedah penyakit hati sekalipun menjalani gaya hidup sihat tanpa mengambil alkohol dan merokok. Alat solek, barangan penjagaan diri dan rambut mungkin memberi kesan kepada sistem hormon kerana pelbagai jenis toksik daripada barangan berkenaan mudah menyerap melalui kulit.

Tambahan pula, wanita sering terdedah kepada produk pembersihan rumah yang mengandungi lebih 30 toksik dan bahan kimia yang menghakis, sesetengah daripadanya berbau harum yang memberi tanggapan salah bahawa ia bersih dan segar.


Antara gejala kemerosotan hati ialah gangguan sistem imun yang kerap menyebabkan penyakit yang memberi tekanan kepada tubuh dan boleh menyebabkan cepat tua, letih, mengantuk dan kurang daya tumpuan, kemurungan dan perubahan emosi, jerawat badan, cela pada kulit wajah, lingkaran gelap dan bengkak merah pada mata, peluh berlebihan dan badan berbau, masalah pencernaan, pedih hulu hati, kembung dan sembelit serta kurang toleransi terhadap makanan berlemak dan alkohol.

Pengarah Origine Sdn Bhd, Shailesh Waran berkata, mereka yang terdedah kepada penyakit hati disebabkan gaya hidup moden wajar mencari perubatan alternatif seperti Ayurveda iaitu kaedah perubatan tradisional India yang berasaskan herba, tidak mengandungi bahan sintetik, menjalani kajian klinikal serta digunakan oleh syarikat Barat.

Sebagai sokongan kepada perubatan moden, ia pilihan yang berpatutan ketika kos perubatan yang semakin meningkat.

Menurutnya, suplemen Ayurveda yang berasaskan herba, Kamilari yang diperkenalkan bagi membantu mencegah kerosakan hati, terbukti secara klinikal membantu merawat dan melindungi daripada serangan penyakit berkenaan.

“Sejak 1960, Kamilari berjaya membantu merawat mereka yang menderita pelbagai tahap penyakit hati seperti sirosis hati akibat pengambilan alkohol, hepatitis dan jaundis,” katanya.

Shailesh berkata, suplemen itu terbukti secara klinikal sebagai anti toksik hati, berupaya membantu mencegah kerosakan hati, selamat digunakan dan tiada kesan sampingan.

“Kamilari membantu meningkatkan sistem imun. Ia disyorkan kepada individu yang mengidap masalah hati berlemak, mereka yang mengambil minuman beralkohol, sirosis hati, jaundis dan hepatitis,” katanya.

Kamilari yang dilancarkan baru-baru ini, mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan bahagian kawalan ubatan India. Ia boleh didapati di farmasi terpilih di Kuala Lumpur.- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Toksikpuncapenyakithati/Article/#sthash.9yHTKDUz.dpuf

Tuesday 11 November 2014

Abah Inspirasi Perniagaan

Teks: Siti Naimah Norman

Sudah lama tidak menulis. Hampir seminggu sejak 6 november yang lalu. Hari ini sudah menghampiri pertengahan november. Penutup tahun 2014 semakin kemuncak. Kalau diikutkan tahun hijrah 1436 Hijrah, kita dah berada di tahun baru. Tetapi kebiasaan kita lebih mudah mengingati tahun kalendar kuda berbanding tahun hijrah. Betul tak?

Tahun baru semangat baru. Sebenarnya tidak perlu tunggu tahun baru untuk perbaharui azam,semangat dan perancangan. Setiap hari, semangat harus sentiasa ada dan tulis perancangan agar langkah setiasa teratur. Hari sabtu lepas, saya balik kampung setelah sebulan lebih tidak mengunjungi kampung halaman. Memang kebiasaan saya dan suami akan pulang ke kampung sebulan sekali. Hidup merantau memang terpaksa berkorban rasa rindu pada ummi dan abah di kampung. Abah sumber inspirasi saya. Melihat abah berniaga walaupun hanya berbekalkan van buruk yang tidak "beraicond' dan agak lusuh tempat duduknya, memberikan saya semangat untuk teruskan perjuangan perniagaan. Abah tiada pendidikan tinggi, tidak tahu pun asas perniagaan atau kiraan akaun untuk perniagaan, tetapi gigih berniaga. Abah berniaga tidak kisah jika untung sedikit. Kadangkala saya melihat abah berniaga ala kadar. Asalkan jalan perniagaan walaupun tiada perubahan sejak awal berniaga sehingga sekarang. Jika ada perubahan pun, abah berniaga menggunakan van berbanding dahulu menggunakan kereta. Abah tetap berniaga dan gembira melakukan pekerjaan itu. 

Abah kebiasaannya akan berniaga pada waktu pagi di pasar sekinchan. Berniaga buah-buahan seperti pisang, betik atau nangka. Abah hanya berniaga menggunakan van. Abah akan membawa buah yang hendak dijual dan apabila sampai ke pasar, abah akan buka bonet van dan terus menyusun buah-buhan yang hendak dijual. Dalam sehari boleh dapat dalam RM100 paling kurang bergantung kepada stok buah yang abah bawa. Tanpa segan, tanpa malu dengan berpakaian baju kemeja lusuh yang dipenuhi tompokkan getah pisang, abah akan berniaga bermula dari pukul 8 pagi sehingga 10 pagi. Begitulah rutin abah setiap hari. Tiada cuti melainkan ada kenduri keluarga atau hal yang melibatkan keluarga.

Apa pun kesusahan kita hari ini adalah untuk kemudahan kita pada hari esok. Teruskan perjuangan, terus majukan diri, berniagalah walaupun hanya sebiji buah. Moga sentiasa dimurahkan rezeki hendaknya. Sekian



Thursday 6 November 2014

Ulasan Kelas Blog Dan Fanpage Bisnes

Penemuan saya dengan ABDR?

Saya pun tidak ingat bagaimana saya boleh terjumpa mengenai kelas blog dan fanpage ABDR. Seingat saya, ketika itu saya sedang mencari maklumat mengenai pekerjaan semasa mengandungkan Mohamad. Oleh kerana banyak masa terluang, saya banyak membaca dan mencari peluang pekerjaan. Hajatnya nak buat persediaan untuk pekerjaan selepas Mohamad lahir. 


Kemudian, saya ada terbaca mengenai jana wang di rumah. Dari situ saya mengenali Puan Masayu. Saya ‘add’ dia di ‘facebook’ dan selalu baca penulisan dia di blog. Masa itu saya tidak tergerak lagi nak sertai kelas kerana saya pun tidak ada modal. Saya memang minat bisnes dan sedang berusaha untuk memulakan bisnes tetapi saya tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk bermula. Sebelum ini pernah bisnes online dan saya tidak berjaya mengembangkan bisnes saya itu. Sehingga berlaku lambakan stok yang tidak habis dijual. Dalam hati ini memang kuat tekad untuk teruskan lagi bisnes.

Selepas melahirkan mohamad, saya nekad untuk beralih ke bisnes lain. Saya miliki impian untuk kembangkan pusat rawatan holistik (Pusat Rawatan Hidroterapi Alkali) melalui jualan produk dari pusat rawatan. Saya merupakan pengamal perubatan holistik atau dikenali sebagai rawatan terapi gelombang warna sejak tahun 2006. Peristiwa yang menjadi rentetan kepada penemuan kaedah perubatan holistik ini adalah ketika ibu saya disahkan menghidapi kanser ovari. Daripada situ saya mula mengenali rawatan ini, sejak ibu saya dirawat sehingga sembuh sepenuhnya. Walaubagaimana pun ketika itu saya tidak menjadi pengguna tetap lagi. Sesekali sahaja saya jalani terapi kalau rasa badan lenguh-lenguh.

Alhamdulillah, dengan nekad saya dan usaha sungguh-sungguh saya berjaya jual dan ada keuntungan sedikit. Bulan kedua saya teruskan lagi tetapi jualan agak merosot dan saya rasa sangat penat. Cara saya promosi ketika itu, saya cari pelanggan dalam group facebook. Saya hantar ‘private massage’ pada mereka yang bermasalah. Kalau rezeki saya pelanggan itu berminat, adalah jualan saya, jika tidak memang suram. Saya termenung memikirkan bagaimana saya nak belajar supaya bisnes saya ini dapat saya kembangkan. Saya tidak boleh berterusan mencari pelanggan tidak tentu arah. Kepenatan saya tidak berbaloi kerana kadangkala 24 jam dengan facebook tetapi hasilnya tiada. 


Dengan modal yang ada hasil jualan yang lalu, saya laburkan untuk daftar kelas ABDR. Selama dua bulan saya pulun menyiapkan tugasan entri di blog saya, akhirnya hari ini saya berjaya siapkan. Di pertengahan jalan saya hampir kebuntuan kerana ketandusan idea untuk mengarang entri. Dengan nasihat, sokongan dan bimbingan guru saya, Puan Normie Mat Yusof, akhirnya saya berjaya menyelesaikan tugasan 44 entri dengan jayanya. Penulisan saya bukanlah yang terbaik dan banyak cacat cela. Tetapi daripada penulisan, ia banyak mengubah diri saya.

Sepanjang saya mengikuti kelas ini, saya banyak muhasabah apa kekurangan saya. Bertanya pada diri bagaimana kekurangan ini dapat diperbaiki. Saya lebih kenali diri saya, minat dan kemahiran saya yang dahulunya terpendam dapat saya garap kembali. Memang benar, kadangkala orang lain boleh melihat kekuatan kita sedangkan kita tidak sedar pun apa kekuatan kita.


 Saya mula menyedari kekurangan ilmu saya mengenai bisnes yang ingin saya kembangkan. Perkara itulah juga yang menyumbang kepada kebuntuan saya ketika menyiapkan entri dalam blog. Setelah membuat pembacaan dan kajian, minda saya mula berfikir dengan kreatif dan mendapat idea untuk menghasilkan penulisan dalam blog. Asalnya target saya adalah dalam masa sebulan untuk menyiapkannya tetapi kerana pelbagai halangan yang melanda, target saya itu telah terbantut sehingga dua bulan baru dapat menyelesaikan 44 entri.

Banyak yang saya pelajari untuk menghasilkan blog berpengaruh dan belajar menulis dengan fokus dan konsisten. Blog yang saya hasilkan sebelum saya sertai ABDR memang banyak kelemahannya dan saya tidak konsisten menulis. Dalam kelas ini, bukan sahaja saya belajar menulis, tetapi saya temui semangat baru, keyakinan dan peluang untuk saya kenal dengan ramai usahawan. 


Walaupun hanya belajar melalui online, tetapi semangat bisnes itu semakin membara dalam diri saya dan saya rasa kekuatan untuk memperbaiki kelemahan dalam bisnes saya. Melihat usahawan lain berjaya, terdetik juga rasa cemburu untuk mencapai kejayaan yang sama seperti mereka. Insyaallah. Moga perjalanan saya untuk terus maju dalam bisnes dipermudahkan Allah. Saya akan terus belajar dan mengkaji. 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan segala nikmat yang tidak terhitung nilainya. Inilah ulasan saya mengenai kelas blog fanpage penulisan dan dropship yang saya sertai. Saya juga ingin memperkenalkan diri saya sebagai pengurus online ABDR. Jika anda inginkan perubahan dalam diri dan ingin terus maju dalam bisnes, usahalah untuk mencari ilmu kerana apabila kita lakukan sesuatu tanpa ilmu yang betul, kita mungkin akan temui kegagalan. Saya adalah orang yang pernah kesesatan dalam bisnes dan hari ini juga saya belum berjaya dalam bisnes yang sedang saya usahakan. Namun, saya akan terus berusaha, Insyaallah. Maju bisnes untuk agama.

Hubungi saya untuk mendaftar kelas ABDR. Anda boleh hubungi saya melalui;
Email: naimahnorman@gmail.com
Whatsapp: 0189069144

Wednesday 5 November 2014

Indahnya Harga Sebuah Kemaafan


Sumber Gambar: Google
Kisah seorang lelaki berumur 50 tahun, miliki segalanya wang harta, kereta, rumah, isteri dan anak. Namun dia tidak miliki ketenangan. Dia cuba mengingati apa yang pernah dia lakukan sepanjang hayatnya. Barulah dia teringat ketika berumur 17 tahun, dia pernah membuatkan hati ibunya terluka dengan kata-kata "Mak takde otak ke" dan membaling seluar jin ke muka ibunya itu.

Saban tahun, dia telah meminta maaf setiap kali hari raya menjelma. Tetapi sehingga umur 50 tahun dia tetap rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupannya. Lantas dia pulang menemui ibunya dan meminta maaf pada ibunya atas kesalahan kerana mengeluarkan kata-kata 'Mak takde otak ke" dan kerana membaling seluar jin ke muka ibunya.

Dalam kehairanan ibunya berkata "mengapa kamu meminta maaf nak, setiap kali hari raya kamu sudah meminta maaf dan mak sudah maafkan" Dia merasa hairan sikap anaknya yang bersungguh-sungguh meminta maaf.

Lelaki itu menjawab; "Ya mak memang saya minta maaf tetapi saya tetap rasa tidak tenang. Saya teringat kesalahan saya pada mak ketika saya umur 17 tahun, saya mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling seluar ke muka mak. Saya betul-betul minta maaf mak. Mak maafkan saya". Rayu lelaki itu dengan tangisan.

Melihat keadaan itu, ibunya berkata;" mak ingat apa yang pernah kamu lakukan pada mak. Semuanya mak ingat. Ketika kamu mengeluarkan kata-kata itu dan ketika kamu membaling seluar ke muka mak, hati mak terluka. Mak ingat semuanya. Mak maafkan kamu nak". Dalam linangan air mata dua beranak itu berpelukkan.

Lalu pulanglah lelaki itu semula ke rumahnya. Dengan tidak disangka-sangka anaknya yang selama ini tidak pernah menghormatinya terus mencapai tangannya bersalaman dan memohon ampun.


'Ayah maafkan saya kerana saya banyak buat salah dengan ayah. Maafkan saya kerana selama ini saya tidak menghormati ayah. Kita tidak pernah meluangkan masa bersama. Mari kita makan bersama ayah,. Masyaallah, dengan sekelip mata sahaja anaknya itu telah berubah sejurus lelaki memohon ampun pada ibunya.

Indahnya harga sebuah kemaafan. Kadangkala rasa tidak tenang itu mungkin kita ada melukai hati ibu bapa kita. Maka mohon ampunlah pada mereka. Kerana kejayaan mereka hari ini bukan kerana semata-mata usaha kita, tetapi juga kerana berkat doa ibu bapa kita.

Sumber: Tanyalah Ustazah (Ustazah Nor Baiyyah)

Sifat Usahawan


Teks: Siti Naimah Norman

Assalamualaikum.

Perkongsian Hari Ini.

-Hari ini tonton rancangan 'Celik Hati" oleh Prof Muhaya. Topik yang dibincangkan ialah usahawan. Menurut Prof Muhaya, antara ciri-ciri usahawan adalah seperti berikut:



  • "Usahawan yang keladak akan sentiasa di bawah, tidak proaktif dan sentiasa negatif. Elakkan sifat tersebut".

  • "Usahawan berjaya akan memikirkan sesuatu yang dapat memberi manfaat pada orang lain, bukan sekadar kejar untung dan lihat duit sahaja".

  • Usahawan akan buat sesuatu yang diminati dan suka apa yang dibuat.

  • " Usahawan yang berjaya akan belajar daripada kesilapan, sentiasa nilai diri dan dekatkan diri dengan Allah"

  • Seorang Usahawan Akan:
    1. Buat perancangan
    2. Ubah strategik
    3. Pastikan perniagaan bersih dan bayar zakat
    .



Monday 3 November 2014

Perkaitan Rapat Antara Warna Dan Tubuh Anda


Rawatan Alternatif 2000
Oleh Dr Norhisham Wahab

Masih ingat lagi akan petua orang tua-tua apabila seseorang itu menghidap beguk di leher? Biasanya bahagian bengkak di leher akan di sapu nila (sejenis bahan pewarna kebiruan diguna untuk memutihakan kemeja putih) dan dua tiga hari kemudian bengkak tersebut akan hilang. Ramai mengaku bahawa nila sebagai ubat alternatif lebih berkesan, murah dan mudah daripada antibiotik dalam mengatasi masalah beguk ini?

Apa sebenarnya kehebatan nila dalam penyembuhan penyakit tersebut? Mungkinkah wujud perkaitan rapat antara warna dan tubuh anda?

Menurut Dr.Norhisham Wahab pensyarah kinesiologi gunaan, hal ini boleh dijelaskan menerusi pendekatan Terapi Getaran Warna atau Colour Vibration Therapy. "Warna memainkan peranan penting dalam menyembuh, memberi tenaga dan menyeimbangkan tenaga pada tahap-tahap tubuh yang berbeza. Setiap elemen kimia dan benda-benda hidup di dunia ini mempunyai ciri-ciri rajah tenaga warnanya tersendiri. Ini termasuk tubuh badan anda dimana bahagian kepala dinaungi warna-warna lembayung di mana putih diibaratkan kunci mahkota kepada segala warna," terang Dr. Norhisham.

Dr. Norhisham juga merupakan seorang saintis, pakar kinesiologi serta pengasa perubatan Terapi Getaran Cahaya (Colour Vibration Therapy) yang pertama di Malaysia. Beliau merupakan lulusan Open International University, Jerman. (Kinesiologi digunakan dalam bidang perubatan tradisional sebagai satu kaedah yang sangat berkesan dalam mengenal pasti dan membetulkan tekanan serta ketidakseimbangan dalam badan.Ini dilakukan menerusi ujian otot bio-maklum balas atau muscle testing bio-feedback).

Kinesiologi diguna secara meluas di luar negara. "Pengamal kinesiologi tidak perlu bertanya pada pesakit mengenai penyakitnya, hanya dengan mengenal pasti punca melalui simptom yang dialami pesakit. Sebenarnya perkataan ‘penyakit’ itu sendiri tanpa disedari boleh melemahkan sistem imunisasi seorang pesakit dan menyukarkan penyembuhan," kata Dr. Norhisham.

Seterusnya Dr. Norhisham berkata bahagian leher diliputi warna kebiru-biruan yang menjadi kawalan sistem immune tubuh anda dari serangan virus. Dan warna ini akan terganggu apabila seseorang itu menghidap penyakit seperti beguk maka, nila digunakan bagi mengembalikan warna biru yang terganggu di bahagian ini, jelas Dr. Norhisham. Warna hijau segar meliputi dari bahagian dada hingga pangkal perut yang mengawal perasaan, sementara warna kuning meliputi bahagian perut. Bahagian pinggul pula dilingkari warna merah.

Sambungnya lagi, warna merah lebih sesuai dipakai pada bahagian pinggang ke bawah dan bukan sebaliknya. Begitu juga dengan pemakaian inai di jari dan kadangkala di tapak tangan atau kaki pengantin dikatakan boleh merangsang getaran hormon kesuburan lelaki dan wanita.

Warna merah sering dikaitkan dengan warna penyakit kerana itulah orang tua-tua menyuruh kita masuk ke dalam rumah ketika menjelang malam (maghrib) kerana langit ketika itu berwarna kemerah-merahan atau warna amaran. Jika begitu, mesej apakah yang ingin anda sampaikan apabila memakai blaus merah?

Terapi Getaran Warna: Merawat dan Penyeri Wajah

Terapi Getaran Warna atau Coloru Vibration Therapy dikatakan kaedah rawatan kesihatan dan kecantikan yang pertama diperkenalkan di negara ini. Ia boleh dianggap sebagai kaedah rawatan terkini alaf 2000 kerana ia berkesan, murah dan tiada kesan sampingan serta boleh mengubat pelbagai penyakit termasuk barah dan ketagihan. Terapi ini amat terkenal di negara-negara Barat yang maju malah, Dr. Norhisham pernah cuba memperkenalkan barangan seumpamanya buatan England di sini. Namun usaha ini tidak berkesan apabila beliau menyedari bahawa rumusan yang digunakan tidak sesuai dengan geografi negara ini.

Hari ini, Dr. Norhisham telah menghasilkan rumusan Terapi Getaran Warna dengan memerangkap tenaga getaran tumbuh-tumbuhan tempatan menerusi teknologi canggih dimakmal German Malaysian Scientific Ideas (GMSI), Kuala Lumpur. Himpunan barangan rawatan Terapi terdiri daripadaa 20 botol ‘butir gula tebu’ dengan rumusan getaran warna pelbagai tahap untuk bahagian anggota tubuh tertentu, sebotol minyak aromaterapi dan sebotol kecil pencuci wajah.

Getaran Tenaga dan Warna

Dunia di antara dua cahaya atau sempadan warna sebenarnya diukur dalam Islam sebagai ‘peralihan waktu sembahyang’. Waktu-waktu peralihan ini adalah permulaan cahaya-cahaya baru dengan warna mulai terbentuk. Penyembuhan atau penyakit paling aktif berlaku dalam tempoh ini, contoh subuh dan menjelang malam. Maka warna adalah kuasa rawatan yang amat berkesan kerana tubuh anda diselubungi dan dipenuhi dengan tahap-tahap meridian kuasa warna ‘pelangi’ yang paling menakjubkan.
Jika anda mengalami gangguan tiroid, waktu paling berkesan untuk kemam ‘gula tebu’ ialah antara 6.00 hingga 7.30 pagi di mana langit berwarna kebiru-biruan, warna bahagian kerongkong.

Sambung Dr. Norhisham, "Setiap orang mempunyai tahap getaran tenaga yang tersendiri, sama ada tinggi atau rendah. Setiap orang juga dapat mengawal tahap getarannya bagi menyamai tenaga orang yang sedang bercakap dengannya agar perbualan berjalan lancar. Pemikiran positif pula memberi tahap tenaga getaran yang tinggi, begitu juga sebaliknya".

Sementara penyakit merupakan tenaga getaran yang rendah. Untuk mengembalikan tahap getaran yang tinggi, anda perlu ceria, bersyukur dan yakin dengan kehidupan. Kini anda pasti faham kenapa tukang andam sering menyuruh pengantin supaya mengunyah sirih ketika bersanding bagi mengatasi perasaan gemuruh, degupan jantung yang kencang! (Bahagian jantung dinaungi warna hijau).


Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...