Thursday 16 November 2017

Menyusun Huruf Yang Sama

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


"Mama, mama, ni sama, ni sama".

"Ya ok. Pandainya Mohamad cari yang sama".

Leka dia main ni. Lepas main kemas ya Mohamad.








Wednesday 15 November 2017

Menuntut Ilmu Itu Rezeki

Teks: Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi.



Rindu sangat nak belajar. Nak timba ilmu banyak-banyak.

Jumaat tadi, pergi kursus. Readeasy Comprehensive Course. Kursus setengah hari.

Sekejap belajar pun rasa otak ni macam tepu je nak hadam. Hahaha.

Nampak lama noo tak belajarnya. Adohai.๐Ÿ˜

Hmmmm. Rasa macam nak kena makan kismis minda pun ada. Haha.

Takpelah, selagi ada ruang kita belajar. Terus belajar.

Harap ada lagi rezeki nak timba ilmu. Lagi dan lagi.

Hidup ini proses belajar. Yeaah!

Saturday 4 November 2017

Utamakan Kualiti Masa Dan Emosi Bila Bekerja Di Rumah

Teks: Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Bekerja di rumah, pengurusan masa dan emosi paling utama. 

Dua element ini memainkan peranan dalam kelancaran pengurusan kerja di rumah. 

Samaada kerjarumah atau kerja bisnes, kalau tak mampu urus masa dan emosi dengan betul, kerja apa pun tak jadi. 


Hari ni hujung minggu, seawal 8 atau 9 pagi, mama dah mandikan anak-anak.

Anak-anak pun dah biasa bangun jam begitu setiap hari.

Lepas mandi, makan sarapan, main, tonton TV. Mohamad, mama bagi tonton TV, tapi sampai tengahari dah mesti tutup TV.

Petang pula. Anak - anak wajib tidur petang. Mama paksa mereka tidur juga. Hee

Mama pun rehatlah 15 - 30 minit. Perlu rehat, sebab mama kerja mengajar shift petang & malam. Perlukan tenaga. 

Ok, dalam jam 3petang - 5 petang, nak rempit masak malam pula. Nak masak apa setiap hari bersoal jawab. Hehe๐Ÿ’

Perancangan perlu setiap hari. Bila teratur kita pun senang hati. Buat segalanya dengan gembira. 

Ok, jom mama nak sambung selesaikan kerjarumah ni. Salam kasih sayang semua.


Thursday 2 November 2017

Rezeki Ada Untuk Setiap Yang Berusaha.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Hidup ini sebentar. Berbahagialah dengan apa yang kita lakukan. Lakukan yang terbaik dalam hidup ini.

Usahakan yang terbaik. Rezeki perlu pada usaha. Setiap hari ada rezeki kita. Ianya rahsia. Usaha & doa. Selebihnya tawakkal.

Menjadi wahm "working at home mama" bukan mudah. Jalannnya penuh onak, namun, perasaan itu indah.

Diri perlu dilengkapi dengan kesabaran dan kekuatan dalaman. Kita bekerja dengan anak kecil tidak sama seperti orang dewasa.

Kita bekerja sendiri. Urus masa sendiri, kita bos, kitalah kuli. Berkuli dahulu. Insyaallah tahun ke 3 kita kembangkan "team".

Kita tak mampu lakukan semuanya sendiri. Untuk berkembang, kita perlukan kerjasama.

Kaya dan berjaya dunia akhirat. Insyaallah. Setiap yang berusaha akan memperoleh hasil atas apa yang diusahakannya.

Salam Kasih Sayang;
Cikgu Siti Naimah.

Hometutor | Wahm | Usahawan Online

Wednesday 1 November 2017

Perjuang Hebat Itu Mampu Membangkitkan Semangat Dirinya Sendiri.


Teks: Siti Naimah Norman.
Gambar: Koleksi Peribadi

Bagaimana pagi ini? Bahagia dan bersemangatkan? 

Mesti harus sentiasa bersemangat. Orang yang berjaya dia akan mampu membangkitkan semangat dirinya sendiri.

Yeaaah! Kita bahagia dan berjaya.

Hari ni masuk hari ke 2 bulan November dan hari ini adalah hari lahir adek sado mama. Alhamdulillah setahun sudah adek ya. 2 November 2016, 5 am. Di rumah Tok Wan. :). Semoga terus membesar sihat dan bahagia. 

Melihat anak, kita akan jadi bersemangat. Ia 'big why' terbesar dalam hidup ini. "Aku kena kuat, aku kena belajar lebih maju untuk membina masa depan lebih baik. Untuk anak-anak, untuk keluarga di kampung". 

Naikkan semangat dan keyakinan diri sendiri. Tiada siapa mampu ubah diri kita melainkan diri kita sendiri.

"Big why" saya bukan sekadar anak-anak sendiri tapi anak-anak yang saya didik juga. Mereka sumber kekuatan dan Allah hadirkan mereka untuk saya jadi lebih baik dan bermanfaat.

Menjadi pejuang ilmu bukan mudah lagi-lagi memperjuangkan ilmu Al Quran. Niat kita mahu mendidik anak - anak dan masyarakat ilmu Al Quran. Mahir membaca dan mentadabbur Al Quran. Bukan sekadar baca tapi faham.




Yang mahu belajar Al Quran itu ramai, namun tidak semua mahu memahami. Mahalnya ilmu Al Quran ini.

Kadang rasa juga tak nak buat kelas. Ikutkan kata-kata orang, sangkaan orang dan pemikiran orang kita takkan ke mana. 

Bukan boleh jadi jutawan buat kelas mengaji ni, namun ia perjuangan jihad dan amal soleh.  Mesti teruskan. Apa lagi harta yang ada melainkan ilmu yang bermanfaat untuk kita kongsikan pada orang lain. 

Allah memilih kita di jalan ini. Teruskan.  Jutawan akhirat itu matlamat kita. 

Salam November yang cemerlang. Semoga kaya dan bahagia. Amiin.








Thursday 26 October 2017

Mengajar Fonik Merubah Karekter Saya Jadi Cikgu Yang Sempoi

Teks: Siti Naimah Noman
Sumber Gambar: Kelas Cepat Membaca TCS


Membaca kaedah fonik sangat  menyeronokkan. Anak-anak tidak bosan. Sejak mengajar fonik, karaker cikgu pun jadi seperti kanak-kanak-kanak gembira dan ceria. Tidak garang, kata anak murid cikgulah. hehe.


Saya ni asal cikgu yang tegas mengajar di tadika dan sekolah rendah sebelum ini. Tegas bila mengajar dan memberi arahan. anak-anak tadika memang kenal dan akan faham karekter saya.

Bila mula mengajar di rumah ni saya sedikit-sedikit berubah jadi tidak garang dan sempoi. Anak-anak selesa dan seronok. Tiada nada keras atau nada tinggi yang diberikan pada mereka. Ya, saya belajar selami jiwa anak-anak ini.



Anak-anak selesa dan nak datang kelas lagi, nak belajar lagi. Cikgu tak garang katanya. "Di sekolahkan, cikgu kita akan buat camni, (sambil menunjukkan aksi dua tangan tampar pada kedua-dua belah pipi) kalau tak dapat jawab" kata Dhirah. Anak murid kelas membaca saya.

Saya senyum je. Segarang-garang saya tidak pernah lagilah saya tampar pipi pelajar. Bahagian muka tidak boleh dipukul. Dulu mengajar setakat rotan, denda dan marah budak itu adalah. Tidak menyentuh mana-mana tubuh sensitif mereka. Kita ada batas.

Marah dan denda niat untuk mendidik mereka. Insyaallah mereka boleh terima. Banyak perkara yang kita lalui dalam hidup ini yang Allah takdirkan. Semuanya dengan izinnya. Tidak dapat mengajar di sekolah, saya dapat mengajar di rumah. Dapat juga menyebarkan ilmu dan kemahiran.

Hidup ini perjuangan. Perjuangan yang panjang sampai kita menuju pada Dia. Kita perlu menerima dan sesuaikan diri dalam apa juga keadaan. Menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari. Insyaallah!.








Tuesday 24 October 2017

Aktiviti Kelas Mengaji Al Quran Yang Menyeronokkan

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah Melaka.

Adam baru masuk belajar mengaji. Adam berusia 4 tahun lebih. Suaranya halus je bila bercakap atau membaca. :)

Comel je Adam ni. Mula-mula masuk dia nangis, lihat semua kawan-kawan besar, abang kakak agaknya. Hari ke dua dia nampak makin seronok. Cikgu pun gembira

Hari pertama cikgu buat aktiviti sensori. Main cop-cop warna air. Dia nampak seronok.


Warnakan huruf hijaiyyah.

Kami main kapal terbang kertas. Terbangkan kapal terbang pada kad berbaris dan baca. Seronok Adam dan kawan - kawan lain.

Anak-anak ni fitrahnya suka bermain. Cikgu pun suka buat aktiviti. Taklah dalam kelas menghadap kitab sejam.

Moga anak-anak terus semangat nak belajar Al Quran.

Saturday 14 October 2017

Teruskan Menulis, Teruskan Memberi

Teks: Siti Naimah Norman

Assalamualaikum semua. Terima kasih masih setia melawat blog ini, hampir sebulan lebih sejak september saya tidak menulis apa-apa entri. Buka blog, nak tulis, taip - taip asik tak jadi je. 


 Namun, pagi ni kuatkan hati dan terus tulis. 


Ya, menulis ini perlukan kekuatan hati. Perlu ada jiwa supaya penulisan itu sampai ke jiwa yang membacanya. 

Saat kita rasa hampir hilang minat nak menulis. Ingat semula kenapa kita mula menulis dulu. 


Kita mahu memberi bukan?
Kita mahu memberi manfaat pada orang lain bukan?
Kita mahukan harta yang kekal selepas kita mati bukan?
Kita ada ilmu, kita ada sesuatu yang baik untuk orang lain, mengapa kita harus simpan?

Teruskan menulis, teruskan memberi.


Salam kasih sayang;
Siti Naimah Norman



Monday 14 August 2017

Pujian Bantu Tingkatkan Kreativiti Anak

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Sambil mama buat kerja di Soho, sambil lihat Mohamad mewarna.



Kadang anak ni perlukan kita untuk lihat mereka. Hargai bakat mereka. Pujian itu sudah cukup untuk mereka.

Hasil mewarna. Warna sikit, tunjuk pada mama, warna sikit tunjuk.


Mama puji, puji dan puji. "Pandainya abang mohamad mewarna". Lagi semangat anak nak warna.

Mereka rasa yakin, tambah semangat nak lakukan sesuatu. Lebih kreatif dan yakin untuk mencuba sesuatu.

Pujilah anak. Pujilah mereka.

Monday 7 August 2017

Warnakan Huruf Hijaiyyah Berbaris Dan Sebut

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar : Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah Melaka

Aktiviti semalam kita gunakan warna air. Warnakan huruf hijaiyyah. 

Siap warnakan baca huruf berbaris tersebut.

 Sebelum itu cikgu semak dahulu  bacaan Al Quran




Ok. kita tunggu kering baru boleh simpan dalam fail ya sayang cikgu semua. 

Sunday 6 August 2017

Silaturrahim Pembuka Rezeki.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Kisah ini berlaku 2 tahun lalu. Saya pergi jamuan raya di surau taman saya.

 Sambil menjamu selera, saya bersembang dengan seorang wanita. Sembang kisah kehidupan. Dia ada 6 orang anak.

'Kak kerja'? Tanya saya.

'Niaga makanan sikit, kerepek, roti hantar kat koperasi-koperasi sekolah'. Jawab wanita itu.

'Ni kerja apa'? Tanya dia pada saya.

'Dulu ngajar tadika, sekarang ni kat umah bisnes produk online sikit-sikit'. Jawab saya.

Tengah kami bersembang, amzar anak murid masa tadika dulu datang dan duduk atas riba wanita itu.

'La, ibu amzar ke ni'. Kata saya.

Amzar tersipu malu-malu kucing.

'Amzar, kenal lagi tak teacher, siapa ni? saya bertanya padanya.

Dengan senyuman yang menampakkan gigi depannya yang rongak, dia menjawab,

'kenal je, cikgu siti'.

Kemudian, dia menyendeng-nyendeng manja pada bahu ibunya itu.

Wanita itu senyum je dan meluahkan,

'Amzar ni, saya risau tak boleh lagi membaca. Kat rumah main je'. Luah ibu itu dengan wajah resah.

'Yeke...boleh tu, kena rajin. Sesetengah  budak susah dapat melalui pembacaan. Mungkin boleh guna cara audio atau video'. Cadang saya.

'Entahlah, risau saya. Dah nak masuk darjah 1 tahun depan.

Hmmmm..Saya hantar dorang tuisyen dengan cikgu boleh ya? Ibu itu bertanya.

Nampak wajahnya serius mahu saya mengajar anaknya.

Allah...luas betul rezekimu.

'Insyaallah...tiada aral boleh kak'. Jawab saya.

'Nanti saya datang umah cikgulah,
kita bincang ya'. Kata wanita itu sungguh-sungguh.

Namun, kami masing-masing tak bawa telefon. Tak dapat nak ambil nombor untuk berhubung.

 Saya dah usahakan cari pen tapi tiada. Saya bertanya para ibu di surau tu. Tiada juga.

'Tak pe lah, ada rezeki, adalah. Lagi pun, duduk satu taman. Pusing-pusing situ juga. Cuma nombor rumah je yang dapat saya berikan pada wanita itu.

Saya tawakkal je. Ada rezeki ada. Rezeki tak diduga. Rezeki Allah maha luas. :)

Terharu saya dengan kesungguhan wanita itu. Saya harap, kami akan kekal bersilaturrahim. Insyaallah.

Sehingga hari ini, saya kadangkala terserempak dengannya. Kadang nampak lalu membonceng motosikal. Kami berbalas senyuman.

Alhamdulillah atas segala nikmat kasih sayang anugerah Ar Rahman Ar Rahim.


Saturday 5 August 2017

Kehidupan Dan Kematian Tiada Siapa Dapat Meramal Dengan Tepat.

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Koleksi Peribadi.

3 Ogos hari lahir saya. Alhamdulillah usia saya sudah mencecah 29 tahun. Makin bertambah usia, makin dekat dengan kematian.

Kehidupan dan kematian tiada siapa dapat meramal. Allah yang menentukannya. Yang mencoraknya kita sendiri.

Hadiah hari jadi istimewa bagi saya tahun 2017 ini, Allah berikan anak syurga ini,. Tarikh lahirnya sama dengan saya. 3 Ogos.

Saya mengajar zaquan kelas membaca personal. Istimewa hanya untuk zaquan. Zaquan sangat istimewa bagi saya.



Friday 4 August 2017

Usaha sehabis daya. Maksimumkan potensi diri kita.

Teks: Siti Naimah Norma
Gambar: Sumber Google

Tiada siapa boleh meramal masa depan. Takdir memang sudah tertulis tapi ia boleh berubah dengan usaha dan doa.

Siapa kita hari ini akan menentukan siapa kita tahun akan datang. Ia kata pakar motivasi. Secara logiknya kita boleh terima pandangan itu.

Apa yang kita amalkan akan jadi sikap kita, kebiasaaan kita akan jadi tabiat kita. Amalkan yang bak-baik sahaja, insyaallah hasil sikap yang baik akan terbentuk.

Tiada siapa boleh ramal apa kita akan jadi pada masa depan. Namun, dengan usaha kita hari ini, ia sedikit sebanyak akan mencorakkan siapa kita pada masa hadapan.


Sebelum saya buat kelas, saya seorang surirumah. Berhenti ikut suami berhijrah.

Dapat kerja guru kontrak. Tak sambung kontrak selepas melahiran anak sulung. Tekad nak jaga anak sendiri.

Allah takdirkan hari ini saya menjadi cikgu juga. Buat kelas membaca dan mengaji Al Quran. Ia adalah fokus saya masa zaman belajar lagi.

Zaman belajar dulu, pergi usrah nak tarbiyah diri, lepak surau dengan mak cik-mak cik. Surau seksyen 2, Shah Alam kenangan terindah. Saya rindu nak ke sana. :(

Hari ini Allah nak saya sampaikan ilmu. Teruskan mentarbiyah diri melalui tarbiyah orang lain.

Allahuakhbar! Kita hanya hamba yang berusaha dengan ikhtiar dan doa.

Kuasa kita dan kemampuan kita terbatas, namun usah bataskan potensi kita.


  • Usaha sehabis daya. Maksimumkan potensi diri kita. Buat dan terus buat. 


Salam Kasih dan Sayang;
~Cikgu Siti Naimah~


Thursday 3 August 2017

Kita Hanya Menumpang Rezeki Anak - Anak

Teks: Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Cari rezeki bawak anak-anak. Biarlah apa yang orang kata.

Kerana asbab anak-anak inilah rezeki itu hadir. Terima kasih sayang mama.


P/s: Gambar masa ramadhan tadi.

Bulan lepas mama keluar, ada urusan di pejabat pos, lepas itu, singgah kedai runcit cari barang dapur sikit.

Seperti biasa, mama gendong Adek sambil pilih barang. Mohamad tolong mama pilih bawang dan kentang. Tolong letak barang di kaunter.

Nak bayar, tiba-tiba mohamad hulur duit. Ha! mana dapat duit ni. Ada mak cik bagi duit raya pada Mohamad RM5.

Mak ciknya dah pergi. Tak sempat mama nak ucap terima kasih.

Mohamad, Allah sayang Mohamad tau, Allah bagi hadiah pada Mohamad sebab tolong mama.

Mohamad jadi anak soleh, Allah sayang. Mama tumpang rezeki Mohamad.


Kadang nak berlebihan marah anak, berfikir banyak kali. Ini amanah, ini hadiah, ini pinjaman.

Kita hanya pegang amanah menjaga anak ini. Kita bukan pemilik kekal anak ini.

Muhasabah diri selalu. Anak membawa bahagia, anak membawa berkat dan rahmat.

#wahm #tutor #blogger
#mamamohamadyussoff


Wednesday 2 August 2017

Allah Memang Didik Kita Buat Perkara Sama Berulang Kali Tanpa Jemu, Tanpa Putus Asa.

Allah tarbiyah kita buat perkara sama berulang kali.

Solat, puasa dan ibadah perlu ulang setiap hari agar lebih baik.

Begitulah kita perlu jalani hidup ini kalau nak berjaya, ulang buat perkara yang sama.

Buat sampai jemu, muak dan sampai mahir betul. Nak jadi mahir bukan sehari dua.

Ia makan masa. Yang penting teruskan buat, jangan putus asa, tau-tau dah jadi pakar. Petik jari je boleh buat. ๐Ÿ‘Œ Gitu



Selamat datang Ogos yang penuh kebahagiaan. Alhamdulillah nikmat dipanjangkan usia 29 tahun hari ini.

Semoga Allah melapangkan dada, menetapkan hati kita dalam kebaikan sentiasa.

Sepanjang hidup kita, perjalanan yang panjang ini, moga di Sana nanti kita dapat menjawab apa yang kita lakukan masa muda kita, masa lapang kita, masa senang
& masa sihat kita. Mudahan. Aamiin.

Salam Kasih & Sayang;
~Cikgu Siti Naimah~

Mengenal Maghraj Huruf Hijaiyyah

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah, Melaka.



Tulis huruf hijaiyyah pada gambarajah rangka muka.

Tempat keluar huruf melalui bibir, Gigi, lidah, anak tekak dan tekak.

Kedudukan lidah yang betul menentukan bunyi yang keluar.

Antara huruf yang keluar melalui bibir adalah /nun/ wau/ ba/ mim. Bibir mesti digerakkan, baru boleh sebut huruf ni.




Monday 24 July 2017

Saya Guru Sepanjang Hayat

Saya bekas guru di sekolah, kini masih jadi guru. Guru sepanjang hayat, insyaallah. "It's my passion".

Saya pernah bertugas di sekolah rendah swasta di selangor dan tadika Jaim IPD, Alor Gajah tahun 2013.
Saya pernah menjadi guru di pusat tuisyen, mengajar Al Quran dari rumah ke rumah ketika di universiti. Mula serius menjadi hometutor pada 2015.

Kebanyakkan ibubapa bertanya kenapa saya berhenti mengajar di sekolah?

Jawapan saya, kerana saya nak fokus pada tuisyen yang saya buat. Mengajar di rumah bukan perkara main-main.

Tugas mengajar di sekolah juga bukan sesuatu yang mudah. Bukan hanya mengajar, tapi perlu uruskan pelbagai dokumentasi.

Guru perlu sediakan pelbagai laporan dan tidak termasuk pelbagai program sekolah yang perlu disertai dan jawatan untuk persatuan dan sebagainya.

Ketika program taklimat dan pembelajaran modul AQ- Mobile di Akademi Al Quran ABS, Kota Damansara. 

Sekarang silibus berubah. Guru pun perlu lebih ulangkaji. Ubah cara pembelajaran dan penyampaian.

Kaedah mengajar Al Quran pun perlukan perubahan, sama seperti pelajaran lain. Sama penting.

Itulah guru. Tugasnya sepanjang hayat. Menggalas amanah membentuk generasi cintakan ilmu.

Saya tidak mahu jadi guru kering dengan ilmu. Mengajar sama je kaedah, tiada perubahan.

Saya mahu jadi guru yang sentiasa perbaharui ilmu, belajar dan terus belajar.

#cikgusitinaimah #cikgujamu #professionalhometutor

Tuesday 18 July 2017

Rangkaian Akademi Al Quran ABS

Minggu lepas. Tarikh 17/7/17, kelas mengaji Al Quran TCS telah berlangsung.

Keesokkan harinya, saya meneliti dokumen untuk TCS AqMobile.


Kelas mengaji yang lebih tersusun siap ada rekod pencapaian pelajar. Belajar lebih Al Quran mendalam.

Menggunakan kaedah Al Matien. Kaedah ini diperkenalkan oleh Ustaz Zamri Mantop.

Menulis huruf hijaiyyah.
Minggu pertama ini, cikgu semak bacaan, setelah anak-anak ini bercuti hampir sebulan.

Ada yang lupa-lupa bacaan dan kekok nak membaca. Al Quran memang begitu jika kita tak konsisten membaca, memang akan lupa.

 Jadi, perlu kerap membacanya. Berulang kali. Sampai lancar, sampai kenal.

Cikgu pastikan kelas ini selesa untuk anak-anak belajar.


Tuesday 11 July 2017

Selamat Datang Kekuatan Jiwa

Assalamuaalaikum semua pembaca yang disayangi. 

Rindu tulisan saya ke? Rindu ke? Hehe, bulan puasa saya langsung tak dapat menulis. Rindu nak menulis tapi jiwa kosong. Saya fokus cari kekuatan diri. Bina semangat dan keyakinan.

Insyallah sekarang sedang mencari semangat dan keyakinan semula. Kekuatan menulis tu kita kena pupuk kembali.

Ada masa kita akan rasa lemah, tertekan dan nak putus asa. Apa sahaja ujian hidup ini. Nak tak nak kita kena lalui ia.

Kuatkan hati dengan kembali kepada Allah dan jaga hubungan dengan manusia.

Ingat kembali kenapa kita mencari dan memilih jalan ini. Jalan yang penuh onak dan berliku. Semua akan kembali kepada Allah. 

Allah lebih besar daripada segala masalah yang kita ada. Dia yang uji kita, dan Dia juga yang akan berikan kita rahmat di sebalik ujian tersebut.

Salam julai 2017 yang cemerlang. Semoga kita sentiasa terpelihara hati, lidah dan perbuatan daripada perkara keji. Perbaiki diri setiap hari.  Aaamiin. 

Sunday 21 May 2017

Hadiah Hari Guru Paling Bermakna Tahun 2017





Hadiah ini cukup bermakna. Ia sudah dipadam, namun tulisan itu cikgu simpan dalam memori dan hati ini.๐Ÿ’–

(Cikgu suruh kira matematik, rupanya mereka ni berkira-kira nak conteng hati cikgu) Alahai. Terharu. ๐Ÿ˜„

Thursday 18 May 2017

Kelebihan Anak Pandai Dan Rajin Mengaji Al Quran.


Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Kelas minggu ni, tiba-tiba rajin pula Mohamad nak mengaji dan minta mamanya semak.

Teacher, teacher. Dia panggil mama tunjuk kitab iqra'. Mama bagi kad huruf tak nak, ni baca iqra 3. ๐Ÿ˜„

Apa pun bolehlah Mohamad, janji suka minat baca. Nak baca sama abang kakak juga. 

Mudahan istiqamah suka mengaji. Aaminn.

 Semua orang nak anak pandai dan rajin mengaji. Al Quran penyuluh hidup dan membawa syafa'at.

Tak dapat ajar anak sendiri di rumah. Boleh hantar pada guru ajar anak mengaji. 

Ibu dan ayah yang hantar anak belajar mengaji dapat juga pahala berganda - ganda. 

Anak pandai rajin mengaji Al Quran, terang kubur kita nanti. Anak soleh, suka mengaji, harta yang kekal selepas kita mati.


Sunday 14 May 2017

Nak Marah Anak Biar Sepadan Dengan Kesalahannya

Teks: Naimah Norman

Anak yang selalu dimarahi di rumah, di sekolah cikgu marah pun tak heran. Dah biasa. Tak rasa apa.

Marah itu fitrah. Tak normal kalau tiada marah. Tapi, marah yang berlebihan itu tidak digalakkkan

Hari-hari marah, hari-hari tengking, tinggi suara. Anak pun tak rasa apa dah. Hilang hormat pada mak ayah.

Kawal marah. Kita nak didik anak dengan ilmu, bukan dengan emosi.

Pesanan untuk diri sendiri yang pernah marah anak. Salahkan diri sendiri. Marah anak tak bertempat.

Anak tiada masalah. Yang bermasalahnya kita. Masalah jiwa, tertekan, serabut, anak jadi mangsa amarah kita.

Masalah kita fizikal, penat lepas pada anak. Kesian anak. Anak selagi dia masih boleh nangis bila kita marah, maknanya jiwanya masih halus.

Bersabar 10 minit untuk kesan 10 tahun akan datang. Bersabar! Berfikir dengan waras.


Friday 12 May 2017

Mama, Janganlah Cakap Macam Tu, Tak Baik. Allah Marah.


Teks: Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi


"Mama, janganlah cakap macam tu, tak baik. Allah marah". Kata mohamad dengan nada kecewa

"Eeemm". Bunyi merengek. "Mamaaaa".(Panjang panggilannya. Muka minta perhatian).

Terdiam mama. Oh, mama silap cakap. Maafkan mama sayang. Mama peluk Mohamad.

Sebelum itu mama ada berkata;
"Mohamad, adek nak tidur, diam. Mohamad duduk luar kalau tak nak tidur".

Mama nak tidurkan adek, dia boleh menyanyilah, main tepuk-tepuklah, ada sahaja akalnya.

Anak usia 3 tahun ini, sudah sangat memahami dan peka emosinya.

Mohamad semakin matang, semakin memahami, semakin banyak akalnya.

Selamat hari lahir ke 3, Mohamad. Mama sayang Mohamad.



Selamat Hari Lahir yang ke - 3 untukmu Mohamad. Anak sulung mama yang semakin dewasa. 

Semoga Mohamad menjadi pendidik juga suatu hari nanti. Sayang Mohamad.

Thursday 6 April 2017

Mak Ayah Asbab Rezeki Kita Murah

Teks: Siti Naimah Norman


Setahun lalu, saya pernah keliru. Masih tercari-cari identiti bisnes saya. Kadang-kadang rasa kurang yakin.

Nak jadi apa? Identiti bisnes apa? Memang keliru sangat.

Saya asal budak geomatik. Saya belajar ukuq tanah. Teropong-teropong gitu. Keluar "U" jadi ustazah mengajar sekolah rendah swasta.

Ajar subjek matematik dan sains. OK ada kaitanlah dengan kos geomatik.

Lepas tu kerja jadi kerani sambilan. Lepas tu jadi cikgu balik. Mengajar bahasa arab. Mengajar tuisyen. Buat hometuisyen sama.

Lepas kahwin berhenti mengajar. Kedebak kedebuk jadi cikgu juga sekarang.

Mungkin kerana doa Abah. "Besok besar jadi ustazah". Itulah lagu Abah buaikan saya. Ternyata doa ibubapa makbul.

Kita jangan lupa Mak bapa kita. Mereka juga asbab rezeki kita hari ini. Uhuhu. Rindu nak peluk Umi Abah.

#cikgusiti
#catatanharian

Wednesday 5 April 2017

Rancang Penulisan Blog

Teks: Siti Naimah Norman

Tiada waktu yang khusus untuk menulis blog. Asal ada masa, terus tulis. Ada idea terus tulis.

Saya suka tulis pagi-pagi seawal jam 5 - 6 pagi. Otak kita segar dengan idea. Tapi, kadang bila-bila masa pun boleh.

Untuk konsisten update blog, boleh set schedule. Hasilkan 5 entri sekali. Entri tak perlu panjang tapi bermanfaat.

Dengan schedule, setiap hari ada entri berbeza akan muncul dalam blog. Pembaca suka baca, suka datang blog yang berinformasi.

Blog nampak "up to date". Tak mustahil 44 entri boleh dihasilkan dalam masa 20 hari.

#tipsmenulisblog

Monday 3 April 2017

Apa Keseronokkan Menulis Blog.

Teks: Siti Naimah Norman

Seronok menulis blog kerana boleh tambah keyakinan menulis. Tulis blog, tiada pun nak rasa "down" sebab orang tak like atau komen ke.

Nak tulis panjang mana pun boleh. Yang seronoknya semua idea penulisan kita di dalam maya, boleh dipindahkan ke dalam blog.


Bagaimana nak hasilkan blog yang sentiasa update?

Tulis post pendek-pendek dalam Facebook, salin semula, jadikan ia satu entri. Kadang blur tak tahu nak tulis apakan.

Cuba ada idea sikit terus tulis. Lepas tu salin semula dalam blog. Dapat hasilkan 1 entri. Mudah.


#tipsmenulisblog

Sunday 2 April 2017

Memahami Karekter Anak Memudahkan Proses Pembelajaran

Kemampuan anak - anak ni berbeza. Semalam, dalam kelas, saya cuba main baling bola. Bola itu saya lekatkan kad huruf kecil.

Saya minta anak - anak ni sambut bola, kemudian sebut bunyi huruf tersebut.  Anak-anak kebanyakkannya seronok bermain.

Namun, ada seorang dua yang tak mahu tangkap bola  itu. Saya sebut nama dan nak baling, dia geleng-geleng, nampak seperti janggal nak bermain.

Kemudian, saya cuba buat aktiviti menulis, dia buat dengan baik. Nak faham karekter anak-anak ni ambil masa.


Perlu untuk kenal sifat, karekter dan apa yang disukai anak-anak ini, kerana ia akan mempengaruhi proses pembelajaran.

Saturday 1 April 2017

Layan Anak, Jangan Tak Layan

Teks: Siti Naimah Norman

Hari khamis lepas, Alhamdulillah hujan di pagi hari. Mata mula kuyu, Mohamad baring atas tilam.

"Dah, tido". Kata mama pada Mohamad.

"bismika, Allah, humma, ahya ,wa aa..tu
(bunyi akhir tu dibaca kuat)

Lagi, lagi. Minta Mohamad. Ulang lagi baca doa. Mama layan, baca sama-sama walau ada ayat yang tertinggal.

Lagi, lagi, last. Mohamad minta lagi.

Ok. Last. Baca doa yang sama. Ok, Mohamad tak minta baca dah. Dia guling-guling tak tidur pun lagi. ๐Ÿ˜‚

Hai anak, layan jangan tak layan. Kadang perkara sama, berulang kali diminta. Kuatkanlah kesabaran kita, layan anak sebaiknya.

Friday 31 March 2017

Meniru Adalah Salah Satu Proses Belajar


Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Kelas Mengaji Al Quran dan Tajwid.


 Tekap, jangan tak tekap. Tiru, jangan tak tiru. :)


Menekap, tulis dan baca. Bantu kuatkan daya ingatan anak-anak ini. 






Tuesday 28 March 2017

Kelas Blog Penulisan dan Bisnes


Mengapa perlu ada blog?

1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.
4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.

Bagaimana kelas diadakan?

- Kelas adalah secara online 

- Kelas adalah selama 20 hari.

- Tugasan diberikan namun ia adalah sangat mudah untuk diikuti.

- Tugasan penulisan dan tips penulisan, agar selepas 44 hari kalian sudah mahir dan mampu menjadikan informasi blog adalah sesuai dengan sasaran pembaca

- Perlunya blog yang berinformasi dan santai agar dapat membina kredibiliti sekiranya kalian seorang usahawan online.

- Juga boleh dijadikan platform untuk serius di bidang penulisan, mahu menghasilkan ebook atau buku.

- Analisa akan dibuat berdasarkan pendidikan, pengalaman, kemahiran minat dan matlamat yang mahu dicapai. 

Analisa ini akan menentuka blog apa yang paling sesuai untuk dimulakan memperkenalkan diri dan penjenamaan diri agar dikenali pembaca blog.

- Sudah tentunya kalian tahu, blog adalah salah satu pemasaran yang efektif disamping promosi di facebook.

Kelas apa yang diadakan?

1.  kelas Blog Penulisan 
2.  Kelas Blogshop


Hubungi saya untuk pendaftaran Sesi April ini. Ada 9 kekosongan lagi. Whatsapps 0189069144

Sunday 26 March 2017

Belajar Membaca Kaedah Fonik

Fonik adalah kaedah membaca yang mudah dan menyeronokkan.

Apakah itu fonik? Membaca dalam bahasa pertuturan.

Tidak hairan mengapa anak-anak yang dilatih membaca menggunakan kaedah fonik ini, akan cepat dapat membaca.

Teknik fonik dengan mengaplikasikan asosiasi akan menghasilkan pembelajaran yang menarik. Contoh aktiviti dibawah ini.

Semua orang buat gaya orang menangis. nnn...nnn..

Kami belajar membaca kaedah fonik. Seronok anak - anak ni, gerak-gerak, buat aksi sambil bunyi.

Dunia kanak-kanak bermain. Main sambil belajar. Seronok!

Tuisyen Cikgu Siti
Siti Naimah Norman
(Lisensi Phonic Smart Berdaftar)

#cikgusiti #bacalahanakku #tuisyencikgusiti

Wednesday 8 March 2017

Kita Ada Misi Yang Masih Belum Selesai



Assalamualaikum. Alhamdulillah, masuk minggu ke dua bulan mac 2017 ini, semangat masih membara. Ingin terus berjuang. teruskan langkah tanpa menoleh ke belakang.


Allah uji kesihatan saya tidak berapa baik. Sering diserang selsema batuk. Alhamdulillah, moga ia menjadi penebus dosa. Allah tidak akan menguji di luar kemampuan hambanya.


Sudah 3 hari rasa berat di tengkuk. Sekarang dah bawa ke belikat. Nak toleh pusing pun susah, macam teleng dah rasanya.

Saya keluar semalam, terlanggar kereta orang masa undur nak parking. Macam tak dengar sangat. Rasanya orang belakang dah hon.


Ujian, di sebalik ujian itu, Allah pujuk. Terus Allah pujuk tak lama itu. Singgah ke kedai buku, ada mak cik tolong bukakan pintu kedai, siap belanja Mohamad icecream. Tak kenal tiba-tiba belanja.

Allah, baik sangat Allah. Dia pujuk kita, dia naikkan semangat kita semula. Sungguh ujian tarbiyah buat hati.


Moga terus kuat, terus melangkah maju. Kita ada misi yang masih belum selesai!


Thursday 2 March 2017

'Table talk' Bisnes Jamu Susuk Dara

Teks: Naimah Norman.
Sumber Gambar: Jamu Susuk Dara Shop.


Menjadi stokis Jamu Susuk Dara adalah menjadi tanggungjawab saya melatih agen. 

Menjadi stokis bukan kerana mahu dapat less lebih atau mahu untung lebih 


Ia adalah tanggungjawab, amanah yang harus dijaga.

Table Talk Dengan Agen Di Selangor, bujang lagi agen ni tau. :)
Niat utama untuk membantu wanita, bujang atau berkahwin. Mahu jadi agen atau ahli boleh sahaja. Less 20 - 30%.


Saya bantu buat wanita yang mahu jadi usahawan dan jana pendapatan dengan modal yang minimum. Tiada bisnes yang tiada modal.


Modal serendah RM100. Mulakan dengan diri sendiri. Guna dan rasa sendiri pengalaman. Baru mudah nak kongsikan dengan orang lain.

Sekarang pertanyaan boleh hubungi saya: 
Whatsapp:  0189069144

Wednesday 1 March 2017

Rujukan Menulis Blog



Ebook belajar Asas Blog adalah antara rujukan saya dalam penulisan blog.

Isi Kandungan
Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan
Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook

๐ŸŽ Ebook ini adalah BONUS dengan pendaftaran KELAS ASAS BLOG secara online.๐ŸŽ

Monday 27 February 2017

Dilema Menulis Blog


Dengan menulis, ia mampu memberi motivasi, semangat serta pengajaran. Kepada diri sendiri dan orang lain. Menulis dari hati, perlu ikhlas, perlu benar. Teruskan menulis sampai orang jatuh hati.

Susahkan menulis sorang-sorang. Mula-mula semangat, bila dah idea takde otak jem tak tau nak tulis apa. Menulis secara berjemaah itu lebih baik. 

Apa yang kurang kita boleh tengok, apa yang perlu, kita tambahbaik, ada yang membimbing. Blog sangat penting. Antara Fungsi Blog:

--> Memudahkan pelanggan mencari kita. Google dan blog saling berhubung. Pelanggan cari di google produk yang dikehendaki, keluarlah senarai blog kita.
--> Memudahkan kita simpan maklumat bisnes, promosi, info produk dan aktiviti bisnes kita. Tulislah panjang mana, banyak mana pun tiada siapa nak marah.

Kalian dalam dilema untuk menulis blog?

Saya tahu nak buat blog. Tapi,
 Tak tahu nak konsisten menulis bagaimana.
 Tak tahu bina blog yang disukai pembaca.
 Tak tahu nak naikkan trafik blog bagaimana.
 Tak tahu nak jadikan blog sebagai kedai online
 Tak tahu nak bina jaringan luas antara blogger. 

Meh, daftar kelas blog secara online.
๐Ÿ’ก Belajar selama 20hari
๐Ÿ’ก Hasilkan 44 entri
๐Ÿ’ก Bimbingan guru ABDR ( Akademi Bekerja Di Rumah.)
๐Ÿ’ก Analisa dahulu, lepas tu, boleh masuk kelas.

Hubungi saya Whatsapp 189069144

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...