Wednesday 31 December 2014

Selamat Datang 2015

Teks; Siti Naimah Norman


Sudah berada di tahun 2015. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia. Moga tahun ini menjadi tuah rezeki buat saya sekeluarga. Insyaallah. Bisnes maju, ummah dibantu.


Saturday 13 December 2014

Merawat Selsema

Teks: Siti Naimah Norman

Alhamdulillah. Allahuakhbar!.. Diserang virus selsema. uhuk uhuk. .Ambil Aroma Bunga Sejagat dan sapukan pada hidung. Kemudian Sediakan air panas dalam bekas, titiskan setitik Aroma Bunga Sejagat dan sedut wap air itu. Alhamdulillah. Kurang sikit. Berangin je hidung. Lega sikit hingus ni.


Untuk dalaman makan 7 titis Ekstrak Bunga Habbatussauda. Insyaallah membantu memperkasa sistem imun badan.
PROMOSI FREE POSTAGE!
Promosi sehingga hujung tahun ini. Free Postage untuk semenanjung malaysia. Untuk Sabah Sarawak hanya tambah RM5 sahaja.

Pakej Asas Raoha.
Terdiri daripada:- Aroma Bunga Sejagat & Ekstrak Bunga Habbatussauda.
Keistimewaan:
1) Menggunakan gelombang tenaga bunga dan terapi warna untuk mengubati penyakit.
2) Bersifat alami tanpa bahan kimia seperti steriod atau merkuri.
3) Menggunakan kaedah hidroterapi yang tidak menyakitkan tetapi berkesan mengubati penyakit.
3) Kaedah rawatan holistik yang merangkumi rawatan dalaman tubuh dan luaran tubuh. (Makan, sapuan dan mandian)
5) Jimat dan berpatutan kerana set asas ini boleh digunakan untuk seisi keluarga daripada bayi sehingga warga emas.
6) Digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan biasa (bukan kiritikal) seperti:
Untuk Bayi:
- Mengatasi masalah kembung bayi
- Terapi urutan untuk bayi bagi meningkatkan kekuatan otot dan saraf.
- Merawat masalah kulit bayi
- Memberikan terapi ketenangan (aromaterapi) pada bayi yang sering meragam.
- Meningkatkan sistem imun bayi (melalui susu ibu yang mengamalkan Ekstrak Bunga Habbatussauda)
- Merawat demam, selsema, batuk dan asma di kalangan bayi. (Tiada ubat yang boleh diberi kepada bayi bawah 2 tahun). Alternatif kaedah hidroterapi adalah sangat sesuai kerana ianya bersifat alami.
Untuk Kanak-kanak:
- Meningkatkan sistem imun
- Mengatasi masalah kurang selera makan
- Merawat masalah kulit seperti ruam dan bisul
- Memberikan terapi ketenangan (aromaterapi)
- Merawat demam, selsema, batuk dan asma dikalangan kanak-kanak
Untuk Dewasa:
*Remaja dan Wanita hamil dan Berpantang
- Merawat keputihan
- Meningkatkan kesuburan
- Merawat senggugut ringan
- Meningkatkan sistem imun
- Membuang angin dalam badan
- Mengatasi lenguh-lenguh badan
- Menurunkan kolestrol dalam badan
- Meransang pengeluaran susu badan
- Masalah penghadaman dan sukar membuang air besar
- Memberikan kesan ketenangan minda dan keyakinan diri
- Merawat luka dalaman rahim bagi wanita selepas bersalin
- Merawat luka luaran seperti luka kesan episiotomi semasa melahirkan anak
- Merawat masalah kulit seperti jerawat, ruam, bisul dan masalah kulit lain
- Menyelesaikan masalah bau badan dan memberikan kesegaran pada tubuh
*Lelaki dewasa
- Meningkatkan kesuburan
- Memberikan kesan ketenangan minda dan keyakinan
- Memberikan tenaga dalaman dan meningkatkan kekuatan minda
- Mengatasi masalah lemah tenaga batin seperti (enjakulasi awal)
*Warga Emas
- Menurunkan kolestrol dalam badan
- Mengatasi lenguh-lenguh badan, sakit-sakit lutut dan lemah sendi
- Masalah penghadaman dan sukar membuang air besar
*Untuk masalah kesihatan yang seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, gaout, asma yang teruk dan strok, Senggugut teruk, masalah haid tidak teratur, ikhtiar zuriat, Set Khusus Raoha adalah dicadangkan.
Dapatkan pakej asas ini. Jimat 1 pakej untuk kegunaan seisi keluarga. Memang berbaloi!
Nak dapatkan pakej asas Aroma Bunga Sejagat dan Ekstrak Bunga Habbatussauda, sila Whatsapp 0189069144

Thursday 11 December 2014

Tips Menawan Hati Pelanggan


Gembirakan Pelanggan

1. Menggunakan bahasa yang baik
-Pelanggan berhak menerima bahasa dan layanan yang baik. Ini memberi gambaran usahawan yang berhemah menggunakan basaha sopan dalam melayan pelanggan.
-Pilih bahasa atau perkataan yang sesuai dalam proses komunikasi dua hala sama ada melalui mesej atau panggilan telefon.
-Pelanggan gembira apabila dirai dengan bahasa sopan. Ini menjadikan pelanggan dihargai dan mereka lebih mudah untuk membeli.


2. Jawab dengan cepat, respon yang pantas.
-Semakin cepat pelanggan menerima respon apabila ditanya, semakin mudah membuat keputusan pembelian.
-Berusahalah untuk menjawab secepat dan sebaiknya. Respon dengan pantas dengan menjawab dengan terperinci tentang produk dan cara pembayaran.

Baca lagi dalam Bab 2: Mengembirakan pelanggan.

Harga: RM30 (Promosi)
Ringkasan

Bab 1: Urusniaga Online
Bab 2: Mengembirakan Pelanggan
Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan
Bab 4: Menawan Hati Pelanggan
Bab 5: Menghargai Pelanggan
Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan
Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional
Bab 8: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 3 mukasurat

Bonus: Perkongsian Pengalaman

Untuk pembelian, sila hubungi saya;
Siti Naimah Norman 
naimahnorman@gmail.com
SMS/Whatsapp: 0189069144

Wednesday 10 December 2014

Dapat Duit Dengan Kaedah DUIT

Teks: Siti Naimah Norman
Foto: Koleksi peribadi


Duit adalah rezeki. Duit melambangkan harta. Dalam islam, rezeki tidak terbatas untuk duit sahaja. Oleh kerana kebanyakkan manusia tabiatnya suka mengumpul harta dan harta harus dibeli. Nak membeli perlukan duit. Oleh hal demikian, nak tak nak segalanya memerlukan tetapi duit bukan segalanya.

Duit yang diperolehi dengan cara yang diberkati Allah akan bertambah dari sehari ke sehari. Sesuatu yang Allah berkat akan bertambah dari segi kuantiti dan kualiti. Tanda duit kita berkat apabila kita semakin berkualiti dalam hidup. Perjalanan hidup kita, keluarga, kerjaya dan apa yang kita lakukan akan bertambah baik.

Nak dapat duit bukan senang. Tapi ada kaedahnya. Memperolehi duit mengunakan kaedah DUIT. Kaedah ini sangat praktikal untuk sesiapa sahaja. Di mana- mana sahaja dan bila- bila masa sahaja.

Apakah kaedah DUIT itu?

D - DOA
U - USAHA
I - IKHLAS
T - TAWAKKAL

Sebelum lakukan sesuatu, mintalah pada Allah. Minta Allah bantu dan permudahkan. Pergi kerja, baca doa, mula kerja pun baca doa. Doa senjata muslim. Ia perisai. Tidak semestinya menadah tangan berdoa. Cukup kita berkata dalam hati sambil memuji Allah. " Ya Allah aku nak pergi kerja, lindungilah aku, permudahkanlah aku, kau maha melindungi". Allah maha mendengar walaupun yang berbicara itu hati kita. Bila berdoa bermakna kita meletakkan sepenuhnya kehidupan kita hanya pada Allah. Allah rujukan utama kita.

Usaha berterusan tanpa jemu. Berusaha dengan ilmu. Untuk dunia kita perlukan ilmu dan untuk akhirat juga perlukan ilmu. Ilmu kekuatan kita. Berusaha tanpa ilmu ibarat kita pergi sesuatu tempat tanpa peta. Peta sebagai panduan. Begitulah ilmu akan pandu kita. Harta yang mahal adalah ilmu. Berusahalah dengan ilmu, baru kita akan nampak hasil. Jika tidak dapat hasil, barangkali kita perlu mantapkan lagi ilmu dn ubah strategi kita. Usahakan dengan pelbagai cara bukan tertumpu satu cara sahaja.

Ikhlas adalah salah satu syarat penerimaan ibadah. Kerja adalah ibadah. Dikatakan ibadah ialah apabila ia dilakukan dengan ikhlas. Ikhlas akan membuahkan keberkatan. Penat mencari duit memang tidak dapat dinafikan tetapi apabila melihat hasilnya hati akan seronok sangat. Allah suka manusia yang ikhlas.

Jika bekerja bukan untuk menunjuk-nunjuk dan bukan untuk membangga dengan jawatan. Jika hasil daripada pekerjaan kita itu terpaksa kita korbankan untuk orang lain, ikhlaslah jika perlu memberi. Dalam rezeki yang kita perolehi ada bahagiannya untuk orang lain.

Doa, usaha berterusan dan ikhlas, barulah boleh berserah. Manusia itu sendiri yang harus berusaha mengubah nasib. Jika tiada duit, usahakan mencari duit. Duit tidak datang bergolek. Ia datang dengan usaha. Setelah usaha, serahkan pada Allah untuk menentukan. Mana mungkin Allah mengecewakan hambaNya. " Mintalah padaku, Aku akan perkenankan". Usahakan bangun malam bermunajat sungguh-sungguh pada Allah. Bersihkan dosa dan cuci hati. Insyaallah pintu rezeki kita pasti akan diluaskan.

 "Ketika sepertiga malam, Allah melapangkan tangannya menerima taubat hambanya yang meminta ampun" (HR Muslim)




Tuesday 9 December 2014

Tips Memotivasikan Diri

Teks: Siti Naimah Norman

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak kongsikan tips bagaimana kita hendak memotivasikan diri dalam mencapai sesuatu matlamat. Setiap orang memasang impian tetapi kadangkala ia hanya menjadi angan-angan. "Angan - angan Mat Jenin" kata pepatah melayu. Kita tidak mahu hanya angan-angan tetapi impian yang nyata. Angan-angan yang disertai dengan langkah akan merealisasikan impian. Tiada yang mustahil.

Tips ini saya ambil semasa menghadiri seminar motivasi SPM pada tahun 2005. Lama sudah tips wujud bukan? Saya namakan ia 'Tips Menjadi Nombor 1'.

Kenapa No 1?

Ada apa dengan No 1?

Jawapannya:
Kita mesti menjadi No 1 bermakna dalam segala hal kita jadi yang pertama. Jika kita imbas kembali zaman persekolahan, adalah menjadi kebanggaan jika mendapat nombor 1 dalam peperiksaan atau pertandingan. Nombor 1 dikaitkan dengan kejayaan. Rasa sangat bangga bukan? Rasa seronok dan berkeyakinan. Langkah kita selepas itu akan lebih termotivasi.

Sekarang kita pasang impian dalam hidup; " Aku ingin menjadi No 1"

Tips atau strateginya adalah 'SATU'.

S - Sedia
A - Analisa
T - Tumpuan
U - Usaha

Sedia - bermakna kita bersedia dari aspek fizikal dan mental. Sediakan biar awal jangan 'last minute'. Hari ini kita sudah sediakan perancangan untuk hari esok. Sedaikan buku perancangan sebaiknya dan rancang jadual untuk hari esok dan perancangan untuk tahun seterusnya. Sedia juga bermakna kita bersedai dari segi mental dalam menghadapi segala kesulitan dalam mencapai matlamat yang diimpikan. Sebelum mencapai kejayaan mungkin kita akan berdepan dengan cabaran kehidupan yang akan memberikan tekanan pada kita. Sediakan jiwa kita dengan pengisian rohani agar kita lebih tenang dang kuat untuk harunginya.

Analisa - Seterusnya buatlah analisa dan kajian terhadap diri dan kehidupan orang lain. Banyakkan membaca tentang kejayaan orang lain dan mengikuti perkembangan mereka. Jika ingin menjadi orang positif, bacalah tentang perkara-perkara positif. Berfikiran positif penting bagi membina motivasi diri yang kuat. Sentiasa analisa apa kekurangan diri dan apa kekuatan diri. Kekurangan untuk diperbaiki dan kekuatan untuk dijadikan platform kepada kejayaan. Setiap manusia ada keistimewaan tersendiri dan kejayaan adalah milik setiap insan.

Tumpuan diperlukan dalam setiap perkara yang dilakukan. Tumpu pada matlamat tatkala motivasi diri merundum. Kadangkala kita letih dengan tugas seharian dan pekerjaan yang kita lakukan. Kita jadi letih dan tiada perasaan nak lakukan apa-apa perkara sekali pun. Kembalikanlah motivasi dengan melihat matlamat. Tulis dan tampal matlamat itu. Ramai orang tulis tetapi di dalam buku dan tersimpan. Kadangkala sahaja lihat bila hati sudah hilang tumpuan. Mulai hari ini tulis dan tampal motivasi itu.  Lihat setiap hari. Insyaallah ia menjadi doa.

Setelah melakukan analisa, banyakkan membaca dan mengkaji apa yang membantu kepada matlamat kita dan teruskan usaha tanpa jemu. Kejayaan tidak dicipta dalam satu hari. Bayangkan setiap hari sebelum anda melakukan sesuatu perkara. Menurut Prof Muhaya; Bagi membantu kelancaran aktiviti kita pada esok hari, tulis dan rancang serta bayangkan perjalanan aktiviti tersebut. Ia akan terakam dalam minda bawah sedar kita dan seterusnya memberikan kekuatan dalaman untuk terus berusaha sehinggga matlamat yang kita impikan tercapai.

Ia memang kaedah yang berkesan kerana saya pernah melakukan sewaktu saya berada di tingkatan empat. Kerana saya bersekolah di sekolah jenis agama, saya wajib mengambil peperiksaan Sijil Menengah Agama ( SMA). Antara subjek yang saya perlu ambil seperti hadis, feqah dan bahasa arab. Sejujurnya saya bukan orang yang meminati subjek hafalan kerana saya rasakan sukar untuk menghafal sesuatu perkara lebih - lebih lagi ayat atau syarahan yang panjang. Saya pula pelajar baru dan bersaing dengan ramai pelajar lama di sekolah tersebut sedikit sebanyak menurunkan keyakinan saya.

Apa yang saya lakukan adalah dengan membayangkan kejayaan saya. Saya bayangkan saya naik ke pentas mengambil hadiah. Sewaktu itu tidak tahu lagi tentang kaedah minda bawah sedar ini. Kerana saya suka berangan, saya selalu berangan naik ke pentas mengambil hadiah. Alhamdulillah Allah makbulkan angan-angan saya. Ia memang sebuah angan-angan yang tidak bertulis namun menjadi sebuah impian yang terlaksana kerana saya berusah bersungguh-sungguh. Dapatlah saya merasa naik ke pentas menerima sijil kecemerlangan kerana mendapat jaid jiddan dalam peperiksaan SMA tersebut. Waktu itu hanya seorang sahaja pelajar di sekolah saya mendapat mumtaz.

Setelah berusaha bersungguh-sungguh barulah tawakkal berserah tetapi disertakan dengan doa yang berterusan. Insya Allah kejayaan milik kita!

Monday 8 December 2014

Sistem Imun Tubuh

Teks: Siti Naimah Norman

Kebanyakkan doktor bersetuju punca penyakit disebabkan virus atau kuman. Virus atau kuman ini akan menyebabkan penyakit pada tubuh badan manusia. Ia menyerang
melalui banyak medium seperti udara, air dan makanan. Apabila tubuh badan manusia diserang penyakit, sistem yang pertama sekali akan bertindak adalah sistem imun. Sebelum, kita mengenali lebih lanjut mengenai punca penyakit, kita fahami dahulu sistem imun.

Apakah sistem imun itu?
(Sumber; http://www.kesihatan.biz/artikel/imun.php)


Sistem Imun: Pelindung Kesihatan Kita

Sistem imun melindungi kita dari penceroboh asing seperti virus, bakteria, kulat, protein asing dan sel kanser. Ia adalah satu sistem yang sangat canggih, anugerah Yang Maha Pengasih, yang merupakan perlindungan terbaik dari sebarang penyakit berbahaya. Tiada ubat yang dapat menandingi sistem imun yang sihat. Secara ringkas sistem imun terdiri daripada sel khas, protein, tisu dan organ (nodus limfa, sistem pernafasan, limpa, kulit, apendiks, perut dan usus). Di dalam artikel ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai tugas beberapa pemain dalam sistem imun:

Makrofaj (atau fagosit) - Sel darah putih yang berbentuk seperti Pac-Man, merupakan barisan pertahanan pertama sistem imun. Ia dengan cepat menyerang mana-mana penceroboh asing dan menelannya (seperti dalam permainan video Pac-Man). Namun kadangkala makrofaj tidak pasti sama ada yang datang itu penceroboh asing atau kawan. Makrofaj sudah tentu tidak mahu memusnahkan sesuatu yang merupakan sebahagian dari tubuh kita. Untuk membantunya mengenali kawan atau musuh, makrofaj akan meminta bantuan sel T-pembantu.

Sel T-pembantu adalah dari kumpulan sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit. Sel T-pembantu akan mendatangi dan melekatkan dirinya dengan makrofaj untuk membantu makrofaj mengenali sama ada yang berada dalam genggamannya itu kawan atau musuh. Sekiranya sel T-pembantu memutuskan ianya adalah musuh, ia akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai sitokines, yang memberi isyarat kepada sistem imun untuk bertindak dengan pantas. Ini merangsang sel-B untuk bertindak dan menarik lebih banyak makrofaj dan sel T-pembantu untuk datang menyelamat. Sekiranya sel T-pembantu tidak mengenali penceroboh asing tersebut, sistem imun akan menganggapnya sebagai kawan dan membiarkannya. Bayangkan apa yang akan terjadi. Ya, kita akan mendapat penyakit yang berpunca dari penceroboh (mikro-organisma) tersebut.

Sel-B mempunyai kemampuan untuk menembak penceroboh dengan enzim yang dapat menghancurkannya. Sebahagian dari sel-B akan kembali ke nodus limfa untuk membina antibodi bagi melawan penceroboh tadi. Sekiranya penceroboh ini menyerang lagi, sistem imun sudah bersedia mempertahankan diri disebabkan antibodi yang sudah dibina tadi.

Sel pembunuh semula jadi atau sel NK (natural killer) pula memusnahkan apa-apa yang berada di laluannya. Mereka menyemburkan sel yang dijangkiti dengan toksin dan enzim pemusnah, yang akan memusnahkan semua penceroboh asing atau sel yang tumbuh secara tidak normal seperti sel kanser. Apabila sel NK sudah mulai lemah atau tidak aktif dan tidak lagi berupaya memusnahkan sel kanser, disebabkan radikal bebas dan beberapa faktor lain, seseorang itu akan mendapat penyakit kanser. Memperkuatkan sel NK merupakan satu cara yang baik untuk kita memusnahkan sel kanser secara semulajadi (natural).

Sel T-penindas boleh diibaratkan sebagai pasukan pengaman yang datang selepas penceroboh asing telah dimusnahkan dan untuk menenangkan gerak balas imun yang beraksi dengan hebat itu. Ia merupakan faktor penting dalam mengawal kerosakan tidak dijangka (collateral damage). Sekiranya gerak balas imun yang begitu aktif tidak dikawal, ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada tisu normal di sekelilingnya. Sekiranya sel T-penindas tidur dan tidak dapat mengawal gerak balas tersebut, kita akan mendapat penyakit yang dikategorikan di bawah penyakit autoimun. Terdapat lebih 80 jenis penyakit autoimun, contohnya adalah diabetes jenis 1, artritis reumatoid, psoriasis, sklerosis berganda dan lupus.

Untuk membolehkan sistem imun melindungi kita seperti yang ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta (Al-Khaaliq), kita perlu menjaga kesihatannya. Ia perlukan Vitamin E, Vitamin C, karotenoid, glutation, koenzim Q10, Zink dan antioksidan untuk kekal sihat dan berfungsi pada tahap terbaik.

Sekiranya anda merasakan anda tidak perlu mengambil permakanan tambahan untuk kekal sihat sepanjang hayat, fikirkan semula. Sila semak statistik mereka yang mendapat penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser dan diabetes. Ia memberi kita petunjuk bahawa kita perlu melakukan sesuatu mengenai amalan permakanan kita.

Cara terbaik untuk menyembuhkan sesuatu penyakit adalah dengan memperkukuhkan sistem imun tubuh. Salah satu makanan terbaik dunia adalah habbatussauda yang kaya dengan khasiat yang tersendiri. Ahli perubatan Islam yang terkenal, Ibnu Sina di dalam bukunya menyatakan bahwa jintan hitam dapat digunakan untuk meningkatkan metabolisme dan meningkatkan semangat.

Jintan hitam juga dikenal sebagai BRM (Biological response Modifier) kerana di barat ada penelitian yang menunjukkan bahwa ekstrak dari bijinya bersifat toksik kepada sel kanser. Penelitian ini dilakukan terhadap tikus. Penelitian ini juga menunjukkan, sel kanser yang diberi ekstrak jintan hitam dalam inkubator tidak dapat menghasilkan faktor untuk pertumbuhan (Fibroblast Growth Factor) dan protein berkolagen yang diperlukan untuk pertumbuhan tumor.
Rasulullah saw bersabda: ”Gunakanlah Habbatus sauda, karena di dalamnya terdapat ubat untuk segala macam penyakit kecuali as asam (maut)” (Shahih Bukhari dan Muslim)



Ekstrak Bunga Habbatussauda

- Dihasilkan menggunakan habbatussauda yang bermutu tinggi.
- Mempunyai gelombang tenaga bunga yang mampu merawat pelbagai penyakit

Khasiat:
1. Membantu memperkukuh sistem imun tubuh
2. Merawat batuk dan sakit tekak
3. Merawat masalah sakit puan
4. Merawat masalah kulit seperti ruam, jerawat, bisul dan ekzema
5. Meransang pengeluaran susu badan bagi ibu yang menyusu
6. Merawat luka dalam rahim
7. Mempercepatkan penyembuhan luka luar
8. Melancarkan sisitem penghadaman
9. Merawat masalah sendi
10. Membuang toksid


Pembelian: Sila SMS/WHATSAPP 0189069144
Email: naimahnorman@gmail.com

Anak Baligh Di Usia Muda

Teks: Siti Naimah Norman



Apabila berbicara mengenai perkahwinan, kita tidak dapat lari daripada membicarakan soal anak. Setiap pasangan yang berkahwin pasti memasang keinginan untuk memiliki anak. Anak anugerah terindah yang menjadi tanggungjawab buat kedua ibu dan bapa. Peranan mendidik anak terletak di atas bahu kedua-duanya. Perkembangan anak yang kian meningkat dewasa memberikan cabaran buat ibu dan bapa. Anak kian membesar dan mencapai umur baligh.

Apakah yang dimaksudkan dengan baligh? 
(Rujukan; http://www.ustazshauqi.com/2013/04/umur-baligh.html)

Maksud baligh ialah apabila seseorang lelaki atau perempuan telah sampai pada tahap umur tertentu, maka dia menjadi seorang yang layak menerima taklif (tanggungjawab) yang ditentukan oleh syarak seperti solat, puasa, haji dan lain-lain. Orang Islam yang akil baligh disebut juga sebagai ‘mukalaf’. 


Menurut Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha dan rakan-rakan dalam buku al-Fiqh al-Manhaji, tahap baligh seseorang itu dapat diketahui dengan beberapa perkara: Mimpi keluarnya mani, sama ada lelaki atau perempuan. Melihat darah haid. Ini khusus untuk perempuan sahaja. Waktu yang menjadikannya baligh disebabkan mimpi atau keluar haid ialah apabila dia mencapai umur sembilan tahun Qamariah (menurut bulan Islam).

 Kelewatan atau tidak daripada umur tersebut adalah bergantung keadaan sesebuah negeri dan suasana kehidupan. Berumur 15 tahun berdasarkan tahun Qamariah (hijrah). Keadaan ini diambil kira apabila tidak berlaku mimpi atau tidak keluar haid. Sewajarnya setiap individu muslim sudah mengetahui dengan yakin apabila sudah sampai umur baligh, maka sudah sampailah ‘seruan’ kepada mereka untuk melaksanakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya.

 Pada tahap itu mereka sudah mampu dari segi segala aspek fizikal dan mental untuk memikul serta melaksanakan perintah Allah SWT, dan sudah lengkap bersedia dengan ilmu fardu ain dan bukan masanya lagi untuk berlengah dan bertangguh! Ini kerana mereka telah bertanggungjawab atas segala perbuatan sebagai ‘hamba’ Allah SWT. Baik atau buruk akhlak dan prestasi sebagai ‘hamba’ Allah SWT sudah ada ganjaran dan hukumannya.
Tugas memahamkan anak tentang proses perubahan apabila baligh adalah peranan ibu dan bapa. Peranan bukan terletak kepada ibu sahaja untuk menerangkan pada anak gadis tentang kedatangan kitaran haid dan perubahan bagi anak lelaki apabila telah baligh. Bapa juga berperanan besar dalam memahamkan anak-anak. Perubahan bukan sekadar perubahan emosi, fizikal tetapi juga cara penjagaan diri. Penjagaan kebersihan dan kesihatan.


Perkara yang paling utama sepatutnya adalah dengan menerangkan tentang konsep akidah. Kembalikan perkara tersebut kepada Allah. Mengapa Allah jadikan manusia perlu melalui proses baligh? Apa yang Allah perintahkan apabila sudah baligh? Penjagaan aurat, batas pergaulan dan kewajipan melaksanakan perintah Allah. Menerapan tentang dosa pahala bagi yang sudah baligh juga perlu. Tidak lengkap jika hanya mengaitkan proses baligh tersebut dengan sains dan biologi. Ibu dan bapa perlu kaitkan ia dengan agama supaya anak terdidik untuk menjaga agama sejak dari kecil.

Fakta Tentang Blog



Blog nampak mudah dan kadangkala nampak remeh. 


Blog?

Mengapa blog?

Perlukah belajar blog?

Ketika saya mula menyampaikan hasrat untuk belajar blog, seorang rakan saya seolah-oleh mentertawakan saya. "Blog pun perlu belajar ke" kata beliau. Saya pun menerangkan tentang pengaruh blog dalam mempengaruhi orang lain. Mempromosikan produk melalui blog membolehkan produk jualan kita diketahui oleh seluruh dunia. 

Mengapa? Kerana blog ada hubungkait dengan google. Kebanyakkan pengguna internet menggunakan carian google untuk mendapatkan sesuatu produk atau mencari maklumat. Alhamdulillah hari ini, saya buktikan blog merupakan medium yang sangat luas. Kita lihat fakta tentang blog berikut;

5 Fakta tentang Blog ( copy www.wangcyber.com)

1) 77 % daripada pengguna internet memang gemar melayari blog dan membacanya, ada yang follow dan ada yang subscribe untuk mendapatkan update terkini.

2) Hampir 1/ 4 daripada jumlah masa yang di gunakan oleh seseorang itu untuk melayari internet telah digunakan oleh mereka untuk membaca artikel di blog.

3) Peniaga kecil yang menggunakan blog untuk mengupdate tentang produk mereka menerima jualan lebih dari 126% berbanding peniaga yang tidak pernah langsung menggunakan blog untuk proses pemasaran.

4) Apabila sesebuah blog menawarkan kandungan perkongsian yang menarik dan bernilai kepada pembaca, mereka bukan sahaja dapat mengukuhkan jenama perniagaan mereka malah dapat menambahkan lagi jumlah pengikut mereka dari masa ke semasa.

5) Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa 81 % daripada pengguna internet gemar untuk memberikan kredit kepada blog yang mempunyai kualiti perkongsian yang bagus.

Bagi yang usahawan online yang belum memiliki blog, jom kita mula belajar membina blog kedai online. Hanya belajar atas talian sahaja. Belajar dalam group kelas di facebook. Kita belajar untuk mula membina blog dan penulisan di blog. Masa belajar pula sangat-sangat fleksibel untuk mereka yang sibuk. Boleh belajar bila-bila masa kelapangan.

Untuk mula belajar, anda boleh hubungi saya:
Sila SMS/WHATSAPP 0189069144
Email: naimahnorman@gmail.com



Pakej Kelas Bisnes Mampu Milik

Teks: Siti Naimah Norman

Pakej ini bertujuan untuk membantu mereka yang ingin memulakan bisnes tetapi mempunyai masalah modal. Yuran pendaftaran kelas bermula serendah RM200 sahaja. Ia boleh dibayar secara ansuran RM50 sebulan. Tiada bayaran ulangan selepas bayaran pendaftaran selesai.

Kelas ini akan dibimbing oleh guru online terlatih ABDR. Guru online akan menjadi mentor bagi membimbing pelajar dalam kelas yang dilaksanakan secara online. Kelas dilaksanakan secara online dalam group khas. Tiada kengkangan masa dan tiada masalah pengangkutan terutama bagi para suri yang ada anak kecil dan tiada masa untuk hadir ke kelas bisnes. Tidak perlu meninggalkan urusan keluarga dan boleh dilakukan semasa waktu cuti di rumah oleh para suri yang bekerjaya.

Antara kelas yang ditawarkan:
1. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship produk islami
- drosphip telekung solat
2. Kelas beriklan mudah.my
3. Kelas penulisan kreatif
4. Pendaftaran pengurus online








Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran:
Whatsapp/sms: 0189069144
Facebook: Siti Naimah Norman
Email: naimahnorman@gmail.com


Sunday 7 December 2014

Terapi Hati Menurut Imam Ghazali

Teks: Siti Naimah Norman



Hati raja bagi tubuh. Dalam hati tersimpan segala hasrat, keinginan dan keazaman. Kuatnya jasad kerana ada dorongan kuat daripada hati. Tetapi kadangkala terlalu mengikut hati akan menjadi mati. Mati hati mengakibatkan terhentinya segala kebaikan sepertimana terhentinya aliran darah dalam tubuh apabila jasad telah kembali kepada Allah. Tiada lagi semangat untuk melaksanakan kebaikan, tiada lagi keinginan dalam melaksanakan ibadah dengan bersunguh-sungguh malah menjadi penggemar koleksi dosa.

Hampir setiap hari kita cuba menghindari dosa tetapi kita tidak mampu kerana hati kita lemah dengan dorongan nafsu dan bisikan-bisikan syaitan. Hati kita kian hitam kerana tompokkan dosa telah menjadi besar dan akhirnya hati kita menjadi keras. Hati kita sukar melaksanakan tuntutan agama malah menjadi runsing jika ketinggalan perihal dunia.

Hati yang keras akan melahirkan jasad yang keras. Keras dari segi perkataan, perbuatan malah tindakan. Hati yang keras itu perlu dilembutkan kembali agar hidayah Allah kembali menjadi pendorong kita. Hidayah Allah sukar untuk menembusi hati yang ada hijab. Hijab ini adalah penghalang. Hijab itu harus dibuang supaya hidayah akan hadir.

Bagaimana caranya? 

Menurut Imam Ghazali, tokoh ulama terkemuka menasihati kita; Caranya dengan mencari kembali di mana hati kita. Cari hati kita dalam beberapa perkara antaranya;
1. Ketika kita membaca Al Quran
2. Ketika kita solat
3. Bertafakur mengingati dosa dan perbuatan - perbuatan kita yang lalu
4. Mengingati mati.

Ketika membaca Al Quran hati kita sepatutnya akan menjadi lunak dan getar. Orang yang beriman itu sangat gerun apabila dibacakan ayat-ayat dari kitab Qalamullah. Al Quran yang terkandung di dalamnya keterangan tentang hari akhirat, hari pembalasan, dosa dan pahala. Membaca dan memahami maknanya serta menghayati apa yang ingin Allah sampaikan akan membuat hati kita takut sekali. Kita akan berasa tidak aman jika ada melakukan larangan Allah dan sangat takut dengan balasan Allah. Ketika diri merasa tidak kuat utuk melakukan ibadah, bacalah al quran supaya kita dapat mencari kembali hati yang hilang itu. Jika hati kita tidak jumpa juga hati kita, dirikanlah solat.

Solat yang dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas akan dapat menjaga diri kita daripada melakukan larangan Allah. Mengembalikan kekuatan hati kita. Persoalannya; apabila telah melakukan solat fardu, tidak pernah tinggal walaupun 1 waktu solat, 5 kali sehari, tetapi kita tetap tidak berubah.  Bagaimana? Hati kita tetap menjadi keras dan sukar menerima nasihat dan perkara kebaikan. Sudah cukupkah solat 5 waktu itu bagi kita?. Sebenarnya kita mesti tambahkan solat kita dengan solat sunat. Solat fardu itu ibarat modal kita di dunia ini dan solat sunat itu untung kita. Jika kita hanya berbekalkan modal di dunia ini, tiada keuntungan bagi kita. Sebab itu kita perlu laksanakan solat sunat agar ada untung untuk kita. Solat sunat akan menjadi saham kita yang akan melengkapkan solat fardu kita yang compang - camping itu.  

Setelah solat dilakukan kita seharusnya bertafakur mengingati kembali dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Allah maha pengampun. Taubat hambaNya tidak pernah dipersiakan. Rugilah kita jika tidak mampu berfikir walau sejenak. Ingat kembali dosa akan menjadikan kita lebih berhati-hati. Ingat kembali nikmat dan anugerah Allah. Adakah kita bersyukur? Kerdilnya kita tidak punyai apa-apa. Mengapa kita tidak mahu bersyukur. Rendahkan hati kita agar kita lebih lunak dalam tindakan. Sesungguhnya beruntungnya bagi orang-orang yang berfikir. Berfikir tentang keesaan Allah dan kehebatan ciptaan Allah. Fikir dan fikir. 

Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati kematian dan membuat persediaan untuknya. Kematian itu pasti. Syarat untuk bertemu dengan Allah adalah mati. Persoalannya mati yang bagaimana. Husnul khotimah iaitu pengakhiran yang baik. Sudah tentu kita mahu bertemu dengan Allah dengan membawa amalan yang baik dan menerima kitab dari tangan kanan. Maka jadilah orang yang bijaksana. Di sana akhirat itu tempat kembali. Di sini di dunia hanya tempat persinggahan. Persediaan di dunia menuju akhirat, matlamat utama kita. wallahua'lam.



Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...