Saturday 29 December 2018

Menjadi Yang Terbaik

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Orang berjaya dia Fokus, konsisten dan buat sampai jadi.

Berusaha menjadi yang terbaik walau kita bukan orang baik.

Saya jenis manusia yang sukakan kelainan. Sukakan perubahan.

Alang-alang hidup, biar hidup luar biasa bukan biasa-biasa.

Beri manfaat sebaiknya. Sentiasa cari ilmu, sentiasa buat perubahan lebih baik.



Alhamdulillah untuk nikmat ilmu dan pengalaman yang Allah beri. Moga esok lebih baik daripada semalam.

Program Cuti Sekolah 2018

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Kelas Cepat Membaca TCS





Thursday 13 September 2018

Kelas Membaca Melaka Untuk Anak 5 & 6 Tahun.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Kelas Cepat Membaca TCS


Kelas Cepat Membaca TCS. Kelas 5 & 6 tahun. Ada 3 tempat sahaja.

Kelas akan mula oktober ini. Insyaallah. Setiap hari isnin dan rabu.


Maafkan Orang Lain Kunci Ketenangan

Teks: Siti Naimah Norman

Sebelum tidur, maafkan orang lain.
Lepaskan. Lapangkan dada.
Fikir manfaat yang kita dapat buat pada hari esok.

Esok tak pasti. Tapi janji Allah pasti.
Jaga Allah, Allah akan jaga kita.

Biar orang tak hargai kita, layan kita buruk mana pun. Kita ingat tuhan. Tuhan tak pernah lupa kita

Pegang kata-kata puan Aminah Adnan ini.
Orang yang tak ingat tuhan, tak perlu kita halau. Sampai masa dia sendiri akan pergi. ๐Ÿ˜Š

Kita hidup nakkan bahagia, nak berjaya.
Sungguh nak berjaya itu jalannya berliku.
๐Ÿ’ชJalan terus!

Kelas Mengaji Melaka

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah


Dua orang anak murid baru daftar kelas hari ni. Kelas mengaji kita buka untuk empat tempat lagi ya. ✌

Kelas kita akan ikut tahap pencapaian pelajar. Ada kelas iqra dan juga Al Quran.

#kelasmengajimelaka

Wednesday 29 August 2018

Erti Pengorbanan Jiwa

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar:


Assalamualaikum. Selamat pagi. Sudah lama bercuti. Kembali menulis semula.

Balik kampung raya 5 hari. Memang telefon tak pegang. Internet pula sendu lembut gemalai. Alahai.๐Ÿ˜†

Balik rumah sendiri, cari kekuatan semula untuk menulis. Menulis perlukan pengorbanan.

Korbankan jiwa. Cari jiwa, cari perasaan. Cari pemikiran positif. Banyak sangat cas negatif akan bantutkan proses menulis.

Untuk menulis sepenuh jiwa, jiwa harus kuat dan bersih. Harus positif.

Erti pengorbanan, mahukan kebaikan itu menjadi amal jariah, harus konsisten menulis.

Cerita mengenai hari raya korban, saya pernah sekali je lihat lembu korban kena sembelih. Masa itu sekolah rendah tak ingat darjah berapa.

Lepas tu, terbayang - bayang. Sampai sekarang tak pernah lihat sembelihan lagi.

Kecil-kecil tak faham lagi. Rasa takut semua. Sekarang pun. Berdebar. Huhu. Kalian ada lihat sembelihan korban?

Kena kuatkan jiwa juga nak lihat sembelihan korban lepas ni. Insyaallah.


Saturday 18 August 2018

Kawal Penggunaan Gadget Kepada Anak

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi



Gadget berlebihan? Kemungkinan anak akan hadapi masalah sensori. Gadget bawa kesan buruk pada perkembangan anak. Anak sukar fokus belajar dan ganggu perilaku anak.


Anak saya sudah 4 tahun, saya masih mengawal tonton televisyen dan lihat handphone. Televisyen pun dalam proses nak hapuskan. Kah, kah.
Pasal ayahnya nak tonton bola, bertahan dulu. Nanti dah pindah astro takde bolanya. Padan muka. Haha.

Kadang, pergi kedai makan ke, rumah orang ke, mohamad akan tumpang lihat gadget kawan. Hehehe. Kesian tengok, tapi untuk kebaikan.

Nak tengok youtube, video dalam handphone mama pun 10 minit paling lama. Itu pun sebulan sekali.

Bagilah sikit, nanti tak kenal langsung, kemaruk bila sekali hadap. Bila dah bagi, anak akan ketagih. Elok tak bagi langsung.
Cakap siap-siap. "Sekejap je ya. TV dah panas, tutup ya abang. Pukul 2 tutup TV ya".
Kawal, sederhana itu lebih baik.

Friday 17 August 2018

Tuisyen Sekolah Rendah

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

 Tahun 2, subjek English belajar tentang "our body". Guna track ini untuk mengingat "the part of our body"
(Foot, ear and arm)

"Simple Past Tense". Guna untuk perbuatan yang sudah berlaku. Penambahan d, ed, ied digunakan untuk perbuatan (verb).

Main dam ular sambil tukar "verb" kepada "simple past tense"

Masak Secepat Yang Boleh.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Semalam masak ikan sambal 5 minit. Tumis sikit sambal, masukkan ikan goreng.

Sambal tu saya dah tumis siap-siap bawang. Masak tinggal tambah garam, gula dan ikan.

Mudah jika dah masak sambal siap-siap. Cepat nak masak apa-apa.

Kerja di rumah. Semuanya harus cepat ๐Ÿ˜‰

Wednesday 15 August 2018

Kelas Iqra Alor Gajah Melaka

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Hari ini, masuk pejabat awal sebelum subuh. Saat anak-anak masih dibuai mimpi indah, itulah waktu untuk menyiapkan kerja.

Tanda latihan murid, update blog dan kerja pengurusan lain.

Latihan kelas mengaji Al Quran semalam tanda bacaan Nun Sakinah atau kita panggil Nun Mati

Ada bacaan yang dengung dan tidak dengung.

Kelas Iqra, kita buat latihan pengukuhan. Oh ya, kelas Iqra kita buka 3 lagi kekosongan.


Kelas Membaca Personal Harith

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Semalam kelas membaca personal bermula untuk pelajar baru bernama Harith, Anak 5 tahun yang bersekolah di sekolah cina.

Aktiviti kelas semalam, buat latihan menulis bunyi /a/, main baling bola dan bentuk huruf guna plastesin.

Lepas lukis /a/, dia kira /a/ itu. Mengira dalam bahasa cina,"ei, ek, sang, sek, uk, liau". "Pandai budak ni". Kata saya dalam hati. Cikgu pun tumpang belajar bahasa cina dengan awak juga Harith.


Menulis Itu Meransang Minda Jadi Lebih Peka.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Google


Alhamdulillah, rasa seronok, lega dan puas dapat tulis blog ikut target yang dirancang. Bukan senang, namun jika betul caranya tak susah nak tulis blog. 10 entri pun boleh 1 hari.

Walaupun saya agak merempit menulis dengan gear paling laju agaknya. Dapat juga capai target.

Dengan pelbagai cabaran, dari diri sendiri dan juga persekitaran, memang semangat menulis tu turun naik. namun kuatkan hati juga.

Nak tulis blog, nak capai target entri yang dirancang. Ya menulis perlukan perancangan. Bila betul perancangan, kita lebih peka.

Apa nak tulis, topik, siapa pembaca kita, apa yang nak disampaikan itu lebih terarah.

Syukur! Semangat dan keyakinan menulis itu makin membara. Yeah! ๐Ÿ’ช Masuk kelas belajar menulis blog sangat membantu. Kalian nak masuk kelas juga? Meh saya bantu.


Tuesday 14 August 2018

Entri 44/44: Perjuangan Ilmu Jalan Meraih Syurga Allah.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Bahagialah mencari ilmu. Tidak akan pernah jemu dan penat.

Ilmu dituntut tidak akan pernah merugikan. Ilmu akan menjaga kita selama mana kita mengamalkan ilmu itu.

Ilmu yang memberi manfaat adalah ilmu yang diamalkan dan disampaikan pada orang lain.

Saya mula mengajar mengaji ketika di universiti. Waktu itu belajar di uitm Shah Alam.

Saya mengajar anak pensyarah. Datang ke rumah pensyarah tersebut di seksyen 6. Bayaran RM200 sebulan. 3 kali seminggu.

Saya berhenti mengajar bila pensyarah itu tukar tempat mengajar. Saya hadiahkan dia senaskah Al Quran.

Sepanjang belajar di Uitm, saya terlibat dengan usrah. Program dalam universiti dan juga luar.

Tempat lepak saya di surau seksyen 2, shah Alam. Masa itu tahun akhir dah saya Duduk menyewa bilik dekat dengan surau.

Selalu sembang dengan mak cik surau. Kawan-kawan saya ramai yang senior. Dah pencen. ๐Ÿ˜

Seronok zaman belajar jika dikenang semula rasa rindu nak kembali. Ada rezeki teringin nak sambung sarjana bidang kanak-kanak atau Al Quran.

Ya, menuntut ilmu sebagai jalan ke syurga. Nak dunia dengan ilmu, nak akhirat pun dengan ilmu. Insyaallah.

Entri 43/44: Kemahiran Menulis Ikut Tahap Umur

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Google

Anak belajar membaca, dalam pada masa yang sama belajar juga menulis. Aktiviti menulis sangat penting dalam proses pembelajaran.

Anak perlu tahu menulis dengan betul supaya dapat menyerap ilmu yang disampaikan.

Menulis juga, melatih fokus dan meransang minda. Namun, ada anak-anak yang belum mahir menulis. Salah satu sebabnya cara pegang alat tulis yang belum betul.

Dalam kelas membaca, kita akan menulis. Sambil cikgu sebut perkataan, anak murid tulis.

Buat latihan dalam buku fonetik ekspres pun ada aktiviti menulis, salin semula perkataan sambil baca.

Berikut cara pegangan alat tulis yang betul mengikut tahap umur. Anak - anak ibu tahap yang mana?






Entri 42/44: Aku Mahu Memberi Sesuatu Pada Orang Lain

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Saya minat mengajar, minat pada kanak-kanak. Minat itu datang masa di universiti. Bercita-cita mahu jadi pensyarah.

Suatu ketika, saya berfikir, apakah yang akan saya tinggalkan selepas saya tiada. Saya mahu memberi sesuatu.


Ya, ilmu yang saya sampaikan itulah jalan untuk memberi. Ilmu akan digunakan sepanjang hayat.

Sejak itu, saya mengimpikan untuk menjadi seorang pendidik. Hasrat saya sambung pelajaran ke peringkat sarjana saya terpaksa tangguhkan kerana beberapa kengkangan antaranya kewangan.

Dengan sarjana itu, harapannya saya boleh menjadi pensyarah. Namun bukan semudah itu. Tapi saya tak kecewa pun tak jadi pensyarah.

Alhamdulillah, hari ini saya memberi sesuatu juga pada orang lain. Beri ilmu pada anak-anak. Allah lorongkan jalan.

Moga ini jalan untuk saya perbaiki diri dan amal dan jalan untuk ke syurgaNya. Amiin

Entri 41/44: Permainan Baru Kelas Membaca

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Jangan tak sangka, anak-anak perempuan pun seronok main "track" ni. Vroom, vroom, kereta nak jalan ni.

Ceria je tengok mereka ni main. Kalau boleh baca, boleh teruskan perjalanan. Kalau tak boleh kena berhentikan kenderaan. Hehe

Ada kereta, lori, motor semua. Nasib jalan besar muat kenderaan. Hehe.


Entri 40/44: Persediaan Bahan Masak Walau Bekerja Di Rumah

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Ha, ambik! Macam nak kenduri kubis tu. Siap cuci bersih dan tumis sambal kosong. Mudah nak masak. Ambil campak-campak je.

Kubis tu sikit je, kena potong halus kalau nak makan. Entahlah kenapa suami suka benar beli kubis. Hehe.

 Nak kata suka makan tak juga. Huhu. Kita je yang makan. Masak je apa orang beli. ๐Ÿ˜‰

Biasa saya sediakan bahan masak ni hujung minggu. Kadang hari biasa. Ikut masa yang sesuai.

Membantu menjimatkan masa memasak. Masak campak-campak je. Kerja di rumah. Rumahlah tadika, rumahlah restoran, rumahlah dobi. Segalalah.

Persediaan itu perlu. Nak tak nak ke. Kena kuat hati, kena disiplin.๐Ÿ’ช

Monday 13 August 2018

Entri 39/44: Ulangkaji Huruf Hijaiyyah

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Kelas minggu ni ulangkaji huruf hijaiyyah. Tulis dan sebut. Ini kelas iqra anak-anak 5 hingga 7 tahun.


Mereka salin semula huruf hijaiyyah. Melatih menulis huruf Al Quran dengan betul dengan bantuan Cikgu Niza.


Di dalam kitab memang ada huruf hijaiyyah cuma Penulisan ini untuk kukuhkan lagi ingatan.

Entri 38/44: Main Dam Ulat Sambil Membaca Suku kata

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Semalam kami main dam ulat dalam buku Siri Bacaan Awal. Bacaan, ganti dengan sebutan bunyi-bunyi diftong buku 8.

Seronok mereka main. Siapa dapat baca kad paling banyak dia pemenang, tapi cikgu tiada hadiah. Hehehe

Buku Siri Bacaan Awal ni sangat sesuai untuk anak seawal usia 3 tahun. Lihat gambar menarik, mengenal haiwan-haiwan di kebun, di hutan dan juga haiwan liar.

Bacakan pada anak sebelum tidur. Boleh main dam ulat dan baca teks mudah dengan suku kata berwarna.

Ni, mama bacakan buku pada Mohamad sebelum tidur, besoknya nak baca lagi dan lagi. Bacakan selagi belum jemu.


Entri 37/44: Mama Nak Peluk

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


"Mama, nak peluk. Mama nak peluk". Kata Mohamad sambil menangis apabila kena marah.

Dia rasa bersalah, dia akan datang pada saya dan kata nak peluk. Kadang saya peluk, walaupun hati rasa geram.

Kadang saya minta dia datang pada saya peluk. Ingat balik, rasa teruknya saya, ego. Tak mahu pergi pada anak peluk, malah minta anak datang pada kita. Allah. Maafkan mama sayang.

Saya rindu bila dia kata nak peluk. Lama dah dia tak berkata begitu. Sejak dah tidur asing, tidur dengan adik, dia jarang nangis-nangis dah bila bangun tidur.

Sekarang ni dia suka merajuk kalau ditegur. Tapi rajuknya sekejap sahaja, sebab dia faham saya tak selalu nak pujuk dia. Kalau saya marah dia buat salah, dia akan minta maaf.

Mama, Abang minta maaf. Abang minta maaf. Kata dia dan peluk saya.

Allah saya menangis jika dia kata begitu. Saya pun minta maaf jika ada marah dia. Cium ubun-ubun dia, usap belakang kepala dia.

Allah ampunkan aku kerana menyakiti anak ini, ampunkan aku Ya Allah. Saya tak mahu anak saya takut saya tapi saya nak anak hormat dan sayang pada saya.

Allah menguji kesabaran membesarkan dan mendidik anak - anak. Anak ni apa yang kita corakkan. Mereka bersih, kita yang memberi warna pada mereka.

Usahalah perbaiki diri, mohon Allah bimbing selalu. Saya selalu bayangkan jikalah hari ini hari terakhir saya dengan anak, pasti saya akan sangat terkilan jika ada buat salah pada dia. Marah berlebihan pada dia.

Sebelum nak marah, tahan dan tenung wajah anak. Dia baru nak belajar kenal dunia. Dia baru beberapa tahun, kita dah berpuluh tahun. Sabarlah, kuatkan hati dan iman.


Entri 36/44: Terapi Hati

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Jambangan coklat dan bunga ini, Kejutan buat suami pada ulangtahun perkahwinan kami tahun ini. Tangan tu bukan tangan saya. Ia tangan pereka jambangan. hehe

Bagi saya, ubat kepada hati adalah salah satunya kasih sayang. Kasih sayang yang dibuktikan dengan perbuatan. Mereka yang mengasihi akan dikasihi.

Sudah 5 tahun lebih saya hidup dengan pasangan yang ada OCD. Ia bukan sesuatu yang lazim. Ia sesuatu yang baru. Saya mula menerima takdir ini dan kuatkan diri.

Bukan mudah tapi tak mustahil untuk saya cuba memahaminya. Saya miliki pasangan yang sangat istimewa dan mertua yang sangat baik. Sangat memahami.

Anugerah dan rezeki buat saya. Pasangan  yang OCD pun suatu rezeki. Pagi semalam, suami beli nasi lemak. Kami makan untuk sarapan dan tengahari.

Makan malam beli juga. Sayang suami pada kami anak beranak.๐Ÿ˜Š

Malam itu, saya lihat, tenung wajah suami tatkala dia tidur, ya! Ini hadiah daripada Dia, pinjaman dariMu.

Aku belajar bersyukur, aku belajar pujuk hati, aku belajar kuatkan hati dan rawat hati.

Siapa sahaja yang Dia takdirkan hadir dalam hidup kita ini adalah amanah. Jaga sebaiknya.

Dia suami, dialah bos saya di rumah. Saya akui banyak saya belajar bila bekerja dengan bos yang sangat skema. Kelebihan saya kekurangan dia, kelebihan dia, kekurangan saya. Saling melengkapi.

Ya takdir tuhan, saya bekerja di rumah, siapa nak pantau, siapa nak nasihat. Hadirnya bos yang garang ni, buat saya lebih disiplin, lebih tegas untuk maju jaya.

Insyaallah, Doakan kejayaan saya untuk terus kembangkan kelas dan bantu anak-anak mahir membaca. Amin.

Entri 35/44: Dunia ini Tiada Kepastian

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Google


Ujian hidup sering buat kita rasa lemah. Rasa tak mampu nak teruskan apa kita buat. Rasa tiada semangat sangat. 

Setiap kita diuji dengan masalah. Lebih meruntuhkan jiwa apabila masalah itu tiada jalan penyelesaian yang nyata. 

Bersabar telah lama bersabar. Solat, doa yang baik-baik. Namun namanya manusia, akan rasa bosan dan mula mengalah.

Cara saya ingat kan diri, sentiasa ingat mati. Selagi hidup, hadaplah masalah itu, bukan lari dari masalah.

Mengapa Allah uji saya dengan pasangan yang OCD. (Obsessive Compulsive Disorder)?

Selalu saya bertanya dan saya tahu jawapannya. Kerana saya layak diuji. Kerana saya mampu hadapinya. 

Pasti dan pasti suatu ketika akan ada hikmah. Ujian hidup kita hari ini adalah bekal untuk hari kemudian.

Bertabahlah dan bertaqwa. Dunia ini tidak akan lengkap tanpa masalah. Semuanya sementara sahaja percayalah. 

Akhirat itu yang kita kejar dan penentu kemenangan kita. Tiada lagi masalah, tiada lagi keluh kesah. 

Sunday 12 August 2018

Entri 34/44: .Edar Kad Bisnes Percuma Di Google

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar:  Koleksi Peribadi


Cuba taip nama bisnes kita? Ada ke muncul di carian Google? 

Ni, saya cuba taip ada muncul nama kelas cepat membaca TCS. Itulah kebaikannya blog. Ada hubungkaitnya dengan google.

Kebanyakkan orang akan cari apa-apa maklumat semuanya dihujung jari. Taip di google keluar semua. 

Jika kita tidak menulis dalam blog, bisnes dan perkhidmatan kita, ia suatu kerugian.

Modal sangat rendah. Tak perlu nak print kad bisnes semua. Yang penting konsisten update blog. 

Jangan biar blog kosong dan terbiar. Modal masa dan idea. 


Entri 32/44: Kelas Membaca Fonik Di Melaka.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Readnetwork.com

Di Melaka, ada 4 lisensi yang sah di bawah readwork yang buka kelas membaca.

Ibu ayah bolehlah hantar pada mana-mana lisensi sah ini. Moga dipermudah anak belajar membaca.

Saturday 11 August 2018

Entri 31/44: Anak - anak Yang Belajar Al Quran, Luarbiasa Pemikirannya

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi.


Pagi ini saya berjaga untuk tanda kertas kerja anak murid. Terlihat lukisan yang anak murid saya buat ini. Allah, luarbiasa sungguh imiginasi mereka. Mencuit hati dan kreatif. Belajar Al Quran sambil boleh lukis jalan cerita dakwah. Allahuakhbar!


Lukisan anak-anak ni, luarbiasa. Ada pesanan lagi, "adik-adik, jangan lupa mengaji ya".  

S๐Ÿ˜Šd

Entri 30/44: Anak Belum Kenal abc Pun Boleh Cepat Membaca


Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Ada ibu bertanya saya,
"Cikgu, anak saya tak kenal ei bi si (abc) lagi, boleh ke belajar membaca".

 "Owwwh, boleh sangat. Sebab kita ajar bunyi aa, ii, uu". Jawab saya.

Sepanjang pengalaman saya mengajar, anak yang hafal nama huruf agak ambil masa untuk mengingat bunyi huruf. Mereka lebih didedahkan dengan kaedah mengeja nama huruf.

Saya dulu pun rasanya masa belajar membaca guna nama huruf, tak ingat bila pandai membaca masa itu. :) hehe. Tahu-tahu dah lancar membaca. Tak kenal fonik pun masa itu.


Bila saya mula ajar anak murid membaca, saya tercari-cari kaedah yang mudah dan cepat untuk anak pandai membaca. Ya, saya kenal dengan fonik, bunyi dan gabung bunyi. Saya gunakan kaedah ini.

Alhamdulillah anak murid dapat terima dan cepat membaca. Tidak semestinya perlu kenal semua huruf baru boleh membaca. Nama huruf kia akan ajar juga bila anak sudah lancar membaca. Matlamat sama nak anak cepat membaca, kaedahnya sahaja berbeza. 

Entri 29/44: Indahnya Perasaan Seorang Ibu

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Semalam masak nasi lemak sambal ikan bilis dan bengkang roti kegemaran anak-anak. Terutama abang Mohamad. Sambil makan, dia kata "hmm, sedapnya". sambil geleng-geleng kepala menikmat makanan.

Seronok mama lihat. Sekali hadap je, habis makan masa sarapan. Kek roti mama panggil sebab abang Mohamad suka makan kek. Mama suka buat kek yang mudah. 

Senang je buatnya, gaul-gaul roti, santan dan gula sikit. Bubuh kismis jika suka. Mama buat tanpa kismis sebab abang suka yang kosong je.


Lepas sarapan, abang dan adek main dan ketiduran. Kenyang makan kek roti gamaknya. :) Mama pun ambil peluang makan nasi lemak berseorangan

Perasaan bahagia dapat makan nasi lemak sambal ikan bilis masa anak-anak tidur. Indah perasaan tu. Ibu-ibu fahamkan? hehe


Entri 28/44: Usah Biar Anak Rasa Mereka Tidak Disayangi.

 Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi



"Mama tak sayang abang. Mama bukan sayang abang pun".
Skrip Abang Mohamad yang buat mama sebak.

Mama marah abang dan pernah pukul abang, jujur. Mama marah terpukul juga. Tapi pukulan yang tidak mencederakan. Allah, mengigil kadang tahan diri. Mama minta maaf lepas tu, peluk cium abang.

Lepas marah, mama nangis, rasa bersalah rasa berdosa rasa teruknya aku sebagai mak. Anak aku baru nak belajar kenal banyak perkara. Aku yang kurang sabar dan kurang ilmu.

Ibu ayah pelindung dan tempat bergantung anak-anak. Usah biar anak rasa mereka tidak disayangi. Ya, Allah hantarkan anak untuk beri peringatan pada kita. Jadi hambanya yang lebih beriman dan bertaqwa. 

Rasa takut dan gerun untuk khianat dalam menjaga amanah anak yang diberikan. Allah beri anak jaga baik-baik. Bersyukur dengan kurniaan anak.

Lepas ini, mama kena lebih peluk, cium dan beri perhatian. Perkara yang kita kurang beri pada anak adalah layanan. Mama sama seperti ibu - ibu lain. Bekerja dan menjaga anak. Allah, masa itu sangat suntuk dan pendek rasa.

Kadang terfikir, dalam sehari anak lebih banyak main sendiri dan mama sibuk buat kerja. Allah, bersalahnya mama. Ya, mama kena buktikan mama sayang abang. Mama tahu abang sedang bina keyakinan diri, jadi abang dan pemimpin pada adik-adik nanti. Insyaallah.


Thursday 9 August 2018

Entri 27/44: Kekosongan Kelas Mengaji Alor Gajah Melaka

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Atas permintaan, Kelas Mengaji Iqra dibuka untuk 3 pelajar lagi.

Insyaallah, kita guna kaedah Al Matien. Anak-anak yang sudah lancar kita teruskan bacaan iqra disamping perkenalkan tanda bacaan dam cara bacaan.

Anak-anak yang sudah naik Al Quran kita fokus mantapkan tajwid. Perbetulkan bacaan panjang pendek.

Kelas dibuka untuk 3 pelajar lagi. Anak 5-7 tahun. Tempat terhad.๐Ÿ‘Œ

#kelasmengajialorgajah

Entri 26/44: Redha Ibu Bapa dan Redha Guru Dalam Menuntut Ilmu.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Mak ayah perlu redha dengan guru yang mengajar anak. Insyaallah mudah anak dapat belajar.

Adakala, mak ayah sangat menitik beratkan kehendak kita sebagai mak ayah dan kadangkala membelakangkan guru.


Membelakangkan guru yang mengajar anak kita seolah-olah tidak yakin dan rasa ragu dengan guru itu.

Malah, memburukkan guru di belakang, tak tahu mengajar, mengajar letak yuran nak duit semata.

Saya pernah dibawangkan, jika istilah yang viral sekarang "mak cik bawang"oleh ibu pelajar sendiri.

Tak tahu nak kata apa, diam dan buat seperti biasa walaupun hati berkecamuk.

Anak murid pun seolah-oleh tak kenal guru, walhal dah belajar hampir setengah tahun.

Anak tidak tahu menghormati guru, punca daripada mak ayah yang tidak menghormati guru.

Redhalah dengan guru yang mengajar kerana ilmu itu cahaya, sukar nak masuk jika ada hijab penghalang.

Ilmu akan digunakan anak untuk jangka masa panjang akan datang. Sentiasalah hargai guru yang mendidik kita dan anak-anak kita.

Guru redha, ilmu mudah sampai pada anak - anak. Guru pun manusia, jika kurang salah tegur cara elok. Bukan dibawangkan.




Entri 25/44: Menulis Itu Terapi Jiwa

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Google

Menulis itu terapi buat jiwa. Menulis meluahkan apa di dalam jiwa. Menulis di sisi positif untuk perkara negatif yang terjadi pada kita.

Menulis cara mengurangkan tekanan. Melegakan perasaan. Ya, lega perasaan bila terluah walaupun melalui tulisan.

Nak tulis panjang-panjang dalam Facebook orang tak suka baca kadang tak nampak "posting" kita tu.

Kita tulis dalam blog. Macam diari. Tapi tidaklah semua perkara nak ditulis.

Tulis untuk memberi semangat pada diri, memberi inspirasi untuk orang lain.


Saya selalu ingatkan diri sendiri, menulis ini untuk Allah sayang, untuk Allah redha. Jadi amal jariah. Bukan untuk terkenal, bukan untuk publisiti semata-mata.

Menulis ada pasang surut, dah datang semangat, 10 entri 1 hari pun boleh. Tapi, bukan semangat je perlu, konsisten itu lebih penting.๐Ÿ‘Œ

Insyaallah, moga terus bersemangat menulis. Salam jumaat yang diberkati. ๐Ÿ’ช

#kelasonlineblog

Wednesday 8 August 2018

Entri 24/44: Pemikiran Kita Mencorakkan Kehidupan Kita

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Apa yang kita fikirkan, itulah yang akan mencorakkan bagaimana kehidupan kita. Fikir baik mencorakkan kehidupan yang baik.

Kita boleh kawal dan tapis apa yang kita fikirkan. Teringat saya, itulah pesan Dr Azizan Othman sewaktu saya hadir ke  seminar beliau di Melaka pada awal tahun 2016.


Terkesan dengan peristiwa yang berlaku tempoh hari, di mana ada ibubapa yang berhentikan anak-anaknya belajar dengan saya kerana risau keselamatan anak-anak.

Kerisauan yang melampau, fikir perkara yang bukan-bukan terjadi jika guru tak pantau anak - anak masa balik. Nak pantau sampai naik kenderaan.

Saya berterus terang, saya dan guru yang mengajar hanya dapat pantau di dalam pagar. Anak-anak di dalam pagar jika ibuayah belum sampai.

Dan semestinya ibuayah mesti ambil awal. Kami guru-guru ada tugas lain selepas kelas, tidak dapat nak iring anak -anak sampai ke kenderaan.

Kita tawakkal bila hantar anak belajar. Ke sekolah ke, tuisyen ke, rasanya guru nak kawal anak murid di luar pagar sekolah adalah diluar bidang kuasa cikgu.

Di sekolah lagilah ramai pelajar. Lagi terdedah dengan pelbagai perkara. Semua diluar pemikiran kita.

Kita fikir baik, insyaallah datangnya baik. Apa kita fikir akan jadi doa. Doa yang baik-baik.

Entri 23/44: Bacalah Anakku Buku 8

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Anak-anak dah masuk modul buku 8, bunyi diftong. Kita main pilih kad sambil baca gabungan bunyi.



kh..u...= khu

Masuk bunyi diftong,m encabar buku 8 ni.
Nak ingat bunyi dalam dua simbol.

#kelasmembacafonik
#kelascepatmembacaalorgajah
#cikgusitiphonicsmart

Entri 22/44: Jaga Pemakanan Anak Untuk Kederdasan Otak.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Hari ini, buat cekodok pisang bebas gluten. Mohamad suka cekodok, mama buat ni. Makan ya sayang.

Mama guna tepung beras, ubi dan jagung. Bagi "organic raw cane sugar" dan garam "pink" sikit.

Mohamad kata, sedapnya. Hmm sedapnya mama masak. Bangga mama abang puji. Hehehe.

Seronokkan hati ibu mana yang tak bahagia bila anak puji masakan kita.

Mama sedaya upaya sediakan makanan yang sihat untuk anak-anak mama, supaya dapat menjaga kecerdasan otak.

Jaga juga usus dan penghadaman. Nanti mama buat lagi cekodok ya abang. Adek pun suka makan sama. ๐Ÿ˜Š

Tuesday 7 August 2018

Entri 21/44: Bagi Anak Puas Bermain Baru Belajar Membaca

Teks: Siti Naimah NormanGambar: Koleksi Peribadi


Semalam baru lepas semak Abang Mohamad buku 1 Bacalah Anakku. Banyak main-main je. 
Mama jarang ajar abang. ๐Ÿ˜š Biar abang belajar sendiri. Huhu apalah mama ni.

Biarlah dia puas bermain dulu, anak lelaki kesediaan belajar biasanya 6 tahun. 

APA yang mengembirakan mamaa, abang sudah boleh gabung na/ni/nu.. ba/ bi/ bu. boleh baca a..bu. a..na. 

Rasa seronok sangat mama bila anak boleh baca walaupun sikit. ๐Ÿ˜ Mohamad 4 tahun 3 bulan.

Mama pun tak serius sangat nak paksa abang pandai membaca cepat. Tadi semak pun 3 minit je. Hehehe. 

#mohamadshomeschooling.

Monday 6 August 2018

Entri 20/44: Main Tembak Kad Sambil Baca Diftong

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi



Ha, tembak bagi kena kad. Teruja sungguh anak-anak ini. Modul dan masuk bahagian Diftong bunyi ng, gh, kh, sy, ny. Mencabar bunyi - bunyi ini.


 Diftong ini dalam buku 8 Bacalah Anakku. Buku terakhir untuk kelas membaca. ada anak-anak mudah ingat, ada yang ambil masa. Yang penting ulang-ulang dan ulang.

Entri 19/44 Banyak Perubahan Anak Lepas Masuk Kelas Membaca Fonik

Teks: Siti Normah Norman
Gambar: Ihsan Ibu Zaquan


Zaquan anak murid kelas membaca. Dia masuk kelas personal. Hari lahirnya sama dengan saya. Macam berjodoh pula kita. :) Baru-baru ini, saya hadiahkan dia bantal kuning itu.

Ibunya kata, hari - hari bawa bantal itu. Terharu cikgu dengar. Moga hari-hari Zaquan lebih ceria dan bersemangat.

 Saya kerap tanya perkembangan Zaquan pada ibunya. Kata ibunya, banyak perubahan. Zaquan yang dulu kurang bercakap jadi lebih petah. Banyak perkataan dia boleh cakap.

Allah. Alhamdulillah, tiada apa yang cikgu dapat ungkapkan selain bersyukur. Cikgu sendiri tawakkal mengajar anak-anak ini. Kita buat yang terbaik. Hasilnya serah pada Tuhan.

Cikgu doakan Zaquan maju jaya di masa akan datang. Doakan cikgu kuat dan sihat untuk teruskan perjuangan ilmu. Insyaallah.

Entri 18/44 Pengalaman Ke Legoland Malaysia Resort

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Hari sabtu lepas, saya ke Legoland Malaysia Resort. Ikut "Family Day" tempat kerja suami. Selama ini dengar je mengenai Legoland, sekarang jejak kaki sendiri ke situ.

Bolehlah, banyak aktiviti yang pastinya kami tak ke kawasan taman tema air. Pergi tempat-tempat yang sesuai untuk anak-anak kecil. Dapatlah abang Mohamad main dan berseronok. 



Main jangan tak main abang. Nanti mintak lego besar ya dengan ayah. Adek main jalan jalan di gunung ganang la kononnya. Jatuh juga beberapa kali, bangun sendiri. Adek pun hairan lihat ramai sangat lautan manusia



Mama biarkan saja adek berjalan, sambil jaga kakak Zulaikha yang tidur. Panas masa ini, sebab kami masuk sini pun sudah jam 11 lebih. Petang, jam 3 lebih kami dah keluar. Bawa anak kecil, bukan boleh lama-lama. Alhamdulillah, terapi jiwa juga bila berjalan-jalan ni.


Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...