Friday 31 October 2014

Suri Rumah Harus Produktif

Teks: Siti Naimah Norman.

Kerjaya: Suri Rumah Bekerjaya
Pejabat: Rumahku Syurgaku

Menjadi suri rumah harus produktif. Walaupun duduk rumah tetapi boleh menghasilkan sesuatu. Bukan menghasilkan lemak di badan sahaja tau. Berhasil menambah pendapatan. Tidak dapat dinafikan duduk di rumah memang seronok. Rumahku syurgaku. Kita bebas melakukan apa sahaja. Tiada kengkangan masa, tiada desakan untuk menyiapkan sesuatu urusan rumah tangga. 

Lulusan ijazah tetapi duduk di rumah? Pelikkah? Zaman sekarang sudah tidak janggal ramai graduan diploma, ijazah duduk di rumah. Selepas berkahwin, ada anak dan duduk di rumah. Ia buka suatu yang janggal. Ijazah bukan jaminan kepada pekerjaan. 

Tohmahan dan kritikan orang lain terhadap suri rumah yang duduk di rumah tetapi berkelayakkan ijazah?

Zaman ibu bapa kita 60an atau 80an memang tidak menjadi kehairanan jika wanita menjadi suri rumah. Tetapi pada zaman kini, ia ibarat suatu kepelikkan apatah lagi jika wanita itu ada ijazah. 

Rumah adalah pejabat bagi suri rumah. Kerja suri rumah daripada urusan; memasak, membasuh, menyapu, lipat kain, lap lantai, lap meja dan menguruskan anak. Anak pula bayak ragamnya. Bila kita hendak memasak, waktu itulah dia nak bermanja. Nak didokong selalu. Kadangkala pening kita nak selesaikan kerja. Kadangkala kerja tak jalan langsung. Tergendala kerana terpaksa dahulukan anak. Bukan kerja yang mudah. 

Pekembangan internet telah memberikan impak yang besar kepada pekembangan bisnes. Bisnes online adalah cara yang paling sesuai untuk menjana pendapatan terutama bagi suri rumah. Bekerja tetapi dalam masa yang sama tidak meninggalkan urusan rumah, urusan anak dan suami. Ada masa berkualiti bersama anak dan suami. Gunakan masa yang ada untuk memperolehi pendapatan, walaupun hanya duduk di rumah.

Cukupkah kalau suami sahaja yang bekerja? Soal cukup atau tidak itu bukan keputusan kita, ia keputusan Allah. Allah pemberi rezeki. "Kita mesti berusaha, baru Allah bagi rezeki". Benar! Kita memang perlu berusaha.

Persoalannya cara bagaimana untuk berusaha?. 

Jika kita memilih bekerja di luar rumah, kita ada komitment di luar rumah dan komitment dengan bos di pejabat. Kita tidak boleh persoal kenapa kita perlu ikut arahan bos kita di pejabat. Dia tuan kita, jadi kita perlu patuh. Sesuatu yang kita perlu korbankan iaitu masa bersama anak. Tidak dapat dinafikan ramai suri rumah bekerjaya yang berjaya menguruskan masa berkualiti dengan anak dan suami dalam pada masa yang sama berjaya mengurus urusan rumah tangga. Saya sangat kagum kerana saya belum capai tahap itu. Saya teringin ingin bekerja dan ada pendapatan bulanan yang tetap dalam pada masa yang sama urusan keluarga tidak diabaikan.  

Mengapa saya memilih kerjaya di rumah?

"Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend
perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu."

(Masayu Ahmad, penulis Ebook Super wahm,super mom)

Tidak bosankah menjadi suri rumah?

Memang agak bosan kerana saya pernah duduk di rumah dua bulan selepas berpindah ke Melaka. Sebelum kahwin bekerja, jadi bila duduk rumah agak janggal. Memang seronok 
pada mulanya. Saya mengurus kerja rumah tangga, masak, mengemas dan sebagainya. Selepas urusan selesai, kadangkala saya tidak tahu nak buat apa. Duduk sahaja tonton televisyen kadangkala sampai tertidur. Bosan juga pada mulanya. Dalam pada masa yang sama saya memohon untuk mengajar. Permohonan itu saya buat di Jabatan Agama Islam Melaka dan Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah. Saya tidak pernah terfikir untuk serius dalam perniagaan. Angan-angan untuk buka bisnes memang ada, tetapi ia tidak mencambah menjadi impian.Hanya angan-angan kosong yang berlegar di minda.

Alhamdulillah dua-dua permohonan saya diterima tetapi kerana tawaran mengajar dari Jabatan  Agama Islam Melaka sampai dulu, saya terima tawaran itu dulu. Sebelum dapat tawaran itu memang kerja saya di rumah sahaja. Menunggu jawapan permohonan kerja saya. Jika bosan saya pergi naik motosikal ke pekan Alor Gajah. Kurang sikit rasa bosan. 
Semasa kandungan mencecah 6 bulan, hadir minat saya untuk membuat krafttangan butang baju daripada felt. Saya berjaya juga jual dalam 50 butang baju comel. Sehinggalah kandungan sarat, saya sudah tidak larat nak teruskan projek. Ia tergendala hingga sekarang. 

Sekarang ini, selepas melahirkan anak, Mohamad sudah masuk 8 bulan. Selama 8 bulan juga saya bergelar suri rumah yang bekerja di rumah. Alhamdulillah saya gembira dengan kerjaya saya. Bagi anda yang ingin memulakan kerjaya di rumah tetapi tidak tahu bagaimana, anda boleh hubungi saya di naimahnorman@gmail.com atau whatsapp saya 0189069144. Insyaallah saya akan bantu anda. 


Miliki Sekarang!
E-Book Super wahm, super mom.
RM25











Thursday 30 October 2014

Pemakanan Untuk Bayi Dan Ibu Mengandung

Teks: Siti Naimah

Ini antara sumber makanan yang perlu diambil perhatian bagi ibu mengandung. Ia sebagai rujukan mudah ibu-ibu. 

1. Amalkan makanan yang tinggi kalsium  

Kalsium penting bagi menyokong pembentukan tulang dan memberikan nutrisi kepada bayi. Ibu berperanan untuk mendisiplinkan diri mengambil makanan yang sihat. Antara makanan yang tinggi kalsium adalah seperti susu. Ianya bersifat alkali dan mampu merawat gastrik. Amalkan pada waktu minum pagi atau minum petang. Elakkan mengambil bersama makanan yang tinggi zat besi kerana ia akan menganggu penyerapan zat kepada tubuh.  

Kalsium juga dapat memastikan kesihatan jantung, darah, otot dan saraf. Sebahagian tulang bayi terdiri daripada tulang kartilaj iaitu tisu yang lembut dan fleksibel. Ketika kanak-kanak mengalami pertumbuhan tubuh yang pesat pada usia bayi dan persekolahannya, kartilaj membesar dan digantikan perlahan-lahan oleh tulang dengan bantuan kalsium dan sebaik usia mencecah 25 tahun, proses ini menjadi sempurna. 

Antara Sumber Kalsium

Produk tenusu
1. Susu Kambing (Susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu)
2. Keju
3. Yogurt
4. Tauhu
5. Roti

Sumber kekacang
1. Badam
2. Kacang Tanah

Sayuran
1. Brokoli
2. Bayam
3. Kailan

Makanan laut
1. Ikan Sardin (Bukan yang dalam tin). Makanan proses kurang baik diamalkan.
2. Ikan Bilis
3. Ikan Salmon


2. Ambil makanan yang berzat tinggi  

Pemakanan tingi zat besi peting kepada bayi dalam rahim kerana darah yang mengalir kepada bayi tersebut akan membantu tumbesaran bayi. Ia juga penting bagi mengelakkan emenia atau kekurangan sel darah merah. Ia penting bagi mengelakkan ibu mengandung mengalami tumpah darah selepas bersalin. Paras homoglobin perlulah 11 ke atas sebaiknya.

Antara Sumber Makanan Yang Mengandungi Tinggi Zat besi

1. Kurma
2. Jambu Batu
3. Bayam



Wednesday 29 October 2014

Tuliskan Kasih Sayangmu Wahai Suami Dan Isteri

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Koleksi Peribadi

Kasih sayang adalah sesuatu yang bersifat subjektif. Mana mungkin untuk menulis sesuatu yang subjektif. Tidak boleh dipegang, dilihat dan hanya boleh dirasa melalui hati. Kita selalu dengar kata-kata ini “ Jika sayang, luahkan”. Luahkan bermakna sampaikan dengan kata-kata. ‘I Love U’ sesuatu yang sukar hendak diluahkan apatah lagi bagi seorang lelaki. Mungkin juga ada lelaki yang tidak sukar meluahkannya. Bagi seorang lelaki, mengapa hendak luahkan dengan kata-kata, bukankah lebih mudah kita praktikkalkan dalam bentuk perbuatan. Jika sayang, jaga isteri dengan baik, hadiahkan bunga atau apa-apa yang isteri sukai. Itu sudah memadai menunjukkan yang dia sangat menyayangi isteri. Begitu juga bagi seorang isteri, sediakan keperluan suami,  makanan, pakaian dan menjaga anak dengan sebaiknya. Itu membuatkan suami rasa isteri menghargainya.

Kadangkala ada juga jenis isteri yang suka memaksa suaminya meluahkan kasih sayang. “ Suami saya tidak pernah sebut ‘I Love U’, saya saje yang beria-ia. “Masa awal-awal kawen saje sebut, bila dah kawen dua tiga tahun, takde dah ‘love-love’ ni”. Bila saya cakap pada suami; “saya sayang abang”, suami saya diam saje. Rungutan kebanyakkan isteri.

Lelaki memang begitu. Kita sebagai isteri perlu memahami fitrah semulajadi lelaki. Kasih sayang  susah hendak diluahkan dalam bentuk kata-kata. Namun tidak dinafikan ada juga lelaki yang boleh meluahkan dengan kata-kata. Sifat romantik itu adalah sunnah kerana ia sifat Nabi Muhammad. Seorang isteri bertanya; “Bagaimana hendak romantik jika suami tidak romantik”. Boleh wahai isteri. Romantik bukan hanya dengan kata-kata tetapi perlu dengan perbuatan. Bukan dengan bercakap sopan lembut dengan suami. Bukan semata-mata perbuatan dan kata-kata. Tetapi melalui tulisan. Bagaimana? “Takkan nak bagi surat cinta pula tulis surat cinta. Dah duduk satu rumah, takkan nak berutus surat pula ye”. Seperti zaman dahulu pula berutus surat cinta. Teknologikan ada.  Sms? Boleh juga. Tapi sudah biasa buat.

Bagaimana?

Di sini saya bagi contoh mudah. Ketika menyediakan sarapan atau menu tengahari, hiaskan hidangan dengan tulisan kasih sayang. Selain daripada baca, doa surah Thoha ayat 1 hingga 5, tuliskan sesuatu yang melambangkan perasaan kasih dan sayang seperti gambar di bawah.



Percayalah gelombang perasaan dari si isteri tadi akan terpantul kepada makanan yang dihidangkan kepada suami tadi. Cubalah jika tidak percaya. Buat dengan penuh perasaan dan ikhlas. Kalau makanan tak sedap pun akan jadi sedap tau. Sebagai isteri, jika inginkan suami romantik, kita yang harus memulakan dahulu. Insyaallah.  Anda akan melihat perubahan. Sekian perkongsian. J



Sunday 26 October 2014

Hijrah Rasulullah Yang Praktikal Pada Zaman Ini



Teks: Siti Naimah Norman


Erti hijrah bermakna berpindah. Pada Zaman Rasulullah hijrah dikatakan berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Penghijrahan Rasulullah dan umat islam dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Untuk mengembangkan lagi islam. Hijrah ketika itu merupakan suatu perpaduan dan penyatuan kaum Muhajirin dan Aansar. Rasulullah disambut dengan penuh kegembiraan setibanya di Madinah. 

Pada zaman kini, apa sebenarnya erti hijrah. Secara praktikalnya ramai akan setuju mengatakan hijrah bererti tukar cara fikiran, tindakan dan hati. Jika dahulunya kita orang yang jahil agama, berhijrah kepada orang yang mencintai agama, Mendalami agama dan melaksanakan agama dengan sebenar-benarnya. Ramai orang ada agama tetapi tidak melaksanakan dengan sebetulnya. Perkara paling asas dalam agama yang akan menjadi perkara pertama yang akan disoal di akhirat besok ialah solat. Bagaimana kita melaksanakan solat bukan adakah kita solat. Memang kita solat tetapi adakah solat kita itu dilaksanakan. Solat tetapi di akhir waktu, solat tetapi bersendirian. Apa penilaian pada solat kita. Kita perlu tanya diri kita. Hijrah perubahan diri, sikap dan cara berfikir perlu dilaksanakan. Azam dan berusaha mencapai azam tersebut. Usaha tanpa jemu. Insyaallah. Di sertai juga dengan doa dan menjaga tuntutan agama barulah usaha kita diberkati Allah.

Sebenarnya hijrah juga praktikal untuk kita fahami sebagai penghijrahan dari suatu tempat ke suatu tempat. Mengapa ianya praktikal? Kita ambil contoh bidang pekerjaan. Pengalaman bekerja saya sebagai guru hampir setahun lebih tetapi dalam setahun itu ada tiga sekolah saya mengajar. Jika pergi temuduga semestinya sayalah orang pertama yang akan ditolak kerana pengalaman kerja kurang memuaskan. Saya bekerja dalam ketegori kerja kontrak. Kontrak tamat selepas tiga bulan. Selepas itu perlu memikirkan hendak sambung kontrak atau cari kerja lain. Memang tiada pilihan waktu itu. Pekerjaan sangat terhad dengan kos sara hidup di bandar Shah Alam. Walaupun begitu hati saya gembira. Walaupun saya tidak memiliki gaji yang besar tetapi saya memiliki harta bernilai iaitu ilmu. Di bandar Shah Alam yang penuh dengan majlis ilmu. 

Ok, sekarang, bukan kita hendak cerita pengalaman kerja saya tetapi fokus kepada bidang kerjaya. Jika kita bekerja di suatu tempat dan tempat itu menawarkan gaji yang tinggi. Gaji yang sesuai dengan kelayakkan kita. Contohnya tangga gaji bagi pemegang ijazah ialah RM2000 ke atas. Kita pun menerima tawaran tersebut, tetapi setelah seminggu bekerja, kita dapati semua pekerja termasuklah bos tidak mendirikan solat. Hanya kita yang solat dan tempat solat pun tidak disediakan di pejabat kita bekerja itu. Kita yang perlu cari di luar pejabat. Mungkin jika kita ada iman yang kuat, kita akan bertahan dan bersabar melihat sahaja kemungkaran di depan mata. Semakin lama kita bekerja semakin banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Bos minta kerja disiapkan secepat mungkin. Jika kerja pagi, perlu pastikan ianya sudah disiapkan sebelum tengahari. Bagai 'lipas kudung' kita menyiapkan. Sampai waktu zohor, ada sedikit lagi kerja yang perlu disiapkan. Bos sudah membebel minta kerja dihantar. Bagaimana tindakan anda ketika itu?

Tentu kita akan pulun menyiapkan kerja tu bukan? Itulah ujian. Semakin hari semakin banyak kerja perlu disiapkan. Kita semakin kerap lewat solat dan kadangkala solat seperti 'ayam patuk tanah'. Semakin hari dengan suasana tempat kerja yang tidak ada ciri-ciri agama sedangkan bos beragama islam dam kebanyakkan pekerja beragama islam. Ketika itu, hijrah tempat perlu kita praktikalkan. Itu baru kita lihat satu contoh, banyak lagi contoh lain yang mana manusia itu tidak mahu berpindah sedangkan keadaan sekeliling tidak membantu untuk mereka menjadi lebih baik malah mendorong ke arah kemungkaran. Sebab itu dikatakan konsep hijrah pada zaman Rasulullah masih praktikal pada zaman kita. Zaman yang manusia sibuk mengejar harta dan mengumpul wang. Jika masih berada di tempat lama, kita masih kekal jahil dan semakin leka dari agama, sebaiknya hijrahlah ke tempat lain. Insyaallah ia akan membuka kepada rezeki yang lain. Rezeki yang tidak disangka-sangka. 




Saturday 25 October 2014

Memaksa Diri Untuk Kebaikan itu Pahit, Tetapi Hasilnya Manis.

Teks: Siti Naimah Bt Norman
Foto: Koleksi Peribadi




Kadangkala dalam melakukan kebaikan kita sering tidak istiqomah. Tidak tetap dan tidak berterusan. Kadangkala buat, kadangkala tinggal. Ada masa kita buat banyak, ada masa kita tinggal terus. Untuk istiqomah perlukan mujahadah. Mujahadah bermakna bersungguh-sungguh. Cara mujahadah adalah dengan memaksa diri melakukan walaupun rasa hati berat. Rasa berat ini boleh jadi dua sebab. Pertama di sebabkan nafsu dan yang kedua di sebabkan hasutan syaitan. Dua perkara ini kita tidak nampak dengan mata kasar dan jika kita yang lemah iman akan tewas. 

Rasa malas buat kebaikan juga adalah suatu petanda kepada masalah nafsu. Ikut nafsu akan lesu. Jangan salahkan nafsu semata-mata kerana kita yang mesti berusaha mencari jalan agar nafsu kita akan terdidik. Dalam surah Al Maidah ayat 35 Allah menyatakan;

"wahai-wahai orang beriman, bertaqwaklah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepadanNya dan berjihadlah(berjuang) di jalanNya, agar kamu beruntung.

Bukan mudah untuk melakukan sesuatu kebaikan secara berterusan. Semuanya berbalik kepada hati. Apabila hati berat, usahakan jasad untuk tidak berat sama dan tetap terus bergerak. Cuba paksa diri untuk melaksanakan kebaikan itu. Contohnya solat sunat dhuha. Solat sunat pembuka rezeki. Solat ini mampu memberikan kesan kepada kehidupan seseorang selain jiwa yang tenang, insyaallah akan dibukakan jalan dan pintu rezeki. Dua rakaat sebelum waktu zohor ketika selepas syuruk kira-kira pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Cubalah paksa diri untuk lakukan walaupun kita tidak biasa. Kita akan lihat hasilnya luar biasa dan sangat manis.





Salam Tarbiyah

Melahirkan Cara Alami

Teks: Siti Naimah Norman
Foto: Koleksi peribadi





Melahirkan anak adalah suatu yang menyeronokkan. Ia suatu nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan gembira, terharu dan bahagia semua bercampur baur. Setiap wanita mengimpikan untuk melahirkan anak dan memiliki zuriat dari rahim sendiri. Kenangan melahirkan anak sama ada melalui normal atau pemedahan memberikan pengalaman bermakna buat diri wanita itu.

Wanita itu Allah kurniakan organ bernama rahim. Hanya wanita yang memilikinya kerana sifat Allah Ar Rahim yang bermakna yang maha pengasih. Hikmahnya wanita dipilih memiliki rahim kerana wanita itu sendiri bersifat pengasih. Penuh kasih sayang dan kelembutan. Wanita dipilih untuk melahirkan dan menjadi ibu kerana sifat kasih yang ada pada wanita itu sendiri.

Sebagai wanita sudah tentunya kita mahu melahirkan anak dalam suasana yang penuh keselesaan, kedamaian dan penuh keyakinan. Kita hayati kisah ketika Maryam ibu nabi Isa  semasa hendak melahirkan berada di tepian sungai di bawah rimbunan pelepah pohon tamar. Dalam Al Quran telah tercatat dalam surah Maryam ayat 22- 25. Antara ayatnya berbunyi;

 " kemudian akan rasa sakit melahirkan memaksanya bersandar pada pangkal pohon kurma"

Ketika melahirkan itu, hanya Maryam keseorangan diri. Ini membuktikan bahawa wanita itu sangat kuat walaupun secara fizikalnya kelihatan lemah. Melahirkan anak cara alami adalah mengikut firah kejadian wanita itu sendiri. Melalui proses melahirkan tanpa paksaan, tanpa ada orang lain yang menganggu emosi  si ibu dan melahirkan dengan semulajadi. Mana mungkin Allah yang menjadikan wanita itu miliki kekuatan untuk menampung bayi dalam rahim, tetapi tidak mampu pula untuk melahirkan. Jika tiada apa-apa masalah kesihatan, mengapa perlu dipaksa kelahiran itu.


Paksaan bersalin ni dipanggil 'induce'. Dimasukkan ubat pil atau melalui tiub untuk membuka laluan kelahiran. Risiko apabila ' induce' ini adalah kemungkinan jalan kelahiran akan buka, 10 cm tapi kadangkala kedudukan bayi tinggi  atau jauh lagi dari pintu kelahiran. Boleh jadi juga apabila sudah cukup bukaan, si ibu pula sudah kehabisan tenaga kerana sakit menahan kesan daripada ubat 'induce' tadi. 

Untuk mengeluarkan bayi, kemungkinan akan menggunakan alat bantuan seperti 'vacum' atau 'forcep'. Ia berisiko kerana melibatkan kepala bayi yang masih lembut dan kemungkinan akan berlaku kecederaan. Kemungkinan lain, mungkin juga jalan kelahiran tak buka langsung. Hanya 2 cm selama 28 jam di bilik bersalin. Bayi kemungkinan akan tertekan, tekanan nadinya akan lemah  dan risikonya kemungkinan akan di bedah untuk menyelamatkan bayi itu. Pelbagai kemungkinan akan terjadi. Melahirkan cara alami dan rasa sakit semulajadi bukan paksaan. Insyaallah Allah mendengar doa hambanya. 



 

Buat Sesuatu Biar Sampai Jadi

Teks: Siti Naimah Bt Norman

Memasang angan-angan adalah lumrah dalam kehidupan termasuklah diri saya. Berangan yang disertai dengan usaha akan mencipta impian. Tetapi untuk bertahan meneruskan pemburuan impian itu kadangkala kita tersungkur. "Saya berangan nak miliki kereta sebelum umur 30tahun".  Hari-hari saya tengok kereta di jalan raya. Kalau keluar rumah saya akan 'usha' kereta orang. Rasa-rasa boleh jadi impian ke angan-angan saya itu?

Sudah tentu tidak kerana tidak disertai dengan usaha. Usaha perlulah bersungguh-sungguh. Belum sampai matlamat yang kita ingin capai itu sudah ada naluri hati ' boleh ke nak capai impian ini, ' nak beralih kepada impian lain la', 'nanti kejap' dan pelbagai kata-kata penangguhan. Kadangkala kita mudah terleka dengan angan-angan. Sepatutnya kita memasang impian dan menulis impian itu. Kalau boleh lukiskan impian itu. Saya percaya cara itu berkesan kerana ia lebih terpatri dalam minda kita. Saya pernah memasang impian untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM pada usia 18 tahun, Memiliki ijazah pada usia 23 tahun, bekerja pada usia 24 tahun dan berkahwin pada usia 25 tahun. Saya lukiskan impian saya itu. Alhamdulillah Allah memakbulkan impian saya. Lukisan di bawah ini saya lukis pada 21 April 2006. Sewaktu menunggu keputusan SPM. Siap ada tandatangan lagi tu.



Sekarang umur saya 26 tahun, saya memiliki suami dan seorang anak. Rasanya banyak lagi impian yang saya perlu lukiskan. Jika tidak ia hanya menjadi angan-angan yang berlegar di minda. Memasang impian itu menyeronokkan dan minda mesti sentiasa optimis. Bukan mudah untuk mencapai sesuatu impian. Kadangkala lain yang kita impikan, lain pula yang kita dapat. Itu namanya takdir ketentuan. Tetapi kita mesti berusaha baru kita boleh katakan ianya takdir bukan berserah semata-mata. Ia adalah konsep tawakkal sebenar dalam islam. Berusaha sedaya upaya barulah berserah kepada Allah. Tiada urusan yang lebih baik daripada urusan Allah. Perancangan Allah itu yang terbaik.

Saya pernah mengimpikan untuk bergiat aktif dalam bisnes. Ia hanya angan-angan sewaktu saya di universiti. Saya pernah belajar subjek bisnes 'Entrepreneurship'. Belajar dan merancang membuka sesuatu bisnes. Masa itu saya dan kumpulan saya buat bisnes printing baju. Tapi itu hanya perancangan atas kertas untuk pembentangan. Secara realitinya bisnes itu bukan sahaja atas kertas, ia perlu usaha yang berterusan dan tidak putus asa. 

Alhamdulillah sekarang mula belajar dan mengajak orang lain untuk bisnes. Bisnes kecil-kecilan sahaja. Mulakan dari yang kecil baru kejar yang besar. Ini tips untuk memotivasikan anda mencapi impian. Lukiskan impian anda. Insyaalllah ia akan menjadi doa. Moga tips ini bermakna. Jom mula bisnes. Bagi anda yang berminat untuk sertai ABDR. Ada beberapa kelas bisnes ditawarkan. Fahami setiap kelas dan hubungi saya untuk mendaftar, whatsapp 0189069144.

Antara ketegori kelas;


Salam Bisnes
Pengurus Online ABDR

Friday 24 October 2014

Takdir Sebagai Usahawan

Teks: Siti Naimah Norman



Saya hidup dalam keluaga yang sederhana. Abah mengambil upah membawa jentera berat dan umi bekerja sebagai pembantu di kantin sekolah. Masa itu saya tingkatan 3, umi selalu buat kuih untuk dijual di kantin. Antara kuih yang umi buat kuih karipap sardin dan pulut sambal. Saya selalu sebelum pergi sekolah selepas solat subuh saya akan bantu umi bungkus kuih. seronok sangat dapat tolong umi sebab umi bagi upah dalam Rm30 ringgit. sebuan. Besar nilai wang pada saya waktu tu. Dalam pada masa yang sama, abah berniaga di pasar pagi di sekinchan. Abah berniaga buah seperti pisang, nangka dan kelapa pandan. Abah membeli dengan pembekal dan menjualnya semula di pasar. Umi juga ada mengambil tempahan biskut raya bila hari raya menjelma. Biskut sampan adalah yang paling terkenal sekali. Saya dan adik yang selalu menjadi pembantu. Kami sekeluarga boleh dikatakan setiap kali hari raya tidak pernah membeli kuih raya. Semua buat sendiri hasil air tangan umi.


Saya ingat lagi, setiap pagi saya akan tolong umi bungkus kuih sambil membaca buku. Sebelah kanan dulang kuih dan sebelah kiri buku nota. Malam sebelumnya umi akan masak kuih atau uli adunan sampai siap dan besok harinya baru bungkus atau goreng. Mengulangkaji pelajaran sambil membuat kuih sangat seronok tambahan pula waktu subuh semasa otak tengah segar menyerap maklumat seperti span menyerap air. Siap membungkus kuih, saya akan bersiap untuk ke sekolah. Saya tumpang membonceng motor dengan sahabat saya masa itu yang bernama Siti Nurul Fatihah. Dialah sahabat karib saya masa itu. Sampai sekarang kami masih berhubung walaupun sudah ada keluarga sendiri. Apabila saya telah pindah ke sekolah asrama penuh. Umi tidak lagi bekerja di kantin, tetapi bisnes biskut raya tetap diteruskan. Bila balik cuti hari raya, saya akan tolong umi siapkan tempahan biskut raya. Kadangkala sampai tengah malam menyiapkan tempahan. Biskut raya punya pasal. Dapatlah upah RM100. Seronok rasa dapat duit raya. 


Semasa menyiapkan tempahan biskut raya itu, saya adalah berangan-angan suatu hari nanti saya nak berniaga biskut raya. Nak kembangkan biskut warisan ummi tetapi ketika itu masih mentah, tiada ilmu dan sokongan, impian saya berkubur begitu sahaja. Sekarang ini, apabila musim perayaan, ummi masih mengambil tempahan biskut raya tetapi tidak banyak seperti dulu. Adik pun sudah menyambung pelajaran dan terhad masa untuk membantu ummi. Saya pula sudah berhijrah ke melaka. Tiada siapa hendak membantu. Cuma kak long yang akan membantu apa yang sempat memandangkan dia ada anak kecil anak buah saya, Arif berusia 3 tahun. 

Sekarang ni apabila saya bersendirian saya terkenangkan kenangan semasa dulu, saya rasa bersyukur kerana diberi peluang terlibat dalam bisnes tanpa saya sedari. Memang kadangkala semasa membantu ummi membuat kuih itu saya ada juga merungut kepenatan. Memang penat tak tahu nak di ceritakan. Jari terkena pisau la dan terkena dulang panas. Semua itu kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Lagi satu kenangan yang paling saya ingat ialah biskut hangit. Terlalu leka menekap adunan biskut,lupa nak tengok biskut yang dibakar dalam oven. Hikmahnya, apabila saya lihat kehidupan saya hari ini, terlibat dalam bisnes walaupun bisnes online, ia adalah nikmat disebalik pengalaman saya dahulu. siapa sangka saya akan boleh berniaga. Membina keyakinan untuk meyakinkan orang lain dengan produk saya. Alhamdulillah pengalaman yang manis.

Apabila saya sertai ABDR, saya lebih dapt melihat bisnes itu secara meluas. Bisnes bukan untuk kaya semata-mata tetapi bisnes adalah medium yang akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Bila bercakap mengenai bisnes mesti orang akan kata ' businesswomen'? kaya lah kau ye". Apa yang kaya bukan duit, tetapi hati. Bukan mudah mendaki tangga kejayaan bisnes. Kadangkala sampai separuh jalan, kita akan mengalah kerana tidak kuat hadapi cabaran dalam bisnes. Kejayaan itu  sebuah perjalanan dan perjalanan itu penuh dengan ujian. Harapan saya agar bisnes yang saya ceburi ini dapat mendekatkan diri saya dengan tuhan, merapatkan silaturrahim saya dengan manusia dan menambah nilai dalam kehidupan saya. Menjadi usahawan ini takdir saya dan saya yang memilih takdir ini. 

Bagi anda yang ingin mengembangkan bisnes yang sedia ada atau ingin mulakan bisnes tetapi tidak tahu, anda boleh sertai kami ABDR. Daftar dan anda akan diserap ke dalam kelas online dan boleh terus mula belajar latih tubi RM100 sehari, belajar dapatkan semula modal dan belajar promosi produk. Pendaftaran adalah setiap hari dan ahli menjelang akhir tahun ini dijangkakan akan menghampiri 1000 ahli. Anda perlu fahami ketegori setiap kelas yang ditawarkan dan mendaftar apabila sudah bersedia.



   
Antara kelas yang ditawarkan ABDR adalah:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.


2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Untuk pendaftaran mana-mana kelas pilihan, hubungi saya, selaku pengurus online bertugas :

Email : naimahnorman@gmail.com
sms / wtsapp :0189069144

Dropship Cara Bisnes Yang Mudah


Teks :Siti Naimah Norman

Rujukan : Carian Goggle Dan Blog http://anysidayu.blogspot.com/2013/04/bisnes-dropship.html
Foto: Google

Apakah itu dropship?

Dropship adalah kaedah perniagaan yang mudah dan boleh dilakukan secara sambilan. Bagi mereka yang baru mula-mula berjinak dalam bisnes, dengan modal yang tidak seberapa adalah mustahil untuk anda membeli borong barang yang hendak dijual. Mungkin agak janggal bagi mereka yang belum mengetahuinya lagi apakah itu kaedah dropship. Dropship sebenarnya salah satu cabang perniagaan internet cara mudah. Bisnes dropship ini semakin mendapat perhatian ramai terutamanya pelajar universiti, suri rumah dan sesiapa sahaja yang mencari pendapatan sampingan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar untuk memulakannya.

Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes,mereka pasti mahu bisnes yang meminimakan modal. Dropship ini adalah salah satu cara bisnes tanpa modal! Jana keuntungan tanpa modal adalah sesuatu yang tidak mustahil jika kena pada caranya. Bagi yang berminat untuk memulakan perniagaan tanpa menegeluarkan modal yang besar dan tanpa perlu menyimpan stok anda boleh memilih untuk melakukan bisnes secara dropship.

Kaedah Dropship

Dropship adalah memerlukan anda mempromosi barang tersebut di laman sosial, laman-laman pengiklanan dan sebagainya. Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok ataupun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan. Bila anda dapat tempahan, anda hanya perlu hubungi pembekal produk tersebut dan pembekal itu sendiri yang akan menghantarkan untuk anda. Harga pula, anda jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar kepada pembekal tersebut dengan harga agen. Menarik bukan?

Ia merupakan satu peluang bisnes yang mampu memberi pendapatan lumayan jika dilakukan dengan konsisten dan bersungguh-sungguh. Konsep bisnes dropship amat mudah dilakukan kerana anda tidak perlu membungkus dan menghantar barang tempahan kepada pelanggan. Hanya perlu mengambil tempahan pelanggan. Anda perlu mendapatkan semua maklumat tentang produk yang hendak dijual daripada pembekal. Sekiranya mendapat tempahan, anda hanya perlu bayar kepada pembekal mengikut harga agen yang telah diberikan. Keuntungan yang anda perolehi anda simpan. Kemudian, pembekal akan menguruskan proses membungkus dan menghantar produk kepada pembeli.

Bisnes dropship ini adalah yang paling mudah dilakukan kerana anda hanya perlu promosi, promosi dan terus promosi untuk mendapat jualan. Anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli dan menyimpan stok yang banyak. Malah risiko kerugian akibat stok tidak habis juga dapat dielakkan. Keuntungan yang diterima hasil jualan produk dropship adalah keuntungan bersih, kerana anda telah membayar kepada pembekal harga agen yang diberikan beserta caj pos jika ada.

Anda cari pembeli - dapat tempahan dan bayaran - bayar kepada pembekal produk -  pembekal akan hantar produk kepada pelanggan - untung anda simpan (harga jualan - harga agen yang diberikan oleh pembekal).

Ringkasan proses jual beli dropship seperti foto ini :










Terapi Mohamad Ketika Berusia 3 Bulan


Teks: Siti Naimah Norman
Foto: Koleksi Peribadi





Ini cerita ketika mohamad berusia 3 bulan. Mohamad jalani terapi. Mohamad tak demam tapi badan dia rasa panas dan nafas bunyi kuat seperti nak selsema. Apa lagi, jadi 'Wonderpad' la mama dengan ayah. Ayah tolong lapkan badan mohamad dengan air sejuk yang dititiskan dengan aroma bunga sejagat. Mama masa tu tolong ambil gambar.:) 

Berjaga-jaga sbelum demam. Budak-budak kecik ini, paling risau kalau demam. Nak sabar menjaganya dan layan kerenahnya. Slepas lap denga air sejuk tadi, alhamdulillah tak panas dah badan mohamad dan nafas pun tak berbunyi seperti sebelumnya. Mama sapu hidung Mohamad dengan aroma bunga sejagat tu. Sapu je dekat hidung insyaallah cepat kering selsema. Tengok la gambar Mohamad tu, bukan main seronok terapi sampai ternganga mulut.

Aroma bunga sejagat ini dihasilkan daripada saripati 9 jenis bunga-bungaan segar dan juga tumbuhan semulajadi seperti limau purut. Aroma Bunga ini juga miliki gelombang tenaga bunga yang berfungsi merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Ia semulajadi tanpa bahan kimia. Kebanyakkan ibu bapa risau kalau anak mereka demam lebih-lebih lagi kalau anak berusia bawah 2 tahun. Takkan nak bagi makan ubat. Kalau pergi hospital mesti kena ambil darah sebab suspek macam-macam. Apa alternatif yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan terapi menggunakan aroma bunga sejagat ini. Aroma bunga sejagat ini juga elok di buat mandian untuk bayi untuk menguatkan otot tulang. Caranya dengan menitiskan setitik aroma bunga sejagat di dalam air mandian. Air mandian haruslah menggunakan air paip. Jangan takut mandikan anak dengan air biasa atau air sejuk. Insyaallah ia lebih baik daripada menggunakan air suam. Tujuan air sejuk ini supaya dapat membuka rongga kulit bagi memudahkan ubat menyerap. 

Satu kajian telah dilakukan oleh Prof.Eme.Dr Norhisham wahab telah menemui keajaiban disebalik air sejuk ini. Air sejuk lebih berkesan merawat penyakit berbanding air panas. Anda boleh rujuk di website beliau www.profnorhisham.blogspot.com.   




Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai terapi ini dan mencuba sendiri aroma bunga sejagat ini boleh 'pm' saya di facebook Siti Naimah Norman atau whatsapp 0189069144. 




Thursday 23 October 2014

Mencintai Insan Bernama Mohamad

Mohamad adalah nama panggilan kepada anak sulung saya. Nama penuhnya Mohamad Rafi'yuddin yang bermakna 'yang terpuji' dan 'yang memuliakan agama'. Semoga Mohamad menjadi hamba Allah yang tinggi darjat agamanya dan menjadi pejuang agama yang setia. Nama panggilan Mohamad diberikan oleh keluarga mentua saya. Ketika dalam kandungan lagi saya sudah berbicara dan bersembang-senbang dengan anak saya ini. Seronok sangat bila teringat kembali kenangan sewaktu mengandung dan rindu saat-saat itu. 

Mohamad dilahirkan pada 11 mei 2014 pada jam 4.56 pagi di Hospital Sungai Buloh. Sekarang umur Mohamad sudah 5 bulan setengah. Mohamad sudah pandai menerap guling-guling atas tilam. Kadang-kadang dia suka menjerit-jerit dan ketawa bila diagah. Seronok melihat anak membesar depan mata. Setiap hari saya menghabiskan masa lapang bersama dia. Sambil menulis di blog dan facebook saya bermain dengannya. Semakin hari semakin saya menyayangi dan sangat mencintainya. Saya mencintai insan yang bernama Mohamad ini. 

Kadangkala terfikir juga saya tidak boleh terlalu mencintainya kerana dia adalah pinjaman daripada Allah kepada saya. Saya bimbang bila Allah tarik nikmat anak ini saya akan jadi sangat kecewa sedangkan saya tahu anak ini hanya pinjaman yang sementara untuk saya. Saya pernah keguguran sebelum mengandungkan Mohamad. Ketika itu usia kandungan 4 minggu. Ketika mula-mula tahu saya mengandung, pada akhir jun 2013, saya seperti tidak percaya. Berulang kali saya buat ujian kehamilan. Semua positif. Alhamdulillah rezeki awal,  tetapi Allah lebih mengetahui. Ketika itu saya belum bekerja kerana baru pindah mengikut suami ke Melaka. Kesilapan saya ketika itu saya tidak menjaga pemakanan dengan baik. Makanan segera saya makan tanpa memikirkan risiko pada kandungan dan saya kurang mengamalkan pemakanan sunnah. Saya makan tetapi tidak berdisiplin. Ada hari saya makan dan ada hari saya tinggal. 

Sepanjang mengandungkan kali pertama itu, saya rasa sakit perut sentiasa tetapi saya tidak syak apa-apa. Kebetulan masa tu bulan puasa, saya fikir mungkin perut kosong masuk angin yang menyebabkan perut sakit. Cukup 4 minggu mengandung, saya mengalami keguguran. Ketika itu, memang kecewa dan suami juga turut kecewa. Namun apa daya bukan rezeki kami lagi. Ketika keguguran itu memang sakit perut berguling-guling jugalah. Suami tolong gosok perut dengan ais, sapu dengan Aroma Bunga Sejagat dan Ekstrak Bunga Habbatussauda. Keesokkan harinya keluar ketulan daging dan kurang sakit perut. Selepas keguguran, saya berubat dengan kaedah hidroterapi alkali. Cara rawatan semulajadi dengan berendam dalam tab mandian yang diisi air beralkali. 

Tujuannya untuk mengembalikan semula oksigen dalam badan dan merawat rahim. Kemudian, saya makan ubat pil pati bunga untuk rawatan dalaman. Alhamdulillah pada bulan ogos 2013 saya di sahkan hamil sekali lagi. Hamil kali ke dua membuatkan saya berhati-hati dalam bab pemakanan. Saya memang betul-betul jaga pemakanan dan elakkan daripada makan makanan segera dan pelbagai produk yang tidak diyakini. Saya amalkan pemakanan sunnah lebih daripad sebelumnya. Saya makan kurma, minyak zaitun, barli, ekstrak bunga habbatussauda dan minum susu kambing setiap pagi dan malam hendak tidur. 

Alhamdulillah, Mohamad lahir sihat tiada jaundish. Apabila melihat perkembangan Mohamad dan bersamanya sepanjang hari merupakan detik terindah buat saya. Saya sangat mencintai insan bernama Mohamad. Moga Mohamad akan meneladani Nabi Muhammad Saw. Makanan sunnah adalah yang terbaik untuk kita amalkan dan saya sudah temui keajaiban daripada makanan tersebut. Jika anda berminat untuk mendapatkan makanan sunnah seperti kurma, kismis, badam dan pelbagai produk makanan sunnah boleh hubungi saya di whatsapp 0189069144 atau facebook saya Siti Naimah Norman. 








Buat Sampai Selesai



Buat sampai selesai, Buat sampai jadi. Buat sampai sudah.
Fokus, usaha, konsisten.

Itu resipi orang sukses.
(Puan Masayu Ahmad)

Peringatan melalui kata-kata di atas menjentik semangat diri saya yang kini kadangkala rasa putus usaha. Bergelar seorang suri rumah yang bekerja di rumah bukanlah suatu yang mudah. Memang nampak seperti santai-santai di rumah, menghadap komputer dan melayari laman sesawang. Semua itu tidak akan dapat menghasilkan apa-apa jika hati dan usaha tidak selari. 

Memang seronok bekerja di rumah kerana tidak terikat dengan jadual kerja yang padat, tidak tergesa-gesa ke tempat kerja, tidak perlu menguruskan anak yang akan dihantar dan diambil di pusat jagaan, mengurus urusan rumah tangga seperti memasak, mengemas dan sebagainya dengan tenang. 

Semua itu nikmat yang Allah berikan. Tidak seperti para suri lain yang kerja di luar rumah yang terpaksa berhadapan dengan cabaran mengurus anak, kerja dalam pada masa yang sama mengurus rumah tangga. Sudah tentu masa sangat terhad dan perlu dirancang sebaiknya. Suami adalah orang yang perlu sama-sama membantu dalam urusan rumah tangga. 

Bergelar suri rumah yang bekerja di rumah adalah impian saya sejak sebelum mendirikan rumah tangga lagi. Niat saya agar dapat menjaga anak saya sendiri, mendidik dan mnemberikan yang terbaik untuk anak saya.Namun, kadangkala hati ini mengatakan "alangkah baik kalau aku kerja makan gaji,  tiap-tiap bulan ada 'gaji tetap, dapat buat pinjaman beli kereta dan beli rumah". Hati ini betul-betul teruji. 

Dengan keperluan hidup yang semakin meningkat kadangkala hati saya berbolak balik tetapi saya akan bulatkan tekad, saya buat semua ini demi anak saya, Mohamad yang sekarang berusia 5 bulan setengah. Semakin banyak ragamnya, semakin mencuit hati dengan keletahnya dan semakin saya menyayanginya. Saya nak jaga anak saya sendiri, jadi saya perlu berusaha untuk menjana pendapatan yang tidak memerlukan saya menghantar anak saya ke pusat jagaan. Alhamdulillah saya nikmati saat terindah melihat perkembangan anak di depan mata saya tetapi cabarannya sangat besar.

Memang tidak dapat dinafikan cabaran terbesar apabila bekerja di rumah adalah ‘diri sendiri’. Apabila bekerja di rumah, segalanya kita uruskan sendiri dan tiada kengkangan masa. Jangka masa kita nak uruskan sesuatu kerja tu, kita tentukan sendiri. Hati harus kuat dan tidak putus usaha. Jika hati lemah segala jasad akan jadi lemah. Langkah dan tindakan akan terkesan sama. Itulah cabaran yang mesti dihadapi dengan bijak.


Jika urusan anak merupakan cabaran kedua. Kadangkala melayan kerenah anak sehingga semua kerja tidak selesai dan tertangguh. Namun saya tidak boleh menyalahkan anak kerana dia tidak faham lagi tentang urusan hidup ini dan bergantung sepenuhnya pada saya. Saya perlu kuatkan hati dan minda mesti positif. Menulis melalui blog adalah kerja utama saya. Blog adalah kedai onlines saya. Saya sangat teruja kerana apabila saya mula sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) saya mula mengenali potensi diri, bina keyakinan dan semangat untuk terus maju dalam bisnes. 

Saya minat seni dan saya dapat garap semula bakat saya tetapi kadangkala saya buntu untuk menulis blog. Apa yang saya lakukan ialah saya baca semula e-book Belajar Asas Blog. Ia membangkitkan kembali semangat saya menulis blog. Rujukan yang lengkap untuk penulis seperti saya. Bagaimana untuk menulis dan merangka penulisan dengan baik. Saya harap saya akan menjadi penulis yang cemerlang dan memberikan manfaat melalui penulisan. Saya akan terus belajar dan berusaha. 

Bagi anda yang minat menulis dan miliki impian untuk menjana pendapatan di rumah, sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah kerana di sini akan membantu anda melaksanakan impian anda itu. Jika anda berminat untuk mendapatkan e-book Belajar Asas Blog boleh hubungi saya melalui facebook Siti Naimah Norman atau whatsapp 0189069144. Salam motivasi, salam bisnes.

Wednesday 22 October 2014

Rahsia Di Dalam Ais Dan Kebaikan Air Sejuk

Teks: Siti Naimah Norman
Rujukan Blog:
http://hananiqaseh.blogspot.sg/2011/07/rahsia-kelebihan-keistimewaan-ais-dan.html


Pernah tak anda terdengar mengenai rawatan dan terapi ais? ataupun tentang mandi ais? Secara jujurnya saya tak pernah dengar sebelum nie. Kalau mandi bunga, mandi susu tu pernahlah dengar. Nak dijadikan cerita, dua bulan lepas kakak saya ada bawa ma saya pergi buat rawatan membuang toksik. Caranya dengan mandi dalam ais. Tak sejuk ke? Macam mana la rasa agaknya. Mesti menggigil-gigil dalam tub mandi tu. Tapi sekarang ni saya tak nak cerita pasal pengalaman ma saya mandi ais. Saya nak berkongsi tentang kelebihan ais dan air sejuk.

Rahsia, Kelebihan & Keistimewaan Ais Dan Air Sejuk.

“Zat & Khasiat yang terkandung di dalam Ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana para saintis dan para pakar nutrisi dari makhluk yang bernama manusia mahupun makhluk dari bangsa jin.”


Kebaikan Air Sejuk.

Satu kajian mendedahkan cara paling berkesan untuk menurunkan suhu badan, tekanan atau kelesuan adalah dengan mandi menggunakan Air Sejuk. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi Air Sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan juga meningkatkan gula dalam darah.
Sementara bagi mereka yang mengalami masalah imsonia atau memiliki masalah tidur elok merendamkan kaki di dalam Air Sejuk. Malah, kaedah ini baik bagi mereka yang mengalami lelah, pendarahan hidung, selesema dan sembelit. Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.



Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
Liputan Ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi di bahagian dasar bumi yang panas dan di bahagian permukaan bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. 

Antara Kebaikan Ais.
  • Ais atau Air Sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.





Benarkan dan galakkan anak kita termasuk diri kita sendiri untuk mengunyah Ais kerana ini akan menguatkan gigi kita dan benarkan dan galakkan anak kita juga diri kita memakan Ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuk kita hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

  • Membiasakan diri mengunyah Ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
  • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
  • Air Sejuk atau Ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
  • Ais dan Air Sejuk adalah terapi yang amat popular dan berkesan serta mujarab sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
  • Air Sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
  • Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
  • Adalah makruh mengambil air sembahyang (wudhu') pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
  • Air Sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin dan syaitan atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
  • Air Sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi diperkayai dengan unsur-unsur yang bisa membangkitkan keharmonian.

  • Air Sejuk bagus untuk menguatkan tulang bayi bahkan juga tulang sekalian umat manusia dari semua peringkat usia.
  • Air Sejuk akan meningkatkan Sistem Imun yang Luar Biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  • Air Sejuk dalam rahsia Ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan (Berlian).

  • Air Sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sebagai sistem penghantaran tenaga yang paling cekap dan efektif sehingga ke dasar sel yang paling jauh dan dalam secara menyeluruh.
  • Air Sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilangseperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
  • Mandi Air Sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
  • Air Sejuk lebih stabil molekul atomnya.
  • Air Sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwudhu'.
  • Air Sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah dengan lebih stabil.
  • Air Sejuk sesuai dijadikan air penawar (air terapi) kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
  • Air kelapa muda yang bersifat sejuk adalah amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan Hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan pada waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk atau lebih baik segelas Air Sejuk pada waktu awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.


Setelah saya membaca artikel mengenai kelebihan ais dan air sejuk ni. Baru saya tahu rupa-rupanya ais ni bagus untuk kesihatan. Sebelum ni saya selalu beranggapan ais ni tak elok. Ada orang kata kalau minum air sejuk nanti perut buncitlah. Dan macam-macamlah lagi. Apa-apa pun untuk meyakinkan lagi pada kita tentang kebenaran semua ini. Kajian secara berterusan harus dilakukan. Kepada anda-anda yang mengambil bidang sains. Gunakan kesempatan ini untuk menyelidik dan membuat kajian yang mampu membongkar  serta memberi sejuta manfaat kepada masyarakat. Di sinilah peranan anda memandangkan negara kita masih lagi kekuarangan saintis-saintis muda.

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...