Saturday 21 March 2015

Saya Mahu Menjadi WAHM

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi



Sebaik sahaja tamat pengajian sarjana muda di Universiti Teknologi Mara, saya telah diterima bekerja sebagai guru di sebuah sekolah rendah swasta di kelang. Itulah pekerjaan pertama saya selepas tamat belajar tetapi kerjaya itu hanya bertahan selama 3 bulan sahaja. Saya telah meletakkan jawatan kerana ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Matlamat saya ingin menjadi seorang pensyarah kerana saya cintakan bidang pendidikan.

Sebenarnya ketika itu saya masih tiada perancangan tetap dan masih tercari-cari arah sebenar sama ada mahu bekerja atau belajar. Faktor tekanan kerja yang berat sebagai sorang guru di sekolah swasta juga menjadikan saya ingin segera meletakkan jawatan. Sebulan juga saya ambil masa untuk meneruskan rancangan saya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk bekerja semula dan melupakan rancangan saya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.

Ketika itu memang saya menganggur. Hampir sebulan lebih lamanya saya cuba mencari pekerjaan. Saya hampir putus asa. Semua permohonan kerja saya tiada jawapan. Saya menyewa di shah alam ketika itu. Saya banyak meluangkan masa bertukar pandangan dengan sahabat karib saya masa itu. Saya panggil sahabat saya itu "kak sha". Kami banyak berbincang mengenai pekerjaan, pelajaran, perkahwinan dan pelbagai topik. Kak Sha dulu pernah bekerja selepas tamat pengajian stpm sebelum dia menyambung pengajian di bidang bisnes. Ketika itu , kami berbual di kedai makan.

"Kak, nantikan kalau kak kahwen, kak nak kerja tak?". Tanya saya pada kak sha.

"Kerja. Saya memang nak kerja walaupun dah berkahwin". Jawab Kak Sha.

"Kenapa awak tanya?" Soal kak Sha semula.

"Takdelah saje tanya. Saya ada perancangan nak kerja sendiri sebab nak jaga anak sendiri. Berat rasa hati nak kerja dan hantar pada pengasuh". Kata saya.

Kak sha jawab; "Saya lebih suka bekerja. Anak yang kita jaga sendiri tak semestinya terbaik. Sebab Allah sebenarnya yang jaga anak kita, bukan kita. Walaupun kita hantar pada orang, jika kita benar-benar jaga hubungan dengan Allah, insyaallah Allah akan jaga anak kita". Hujah Kak Sha.

Secara peribadinya saya setuju dengan pandangan Kak Sha itu. Namun demikian saya tak dapat nafikan kehendak hati saya yang kuat untuk bekerja sendiri dan ingin menjaga anak sendiri apabila saya sudah berkahwin kelak. Saya ingin mulakan bisnes pada masa itu tetapi saya tidak tahu cara. Saya buntu sangat pada masa itu. Namun saya harus lalui kerana saya perlukan wang. Wang simpanan yang ada semakin susut. Saya teruskan misi pencarian kerja. Sangat sukar untuk mendapatkan pekerjaan waktu itu. Semua permohonan yang saya buat tiada jawapan yang positif.

Ketika kemelut itu, datang lamaran daripada seorang lelaki yang kini suami saya. Dalam keadaan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, lamaran itu membuatkan saya sedikit gusar. Sewaktu itu suami saya masih bekerja di shah alam. Sebelum itu, suami saya ini telah merisik saya dan keluarga. Jika sekadar merisik saya tidak anggap ia serius, tetapi apabila setelah suami menyampaikan lamaran, saya anggap ia bukan perkara mainan. Soal perkahwinan adalah perkara yang akan mencorakkan kehidupan saya seterusnya.

Setelah membuat istisyarah, berbincang dengan orang yang lebih arif. Saya menerima lamaran tersebut. Dua bulan selepas itu kami bertunang. Dalam proses pertunangan itu, saya pernah berbincang mengenai kerjaya saya selepas mendirikan rumah tangga nanti. Saya pernah nyatakan hasrat untuk tidak bekerja. Saya ingin bekerja sendiri. Hasrat saya itu tidak dipersetujui suami saya masa itu. Faktor ekonomi menyumbang kepada rasa tidak yakin dia jika saya tidak bekerja. Dia juga masih mencari-cari pekerjaan lain yang lebih kukuh. Dia risau jika hanya dia seorang yang bekerja akan menyebabkan banyak keperluan rumah tangga tidak dapat di penuhi. Banyak wang diperlukan bagi membayar sewa rumah, makan minum, pakaian dan keperluan lain.

Saya memahami situasi yang ingin suami saya jelaskan. Saya faham bukan mudah untuk menguruskan keperluan yang banyak dalam keadaan kewangan yang tidak stabil. Namun kerana keyakinan terhadap rezeki Allah, kami nekad teruskan hasrat mendirikan rumah tangga walaupun dalam keadaan ekonomi masih terumbang ambing. Saya simpan hasrat untuk bekerja sendiri dan teruskan misi mencari pekerjaan. Kerja makan gaji memang keutamaan saya.

Dipendekkan cerita, selepas berkahwin saya mengikut suami berhijrah ke Melaka. 2 bulan saya jadi suri rumah tangga sehingga saya mendapat tawaran mengajar di Tadika Jaim, Melaka. Saya anggap ianya rezeki perkahwinan saya. Ketika menjadi suri rumah itu, saya ada cuba-cuba promosi produk kesihatan dengan membina blog bisnes. Namun kerana kecetekkan ilmu saya pada masa itu, saya tidak berjaya membuat jualan walaupun satu produk. Kecewa dan akhirnya saya fokus untuk mencari pekerjaan. Saya membuat permohonan mengajar. Alhamdulillah, rezeki saya, permohonan itu diterima. Saya juga mendapat berita gembira kehamilan saya waktu itu.

Selepas kontrak mengajar saya tamat, semasa akhir tahun 2013, waktu itu musim cuti sekolah. Sekolah bercuti dan urusan permohonan untuk memperbaharui kontrak mengajar ditangguhkan. Namun sesi temuduga diadakan dan saya telah melalui sesi temuduga itu. Sesi itu termasuk temuduga lisan dan bertulis. Sebulan saya tunggu keputusan temuduga dengan harapan saya dapat mengajar kembali menjelang sesi persekolahan 2014, namun saya tidak terpilih.

Sehingga sesi persekolahan bermula, tiada jawapan daripada pihak jaim. Saya anggap tiada rezeki saya. Dengan keadaan perut makin membesar, sukar untuk saya diterima bekerja. Suami pun nasihatkan saya supaya fokus pada kehamilan dan tunggu kelahiran anak kami.

Allah memberikan jalan serta rezekinya sangat luas. Tidak saya duga, keputusan saya meneruskan perniagaan produk kesihatan dan pemakanan sunnah telah mengubah kehidupan saya. Selepas lahirnya anak saya Mohamad, saya nekad untuk berniaga online. Saya nekad dan lakukan dengan sungguh-sungguh. Saya mulakan promosi di laman sosial dan ia berkembang dari mulut ke mulut. Alhamdulillah ia mendapat sambutan.

Semakin membugar hasrat saya ingin jadi "WAHM" atau " working at home mom" walaupun saya tak tahu pun makna sebenar "WAHM tu. Saya mencari maklumat di internet dan akhirnya Allah buka jalan dengan penemuan saya dengan ABDR(Akademi Bekerja Di Rumah). Ia menjadi titik permulaan kerjaya saya di rumah secara serius. Alhamdulillah syukur nikmat dan anugerah Allah pada saya. Allah memakbulkan hajat saya untuk menjadi "WAHM".

Saya gembira dengan kerjaya saya sekarang. Terima kasih Allah. Moga kisah saya yang tidak seberapa ini menjadi penyuntik semangat buat kalian yang ingin menjadi "WAHM". Usah putus asa, berusaha sungguh-sungguh dan tawakkal. Berdoa selalu, insyaallah ia akan diperkenankan. Selamat maju jaya buat semua wanita yang ingin bergelar "WAHM".

Monday 16 March 2015

Dilema Seorang Suami


Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Google

Lelaki adalah insan yang sukar meluahkan isi hati. Di sebalik kegembiraan tersembunyi kesunyian, kekosongan dan kedukaan.


Seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita. Wanita itu menjadi pilihannya kerana hatinya sudah jatuh hati dengan pesona wanita itu. Wanita itu kelihatan anggun, berkeyakinan dan miliki kerjaya tetap. Dia seronok berkahwin dengan wanita itu. Begitu juga wanita itu. Mereka saling mencintai satu sama lain.

Setahun berkahwin, mereka telah dikurniakan seorang anak. Masuk tahun ke dua perkahwinan. Hatinya kadangkala gelisah. Dia tidak tahu hendak diluahkan bagaimana. Saban hari, dia merasakan hatinya kian kosong. Apabila pulang ke rumah. Dilihatnya isteri tiada, dia setia menunggu isterinya pulang lewat daripada kerja. Dia bersabar kerana dia memahami rutin kerja isterinya yang sibuk. Anak, dia yang ambil daripada rumah pengasuh. Waktu pagi isterinya yang menghantar. Pulang pula dia yang mengambilnya.

Setiap kali pulang dari rumah, jika isterinya pulang awal, dia melihat isterinya menghadap komputer. Kadangkala sampai ke malam dan subuh. Isterinya menyiapkan kerja pejabat yang tertangguh.

Dia memahami, namun pernah juga dia bersuara, "yang, sudah-sudah la kerja tu, jangan berjaga sampai larut malam nanti besok nak kerja mengantuk". Isterinya akur dan berhenti membuat kerja. Namun beberapa hari kemudian, dia terpaksa berjaga malam lagi menyiapkan kerja. Dia rasa perlu kerja keras untuk menghasilkan hasil kerja yang berkualiti.

Hal itu berlarutan, si isteri kadangkala, sibuk berbalas "massage" di "whatsapp". "Facebook chat". Isterinya itu menjalankan bisnes online secara sambilan. Kebiasaan selepas tamat waktu bekerja, dia akan "update" aktiviti bisnesnya. Hal itu sering membuatkan dia dan suami berselisih. Dia berharap suaminya memahami. Dia melakukan semua untuk membantu suaminya. Meringankan beban suaminya.

Suami kian merasa sepi dengan kesibukkan isteri. Rakannya di pejabat menjadi teman gurau dan sembang. Kadangkala, bukan dia tidak bersembang dan bergurau dengan isterinya, namun hatinya tidak seronok. Rasa berlainan. Kadangkala bergurau dengan rakan-rakan di pejabat dirasakan lebih menyeronokkan. Isterinya terlalu serius dan kurang manja baginya. Kadangkala dia merasakan seronok bersembang dengan rakan perempuan di pejabatnya sehingga dia merasakan dia seperti bujang. Bebas bersembang.

Dia pulang ke rumah, bermain dan bergurau dengan anaknya. Dia rasa seronok. Anak itu menjadi asbab dia pulang ke rumah. Hanya anaknya yang diingatinya. Hatinya kesunyian dan pernah juga dia terfikirkan perempuan lain. Perempuan lain mungkin akan dapat mengisi kekosongan hatinya. Isterinya tidak lagi berada di hatinya. Mereka telah jauh. Jauh di hati walaupun dekat pada jasadnya. Hendak bernikah lagi, namun kewangannya tidak mengizinkan.

Namun demikian, haruskah dia bernikah lagi untuk mengubati kekosongan hatinya? Persoalan itu sering bermain di mindanya. Ada isteri, namun hatinya kosong dan sunyi. Perkahwinan dirasakan tidak lagi nikmat. Dia dan isteri disibukkan dengan kerja. Mereka sudah jarang bersembang mesra. Hanya bercakap perkara yang perlu. Jika di hujung minggu, dia menghabiskan masa dengan tidur kerana penat sepanjang minggu bekerja. Bangun untuk solat dan sambung tidur semula. Namun hakikat perkahwinan harus diteruskan. Itulah hakikat naluri seorang lelaki. Kesunyian dan kesepian. Tidak terluah dan terpendam di sudut hati yang dalam.



Tuesday 10 March 2015

Mengkritik Isteri Dengan Pujian Dan Gurauan.

Teks; Siti Naimah Norman

Wanita itu perhiasan. Sebaik-baik wanita adalah yang menjaga diri dan maruahnya. Allah menaikkkan darjat wanita dengan pelbagai ganjaran serta menjaga wanita itu merangkumi segala aspek kehidupan. Allah menceritakan perihal wanita dalam surah An Nisa. Begitu hebat sekali kasih sayang Allah pada wanita.  Surah ini istimewa untuk wanita. Dalam ayat 4 surah ini, Allah memerintahkan agar lelaki yang ingin menikahi wanita agar membayar sejumlah mahar kepada wanita tersebut.

 "Dan berikanlah mas kahwin (mahar) kepada perempuan yang kamu nikahi sebagai pemberian yang penuh kerelaan".

Arahan Allah ini adalah untuk menjaga hak wanita tadi dan mendidik lelaki agar bersungguh-sungguh dalam menikahi wanita. Pernikahan bukan perkara mudah. Ia menuntut pengorbanan dan saling memahami antara suami dan isteri. Setelah berkahwinnya wanita dengan suaminya itu, adalah menjadi kewajipan suami menjaga zahir dan batin wanita tersebut. 
 Peranan suami sangat besar dalam pembinaan akhlak seorang isteri. Sering berlaku pertelingkahan antara suami dan isteri kerana tiada kelembutan dalam berkata-kata. Daripada kata-kata akan terkesan ke dalam hati. Pembentukan akhlak manusia bermula daripada hati. Jika bersih hati, maka bersihlah segalanya. Jika kotor hati, maka kotorlah kehidupan.

Bagaimana suami dapat memainkan peranan dalam membentuk akhlak isteri?

Ianya bermula dengan sikap. Apa yang terlihat pada mata isteri, itulah yang akan menjadi contoh teladan. Wanita sifatnya umpama tulang rusuk. Tulang rusuk bentuknya bengkok. Untuk mendidik wanita, ianya perlukan kepada kelembutan. Bukan mendidik dengan kemarahan dan kritikan. Bukan tidak boleh mengkritik, tetapi kritiklah dengan pujian. 
......................................................................................................................................................
Suatu hari,isteri telah memasak lauk kegemaran suaminya iaitu sambal pedas.
Isteri tadi merasakan sambal tadi cukup istimewa untuk dihidangkan kepada suaminya itu. Tibalah masa dia mempersembahkan sambal itu kepada suaminya. Suami pun merasa secubit sambal, lalu suami itu berkata;

"Sambal apa ni awak buat, pelik je rasanya. kenapa warnanya hitam?".

Si isteri menjawab pantas, "ini sambal hitam abang, memang warnanya hitam sebab tu dipanggil sambal hitam". Hati isteri rasa gembira dan berdebar menanti reaksi suaminya. 

Suami berkata lagi "Dah la warna tak menarik, tak sedap pulak tu. Biasa abang makan 
sebelum ni takde macam ni. Awak kalau tak tahu nak masak, tak payah masak. Membazir tahu tak, hilang selera saya nak makan". Berlalu si suami dari dapur meninggalkan isteri.

Tersentap si isteri dengan reaksi suaminya itu, lalu mengalirlah air mata jernih di pipi. Bermonolog dia dalam hati "aku masak sungguh-sungguh, tetapi kritikan ni yang aku dapat". 
.......................................................................................................................................................
Keesokkan harinya, suaminya pulang dari kerja seperti biasa. Seharian dia berlapar kerana sibuk dengan kerja di pejabat. Dia ke dapur dan dilihatnya tiada satu pun hidangan di atas meja makan, lalu dia memanggil isterinya.

"Yah, kenapa awak tak masak hari ni? Saya nak makan apa? Awak tahu tak saya penat dan lapar balik kerja!" Suami memarahi isterinya itu.

"Tak sempat abang, saya penat sangat balik kerja tadi" Jawab isteri.

"Masak je la apa-apa, asalkan boleh makan" Jawab si suami.

"hmm, abang ni, kalau saya masak abang  komen itu, komen ini. Kalau saya tak  masak abang komen dan marah-marah. Makan je la kat pejabat tu, asalkan boleh makan" . 
Jawab isteri geram.

 Setelah sekian lama memendam perasaan, akhirnya dia meluahkan juga. Geram dengan sikap suaminya itu. Dia masuk bilik dan rebahkan badan atas katil. Kepenatannya belum hilang lagi. Suami pula marah-marah, dia rasa tertekan sangat.

Terdiam si suami mendengar jawapan si isteri. Selama ini, isterinya itu idak pernah menjawab dan dia bukan niat nak marah. Dia hanya mahu berterus terang." Jika tak sedap, dia katakan tak sedap. Jika tak selera, dia katakan tidak selera."
..................................................................................................................................................

Apalah salahnya jika suami tadi mengkritik, tetapi haruslah dengan pujian. Jika lebih kreatif dengan gurauan. 

"Yah, kenapa sambal ni hitam ya? awak masukkan apa jadi hitam macam ni, takut pula abang nak makan. Kalau sambal ni warna merah, abang lagi selera nak makan" Katakan sambil ketawa kecil. 

Gurauan itu akan menceriakan hati. Jangan marah. Wanita sangat mudah terasa hati jika suami memarahinya atau bercakap dengan nada yang tinggi. Wanita hatinya sangat lembut dan bengkok seperti tulang rusuk. Jika Suami cuba mendidiknya dengan kekerasan dan kemarahan, maka tulang rusuk tadi mungkin akan patah. Tulang rusuk kedudukannya sangat dekat dengan hati. Sebab itu, wanita sangat mudah sakit hati. Jika tulang rusuk yang patah tadi tercucuk pada organ hati, hati mungkin akan luka. Jika luka itu tidak diubati, ia kemungkinan akan membengkak dan bernanah. 

Kekerasan dan kemarahan akan membuatkan hati wanita memberontak. Wanita fitrahnya suka pada teguran dan didikan tetapi teguran haruslah dengan nada dan bahasa yang sopan dan lembut. Itulah wanita. Kadangkala wanita ini sikapnya seperti anak kecil. Suka merajuk dan memendam rasa. Anak kecil sangat suka merajuk dan kadangkala memberontak. Ianya kerana mereka tagihkan perhatian.

Perhatian, pelukkan, belaian dan kata-kata yang baik akan memberikan kesan positif pada hati anak tersebut. Sama seperti wanita. Kesan hati yang positif pada wanita akan melahirkan akhlak yang baik. Mereka menjadi isteri yang baik, sopan dan menjadi teladan pada anak-anak.

Suami berperanan untuk belajar berkata-kata dengan lembut dan menggunakan nada yang baik. Ianya qudwah Rasulullah. Dalam apa sahaja yang dilakukan, haruslah tujuan utamanya untuk mendidik dan memberikan manfaat. Belajarlah untuk berlembut kerana ia sifat rasulullah.  


Sunday 8 March 2015

Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah


1. Mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk?


Tidak perlu risau lagi, kini kalian boleh mendaftar sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah (PENGURUS ONLINE AKADEMI)

2. Apakah itu "Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah"?

Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah membolehkan kalian mempromosikan "produk akademi " kepada orang ramai dan sekiranya mendapat jualan, kalian akan menerima komisyen, yang bermula dari RM10 – RM 100 (mengikut pakej ebook dan pakej yuran kelas blog)

3. Apa sebenarnya produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah?

Produk umum dan permintaan sepanjang tahun. Produk informasi dalam bentuk ebook iaitu pakej mula bisnes mengikut bidang/bisnes. Kita ada pakej mula bisnes makanan, pakej mula bisnes butik online/offline, pakej mula bisnes di rumah,pakej bekerja di rumah,kelas online dan tapak pengiklanan. Salah satu ebook yang ada setiap pakej ialah ebook asas blog dan penulisan. 

Saya berkongsi cara paling asas puan-puan boleh mulakan, iaitu mula dengan apa yang ada, Yuran dikenakan untuk kalian belajar buat blog, asas penulisan dan mula bisnes online. Ia sangat asas untuk belajar buat borang tempahan. Kita juga belajar bina asas trafik, tanpa perlu mengeluarkan modal. Produk hanya atas talian,tak perlu simpan stok,tak perlu urus stok dan hanya dari rumah atau dimana-mana sahaja mengikut keselesaan anda asalkan ada talian internet.

4. Berapa yuran yang dikenakan?

Yuran yang dikenakan akademi rakan niaga hanya sekali sahaja. Tiada modal berkali-kali. Ada 2 pakej yuran yang boleh dipilih iaitu RM200 atau RM300.

5. Apakah perbezaan yuran tersebut?

Yuran berbeza dari segi bonus ebook yang akan diterima.
* Yuran RM200 (Bonus 4 ebook – ebook belajar asas blog, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea home based bisnes, dan ebook super wahm super mom)
* Yuran RM300 (Bonus 5 ebook –ebook belajar asas blog, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea home based bisnes, ebook super wahm super mom dan ebook rahsia khidmat pelanggan, bonus beriklan di soho directory)

6. Apakah syaratnya untuk saya menyertai program Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah?

* Laptop/ smartphone dan talian internet
* hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

7. Apa yang kalian dapat ialah belajar hasilkan sebuah blog yang lengkap dengan pautan :

1) Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2) Logo rasmi SOHO Directory
3) Kelas-kelas Online
4) Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5) Ruang Periklanan

8. Apa lagi yang kami dapat?

Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan suri rumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya.

Mahu sertai kami, mudah sahaja. Pilih pakej yang kalian mahukan dan buat pendaftaran. Mulakan perniagaan hanya dari rumah anda sekarang. Mulakan dengan apa yang ada.

Terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk pelajar dan suri rumah.

Hubungi Saya untuk mendaftar. Boleh pilih salah satu medium di bawah;
*Whatsapp 0189069144
*Email naimahnorman@gmail.com

Friday 6 March 2015

Sihat Berpantang

Teks: Siti Naimah Norman


Sekarang ni ramai wanita lepas bersalin berpantang sendiri. Berdikari itu bagus tetapi keselamatan diri harus diutamakan. Baru-baru ini ada kes wanita sedang berpantang dibunuh. Innalillah. Memang kejam. Moga syahid wanita itu.

Zaman moden ini, ada juga ibu-ibu yang memilih untuk berpantang sendiri, saya pun semasa berpantang dijaga oleh mak. Mak masakkan makanan untuk saya. Seronok sangat. Sayang lebih kat mak.Selepas lahirkan Mohamad, Anak first katakan. Itu tak tahu, ini tak tahu. Mak masakkan, mandikan Mohamad dan tolong sediakan mandian untuk saya sekali.

Akan datang perlu buat persediaan lebih lagi. Mana tahu akan datang perlu berpantang sendiri. Jom baca ebook ni. Boleh bagi suami panduan untuk masak masa kita pantang.



Ebook 44 Resipi Sihat Berpantang

Tinta Pengarang
Bahagian 1: Menu Nasi
1. Nasi Herba
2. Nasi Goreng Lada Hitam
3. Nasi Ulaman Herba Ikan Bakar
4. Bubur Nasi Ulam

Bahagian 2: Ikan
5. Ikan Bilis Herba Istimewa
6. Ikan Bilis Lada Hitam
7. Ikan Gelama Bakar
8. Ikan Kembung Bakar
9. Ikan Parang Masak Pindang
10. Ikan Selar Panggang
11. Ikan Selar Rebus Halia
12. Ikan siakap Kukus Halia
13. Ikan Tenggiri Singgang
14. Sup Ikan Haruan
15. Sup Ikan Merah

Bahagian 3: Daging
16. Daging Lada Hitam
17. Singgang Daging
Bahagian 4: Ayam
18. Ayam Organik Bakar
19. Ayam Organik Bakar Halia Muda
20. Ayam Organik Lada Hitam
21. Ayam Organik Masak Tomato
22. Sup Ayam Kampung

Bahagian 5: Sayuran/Ulaman
23.Kailan bertauhu
24. Kerabu Pegaga
25.Pisang Kebatu Rebus
26.Sawi Lada Hitam
27.Sawi Rebus
28.Sup Sayur Campur
29.Tempe Goreng Istimewa
30.Tumis Sawi Herba
31.Halwa Halia

Bahagian 6: Minuman Herba
32. Air Halia Muda
33. Air Kunyit
34. Air Rebusan Pegaga
35. Jus Halia Kurma
36. Rebusan Manjakani

Bahagian 7: Minuman Kesihatan/ Penambah Susu Ibu
37. Jus Lobak Merah
38. Jus Epal dan Strawbery
39. Jus campuran lobak dan tembikai susu
40. Jus epal dan limau nipis.
41. Jus campuran lobak dan tomato.
42. Jus Celery
43. Jus tomato segar.
44. Shake orange

Bahagian 8: Sarapan/Menu Petang
Bahagian 9: Tips Sihat Ibu Berpantang

*Untuk pembelian boleh whatsapp 0189069144 atau email saya naimahnorman@gmail.com atau facebook saya Siti Naimah Norman.

Wednesday 4 March 2015

Tips Merawat Anak Demam

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Koleksi Peribadi

Alhamdulillah, hari ini baru sempat mengarang cerita hidup terbaru. Seminggu sebelum "Chinese New Year" yang lalu,  adalah minggu yang benar-benar menguji mental, hati dan fizikal. Banyak perkara yang berlaku yang menyumbang kepada keterbatasan saya untuk menulis. Allah datangkan ujian,  Mohamad demam. Kali pertama dia demam. Semenjak lahir hingga usianya 9 bulan, Allah kurniakan kesihatan yang baik pada Mohamad. Alhamdulillah. "Jaundis" pun tiada dan demam pun tidak pernah.






Masuk usianya 9 bulan, Mohamad sudah mula tumbuh gigi. Demam nak tumbuh gigi barangkali. Sudah kelihatan separuh gigi yang tumbuh bahagian bawah. Ada 2 batang gigi yang sedang tumbuh. Kali pertama anak demam memang kebiasaannya ibu bapa agak panik. Apa yang harus dilakukan? Risau suhu badan anak tidak turun. Suhu demam adalah 37' celsius dan ke atas tetapi jika hingga sampai 40' celsius, ia dikira bahaya. Cepat- cepat bawa anak ke klinik atau hospita, jangan bertangguh bimbang memudaratkan atau jangkitan demam denggi.


Ketika Mohamad demam, saya cek suhu badannya 37.6' celcius. Pegang badannya pun rasa haba panas. Kami suami isteri berkerjasama menjaga Mohamad dan suami pun ambil cuti (emegency leave") pada hari isnin. Mohamad mula ada tanda-tanda demam sejak hari ahad sebelum itu. 2 hari juga dia demam. Tidak tidur malam menjaganya. Mujur Mohamad boleh tidur malam dan tidak merengek, cuma kami bimbang suhu akan naik, kami kerap tuam kain lembab pada badan dia. Waktu siang sahaja dia merengek. Mungkin rasa badan tidak selesa.

Pada hari isnin itu, kami ambil keputusan untuk membawa Mohamad ke klinik, untuk pemeriksaan. Suhu yang dokter periksa adalah 38' celcius. Bagi saya agak tinggi. Mohamad hanya demam biasa kerana tiada batuk atau selsema. Doktor hanya berikan ubat antibiotik  dan ubat batuk sebagai persediaan. Kami hanya bawa balik ubat tetapi tiada tujuan untuk berikan dia makan ubat iu kerana kami sudah berikan padanya pil bunga. Selain berikan ekstrak bunga habbatussauda. 

Ibu bapa perlu kerjasam dalam menjaga anak yang demam kerana di situ akan kelihatan manisnya ikatan kekeluargaan. Susah senang bersama. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips atau panduan yang saya dan suami lakukan ketika merawat anak demam.

Antara tips yang saya boleh kongsikan ketika merawat anak demam adalah;
1. Kerap pantau suhu badan anak.  
2. Basahkan kain dengan air paip dan tuamkan pada kepala dan seluruh badan anak. Saya gunakan air sejuk dari peti ais. Tujuannya untuk mengawal suhu kepanasan badan.
3. Pakaikan anak pakaian yang nipis dan jika tengahari ketika cuaca panas tidak pakaikan baju pun tidak mengapa. 
4. Urut badan anak terutama pelipat belakang badan dan tapak kaki dengan minyak zaitun yang di campurkan dengan bawang putih. Caranya lenyekkan bawang putih mentah dalam minyak zaitun dan urutkan pada badan anak.
5. Kerap mandikan anak dengan air paip. Saya mandikan Mohamad dengan aroma bunga sejagat untuk membantu mengembalikan tenaga dalaman dan memberikan kelegaan tubuh.
6. Kerapkan beri susu badan terutamanya. Untuk perkukuh kembali sisitem imun badan.
7. Berikan makanan tambahan yang boleh membantu memperkukuh sistem imun tubuh. Saya berikan Mohamad ekstrak bunga habbatussauda. Titiskan setitik dalam air suam dan bagi dia minum.
8. Peluk dan usap lembut badan anak. Anak yang demam sering mahukan perhatian. Kerap merengek sahaja. Belaian kasih ibu dan bapa akan membantu memulihkan kembali semangat si anak. 


Alhamdulillah, sedikit perkongsian dari saya. Moga bermanfaat.


















Terapi Hati Seorang Suri

Teks: Siti Naimah Norman
Koleksi Gambar: Peribadi

Selamat datang mac yang cemerlang. Terus melangkah gagah tanpa menoleh ke belakang. 1 mac lalu, bersamaan hari ahad. Hujung minggu dan suami ada di rumah, saya mengambil peluang untuk keluar menenangkan hati. Keluar dan lupakan kesibukkan kerja rumah tangga dan urusan bisnes seketika. Kami pergi Pantai Pangkalan Balak. Kali terakhir saya ke sini adalah ketika mengandungkan Mohamad 4 bulan. Ada banyak perubahan seperti kemudahan pejalan kaki dan benteng simen. Barangkali ia kesan daripada banjir yang lalu, benteng telah dibina.


Terapi hati bagi seorang suri bekerja di rumah adalah keluar dari rumah. Melihat dan menghayati keindahan ciptaan Allah suatu yang menenangkan jiwa. Manusia itu tiada yang konsisten tetapi dia mampu membina disiplin. Daripada didiplin itu akan lahirnya usaha yang tidak pernah putus asa.


Terapi juga untuk Mohamad merasai kepelbagaian bentuk permukaan di alam ini. terjengket-jengket kaki Mohamad bila tapak kakinya menyentuh pasir pantai. Mungkin dia biasa dengan permukaan licin atas lantai simen di rumah, tiba-tiba rasa permukaan kasar, agak geli tapak kaki barangkali. Kelakar melihat gelagat dia. Muka pun masam dan seperti berfikir. "Di mana aku ni, kat mana tempat ni, kenapa tapak kaki kasar saje" 


"Tengok tu, muka masam Mohamad. Tak nak kaki sentuh pasir pantai."

Indahnya kehidupan seorang suri yang bekerja dari rumah. Bukan mudah untuk menyeimbangkan antara bisnes, urusan anak, suami dan rumah tangga. Semua perlukan ilmu dan kemahiran. Pengalaman banyak mengajar saya. 

Sekian. Salam aura positif suri untuk semua.

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...