Tuesday 30 September 2014

Kanser Ovari


Teks: Siti Naimah Bt Norman
Foto: Roaha cg





Selepas Ummi saya melahirkan anak sulung iaitu kak long saya. Ketika itu umur kak long 10 bulan, ummi disahkan mengandung lagi. Namun kehamilan itu tidak berkembang menjadi janin malah membentuk ketulan daging seperti anggur atau istilah biasa yang digunakan ' mengandung anggur'. Selepas kandungan anggur dilahirkan, tiada tanda-tanda umi menghidapi penyakit sehingga abang saya dilahirkan 4 tahun kemudian. Kami adik beradik jarak umur 4 tahun semuanya. Kak long saya berumur 35 tahun, abang berumur 30 tahun, saya 26 tahun dan adik berumur 22 tahun.

Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku. Kemungkinan sisa dari mengandung anggur itu telah menjadi ketumbuhan dalam rahim umi. Segalanya diketahui sewaktu saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara(Uitm) cawangan Perlis pada julai 2006. Pada masa itu, Ummi kerap tidak sihat dan saya belajar jauh, hanya bertanya khabar melalui telefon kerana susah nak balik selalu. Bila balik hari raya, sedih melihat umi semakin kurus dan pucat. Berat badan ummi susut. Ummi yang dulunya berat 90kg turun hingga 60kg. Mungkin di sebabkan tidak lalu makan, rasa sesak dada dan risau memikirkan penyakit. Memang umi kerap rasa sakit bahagian bawah perut dan bila mengurut bidan kata ada ketulan daging dalam rahim umi. Kami sekeluarga pun tak syak umi menghidap kanser ovari. Masa berlalu dan kebetulan Allah nak pertemukan kami dengan rawatan cara alami. Ketika itu, kak long saya ada seorang kawan baik yang mencadangkan umi berubat dengan pak cik dia menggunakan kaedah Rawatan Ozon Hidroterapi Alkali(Raoha). Waktu itu, kami sekeluarga tidak terdetik pun nak pergi hospital untuk rujukan. Hanya berpandukan doktor di pusat rawatan tersebut. Selepas doktor di pusat rawatan itu membuat pemeriksaan terhadap ummi, doktor sahkan memang ada ketumbuhan dalam ovari ummi dan sedang membesar.

Ummi meneruskan rawatan itu sehingga sembuh. Bermula dari tahun 2006 sehingga 2010, ummi telah dirawat. Rawatan yang digunakan sangat selesa dan bersifat alami. Masa yang agak lama untuk dirawat kerana ummi pernah mengambil ubatan dadah kerana ummi menghidapi darah tinggi. Untuk membolehkan ubatan semulajadi serasi dengan tubuh badan umi, segala toksid hasil daripada memakan ubatan dadah dulu perlu dibersihkan dari tubuh. Kaedah rawatan menggunakan rendaman air beralkali dan siraman ais. Semua ubatan menggunakan sumber semulajadi yang berasaskan bunga-bungaan, tumbuhan dan makanan sunnah, habbatussauda. Dari situlah kami sekeluarga mengenali kaedah rawatan alami ini dan antara produk yang digunakan seperti aroma bunga sejagat, ekstrak habbatussauda, pil pati bunga dan 'green coffee' untuk minuman (campuran habbatussauda dan alfalfa). Alhamdulillah, Ketumbuhan dalam rahim ummi telah mengecut dan umi kembali sihat dan ceria. Sehingga sekarang tahun 2014, kami masih terus membuat rujukan di pusat rawatan ini jika ada masalah kesihatan.














Saturday 20 September 2014

Usah Malu Berniaga Walaupun Hanya Gula-gula Seposen

Green Coffee, Ekstrak Bunga Habbatussauda dan Aroma Bunga Sejagat


Teks: Siti Naimah Norman
Foto: Koleksi Peribadi


Hari raya tahun lepas adalah hari raya pertama saya bergelar seorang isteri. Sebulan sebelum saya berkahwin saya telah berhenti kerja dengan niat untuk mengikut suami berhijrah ke negeri Melaka.  Alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan dari urusan perkahwinan dan mencari rumah sewa. Menetaplah saya bersama suami di Melaka.

Sambutan hari raya kebiasaannya memang tidak meriah jika tidak berkumpul dengan sanak saudara. Balik kampung masa raya tiada masalah sangat bagi kami suami isteri kerana kedua-duanya duduk di negeri yang sama iaitu Selangor. Pagi balik rumah mak mentua dan petang pula boleh balik umah mak sendiri.  Teringat saya, ketika hari raya sewaktu itu saya dan suami bersalam-salaman dengan sanak saudara, ada seorang sepupu  saya bertanya;
“Eh, kau duduk melaka ye sekarang? Kerja apa di sana?” saya pun menjawab; “ Ha’ah duduk Melaka, dekat alor gajah. Sekarang ni tak kerja lagi, tengah nak cari kerja”. “ooo, jadi suri rumah la ni ye” dia cakap lagi. Gaya seolah-olah memandang rendah. Saya hanya menjawab dengan senyuman yang kelat. Sebenarnya waktu itu saya sudah mula menjual ‘green coffee’, habbatussauda dan aroma bunga sejagat secara atas talian, namun di sebabkan jualan yang agak ‘kaku’ ketika itu saya segan mengaku yang saya menjual produk-produk tersebut. Kemudian dia cakap; “Sayanglah kau ada ‘degree’, penat je belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja”. Saya pun kata “ insyaallah, ade rezeki saya kerjalah.”

Itulah pengalaman saya sewaktu mula-mula menjual produk-produk itu. Rasa malu hendak mengaku berniaga dan mempromosi produk. Apa yang bermain di minda saya ketika itu “produk ni orang tak berapa kenal, nanti aku jual ada ke orang nak beli”. Ayat apa aku hendak cakap dengan orang, susah nak yakinkan orang  dan semuanya kata-kata negatif yang tidak membantu langsung.  Sedangkan saya bercakap dengan orang yang saya kenal, iaitu sepupu saya dan sepatutnya saya boleh mempengaruhi  dia untuk membeli produk saya. Sudah terlepas peluang saya mendapatkan pelanggan. Berlalu begitu sahaja.

Situasi seterusnya berbeza ketika di Melaka. Saya dan suami pergi ke bank untuk membuat buku bank yang hilang. Sementara menunggu giliran, saya cari kerusi untuk duduk. Ramai orang ketika itu, tapi saya dapatlah tempat duduk di kusyen yang empuk lagi tu. Di sebelah saya adalah seorang wanita bersama mak cik yang agak lanjut usianya. Mungkin ibunya, teka saya. Saya pun mengisi borang untuk membuat buku bank yang baru. Saya terlihat borang yang sama dipegang oleh wanita itu. ‘ Barangkali kes sama dengan aku la ni, buku bank hilang’. Saya kata dalam hati. Kemudian kami berpandangan dan berbalas senyuman.  Saya pun memberanikan diri menegur wanita itu; nak buat buku baru ye?  “Ha’ah, nak buat buku mak ni” jawab wanita itu. “Samalah kita ye”. Balas saya pula. Kami pun berkenalan, dan wanita itu bertanya pekerjaan saya. Saya menjawab ‘Sekarang ni tengah nak cari kerja,tapi saya berniagalah sikit-sikit ‘green coffee’. Saya pun menerangkan semua khasiat-khasiat produk itu yang salah satu ramuannya adalah alfalfa. “ha’ah ye, alfalfa bagus untuk kesihatan”kata wanita itu menyokong. “ Saya berniaga atas talian ‘facebook’. Tambah saya lagi. “ owh, yeke, akak tak aktiflah ‘facebook ni’, ‘whatsapp’ ada? tanya wanita itu. “Ada kak”, jawab saya dan memberikan nombor  telefon saya. Kami bertukar-tukar nombor telefon. Saya pun menghantar gambar produk itu pada wanita tersebut.


Selesai urusan di bank, kami bersalaman dan berbalas senyuman. Sampai di rumah selepas pulang dari bank, saya mendapat pesanan di ‘whatsapp’; “Salam dik, kak nak cubalah produk tu”. “Wa’alaikumussalam kak, boleh kak” jawab saya. “ nanti akak singgah rumah adek ye” balas wanita itu lagi. “ ok kak” jawab saya ringkas. Alhamdulillah, wanita itu telah menjadi pelanggan produk saya.

 Lihat! Bagaimana komunikasi yang berseni mampu mendorong orang lain menjadi pelanggan produk kita. Yang paling penting jangan malu untuk promosi produk walaupun kita hanya menjual gula-gula seposen. Siapa tahu gula-gula seposen yang hanya dipandang sebelah mata dan tidak mendapat perhatian ramai bakal menjadi produk yang laris di pasaran? Bak kata pepatah melayu; Hendak seribu daya, tidak mahu seribu alasan”. Seni dalam berkomunikasi mampu menarik pelanggan, walaupun anda hanya menjual gula-gula seposen

Thursday 18 September 2014

Menulis Sebagai Terapi


Teks: Siti naimah norman
Sumber Gambar: www.google.com


Menulis itu mudah tetapi untuk sampai ke hati itu susah. Bukan semua yang kita tulis mampu diselami oleh hati pembaca. Jadikan aktiviti menulis sebagai terapi. Terapi inilah yang akan merawat hati dari sedih menjadi gembira, dari suram menjadi ceria dan dari lemah menjadi kuat. Bagaimana yang dikatakan menulis boleh menjadi terapi? Apabila kita menulis, kita telah meransang otak kita untuk berfikir dan secara tidak langsung lebih banyak neutron yang dihasilkan oleh otak kita. Apabila banyak neutron terhasil, maka otak kita akan lebih aktif dan ia mendorong kita menjadi lebih kreatif.


Berfikir dan mencari idea yang sesuai dengan penulisan kita sangat menyeronokkan. Ketika menulis juga kita turut meransang perasaan kita. Apabila sedih kita luahkan dalam bentuk tulisan, maka perasaan kita akan lega dari kesedihan itu. Apabila kita rasa motivasi diri kita lemah, tuliskan kata-kata semangat, maka semangat itu akan datang dalam diri. Penulisan mampu mempengaruhi perasaan kita. Tidak percaya? Cuba anda tuliskan apa yang anda rasa tentang diri anda, kelebihan anda, kekuatan diri anda dan keistimewaan anda.

Apabila anda telah tuliskan semua tentang diri anda itu, kemudian anda baca dan otak anda akan merakam tulisan itu. Lama kelamaan perasaan keyakinan akan datang. Contohnya; anda tulis 'Saya seorang yang berfikiran positif dan bersemangat tinggi'. kemudian anda lihat tulisan anda itu setiap hari. Jangan pelik jika hari demi hari anda sedang menuju menjadi seorang yang berfikiran positif dan bersemangat tinggi.  Ada sesetengah orang tidak mampu mengakui apa keistimewaan diri kerana tiada keyakinan diri. Puncanya apa? Salah satunya tiada penulisan terakam dalam otak anda. Jadi bagaimana untuk mendapatkan keyakinan itu? Anda perlu tulis keistimewaan itu.

Otak kita mengandungi lebih dari 100 billion sel. Ianya lebih hebat daripada komputer yang paling hebat yang pernah diciptakan. Hargai otak kita dan gunakan dengan sempurna. Saintis mengatakan, kebanyakan manusia hanya menggunakan 2% sahaja daripada kehebatan minda kita. Dan masih banyak lagi ruang yang belum lagi diterokai. Ramai antara kita yang mengalami masalah low self esteem, di mana mengatakan kita ni tak sehebat orang lain, orang lain lagi hebat dari kita dan kita tak mampu melakukan sesuatu yang hebat. 

 Selagi kita memiliki masalah self esteem ini, dan sabotaj diri kita sendiri dengan kata-kata negatif ini, selagi itu, kita tidak dapat mencungkil keupayaan sebenar minda kita. Jadi, langkah pertama adalah, ubah suara-suara yang terdapat DALAM DIRI KITA SENDIRI. Bukan suara orang lain pun. Sering kali, ianya adalah suara kita sendiri yang meng-sabotaj dan mengatakan kita tidak boleh. Hargai minda kita. Apa yang kita fikirkan dalam minda kita adalah apa yang kita akan hasilkan luaran kita. -Irfan Khairi

Wednesday 10 September 2014

Obses Dengan Seni

Teks: Siti Naimah Norman

Tidak dapat dinafikan seni dalam kehidupan tidak boleh berpisah. Saya seorang yang sangat obses dengan seni. Melukis merupakan salah satu minat saya terutama melukis wajah manusia. Lukisan saya tidak la secantik mana jika nak dibandingkan dengan pelukis- pelukis hebat diluar sana, tetapi bila dapat menghasilkan sesuatu lukisan itu, ia adalah satu kepuasan.

Teringat saya ketika sekolah rendah sewaktu darjah tiga, saya masuk pertandingan melukis, tema waktu itu berkisarkan 'kempen anti dadah'. Antara gambar yang saya lukis ialah tengkorak, jarum dan saya warnakan ia menggunakan warna air. Saya menang tempat ketiga waktu itu. Punyalah seronok. Waktu kanak-kanak bila dapat hadiah main seronok lagi. Bermula dari itu, saya mula sedar yang saya miliki bakat melukis. Pernah saya dimarahi ummi kerana warnakan lukisan menggunakan warna air. Yela waktu itu kanak- kanak, buat kerja comot-comot. Habis lantai dengan warna sana sini. Memang la ummi marah. Waktu itu Ummi garang sangat. Dek kerana takut dimarahi saya pendamkan sahaja hasrat hendak melukis.

Tahun demi tahun, bila masuk sekolah menengah, bakat melukis itu kian malap dek tiada semangat dan dorongan. Tapi hati saya tetap nak cuba melukis, bila  datang kembali dorongan melukis itu, saya lakarkan lukisan saya pada kertas A4 kosong. Saya lebih suka melukis menggunakan pensil Tanpa warna. Lukisan hitam putih atau dipanggil nostalgia. Kadang-kadang bila mengantuk ketika mengulangkaji pelajaran, saya mula melukis. Memang hilang ngantuk. Kebanyakkan lukisan yang saya lukis potret  wajah manusia.

Bila berpidah sekolah menengah, dengan jadual asrama, dengan keadaan diri yang baru hendak sesuaikan diri dengan tempat baru, hobi melukis saya mula kurang di tumpukan. Sewaktu tingkatan empat lagi saya sudah mula membuat persiapan untuk peperiksaan SPM. Sebab saya sedar saya tidak pandai mana, jadi saya perlu rajin. Terasa tercabar dengan rakan- rakan baru. Minat melukis mula saya lupakan. Sewaktu di sekolah asrama, penuh dengan pengisian agama. Pernah suatu ketika ada bab mengisarkan tentang haram melakar lukisan. ' Antara mereka yang dilakna adalah pelukis'. Tersentap saya dengan pengisian itu, terus saya buang semua lukisan saya. Punyalah saya sangat taksub ketika itu. Maka terpadamlah seketika minat saya itu.

Inilah antara lukisan yang tinggal sebagai kenangan. Kebanyakkan lukisan lain telah saya buang. Potret ummi dan abah saya.


Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...