Thursday 30 April 2015

Beri Hadiah Pada Diri Sendiri

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Koleksi Peribadi

Apabila penat bekerja seharian, kadangkala anda lupa untuk menghargai diri sendiri. Kesibukkan kerja di pejabat atau di rumah menjadikan anda lebih fokus dan serius dalam pekerjaan yang anda lakukan. Hari hari yang anda lalui penuh kepenatan dan kadangkala diulit kebosanan.

Jika anda bekerja di rumah, contohnya anda sorang perniaga online atau anda melakukan bisnes makanan seperti kek, roti, kuih-muih dan menjahit pakaian dari rumah, setiap hari rumah kita itulah tempat tumpuan anda. Ia tempat anda bekerja, tempat makan, tempat mencari idea baru dan tempat melegakan tekanan.

Setiap manusia miliki perasaan yang sering berubah-ubah. Kadangkala gembira, ceria atau seronok. Namun kadangkala sedih, tertekan atau bosan. Cara untuk melegakan tekanan itulah yang harus anda perlajari. Jangan lepaskan tekanan, tetapi legakan tekanan. Ia memberi manfaat pada diri dan juga orang di sekeliling anda.


Kadangkala, anda sering melepaskan tekanan yang anda hadapi kepada orang lain terutama pasangan, anak, keluarga atau jiran kita. Ia berlaku tanpa disedari kerana tiada pertimbangan yang baik dalam diri.

Fikiran tidak mampu menjadi rasional tatkala keletihan. Badan letih, perasaan pun akan terganggu dan pemikiran akan bercelaru. Semua itu lumrah kehidupan, namun anda harus mengurus tekanan dengan bijak.

Perkara yang paling penting untuk melegakan tekanan adalah dengan memberikan keseronokkan pada perasaan dan tubuh anda. Hadiahkan sesuatu untuk diri anda sendiri. Beri hadiah kepada diri anda setiap hari.

Nampak seperti mustahil hendak hadiahkan diri sendiri. Setiap hari pula perlu bagi hadiah, nampak seperti susah sahaja. Bukan susah, hadiah tidak perlu mahal-mahal. Apa sahaja yang menyeronokkan, boleh dijadikan hadiah.

Jika bekerja di rumah dan  sukar mahu keluar, mungkin anda boleh hadiahkan diri anda dengan beberapa aktiviti ini:
1. Membaca buku. Membaca sebagai terapi yang boleh membuka minda kita. Alih perhatian minta anda kepada perkara lain seketika.
2. Selain itu, membaca Al Quran dan memahami makna. Al Quran banyak menceritakan kisah teladan dan motivasi yang mampu membangunkan rohani.
3. Membaca berita dan isu terkini atau membaca komik kelakar yang mencuit hati.
4. Minum air jus yang menyegarkan.
5. Menyiram pokok bunga. Tanaman mampu memberikan ketenangan hati.
6. Bermain dengan haiwan seperti kucing.
7. Bergurau senda dan bermain dengan anak anda. Main lari-lari dan geletek-geletek.
8. Masak makanan kegemaran yang jarang anda masak.
9. Lakukan senaman ringan.
10. Menyanyi dan menari.

Lakukan aktiviti tersebut dalam jangka masa yang singkat dalam 30 minit. Keseronokkan yang anda rasai akan mampu mengembalikan tenaga dalaman anda. Selepas selesai hadiahkan diri sendiri, sambung semula kerja yang anda lakukan sebelum itu dengan gembira dan ceria.


Jika anda bekerja di luar rumah tetapi dalam masa yang sama, anda juga bekerja di rumah. Masa yang anda ada sangat terhad tetapi jika bijak memanfaatkannya, anda akan lupa tekanan kerja tersebut. Malah, akan wujud rasa seronok walaupun terpaksa melakukan 2 kerja dalam sehari. Kerja di pejabat dan kerja di rumah.

Sebenarnya tiada masalah untuk hadiahkan diri sendiri setiap hari walaupun anda sibuk dengan kerja di pejabat. Anda perlu atur masa sebaik mungkin agar boleh selitkan beberapa aktiviti di atas yang boleh anda lakukan di pejabat seperti minum air, membaca buku, komik, majalah atau Al Quran. Legakan tekanan di tempat kerja dan pulang ke rumah tanpa membawa perihal pejabat anda. Elakkan daripada membawa kerja pejabat ke rumah.

Selain itu, senyuman juga mampu menjadi hadiah buat diri anda. Pandang cermin, lihat wajah sendiri dan senyum. Katakan dalam hati,  "aku gembira, bahagia dan aku seronok". Tetapi berhati-hati ya, senyum jangan sampai orang rasa pelik sudahlah. Nanti mereka fikir kita kurang sihat pula. :)

Salam ceria,
(Naimah Norman)
Seni terapi bekerja dari rumah

Wednesday 29 April 2015

Terapi Urutan Bayi Di Rumah

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber gambar: Koleksi Peribadi

Bayi sangat sukakan belaian dan sangat perlukan perhatian. Bayi yang berusia 2 tahun ke bawah tidak mengenal erti kehendak tetapi mereka tahu keperluan mereka. Antara yang diperlukan oleh bayi seusia itu adalah seperti belaian, makanan, minuman, susu serta pelukkan kasih sayang. Ketika di rumah, belailah bayi anda. Lakukan urutan lembut kepada bayi anda. Ia boleh dilakukan sendiri dari rumah. Tidak perlu pergi ke spa atau tempat urutan. 


Sesi urutan Mohammad sambil menonton televisyen.
Bayi tidak mengenal erti mengada-ngada. Jika mereka meragam, ia pasti ada sesuatu yang mereka ingin sampaikan. Mereka meragam bukan kerana mereka mahu mengedik atau terlebih manja. Sebagai ibubapa, kita harus memahami setiap tingkah laku atau perubahan yang berlaku pada anak.

Bayi kadangkala mahu dipeluk dan dibelai mungkin kerana mereka rasa takut. Dunia rahim tidak sama dengan dunia yang mereka lalui sekarang. Bayi yang kerap dibelai akan ada keyakinan diri yang tinggi dan miliki daya pemikiran yang lebih bijak. Bayi akan lebih tenang dan kurang meragam.

Urutan pada tubuh bayi akan membuatkan mereka rasa disayangi. Antara kelebihan urutan di antaranya ialah:
1. Melancarkan aliran darah tubuh bayi.
2. Membantu memberikan pernafasan yang baik.
3. Melancarkan penghadaman.
4. Memberikan tidur yang lena.
5. Membina keyakinan.
6. Menguatkan otot dan daya ketahanan tubuh.
7. Merapatkan kasih sayang ibu dan anak.

Antara kaedah urutan adalah seperti:
1. Mulakan dari tapak kaki kanan.
2. Urut bahagian peha bayi terutama bahagian sisi peha.
3. Urut bahagian punggung dan pinggang bayi.
4. Selepas selesai urutan di bahagian kanan tubuh, boleh beralih ke bahagian kiri tubuh. Ulangi semula dari kaedah 1.
5. Kemudian, urut bahagian belakang terutama bahagian tulang rawan.
6. Urut bahagian bahu.
7. Untuk bahagian depan badan, urut lembut bahagian perut. Urut menghala ke bawah.

Urutan yang mama lakukan pada tapak kaki Mohamad.
Urutan yang betul mampu meningkatkan tahap kesihatan bayi. Bayi yang merangkak terutamanya akan menggunakan seluruh anggota tubuh untuk aktiviti merangkak itu. Urutan sangat diperlukan untuk membina ransangan urat saraf dan membantu melegakan otot bayi.

Beberapa tanda ini menunjukkan bayi anda memerlukan terapi urutan:
1. Kerap merengek
2. Sukar tidur dan kerap terjaga tidur
3. Kerap kembung perut dan sembelit
4. Meragam dan menangis tidak tahu punca
5. Masalah lambat berjalan atau perkembangan tidak seiring dengan usia.

Bahan yang digunakan untuk urutan.
1. Minyak zaitun
2. Minyak habbatussauda
3. Minyak bunga matahari
4. Bawang putih seulas

Ini bahan yang mama gunakan untuk mengurut Mohamad
Alhamdulillah, mengurut bayi memerlukan kesabaran kerana mereka akan mengeliat bergerak ke sana dan ke sini. Dengan urutan yang konsisten sekurang-kurangnya seminggu sekali atau jika tidak sempat, sebulan sekali pun sudah memadai.

Selepas mama mengurut mohamad, ada beberapa perubahan pada mohamad seperti penghadaman lebih baik. Jika sebelum itu, mohamad akan berak sekali sehari sekali. Beberapa minggu lepas, mohamad berak 2 atau 3 hari sekali. Najisnya lembut tetapi baunya sangat busuk. Tutup hidung mama apabila hendak mencucinya.

Selepas urutan itu, mohamad lebih mudah membuang pagi dan petang. Dia lebih ceria kerana perut selesa dan mama senang hati. Mohamad juga lebih mudah tidur. Belailah bayi anda ketika berada di rumah. Insyaallah akan ada perubahan pada bayi anda. Selamat mencuba!

(Naimah Norman)
Seni Terapi Bekerja Dari Rumah

Wednesday 22 April 2015

Mengurus Emosi Ketika Di Rumah

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Google



Apabila anda bekerja dari rumah, pengurusan diri haruslah menjadi keutamaan. Diri sendiri haruslah diuruskan dengan betul, barulah anda dapat menguruskan keluarga dan perkara lain dengan baik. Untuk menguruskan diri, anda mesti kenal diri anda. Kenal diri anda melalui kelemahan anda. Setiap orang akan ada kelemahan dan ia harus diperbaiki. Tiada manusia yang sempurna. Emosi negatif dalam diri anda adalah salah satu kelemahan yang mesti anda perbaiki segera.

Antara tips mengurus emosi negatif.

1. Kenali keadaan emosi negatif anda.

Antara emosi negatif yang sering ada pada diri kita adalah seperti:

-Marah
-Sedih
-Tertekan
-Kecewa
-Bosan

Emosi-emosi negatif ini akan mempengaruhi cara berfikir dan cara bertindak anda. Ia akan mamberi kesan pada, anak, suami, isteri, keluarga, rakan dan orang lain. Antara kesan negatif hasil daripada emosi negatif ini adalah seperti pergaduhan, kegagalan, persengketaan dan perpisahan.

Anda mungkin seorang yang mudah sensitif dan cepat terasa. Apabila hati anda tersentuh, emosi pun akan berubah. Anda harus ubah dan buang anasir-anasir negatif dalam pemikiran anda. Ubah cara anda berfikir dan ubah sikap anda.


2. Kendalikan emosi dengan betul.

-Kawal diri

Anda mungkin seorang yang mudah marah. Apabila rasa penat sedikit, anda akan rasa nak marah. Marah suami, isteri atau marah anak. Menguruskan kerja rumah dan disamping melakukan kerja bisnes sememangnya memenatkan. Anda harus kawal diri anda.

Caranya mudah. Apabila penat buat kerja rumah, berehat sebentar dan tarik nafas. Tujuannya adalah untuk mengembalikan pemikiran sedar anda di bawah gelombang beta. Gelombang yang memiliki frekuensi tertinggi yang akan berupaya  mengawal pemikiran bawah sedar anda dengan membantu anda berfikir dengan lebih rasional.

-Lakukan aktiviti kesukaan anda

Jika anda di rumah, boleh nikmati makanan dan minum air kegemaran  anda atau bermain dengan anak anda. Jika belum ada anak, boleh main 'game' dalam telefon atau lihat gambar-gambar kenangan manis anda.

Apabila sudah rasa tenang dan lega dari kepenatan, sambung semula kerja. Lakukan dengan gembira dan seronok. Ubah posisi anda. Jika berdiri, anda harus duduk. Jika duduk anda harus bergerak berjalan.

-Perbaiki hubungan anda dengan orang lain

Berusaha memaafkan dan meminta maaf pada orang lain jika ada melakukan kesilapan. Leraikan persengketaan yang berlaku dengan segera apatah lagi jika melibatkan suami isteri. Bekerja dari rumah akan melibatkan orang yang berada dalam rumah. Pasangan kita, adik-beradik, keluarga atau saudara yang tinggal serumah dengan kita. Jika bersengketa, bagaimana rasa seronok melakukan kerja dapat diwujudkan.

-Dalami ilmu agama

Perkukuhkan ibadah. Lakukan amalan sunat. Solat sunat, sedekah dan zikir. Membaca Al Quran dengan betul serta menghayati maknanya. Sediakan masa khussu untuk ibadah-ibadah tersebut. Jadikan ia rutin dan jadual anda di rumah. Berdoa dan selalu dalam keadaan berwuduk.

Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”

-Tambah ilmu dan pengalaman

Untuk sentiasa positif dan miliki emosi yang stabil, anda harus bersama-sama dengan mereka yang positif. Pelajari ilmu kemahiran di luar kepakaran anda seperti jahitan, seni lukisan atau apa sahaja yang mampu menjadikan anda gembira dan sentiasa ceria.

Anda perlu belajar bagaimana untuk menapis apa yang  masuk ke dalam fikiran anda supaya yang berada dalam fikiran anda itu hanyalah anasir-anasir yang positif. Dalam apa sahaja yang kita lakukan untuk kehidupan kita, emosi yang positif sangat penting. Ia pencetus kepada keyakinan diri yang tinggi dan mendorong kepada kejayaan.

Hadiri majlis ilmu atau seminar. Pertingkatkan keyakinan diri disamping membina hubungan sosial dengan orang lain. Akhir kata, tenunglah dan pandanglah bayi. Mereka suci dan masih bersih. Melihat mereka akan menenangkan jiwa.

"Cak! Tak mau stress-stress."

Tuesday 21 April 2015

Formula Kejayaan Dalam Hidup

Sumber: Inspirasi Kejayaan, Irfan Khairi
Gambar: Google


Apa sahaja yang kita lakukan pasti ada formula atau kaedah yang tersendiri. Untuk berjaya, tirulah cara orang-orang yang telah berjaya sebelum kita. Untuk berjaya dalam bisnes, kita perlukan ikon atau mentor dalam bisnes. Ia sebagai pembakar semangat dan panduan kita untuk mencapi kejayaan dalam bisnes. Irfan khairi adalah salah seorang ikon bisnes dan usahawan online yang berjaya. Ini ada beberapa formula yang beliau berikan sebagai panduan kita bersama.


1. KEINGINAN

2. KEYAKINAN

3. TULIS MATLAMAT

4. SENARAIKAN KEBAIKAN YANG AKAN DIKECAPI

5. CERMINKAN DIRI SENDIRI

6. TETAPKAN DEADLINE

7.  KETAHUI RINTANGAN

8. PERANCANGAN

9. ILMU TAMBAHAN

10. BINA GAMBARAN

11. JANJI PADA DIRI SENDIRI


Sunday 19 April 2015

Suami Menjadi Sebab Saya Tidak Mahu Berhenti Kerja

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Google


"Suami menjadi sebab utama saya tidak mahu berhenti kerja". Luahan seorang wanita.

"Suami mahu saya berhenti kerja dan mengikut dia berhijrah. Dia mahu saya jaga anak. Selama 2 tahun berkahwin, banyak duit saya yang digunakan untuk menampung perbelanjaan rumah, anak dan keperluan lain".

"Pakaian pun saya beli sendiri. Kami duduk berasingan kerana masing-masing ada komitmen pada kerjaya. Sehingga sekarang kami masih tiada kata putus untuk tinggal bersama".

Allah! Sayu hati mendengar luahan wanita itu.

Sambungnya lagi. "Bukan tidak mahu tinggal bersama dengan suami, tetapi saya bimbang suami akan jadi lebih kedekut. Saya yakin rezeki dari Allah. Tetapi apabila melihat sikap suami yang sangat berkira soal makan, pakaian dan dalam segala hal berkira. Jika saya berhenti kerja, siapa nak tanggung keperluan anak. Saya makan hati memendam perasaan".

"Suami kata dia penat tanggung semua kerana gajinya kecil dan dia tidak mampu. Bagaimana saya nak yakin suami mampu atau tidak sedangkan gaji dia pun saya tidak pernah tahu. Dompet melekat sentiasa di badannya".

"Kadangkala saya lihat suami beli telefon baru, sedangkan saya punya sukar nak beli apa-apa kerana fikirkan benda yang lebih penting. Upah mengasuh saya yang dahulukan, ubat anak juga saya bayar".

"Suami bagi RM300. Kadangkala RM200. Banyak itu sahaja untuk keperluan saya sedangkan kami hidup berasingan. Bukan saya tidak bersyukur, tetapi saya rasa tidak berpadanan dengan kemampuan suami."

Dia tidak menangis. Matanya sahaja yang kelihatan merah kerana menahan rasa sebak yang mendalam.

"Kuatnya wanita ini, jika aku diuji begini, bagaimana keadaanku, aku pun aku tidak pasti. Dia sangat tabah". Saya berkata dalam hati.

Ini kisah benar seorang kenalan saya. Sayu hati apabila mendengar luahan hati dia. Berapa ramai wanita sanggup mengorbankan diri untuk bekerja demi menampung perbelanjaan anak dan keperluan lain. Di mana kepentingan suami dalam menjaga isteri dan anak. Perkahwinan bukan lagi menjadi ibadah tetapi menjadi tiket ke neraka.

Kehidupan kini bukan lagi suatu kepelikkan jika suami isteri bekerja tetapi bukan bermakna suami boleh sewenang-wenangnya mengabaikan keperluan isteri dan anak. Saya akhiri cerita ini dengan pendapat seorang ustaz apabila ditanyakan perihal kerjaya bagi seorang isteri;

"Suami tidak boleh memaksa isterinya bekerja kerana tanggungjawab nafkah keluarga adalah kewajipan suami. Tetapi si isteri atas rasa simpati dan rela hati boleh bekerja untuk membantu suami kerana suasana hidup sekarang ini tidak sama dengan kehidupan zaman ibu ayah kita dahulu. Terutama jika si suami tidak ada kelulusan dan berpendapatan kecil, tanggungan anak ramai dan sebagainya.

Para suami kena ingat bahawa wang pendapatan isteri adalah haknya, dan atas budi bicaranya saja untuk kegunaan wang tersebut dibelanjakan untuk keluarga. Peru reda meredai untuk menjamin kerukunan rumah tangga". ( Ustaz Abu Basyir)


Thursday 16 April 2015

Bisnes Produk Keluaran Muslim

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Koleksi Peribadi dan Sumber Google

Alhamdulillah, Mama sudah secara rasminya menjadi agen sah produk keluaran Al Hadad Marketing Sdn Bhd. Insyaallah sedang merangkap bakal stokis. Kesihatan adalah sangat penting. Selepas melahirkan Mohamad, kesihatan mama sering terganggu. Kadangkala diserang sakit urat, selsema dan lenguh lutut. Antibodi badan sudah semakin rapuh. Alhamdulillah mama percaya kepada penawar yang disebut di dalam hadis Bukhari dan Muslim.

"Sesungguhnya habbatussauda itu penawar segala penyakit kecuali maut"

Habbatussauda ini terlalu banyak khasiatnya. Mama mengamalkan habbatusssauda jenis minyak dan juga kapsul. Gambar yang bawah ini Ekstrak Bunga Habbatussauda jenis minyak, Mama biasa guna untuk sapuan dan juga bagi Mohamad makan. Alhamdulillah sangat mujarab serta sesuai untuk bayi seawal 6 bulan. Mama biasa titikkan dalam makanan atau minuman Mohamad. Mama guna untuk sapuan jika Mohamad ada ruam atau gigitan nyamuk.


Menguruskan anak serta kerja rumah tangga memerlukan tenaga yang sangat banyak serta stamina harus kukuh. Mama pernah makan jamu tetapi tidak tahan kerana panas sangat dan sakit perut. Rasa keras je perut ini dan kadangkala terasa seperti ada bayi dalam perut ini padahal tidak mengandung.

Kadangkala mama juga kurang menjaga waktu makan. Makan ikut suka. Kadangkala perut dah masuk angin baru mama makan. Sebab itulah sampai diserang gasrik dan sakit kepala. Apabila sudah fokus buat kerja, makan selalu ditangguh. Insyaallah, selepas ini mama perlu tegas dalam menjaga kesihatan dan konsisten menjaga waktu makan.

Bulan lepas hampir 3 minggu kaki mama sakit. Sakit urat terutamanya bahagian bawah tapak kaki dan juga lutut lenguh. Hendak menguruskan Mohamad, dukung, mandikan dan layan dia pun terpaksa menahan sakit. Mama ambil keputusan makan habbatussauda jenis kapsul. Setiap hari ambil 2 biji pagi sebelum sarapan dan 2 biji sebelum tidur. Alhamdulillah belum habis sebotol makan, sakit kaki dan lutut sudah hilang. Memang benar habbatussauda ini penawar yang paling mujarab.

Mama memilih produk keluaran muslim kerana yakin dengan pemprosesan, cara pembuatan serta bahan yang digunakan. Kapsul keluaran Al Hadad adalah menggunakan gelatin, "Bovine" yang diperbuat daripada sumber haiwan seperti lembu dan kerbau. Ia gelatin yang dikeluarkan oleh Halagel, iaitu pengeluar gelatin halal di Malaysia yang mendapat pengiktirafan Jabatan Agama Islam Malaysia. Insyaalah, produk ini boleh dimakan dan digunakan tanpa was-was. Banyak lagi produk keluaran Al Hadad.


Jika kalian mahu menjadi ahli, boleh hubungi mama (whatsapp) 0189069144. Pendaftaran ahli adalah PERCUMA. Kalian boleh ke page ini Product Muslim E-Store atau blog muslimproductestore.blogspot.com.





Wednesday 15 April 2015

Tuesday 14 April 2015

Idea Kedai Di Rumah

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum semua. Semoga sihat dan ceria selalu. Terima kasih sudi berkunjung ke blog mama ini.

Mama ada satu cerita, hari jumaat lalu, mama ajak suami makan malam di luar. Mama hantar pesanan 'whatsapp' pada suami;

 "Abang, malam ni kita makan di luar boleh?. Sayang tak tahu nak masak apa? Nanti sayang belanja abang ya". Itu "massage" mama pada suami. Rasa bosan pula asik makan di rumah padahal bahan masak ada di dapur. Sengaja mahu tukar selera.

Suami pun balas; "Ok Sayang".

Niat hati memang nak belanja makan suami. Sesekali isteri belanja suami makan apa salahnya. Selalu suami sahaja yang bayar makan, kali ni mama pula yang bayar. Amboi! Macam banyak duit pula. Bukan sebab banyak duit tetapi nak mengembirakan suami. Ia salah satu cara menawan hati suami.

Suami yang biasa pilih tempat makan. Kali ni kami makan di 'One Stop Corner'. Kedai ni hanya buka pada waktu malam. Kali pertama kami makan di kedai yang berada betul-betul di tepi jalan utama. Apabila melanglah sahaja masuk ke kedai itu, mama perhatikan susun atur kedai kemas, bersih dan lampu pun suram-suram. Romantik rasa makan malam di situ.

Kemudian, kami pilih menu. Menu semuanya menu makanan barat seperti 'chicken chop', 'lamb chop' dan sebagainya. Mama pilih menu 'mediterian chicken'. Lebih kurang begitulah bunyinya. Air 'capuchino shake'. Cadang nak makan nasi dengan lauk biasa-biasa tetapi bila tengok menu semua masakan barat, mama pun tidak kisah. Janji makan dan kenyang.

Suami makan 'chicken chop' dan air suam.
"Air suam je, tak nak ke kopi ke" Tanya mama. "Tak nak la, sakit tekak", jawab suami. "Oh, Ok". Mama ok je.

Alang-alang makan di luar biar pilih makanan dan minuman yang luar biasa. Menu yang kita tidak boleh masak sendiri. Yang penting sedap dan segar. Gambar di bawah ini adalah menu yang mama makan.


Kalian nak tahu, kedai ni sebenarnya berada di halaman rumah. Mama perasan semasa berjalan pulang. Bersebelahan kedai ini, bersambung dengan rumah orang. Ada sebuah kereta 'parking 'di depan tangga rumah itu.

Rumah di melaka kebiasannya ada tangga batu walaupun rumah itu diperbuat daripada kayu. Rumah akan dikelilingi  dengan pagar. Mama fikir, tentu itu pemilik kedai tadi. Kedai makan memang betul-betul dibina di ruang halaman rumah. Jimat sewa kedai. Bijak perniaga ini menggunakan ruang yang sedia ada.

Ruang makan terbuka, bau masakan langsung tiada. Selesa. Pekerja pun ada pakaian khas dan nampak seragam. Mama perhatikan setiap sudut di kedai itu. Mama perhatikan pekerja itu buat kerja. Setiap kali pelanggan habis makan dan pulang, meja makan akan dilap dengan air. Bersih dan kemas. Masakan pun sedap. Memang puas hati. Harga pun berpatutan.

Bagi kalian yang ada tanah dan rumah milik sendiri, boleh manfaatkan ruang tersebut. Boleh bina kedai makan. Jika tidak minat buka kedai makan, boleh buka tempat cuci kereta, bengkel moto, kedai runcit, gerai 'burger' dan sebagainya.

Tetapi, perkara yang harus dipertimbangkan apabila rumah jenis teres atau flat. Mungkin agak sukar nak buka kedai kerana perlu melihat keadaan kejiranan. Jika rumah teres, mungkin boleh letak 'banner' di pagar rumah untuk promosikan produk atau perkhidmatan kita.

Kedai di rumah akan menjimatkan kos pentadbiran. Mungkin kalian boleh cuba idea ini. Di kawasan kejiranan mama ini rumah teres dan kebanyakkan akan kelihatan banner tergantung di pagar rumah. Ada bisnes 'bakery", jualan tudung dan produk kecantikkan.

Hanya beroperasi di rumah sepenuhnya. Mama pun ada idea itu, tapi kerana rumah sewa, terpaksa batalkan hasrat sementara nak tanya persetujuan tuan rumah. Kalian bolehlah bermula, usah bertangguh. Semoga cerita ini menjadi motivasi buat kalian. Salam bisnes.






Thursday 9 April 2015

Tips Bisnes Makanan

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: ABDR

Assalamualaikum.

Alangkah seronoknya jika dapat makan "aiscream" atau "coconut shake" ketika musim panas begini bukan?
Di negeri Melaka ni, memang terkenal dengan "coconut shake". Mama dan suami pun turut menjadi 'hantu coconut shake'. Mesti nak minum sekali sebulan sekurang-kurangnya. Kebiasaannya kami minum di Klebang Coconut Shake. Sedap dan murah.

Bercerita tentang makanan, teringat pula peristiwa yang berlaku beberapa hari lepas. Mama dan suami keluar mencari keperluan barang dapur. Selepas solat maghrib kami keluar. Balik daripada beli barang, suami ajak makan asam pedas di restoran berhampiran taman perumahan kami. Katanya sedap makan di restoran itu.

Sampai di restoran, kami terus masuk di ruangan dalam. Kebetulan malam itu, ada siaran perlawanan bola. Ramai pelanggan duduk di luar menonton siaran tersebut. Di ruangan dalam juga turut ada siaran tersebut.

Itu kali pertama mama makan di restoran itu dan rasanya ia mungkin kali terakhir juga. Apa yang mama lihat, di dalam restoran, hampir keseluruhan pengurusan meja makan serta kerusi, kebersihan meja, dan penggudaraan adalah tidak sistematik.

Perkara paling tidak tahan adalah apabila terhidu asap masakan sehingga terbatuk-batuk. Kasihan, Mohamad juga turut mendapat tempias bau asap tersebut.

Mama kata pada suami "kita duduk luar la, tak tahan asap ni, kesian mohamad".

Suami menjenguk ke luar, ada satu meja kosong jauh sedikit dari "televisyen".

"Ha, tu ada kosong, kita duduk situ la ". Kata suami.

"Nanti tak dapat tengok siaran bola, tak pe ke". Tanya mama. Maklumlah, lelaki kebiasaannya suka tonton siaran bola sebab tu mama tanya dulu.

Suami jawab "Tak pe la. Sekejap je".

Lega hati mama. Risau pula suami kempunan hendak tonton siaran bola yang menjadi siaran kegemarannya itu. Kami pun beralih ke meja di luar restoran.

Makanan yang dipesan pun sampai. Asam pedasnya boleh tahan sedap dan pekat. Tetapi pengurusan kebersihan restoran agak kurang sedap mata memandang. Walaupun ramai pelanggan dan masakan sedap tetapi tiada kebersihan. Ia akan mengundang pelbagai masalah terutama masalah kesihatan.

Balik dari restoran mama cakap pada suami "Tak nak dah la makan kat kedai tu. Kotor. Meja berminyak, kerusi bayi pun berkulat. Itu belum lagi masuk ke ruang memasak kat dalam". Membebel mama.

Suami jawab "yeke, tapi sedap masakannya. Abang dah masuk dalam masa ambil nasi tambah. Sama juga bersepah dan kuah tumpah-tumpah atas lantai".

Mama pun mencebik dan kata, "Gelilah, tak nak dah makan kedai tu".

Ya Allah, tidak dapat bayangkan bagaimana orang lain boleh berselera makan di kedai itu. Mama lihat keadaan restoran pun sudah kembang tekak. Dalam hati mama berdoa agar tidak sakit perut selepas makan di restoran itu. Mama pernah juga pergi makan di restoran lain tetapi tidak seteruk restoran itu. Mengucap panjang.

Dalam bisnes makanan, kehalalan dan kebersihan menjadi keutamaan. Makanan itu haruslah halal dan baik. Jika keadaan tempat masak tidak bersih, bagaimana hendak menghasilkan makanan yang baik?

Tempat makan harus dibersihkan selalu dan susun atur kerusi meja juga haruslah tersusun rapi. Ada penyerap udara dalam restoran agar asap masakan tidak bertebaran ke keseluruhan restoran dan mengganggu keselesaan pelanggan.

Jika kita bisnes makanan dari rumah, pastikan dapur dan segala peralatan masakan bersih. Jika bagus, gunakan sarung tangan dan skaf rambut. Ia bagi mengelak daripada rambut gugur dalam makanan yang kita masak.

Bisnes makanan boleh dilakukan dari rumah. Tidak semestinya harus ada restoran. Antara contoh bisnes makanan adalah seperti menjual sarapan pagi. Jika kita imbas kembali, ketika kita kecil dahulu, bisnes masakan pagi atau sarapan pagi adalah pilihan popular bagi surirumah. Ini kerana ia adalah paling mudah untuk dilakukan.

Selain jenis menu berat, sarapan pagi juga boleh berkaitan dengan kuih-muih tradisi.
Bisnes makanan sarapan pagi adalah paling ideal bagi kalian yang suka memasak. Sama ada memilih masak di rumah dan letak sahaja beberapa lokasi, contoh di beberapa kedai makan, stesyen minyak dan sebagainya. Pilih hanya beberapa menu sahaja, sarapan nasi lemak, nasi goreng, nasi berlauk, bihun goreng dan mee goreng.

Semua idea ini kalian boleh baca banyak lagi dalam Ebook 101 Idea Home-based Bisnes. Kalian boleh dapatkan ebook ini sekali dapat BONUS 2 eBook lain. Harga PROMOSI hanya RM50 Sahaja. Jika kalian mahu membuat pembelian, boleh hubungi mama 0189069144 (whatsapp). 

Sekian perkongsian dari mama. Salam bisnes semua. 

Tuesday 7 April 2015

Medium Blog Untuk Jana Pendapatan

Teks: Siti Naimah Norman

Dunia hari ini serba lengkap dengan pelbagai teknologi. Segalanya dihujung jari anda. Ternyata ilmu itu sangat luas dan tiada alasan sebenarnya untuk kita mendalami ilmu sebagai pemangkin perubahan diri, keluarga dan masyarakat. Ianya bermula dengan diri sendiri dan pendidikan yang pertama adalah di rumah. 

Gunakan medium 'free' sebaik mungkin. Blog antara medium yang sangat praktikal untuk menjana pendapatan. AKADEMI BEKERJA DI RUMAH menawarkan kelas blog secara online bagi memudahkan mereka yang bekerjaya untuk menyertainya. Boleh bermula secara sambilan sebelum melakukannya sepenuh masa.

 Ianya tidak terhad kepada para suri yang berkerjaya atau suri sepenuh masa. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu jana pendapatan melalui bisnes dan menggunakan medium blog sebagai medan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan.

  

Kenapa medium blog digunakan?

Kerana ianya medium yang tidak memerlukan anda mengeluarkan kos yang tinggi. Ianya percuma! Dengan menggunakan 'gadget' seperti komputer, 'ipad' atau 'handphone', dengan jaringan 'internet', anda mampu menjana pendapatan melalui blog.
 Jimat dan mudah bukan? 

Bagaimana membina sebuah blog yang menarik dan berpengaruh? 

Ianya akan diajar didalam kelas online nanti. Dengan urusan rumah tangga yang banyak, para suri menghadapi kengkangan untuk keluar menghadiri kelas.  Dengan adanya kelas online ini, para suri mampu menghadiri kelas walaupun hanya berada di rumah. Sambil duduk di rumah sahaja sudah mampu menjana pendapatan. Untuk para suri yang bekerjaya, ianya boleh dilakukan secara sambilan ketika masa rehat di rumah.

 Ya! hanya di rumah anda boleh bekerja dan menjana pendapatan.

"Sambil menyelam, minum air". Begitulah peribahasa digunakan. Sambil anda santai-santai di rumah, wang masuk poket. Bermula dengan sedikit-sedikit lama-lama jadi duit. Banyak kelebihan anda menyertai kelas online ini, antaranya:

1. Boleh lakukan secara online oleh suri di rumah
2. Boleh dilakukan secara 'part time' ketika masa rehat oleh suri bekerjaya
3. Tidak perlu menyimpan stok
4. Sekali yuran pendaftaran sahaja
5. Penghantaran akan diuruskan pasukan khas.

Mahu mula jana pendapatan dari rumah? Jom mula bina blog bisnes anda sekarang. Anda boleh pilih produk ABDR antaranya:

1. Produk makanan
2. Makanan sunnah
3. Produk islamik
4. Produk digital eBook
5. Telekung solat

Anda boleh juga bina blog bisnes untuk produk anda. 

Berminat untuk bermula?

Hubungi saya whatsapp 0189069144 atau email; naimahnorman@gmail.com.



Pengalaman Melahirkan Mohamad

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Saya dijangkakan akan melahirkan pada 5 mei 2014. Kemudian, saya dan suami pulang ke kampung pada 1 mei 2014 untuk melahirkan anak di selangor. Suami ambil cuti sehingga 5 mei. Tunggu punya tunggu, bayi tak nak keluar juga, sampaikan suami saya ambil cuti sehari lagi pada 6 mei. Keesokkan harinya suami pun terpaksa pulang ke Melaka semula kerana urusan kerja. Walaupun hati berat, dia terpaksa meninggalkan isteri demi tanggungjawab. 


Kekesokkan harinya pada 8 mei saya dengan ibu mentua pergi ke klinik utuk membuat pemeriksaan. Bayi sihat, air ketuban cukup paras 10 ke atas dan saya tiada masalah kesihatan seperti darah tinggi atau kencing manis. Saya diberikan tempoh sehingga 12 mei 2014 untuk saya tunggu kelahiran saya. 


Balik dari klinik terus saya buat pelbagai senaman, lompat-lompat dan sebagainya. Ada juga rasa sakit sikit-sikit dan sekejap hilang. Saya berdoa sungguh-sungguh agar saya dapat lahirkan anak secara semulajadi tanpa paksaan. Saya yakin wanita itu mampu melahirkan secara semulajadi.


Saya berdoa sungguh-sungguh dan yakin kerana doa wanita mengandung ini antara yang didengari oleh Allah. Pelbagai usaha saya lakukan untuk melahirkan anak saya secara semulajadi. Saya sangat ternanti-nantikan rasa kesakitan melahirkan itu kerana sebelum ini hanya sakit sikit-sikit. Saya pun nak tahu juga saya jenis keluar tanda apa. Ada wanita akan pecah ketuban dan ada pula yang keluar tanda darah. Itu petanda baik kerana rahim mulai membuat persediaan untuk mengeluarkan bayi.


Jalan terakhir sekali saya cuba minum teh daun rasberi. Waktu pagi, 10 mei saya minum. Alhamdulillah petang itu sudah keluar tanda lendir warna coklat. Berbunga hati saya. Saya pun tidak sangka, dengan izin Allah teh tu berkesan sebagai 'induce' semulajadi. Masa itu rasa perut tidak selesa. Sepanjang malam saya tidak lena tidur. 


Keesokkan harinya sakit semakin kerap dan kebetulan suami saya pulang ke kampung malam itu. Saya ambil keputusan untuk tunggu di rumah sementara suami sampai. Saya yakin ia adalah rasa 'contraction sebenar. Pelbagai senaman saya lakukan dengan 'gim ball' saya. Saya buat kerja rumah seperti biasa. Sangat tenang ketika itu. Saya makan kurma. Sebanyak mungkin saya makan. Hendak makan nasi atau roti sudah tidak lalu.


 Lebih kurang jam 10 malam suami sampai ke rumah. Dia berehat, mandi dan sempat baca Al Quran. Suami bacakan surah yasin pada air sebagai alternatif air selusuh. Air itu suami sapu pada perut saya sambil selawat. Saya masih duduk atas "gim ball" sambil buat senaman goyangkan pinggul ke kanan ke kiri. Ia memang mengurangkan sakit. Sakit itu datang seperti ombak. Sekali datang dalam beberapa saat. Saya tidak sempat kira kerana fokus pada pernafasan. Ia datang dan kemudian berhenti. S


Ibu mentua saya sudah bersiap untuk menghantar saya ke hospital. Jika ikutkan hati saya, mahu sahaja saya tunggu di rumah. Saya masih melengah-lengahkan masa untuk ke hospital. Suami diam dan layankan sahaja. Saya menonggeng dan bersujud untuk mengurangkan kesakitan. Jam menunjukkan pukul 12 pagi ketika itu. Ibu mentua saya sudah siap kemas dan mengambil bakul baju serta kelengkapan yang saya sediakan untuk bersalin. 


Suami saya pun bersuara "mak dah ajak ke hospital tu, cmne".


Saya tarik nafas panjang-panjang dan berfikir. Saya jawab "OK, jomlah". Waktu itu saya berjalan sekejap dan berhenti. Setiap kali datang 'contraction', saya berhenti dan tarik nafas sedalam mungkin. Tarik nafas kembungkan perut bukan kembangkan dada. Teknik ini saya pelajari melalui group Facebook 'The Gentle Birthing Malaysia'. Ia memang membantu melegakan kesakitan disamping memberikan oksigen pada bayi.


Sampai di hospital, jururawat cek bukaan "6cm". Terus ke "labour room". Saya minta doktor perempuan. Saya lihat ada seorang doktor pelatih lelaki dalam bilik itu. Dia berbangsa cina. Saya pakai tudung waktu itu. Nurse layankan permintaan saya. Kemudian saya minta lagi,"saya tak nak "drip". Reaksi mereka agak terkejut namun mereka layan permintaan saya. 


Doktor perempuan sampai. Dia cek bukaan lagi dan tiba-tiba saya nampak dia pegang alat panjang dan dia kata "saya pecahkan ye". Sepontan saya terus kepit kaki. Saya tahu doktor itu mahu pecahkan ketuban. Terkejut doktor itu. "Kenapa you tak nak pecahkan". Dia kelihatan hairan. Saya jawab "Tak Nak, saya nak pecah sendiri". Saya terus kepit kaki Dan toleh wajah saya arah lain. Hati saya keras tidak membenarkan sebarang prosedur bukan-bukan dilakukan kepada saya. 


Mereka pun membiarkan saya sendirian. Cuma alat nadi bayi sahaja yang saya benarkan dipasang. Saya mengiring ke kiri sambil lakukan teknik pernafasan. Dalam dua jam saya berada di hospital itu, dalam jam 2 pagi, mereka terus pindahkan saya ke hospital besar.  


Ambil masa juga untuk menunggu ambulan. Sambil menunggu ambulan sampai, saya bawa jalan-jalan. Waktu itu darah memang dah meleleh-leleh banyak sehingga baju dan kain hospital yang saya pakai penuh darah. Dalam jam 2pagi lebih, ambulance sampai dan bawa saya ke hospital. 


Dalam jam 3.50 pagi, saya sampai ke hospital. Dalam jam 4.30 pagi, bukaan sudah penuh. Pada jam 4.56 pada saya selamat melahirkan Mohamad secara normal. Alhamdulillah. Banyak lagi peristiwa pahit manis selepas itu yang ingin saya kongsikan. Saya akan kongsikan pada masa akan datang. Insyaallah. 


Inilah Mohamad, sudah setahun 6 bulan. alhamdulillah. Moga menjadi anak yang soleh. Amin.





Saturday 4 April 2015

Petua Memudarkan Parut Jerawat Menggunakan Kulit Pisang

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua.

Parut yang ada pada wajah seperti parut bekas jerawat kadangkala buat kita tidak selesa. Parut kecil seperti ini boleh dipudarkan dengan menggunakan kulit pisang. Sebelum ini saya hanya mendengar petua ini, tapi tiada kesempatan nak mencuba. Kadangkala makan pisang terus buang kulitnya dan tidak sempat nak gosok pada wajah.

Bulan lepas, saya pulang ke kampung. Adalah menjadi kebiasaan apabila pulang dari kampung pasti saya dan suami akan membawa balik bekalan buah-buahan tempatan seperti pisang dan kelapa muda. Abah menjual buah-buah tersebut dan kamilah yang berpeluang dapat makan "free". Itulah seronoknya duduk di kampung. Banyak tanaman buah-buahan tempatan.


Berbalik kepada cara untuk memudarkan parut jerawat tadi, Saya gunakan kulit pisang bahagian dalam. Saya gunakan pisang berangan. Anda boleh guna pisang lain seperi pisang emas.

Caranya gosokkan pada wajah. Gosokkan bahagian kulit dalam pisang pada seluruh wajah dan biarkan sehingga kering dalam 5 minit. Lepas kering bolehlah cuci muka. Hasilnya, kulit lebih lembut dan parut sel-sel kulit mati tertanggal. Memang berkesan. Saya baru cuba sekali dah ada hasil. Jika kerap lakukan mungkin kulit akan bersih tanpa sel-sel kulit mati.

Selamat mencuba!

Yeay! Mama Sudah Resign.

Nota inspirasi 5
1hb April 2015 ini genap 5 tahun saya berhenti kerja. Saya yakin, rezeki di tangan Allah. Saya menikmatinya selagi usia masih dipinjamkan untuk saya lalui bersama keluarga yang saya sayangi. Terima kasih Ya Allah, atas segala-galanya. Segalanya telah Kau berikan kepadaku dan keluargaku. Sederhana tapi ia sempurna

Saya tidak mengatakan menjadi WAHM atau menjadi surirumah ini mudah, namun percayalah, ia amat berbaloi. Yang penting, kita mestilah mempunyai niat yang betul. Untuk berjaya sebagai WAHM memerlukan ketabahan, keyakinan dan ilmu. Yakinlah pada rezeki yang telah Allah tentukan. InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan.

Akhir kata untuk perkongsian ini, “Yeay! Mama Saya Sudah Resign” bukanlah mimpi ngeri atau berakhirnya sebuah perjalanan karier seorang wanita. Malah, ia adalah permulaan kepada kehidupan berkeluarga yang lebih indah dan membahagiakan. Yang penting, kita harus bijak mengambil peluang agar kita mampu menjana pendapatan sendiri dari rumah.

Tinta Pengarang
Bahagian 1:
Bab 1: Saya mahu jadi WAHM- Nor Atiqah Hamidi
Bab 2: ‘Resign’bukan bermaksud tidak bekerja-Nora Afzam
Bab 3:Impian seorang isteri- Izzah Razak
Bab 4: Saya Kini Suri Sepenuh Masa- Umi Arbee.
Bab 5: Saya Tidak Gembira Bekerja-Rahayu Rashid
Bahagian 2: Soal Jawab (Q & A)
Bahagian 3: Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah)
1. Suhaila Amirrudin, Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak
2. Khairina Yaacob, Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu
3. Wani Hamid Jurulatih Akaun/Kewangan
4. Mardhiah Shamsuri, Pengasas Komunit Lovely Live
5. Farah Hafizah, Seni Kraf Kreatif
6. Nor Fahdillahtul Lela Khalil, Pengasas Tart Shell
7. Tengku Azuriyah Tengku Mohamad, Seni Kreatif Sulaman dan Jahitan
8. Hijarina Othman, Usahan Produk Makanan dan kraf Sarawak
9. Faziatun Nisa’ Yusof Basha, Usahawan Makanan
10. Zaila Mohamad, Usahawan dan Guru Online.

Baca lebih banyak lagi dalam EBOOK YEAY! MAMA SUDAH RESIGN.

Untuk dapatkan ebook ini, kalian boleh buat pembelian terus melalui saya, dengan HARGA PROMOSI RM50 Sahaja.

Ada bonus 2 lagi ebook.
1. Surirumah juga boleh Berbisnes
2. 101 Idea Home based Bisnes


Untuk pembelian boleh WHATSAPP 0189069144.

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...