Friday 30 January 2015

Bisnes Kopi

Teks: Siti Naimah Norman

Assalamualaikum. Alhamdulillah "Green Coffee" yang semakin menjadi bualan ramai. Saya sudah jatuh hati dengan kopi.  "Green Coffee" terbaik buat saya. Tidak sama seperti kopi lain. Aroma sederhana dan rasa yang lembut. Produk keluaran muslim bumiputera. Baru-baru ni pos 10 kotak ke Kuala Lumpur. 

Takdir Allah nak memudahkan urusan saya, ketika di pejabat pos, no giliran saya 2125. Ada seorang hamba Allah, "uncle" berbangsa cina menghulurkan nombor giliran tertera nombor 2015. Bermakna saya dapat nombor giliran lebih awal dari yang saya dapat sebelum itu. Masyaallah. Syukur sangat. 



 "Green Coffee" adalah minuman berasakan makanan sunnah terbaik , Habbatussauda dan tumbuhan terbaik di dunia Alfalfa. Gabungan dua tumbuhan ciptaan Allah ini mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan kita. Tahun 2015 'design' kopi ada perubahan seperti gambar di bawah. 




Stok "Green Coffee"

Antara Khasiat GREEN COFFEE:
1. Menambah tenaga dan stamina
2. Memperkukuh sistem imun
3. Memperkasa aliran darah dalam tubuh.
4. Mengurangkan migraine dan sakit kepala
5. Merawat gastrik
6. Meransang pengeluaran susu badan.
7. Mencuci usus dan buah pinggang.
8. Membuang toksid melalui najis atau peluh
9. Mengurangkan sakit sendi
10. Merawat sembelit
11. Melancarkan penghadaman


Nak buat pembelian boleh la hubungi saya SMS/WHATSAPP 0189069144

Thursday 22 January 2015

Membaca Al kahfi Pada Hari Jumaat

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Google



Penghulu segala hari. Hari jumaat hari yang tenang. Sewaktu saya bernikah dengan suami pun kami memilih hari jumaat pada 24 mei 2013. Selepas asar dengan sekali lafaz kami sah bergelar suami isteri. Berkat hari jumaat. 


Ayuh membaca surah inspirasi ini, Al Kahfi. Moga kita dilimpahi kerahmatan. Al Kahfi surah yang penuh inspirasi. Galakkan untuk kita membacanya salah satunya agar kita menghayati perjuangan para pemuda yang mempertahankan keimanannya kepada Allah. Terlalu banyak kelebihan surah ini.


Surah Al kahfi Surah menceritakan perjuangan serta semangat para pemuda dalam menghadapi pemerintah Raja Dikyanus yang zalim. Pemuda-pemuda tersebut yang menyelamatkan diri dan akidah mereka. Allah menyelamatkan dengan menidurkan mereka di dalam gua selama 309 tahun. (Al Kahfi, ayat 11)

Berusaha membaca surah inspirasi ini, Al Kahfi. Surah ini agak panjang, ada 110 ayat. Ia memakan masa 1 jam juga untuk habis dibaca. Mungkin ada yang mampu membacanya lebih cepat dari itu. Baca mana yang mampu. Jangan paksa diri. Sedikit yang konsisten lebih baik daripada banyak yang sekali sekala. Ayuh! mulakan 10 ayat pertama. Mulakan 10 ayat pertama sebagai amalan untuk menyuburkan hati dan berlindung daripada dajjal.


“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.”
(HR Muslim)


Makanan Sunnah Ubati Sakit Kepala

Teks: Naimah Norman
Sumber Gambar: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum. Terima kasih kepada kalian yang mengikuti blog ini. Alhamdulillah. Dengan izin Allah saya mampu untuk menulis dan memberi inspirasi. Bukan mudah menulis kerana ia perlukan hati. Hati yang penuh penghayatan agar apa yang ditulis mampu sampai ke dasar hati pembaca. Setiap daripada kita mahukan yang terbaik dalam hidup. Teringat kenangan saya ketika belajar di universiti dahulu, semasa saya dan kumpulan bertungkus lupus menyiapkan projek pembentangan. 

Masa itu, kami buat tajuk mengenai kedai makan di sekitar shah alam. Seingat sayalah. Maaf. Saya pun dah lupa pula. Yang saya nak sampaikan cerita ketika itu, saya siap beli kopi 3 in 1. Kopi O yang apabila dibancuh memang hitam pekat. Sepanjang menyiapkan projek itu saya akan bancuh.  Tujuannya untuk menahan daripada mengantuk. Saya seorang yang bersungguh-sungguh jika ingin melakukan sesuatu. Fokus dan semangat. Saya ingin lakukan yang terbaik.

Ketika menyiapkan projek itu, sepanjang malam kami berjaga tetapi hasil projek kami biasa-biasa sahaja, malah mendapat kritikan teruk. Kami terima dengan redha dan kami pasrah kerana kemampuan kami terbatas setakat itu sahaja untuk memberikan hasil projek yang bagus. Rezeki kami lulus subjek itu. Kesan daripada pengambilan kopi yang berterusan itu, saya sakit kepala yang amat. Saya memang kerap sakit kepala ketika zaman belajar dahulu. Berdenyut-denyut tetapi saya bukan yang suka telan ubat terutama panadol. 

Saya bukanlah penggemar kopi tetapi sejak saya mengenali "Green Coffee" ketika tahun 2006, sakit kepala saya kian beransur. Kurang tidak seperti sebelumnya. Masa itu zaman saya belajar, wang memang dicatu dan nak beli kopi pun jimat-jimat. 


Green coffee apabila dibancuh, akan kelihatan alfalfa berwarna hijau.
Jika kebetulan ummi ada beli lebih, saya bawalah ke kolej. Saya kurang minum sebab saya tidak berapa gemar berjaga malam terutama selepas isyak sehingga tengah-tengah malam. Cara saya ialah saya akan tidur dahulu dan bangun sekitar jam 4 atau 5 pagi. Saya jenis yang tidur awal. Ada jenis mereka yang saya lihat masa belajar dan ulangkaji dari selepas isyak hingga larut malam. Saya pernah cuba tetapi saya tidak mampu lakukan. Jika besok ada peperiksaan pun kadang-kadang sahaja saya berjaga malam. 

Sejak saya konsisiten amalkan "Green Coffee", sakit kepala memang kurang dan sampai sekarang saya terus amalkan. Malahan saya menjual pula kopi ini kerana yakin keberkesanannya. Kandungan utama kopi ini ialah habbatussauda dan alfalfa. Dua tumbuhan terbaik ini sering digunakan dalam mengubati pelbagai penyakit. Habbatussauda adalah makanan sunnah dan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ada menyebut bahawa; 

" Habbaussauda adalah penawar segala penyakit kecuali maut". 

Berpegang kepada hadis inilah saya yakin keajaiban habbatussauda. "Green coffee" tidak sama seperti kopi yang lain ada di pasasan. Ia kopi penawar. Insyaallah. 
"Green Coffee" dari tahun 2006 sehingga 2014

Untuk tahun 2015, akan ada perubahan corak dan warna kotak "Green Coffee". Nantikan ye. Saya akan paparkan di laman "facebook". Boleh juga lawati Raoha Resources. 




Tuesday 20 January 2015

Seronoknya Mengandung

Teks: Siti Naimah Norman

Assalamualaikum. Salam motivasi semua.

Alhamdulillah Mohamad Rafiy'yuddin sudah berusia 8 bulan. Syukur Allah beri kesihatan dan kecerdasan pada Mohamad. Terasa baru semalam melahirkannya. Sekarang Mohamad sudah mengesot dan merangkak. Laju sahaja mengesot jika dibiarkan. Semua nak dipegangnya dan dicapainya. Bila ada benda yang menarik perhatiannya, dia akan segera nak pegang benda tu. Sudah pantai meniti di sofa, meja dan mana-mana yang dirasakan seronok baginya.



Sudah beberapa kali juga terjatuh. Hendak berdiri belum pandai hendak imbangkan diri. Masa itu mama buat kerja di dapur, dengar-dengar dia menangis kuat. Subhanallah. Bertuah anak mama ini. Mama selalu pujuk jika Mohamad menangis, "Mohamad kuatlah, Mohamad bijak, nak pandai memang sakit dan susah. Sekejap je biasanya Mohamad menangis. Mama pujuk dia diamlah. Rasa trauma juga bila anak jatuh. Insyaallah mama akan selalu berada disamping Mohamad.

Seronok mengandung dan melahirkan. Terasa rindu bertaut kembali kenangan ketika mengandung dulu. Memang sakit badan, lenguh, pening mabuk semua tetapi bila lihat perut makin membesar, rasa bayi gerak-gerak dan lahirnya anak itu, rasa keseronokkan berganda-ganda. Alhamdulillah bersyukur Allah bagi peluang merasai nikmat mengandung dan melahirkan. Rindu sangat saat itu. Tiada kata-kata mampu mengambarkan keseronokkan mengandung.

Apabila selamat melahirkan, ummi adalah orang pertama yang ucap "tahniah, selamat dah ibu". Ya Allah, sebak rasa bila orang yang melahirkan kita mengucapkan itu. Kita tahu dan rasa apa yang dilalui orang yang melahirkan kita. Rasa besar pengorbanan ummi dulu melahirkan dan membesarkan kita sehingga menjadi manusia yang berjaya. Marah ummi kerana ummi sayang. Teguran ummi kerana ummi mahu kejayaan untuk anaknya. Cerewet ummi kerana ummi mahu lakukan yang terbaik untuk anaknya.

Selepas melahirkan, proses menjaga bayi bukan mudah, Berjaga malam dan tidak lena tidur. Ummi beri semangat ketika ema rasa murung selepas melahirkan. Kemurungan kerana kesakitan dan keletihan. Sungguh kesakitan itulah yang ummi lalui semasa melahirkan ema dulu. Ummi berkorban untuk besarkan ema.

Ummi, ema sayang ummi. Terima kasih melahirkan ema dan menjaga ema. Ketika ema sudah merasa sakit hendak bersalin, ummi telefon ema dan memberikan kata-kata semangat. Ketika ema sarat membawa perut di hujung-hujung kehamilan, ummilah yang selalu risau dan bertanya keadaan ema. Ummi tiada ganti. Moga Allah berikan kesihatan kepada ummi.

Bersama Ummi tersayang ketika majlis perkahwinan belah lelaki. 2 jun 2013




Monday 12 January 2015

Kembali Kepada Fitrah Perkahwinan

Teks: Naimah Norman
Sumber Gambar: Koleksi Peribadi



Ketika membuat keputusan bekerja dari rumah, hati ini gundah gulana. Fikiran bercelaru memikirkan cara untuk jana pendapatan jika duduk di rumah. Tiada paksaan di pihak suami atau keluarga. Di luar sana begitu ramai graduan yang semasa bujangnya bekerjaya dengan pendapatan bulanan yang tetap.

 Apabila berkahwin, kadangkala terpaksa berpisah dengan suami kerana tuntutan kerja yang tinggi. Bila dapat anak, pelbagai kelengkapan perlu disediakan. Kelengkapan bukan hanya wang ringgit tetapi tumpuan dan kasih sayang untuk anak itu membina moral diri.

 Mampukah semua itu dikendalikan dengan hidup berasingan dengan suami? Berjumpa seminggu sekali. Urusan anak bagaimana? Siapa mahu menjaganya? Di mana? Pelbagai persoalan berlegar. Jika tidak bekerja bagaimana mahu mendapatkan wang?

Namun begitu dengan penuh keyakinan atas asbab perkahwinan dan kehadiran anak akan membuka pintu rezeki, nekad melepaskan kerjaya dengan 1001 ketidakpastian. Kerjaya? Wang? Harta?. Ia boleh berganti tetapi nilai kasih, jiwa, rohani dan pengorbanan, ia perlukan pembuktian. 


Fitrah seorang isteri itu berada di sisi suami dan anaknya. Menjadi isteri yang mendampingi suami ketika susah dan senang. Jika mahu hidup berasingan, ia sudah lari daripada fitrah perkahwinan itu. Sesuatu yang lari daripada fitrah pasti akan memberikan impak negatif. Mungkin impak itu bukan sekarang atau setahun dua perkahwinan tetapi ia akan berlaku dalam jangka masa yang panjang. 

Kembali kepada fitrah perkahwinan yang mana suami dan isteri mesti tinggal bersama. Jika mahu berasingan bukan dalam jangka masa lama. Pasangan yang berkahwin dan mengambil  keputusan untuk tinggal berasingan atas faktor kerjaya berpotensi besar akan mengalami masalah untuk memahami pasangannya itu apabila tinggal bersama kelak.

 Semasa tinggal berasingan, segalanya baik-baik belaka tetapi apabila tinggal bersama, semua kelemahan pasangan akan dipersoal. Ia akan membawa kepada pertelingkahan dan pergaduhan. Sukar untuk menerima sikap dan tabiat pasangan. Ketika tinggal berasingan, tidak nampak semua tabiat buruk. Apabila tinggal bersama, tabiat baik buruk semua terserlah. Bangun lewat, rumah bersepah, kotor dan sikap negatif pasangan yang tidak disukai akan menguji jiwa raga.

Sebelum saya dan suami mendirikan rumah tangga. Saya bekerja di Subang dan suami pula di Melaka. Saya tidak pernah bercinta dengan suami. Kami berkenalan melalui keluarga. Setelah fikirkan risiko dan keburukkan apabila tinggal berasingan, saya ambil keputusan melepaskan kerjaya saya sebagai guru ketika itu dan nekad mengikut suami ke Melaka.

Keyakinan saya terhadap rezeki perkahwinan sangat kuat. Saya percaya dengan perkahwinan akan membuka pintu rezeki saya seluasnya. Alhamdulillah 2 bulan berkahwin saya mendapat tawaran mengajar di tadika Jabatan Agama Islam Melaka dan mendapat pengkhabaran gembira dengan kehamilan saya. Saya mengandungkan Mohamad. Kandungan kedua saya selepas keguguran sebelum itu. Dua rezeki datang serentak. 

Saya teruskan kerjaya saya sebagai guru kontrak selama 3 bulan dan seterusnya apabila tamat kontrak saya mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kandungan saya. Ia pengalaman yang menyeronokkan. Alhamdulillah. Bagaimana Allah begitu adil terhadapa hambanya. Ia memberikan jalan yang tidak disangka-sangka hambanya itu. Perkahwinan membawa rezeki. 

Alhamdulillah sehingga kini, saya meneruskan kerjaya saya hanya dari rumah. Bisnes online adalah cara bisnes yang sangat praktikal untuk mereka yang mahu menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Urusan rumah tangga dan anak-anak lebih terjaga. Tanpa komitmen yang membataskan gerak kerja rumah tangga dan kualiti masa yang lebih dengan anak-anak dan suami. 

Dahulunya saya kurang yakin dengan keputusan untuk bekerja dari rumah kerana saya kurang ilmu dan tiada sokongan. Tetapi saya berusaha sungguh-sungguh dan berdoa. Setelah melahirkan anak saya, Mohamad. Tercetus idea untuk menjual makanan sunnah. 

Saya mengamalkan pemakanan sunnah, mengapa tidak saya promosikan makanan sunnah tersebut kepada orang lain. Ianya Untuk kebaikan dan mendapat pahala. Mengamalkan dan menjual. Mencuba dan melihat kesan serta keajaiban makanan sunnah, saya yakin ianya adalah makanan terbaik untuk kesihatan dalaman dan luaran. 

Alhamdulillah allah temukan saya dengan ABDR. Akademi Bekerja Di Rumah yang merupakan platform untuk para suri yang mahu mula menjana pendapatan dari rumah. Saya sangat dahagakan ilmu kerana banyak yang saya tidak tahu tentang bisnes dan saya ingin belajar. Saya mengambil keputusan untuk menjadi pengurus online ABDR kerana saya mahu benar-benar serius dalam bidang perniagaan ini.

Mulakan langkah anda sekarang!Usah bertangguh.

Inginkan sertai kelas di atas dan bina platform menjana pendapatan bersama ABDR? Anda boleh SMS/WHATSAPP saya 0189069144.



Mulakan Hari Dengan Ceria

Teks: Naimah Norman
Sumber Gambar: Google


Alhamdulillah hari ini hari isnin permulaan hari dalam seminggu. Hari pertama persekolahan bagi sesetengah negeri kecuali pantai timur dan Johor kerana sesi persekolahan telah bermula semalam. Setelah sesi persekolahan di lanjutkan selama seminggu, hari ini sekolah mula beroperasi. tentu teruja dan gementar bukan? Lebih-lebih lagi kali pertama menghantar anak ke sekolah.


Semasa hari sabtu kelmarin, saya bawa Mohamad jalan-jalan ke taman. (Gambar tak sempat ambik.. Huhu) Terserempak dengan anak murid masa tadika dulu. Mereka kelas yang saya ajar. Kembar umur 5 tahun, Amsyar dan amzar. Malu-malu mereka.
Saya tegur mereka;
"Amsyar, amzar ingat teacher lagi tak".


Tersipu-sipu mereka dengan senyuman yang menayangkan 2 batang gigi hadapan yang rompong.

Saya tanya lagi;
"Bila sekolah"?

Jawab amzar; "kita cuti lama".
Ketawa saya dalam hati. Mesti budak ni masih seronok bercuti.
"Isnin ni kan sekolah"? Saya tanya mereka.
"Kite dah beli barang sekolah" dengan bangga amzar memberitahu.
"Oh yeke" saya mengiyakan.
He he he. Mereka senyum anguk-angguk. (Mereka tak faham pun apa pertanyaan saya, sekolah? Isnin?). Apa teacher cakap ni?
Itulah kanak-kanak, lain kita tanya lain dijawab. Seronok, bermain dan kadangkala menangis. Kita yang perlu mahir memahami mereka. Dunia mereka yang kita lalui dulu. Rindu pula saya pada kenangan sewaktu mengajar dahulu. Kanak-kanak menceriakan kerana mereka bersih dari dosa. Kita tidak ceria kerana banyak dosa. Hati kita tidak tenang. Ianya yang menjadi punca kita tidak ceria. Memulakan hari dengan ceria adalah sangat penting. Dari mula bangun celik mata kita rasa ceria sehinggalah kita tutup mata semula pada malam harinya, keceriaan itu tetap berterusan.

Kunci keceriaan adalah 'KETENANGAN". Apabila tenang semua perkara akan jadi rasional dan yang negatif akan jadi positif. Ketenangan itu hanya dengan mengingati Allah. Ingat allah atau dalam bahasa arab kita sebut "Zikrullah". "Zikr" membawa makna ingat. Sebagaimana kita selalu mengingati orang yang kita sayang begitu juga kita mesti ingat kepada Allah. Malahan, mengingati Allah itu seharusnya lebih daripada mengingati manusia atau segala perkara yang kita cintai. Ingat allah, Insyaallah Allah akan beri keceriaan dalam hidup.


Wallua'lam. Allah lebih mengetahui.

Salam Tarbiyah, Salam Motivasi


Saturday 10 January 2015

Panduan Mengekalkan Motivasi Dan Semangat Dalaman

Teks: Naimah Norman


Alhamdulillah. Hari ahad yang bersemangat. Walaupun berada di hujung minggu yang mana kebanyakkan orang akan menghabiskan masa dengan bersantai-santai setelah penat bekerja pada hari isnin hingga sabtu. Bagi saya setiap tujuh hari dalam seminggu adalah hari bekerja saya. 

Bekerja sendiri tiada masa tertentu untuk bercuti dan jika bercuti pula tiada “claim” gaji. Begitulah hakikat bekerja sendiri semua di tanggung sendiri dan urusan masa kerja juga sendiri yang uruskan. Disiplin diri sangat penting untuk kekal bekerja dengan bersemangat walaupun hanya bekerja dari rumah sahaja.

Indahnya bekerja dari rumah kerana kita miliki kebebasan yang orang bekerja makan gaji tidak ada. Bebas mengurus masa kerja, bebas menentukan urusan kerja dan tidak terikat dengan jadual kerja dan “due date” tugasan. Tiada bebelan atau kemarahan bos kerana kitalah bos dan kitalah pekerja. Cabarannya bekerja sendiri ini adalah konflik diri sendiri. Namun jika bekerja makan gaji tidak terkecuali diri sendiri juga akan ada konflik seperti malas, bosan penat dan sebagainya. 

Namun kerana tanggungjawab kita akan paksa juga buat kerja kerana kita dibayar gaji untuk pekerjaan kita. Ianya berbeza apabila kita bekerja sendiri jika rasa malas, penat letih kita masih boleh besantai-santai atau menangguhkan kerja mengikut masa kita sendiri. Tidak kira kerja makan gaji atau bekerja sendiri, komitmen adalah keutamaan dan disiplin diri perlu tinggi.

Di sini saya ingin kongsikan sebagai panduan kita bersama  cara untuk kekalkan motivasi dan semangat dalaman dalam melaksanakan pekerjaan kita. Tidak kira apa dahaja pekerjaan yang kita laksanakan, kekuatan diri itu perlu dijaga. Semangat dalaman sangat penting untuk kita menggerakkan sesuatu pekerjaan. Banyak faktor yang menjadikan kita tidak produktif antaranya malas, jemu, rasa putus asa dan tiada sokongan serta faktor kesihatan yang tidak baik. Namun semua itu kita jadikan cabaran dan jangan jadikan ianya alasan.

 Sebagai orang islam, kita telah laksanakan solat yang wajib tetapi tetap ada rasa lemah dan malas sedangkan ibadah itu akan menjauhkan syaitan daripada kita. Jika kita perasan, bukan syaitan sahaja musuh utama kita tetapi kita ada nafsu. Nafsu dalam diri kita. Ianya selalu mengarak kepada keburukkan. Kita perlukan panduan untuk mengawal diri supaya akan tebit motivasi dalam diri dan semangat dalaman.

Antara panduannya:

1. Apabila bangun daripada tidur setiap pagi bacalah doa. Paling mudah ucapkan “ Alhamdulllah terima kasih Allah yang menghidupkan aku semula, moga hari ini aku lebih baik”. Jika tahu bahasa arab boleh baca dalam bahasa tersebut atau boleh baca dalam bahasa apa sekali pun kerana Allah maha memahami kehendak hambanya.

2. Senyum dan tarik nafas. Lakukan pernafasan dalam 5 minit dan ucapkan dalam diri “hari ini aku seorang yang bersemangat dan produktif”. Sebutkan kata-kata positif dalam diri kita.

3. Pastikan kita sentiasa dalam keadaan berwuduk

4. Dirikan solat sunat dhuha. Paling minimum 2 rakaat dan doa sungguh-sungguh pada Allah agar ditetapkan hati.

5. Jika tidak mampu dirikan solat sunat kerana rasa malas melampau. Usahakan berzikir. Paling mudah zikir 100 kali. “Subhanallah”, “Alhamdullah”, “Allahuakhbar” sebanyak 33 kali dan “Lailahaillallah” sekali sebagai penutup.

Jika mampu lagi, bacalah Al Quran satu muka surat. Boleh juga baca 3 surah terbaik ini “Al ikhlas’, “Al falaq” dan ‘An nas”. Cuba lakukan mana yang mampu.

6. Buat pada waktu pagi atau malam dimana keadaan dan waktu kita tenang. Usahakan tenang kerana hati yang tenang itu terdapat padanya kekuatan.



Ianya sebagai panduan kita bersama dan usahakan mengiku kemampuan kita yang penting berterusan. Insyaallah. Moga ianya membantu. Salam motivasi!

Friday 9 January 2015

Menangani Sifat Marah Melampau Demi Keharmonian Rumahtangga

Teks: Naimah Norman
Gambar: Google


Di dalam rumahtangga, sifat marah harus dikawal dan dikendalikan dengan betul. 
Di dalam hadis Arbain atau lebih dikenali sebagai hadis 40 karangan Imam Nawawi ada menyentuh tentang sifat marah. Hadis tersebut berbunyi demikian:

“Ada seorang lelaki berjumpa Nabi dan meminta nasihat dan wasiat daripada baginda (Siapa lelaki tersebut tidak dinyatakan). Nabi berkata, “Jangan kamu marah”. Lelaki itu bertanya lagi, Nabi mengulangi yang sama, “Jangan kamu marah”. (HR Bukhari)

Sifat marah adalah fitrah setiap manusia. Sifat marah tidak boleh dibuang terus tetapi ia harus dikawal dan dikendalikan dengan betul. Perkara yang paling penting adalah kita harus membina kemampuan untuk menahan sifat marah ketika kita marah. Ianya penting kerana agama islam adalah agama yang melarang sifat buruk serta perilaku tidak bermoral. Sifat marah yang tidak dikendalikan dengan betul akan membawa kepada perilaku kurang sopan. Contohnya apabila seseorang itu marah, dia barangkali akan mengeluarkan kata-kata kesat seperti “bodoh” dan lebih teruk lagi mencarut “P** * Mak”. Perkara ini sangat dilarang dalam islam.

Perkara yang paling ditakuti lagi dengan kemarahan yang tidak terkawal, ia akan mengundang tindak balas negatif seperti memukul, menampar dan sebagainya. Ia akan menyebabkan trauma dan kecederaaan kepada mangsa pukulan tersebut lebih- lebih lagi jika ia dilakukan oleh orang yang disayangi. Pecah belah dalam institusi kekeluargaan, perkahwinan dan kemasyarakatan akan berlaku kerana kemarahan yang tidak dikawal. Sebab itu sifat marah ini mesti dikendalikan dengan betul. Bukan tidak boleh marah tetapi marah yang tidak melampaui batas.


Kita kategori marah yang mana? Kita lihat tahap marah ini;

1. Marah yang melampau-lampau. Marah yang tidak dapat dikawal.

2. Tafriq (Tidak cukup hasil). Marah yang tidak menghasilkan apa-apa atau tidak marah langsung. Ia tidak dituntut dalam islam.

3. Ik’tidal (Pertengahan). Marah yang disesuaikan dengan keadaan tapi mampu dikawal.


Sifat marah melampau akan mengundang murka Allah. Ianya akan membawa kepada kegagalan. Menurut kajian sains juga, orang yang kerap marah tidak tentu pasal akan kerap sakit. Untuk sihat kita perlu mengawal marah. Kesihatan jasad ditentukan kesihatan hati kita. Ketika marah kita kerap mendengar dialog ini “Ni buat aku naik angin ni, naik darah, hangin”. Tahukah anda, apa yang kita katakan itu akan menjadi doa untuk kita. Sebab itu kita dituntut mengucapkan yang positif dan baik-baik sahaja. Perkara kecil akan jadi besar jika kita berfikiran negatif.

Bagaimana untuk mengawal sifat marah melampau?

Di sini kita cuba aplikasikan dua tips ini untuk mengawal sifat marah. Yang pertama, Ucapkan “Istia’zah”. Istia’zah bermaksud “Aku berlindung daripada syaitan yang direjam”. Ianya untuk menghalau syaitan yang akan meniupkan lagi api kemarahan itu. Yang kedua, Apabila marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Jika marah dalam keadaan duduk, maka baringlah”. Ini adalah pesanan Nabi kepada kita. Ubah posisi kita ketika marah akan mengubah perasaan kita dan meredakan kemarahan tersebut. Ketika kita ubah posisi tersebut juga akan mengubah fokus pemikiran kita. Di situ kita akan berfikir sejenak apa tindakan kita seterusnya.

Jika tidak reda juga kemarahan, ambil wuduk dan solat bermunajat kepada Allah. Elemen air sangat membantu mengubah suhu dan air juga adalah medium yang dapat mengalirkan haba. Marah itu api dan api dapat dipadamkan dengan air. Ketika marah, kita dituntut diam seketika. Berfikir sejenak agar dapat menghasilkan tindakan yang rasional.

Kita harus mengenali faktor yang mendorong kepada kemarahan kita. Antara faktor yang menyebabkan sifat marah ini wujud adalah;

1. Fizikal

Kemungkinan fizikal yang tidak sihat. Sakit yang mendorong kepada emosi marah dan tidak dapat mengawalnya dengan betul.

2. Psikologi

Pemikiran yang sihat dihasilkan daripada hati yang sihat. Orang yang miliki pemikiran sihat akan sentiasa fikirkan yang positif dan yang baik-baik sahaja. Daripada pemikiran yang baik itu akan mengawal kemarahan. Ketika fikiran kita hanyalah fokus kepada negatif, maka sifat marah melampau akan terhasil.

3. Moral

Akhlak buruk salah satunya adalah panas baran. Mereka yang miliki akhlak ini diketegorikan sebagai memiliki akhlak buruk. Akhlak ini terhasil kerana syaitan dekat dengan mereka. Mereka ini kebiasaannya jauh dari Allah. 

Kesimpulannya sifat marah mesti dikendalikan dengan baik agar dapat menghasilkan kualiti dalam hidup. Marah akan menjejaskan banyak elemen dalam kehidupan kita. Fikiran yang bersih itu perlu dan ia terhasil daripada hati yang bersih. Fikirlah yang baik, rasa hati yang baik dan insyaallah yang baik-baik akan hadir. Wallaua'lam.




Sunday 4 January 2015

Mengingati Kematian Membersihkan Hati

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar; Google



Kematian adalah pintu bertemu dengan Allah. Siapa tidak mahu bertemu dengan Allah? Allah pencipta yang memberikan segala nikmat pada kita, masakan kita tiada keinginan untuk bertemu denganNya? Alam ini begitu hebat ciptaannya, sudah tentu pencipta alam ini juga jauh lebih hebat. Mengingati kematian membawa keinsafan diri. Ia menjadikan hati begitu gerun dan resah sekali. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu kekasih Allah. 

Mengapa keresahan melanda tatkala mengingati kematian? 

Jawapannya: Kerana belum cukup persediaan.

Dua hari lepas ketika saya menulis entri ini, bapa saudara saya iaitu suami kepada mak ngah, adik kandung ummi saya telah dijemput Allah. Negeri Kelahiran ummi adalah kelantan tetapi kami dapat pulang ke sana jarang sekali kerana kengkangan duit dan pengangkutan. Adek beradik kandung ummi yang masih hidup ada 4 orang. Ummi yang sulung, Mak ngah, Mak su dan Pak su. Hanya ummi sahaja yang merantau ke luar dari Kelantan. Adek beradik yang lain menetap di Pantai Timur. Bapa saudara saya itu saya panggil pak ngah atau cik jamal adalah orang yang pernah saya jumpa kali terakhir ketika pulang ke kampung tok ayah di Pasir Mas. Waktu itu tok ayah masih ada rumah di Pasir Mas dan arwah nenek asiah masih hidup. Umur saya ketika itu, seingat saya masih sekolah rendah.

 Ketika ummi menyampaikan berita kematian tersebut melalui "SMS" saya agak terkedu seketika.  Teringat jasa arwah mengambil kami sekeluarga dari terminal bas setelah sampai dari Selangor. Waktu itu kami sekeluarga pulang ke pasir mas. Ketika menerima berita kematian itu, terbayang-bayang wajah arwah dan kenangan bersama arwah. Arwah tidak banyak bercakap tapi suka tersenyum. Terasa arwah seperti masih ada. Ia menjentik keinsafan dalam hati saya. Sekejap sahaja Allah nak ambil semula. Kita milik Allah dan sampai masa kita akan Allah ambil semula bertemu dengannya. Kematian itu pasti, hanya masanya yang kita tidak tahu, keadaan kematian dan pengakhiran kita. Semua telah tercatat di Luh Mahfuz. 

Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu
sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami 
menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. 
(al-hadid - 22)


Kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan? (Al Baqarah 28)

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. (Al Ankabuut)

Mengingati mati akan membersihkan hati. Kadangkala sukar sekali untuk hati kita merasa kehambaan. Merasa kehambaan pada Allah yang menggerakkan jasad kita melaksanakan apa yang dicintai oleh Allah. Melaksanakan ibadah wajib pun kadangkala kita merasakan ianya begitu berat sekali untuk disempurnakan, apatah lagi untuk menambah koleksi ibadah sunnah. Apa yang dicintai Allah itu ada tertulis dalam Al Quran. Mengingati kematian akan membuatkan kita merasa takut dan lantas melaksanakan ibadah dengan bersungguh-sungguh. Ditambah dengan ibadah sunnah seperti solat tahajud, puasa sunat, sedekah dan perkara kebaikan yang lain. Itulah persediaan untuk kematian kita. 

Laksakan sedikit tertapi berterusan. Itu lebih baik daripada kita laksanakan banyak tapi tidak tetap dan compang-camping pula. Untuk berterusan malaksanakan amal kebaikan perlukan mujahadah dan selalu muhasabah. Doa adalah kunci kepada istiqomah. Berdoalah minta pada Allah agar ditetapkan hati dan jangan dipalingkan setelah kita menemui jalan kebaikan. Moga kematian dan pengakhiran kita adalah pengakhiran yang mulia di sisi Allah. Insyaallah, moga kita sentiasa dalam rahmat kasih sayangNYA. 

Salam Tarbiyah

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...