Thursday 26 October 2017

Mengajar Fonik Merubah Karekter Saya Jadi Cikgu Yang Sempoi

Teks: Siti Naimah Noman
Sumber Gambar: Kelas Cepat Membaca TCS


Membaca kaedah fonik sangat  menyeronokkan. Anak-anak tidak bosan. Sejak mengajar fonik, karaker cikgu pun jadi seperti kanak-kanak-kanak gembira dan ceria. Tidak garang, kata anak murid cikgulah. hehe.


Saya ni asal cikgu yang tegas mengajar di tadika dan sekolah rendah sebelum ini. Tegas bila mengajar dan memberi arahan. anak-anak tadika memang kenal dan akan faham karekter saya.

Bila mula mengajar di rumah ni saya sedikit-sedikit berubah jadi tidak garang dan sempoi. Anak-anak selesa dan seronok. Tiada nada keras atau nada tinggi yang diberikan pada mereka. Ya, saya belajar selami jiwa anak-anak ini.



Anak-anak selesa dan nak datang kelas lagi, nak belajar lagi. Cikgu tak garang katanya. "Di sekolahkan, cikgu kita akan buat camni, (sambil menunjukkan aksi dua tangan tampar pada kedua-dua belah pipi) kalau tak dapat jawab" kata Dhirah. Anak murid kelas membaca saya.

Saya senyum je. Segarang-garang saya tidak pernah lagilah saya tampar pipi pelajar. Bahagian muka tidak boleh dipukul. Dulu mengajar setakat rotan, denda dan marah budak itu adalah. Tidak menyentuh mana-mana tubuh sensitif mereka. Kita ada batas.

Marah dan denda niat untuk mendidik mereka. Insyaallah mereka boleh terima. Banyak perkara yang kita lalui dalam hidup ini yang Allah takdirkan. Semuanya dengan izinnya. Tidak dapat mengajar di sekolah, saya dapat mengajar di rumah. Dapat juga menyebarkan ilmu dan kemahiran.

Hidup ini perjuangan. Perjuangan yang panjang sampai kita menuju pada Dia. Kita perlu menerima dan sesuaikan diri dalam apa juga keadaan. Menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari. Insyaallah!.








Tuesday 24 October 2017

Aktiviti Kelas Mengaji Al Quran Yang Menyeronokkan

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah Melaka.

Adam baru masuk belajar mengaji. Adam berusia 4 tahun lebih. Suaranya halus je bila bercakap atau membaca. :)

Comel je Adam ni. Mula-mula masuk dia nangis, lihat semua kawan-kawan besar, abang kakak agaknya. Hari ke dua dia nampak makin seronok. Cikgu pun gembira

Hari pertama cikgu buat aktiviti sensori. Main cop-cop warna air. Dia nampak seronok.


Warnakan huruf hijaiyyah.

Kami main kapal terbang kertas. Terbangkan kapal terbang pada kad berbaris dan baca. Seronok Adam dan kawan - kawan lain.

Anak-anak ni fitrahnya suka bermain. Cikgu pun suka buat aktiviti. Taklah dalam kelas menghadap kitab sejam.

Moga anak-anak terus semangat nak belajar Al Quran.

Saturday 14 October 2017

Teruskan Menulis, Teruskan Memberi

Teks: Siti Naimah Norman

Assalamualaikum semua. Terima kasih masih setia melawat blog ini, hampir sebulan lebih sejak september saya tidak menulis apa-apa entri. Buka blog, nak tulis, taip - taip asik tak jadi je. 


 Namun, pagi ni kuatkan hati dan terus tulis. 


Ya, menulis ini perlukan kekuatan hati. Perlu ada jiwa supaya penulisan itu sampai ke jiwa yang membacanya. 

Saat kita rasa hampir hilang minat nak menulis. Ingat semula kenapa kita mula menulis dulu. 


Kita mahu memberi bukan?
Kita mahu memberi manfaat pada orang lain bukan?
Kita mahukan harta yang kekal selepas kita mati bukan?
Kita ada ilmu, kita ada sesuatu yang baik untuk orang lain, mengapa kita harus simpan?

Teruskan menulis, teruskan memberi.


Salam kasih sayang;
Siti Naimah Norman



Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...