Tuesday 31 July 2018

Anak 7 Tahun, Masih Beum Lancar Membaca

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Ramai sebenarnya anak dah tujuh tahun, nak dekat akhir tahun belum lancar membaca.

Ada seorang ibu yang anaknya bakal masuk kelas membaca bulan ogos ini, umur sudah 7 tahun. Keputusan peperiksaan banyak kosong. 

Ya, memang kosong kerana tak boleh membaca lagi. Tak faham soalan bagaimana mahu selesaikan soalan itu.

Sedih saya bila ibu ini meluahkan perasaannya. Siapa nak anak tidak boleh jawab soalan peperiksaan. Semua kalau boleh nak skor.

Soalan makin mencabar. Tapi anak tak boleh membaca lancar lagi. Kesian anak, tak mampu nak faham soalan.

 Jomlah Cikgu bantu. Kelas Ogos ini tinggal 1 tempat lagi.

Monday 30 July 2018

Anak Tetap Keutamaan Walaupun Bekerja Di Rumah

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Hari ini, selesai makan dengan anak-anak lauk ikan goreng, telur dadar dan sawi bening.

Kakak zulaikha tidur tak lena, mama masak secepat yang boleh. Janji masak. Hehe

Kakak sudah 3 bulan. Latihan kuatkan bahu dan tengkuk. 😊


Saya seorang yang "simple". Makan tak cerewet. Janji terisi perut mama dan anak-anak.

Masa sangat terhad. Kerja banyak nak diselesaikan. Masak untuk anak-anak tetap menjadi keutamaan.

Ya, kerja juga penting. Pagi hingga petang bersama anak. Bekerja bersama tentera kecil. Menguji sangat!

Sabarlah. Masa kecil mereka seketika. Menjerit, menangis, mengamuk tak tahu punca. Mama kadang pening. Haha

Sabar dan kuatkan hati. Walau apa cabaran, anak itu amanah. Jaga sebaiknya.

Jaga emosi, kesihatan diri kerana anak-anak perlukan kita.

#wahm #catatanharian

Kelas Mengaji Ada Tiga Kekosongan Lagi

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Kelas Mengaji AlQuran Alor Gajah.  Bulan lapan ni ada sorang pelajar baru akan daftar. Ada tiga kosong sahaja lagi. Tempat terhad.


Cukup koata pelajar kita tutup sementara pendaftaran. πŸ’ͺ Fokus pelajar sedia ada dahulu.

Friday 27 July 2018

Perbaiki Hidup Dengan Perbaiki Pemakanan

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Seminggu juga saya tak menulis. Kesihatan tak mengizinkan.

Kesihatan jiwa, kesihatan mental, banyak yang mempengaruhi produktiviti hidup ini.

Hari ni, siap mandikan anak-anak. Sediakan sarapan. Layan anak makan. Lepas tu, kemas dapur.

Masak tengahari pula. Aaiiih...Banyak pula nak senaraikan tugas pagi ni.

Ni nak buat air coklat schocolab & organic raw cane sugar. Perlahan- lahan kita perbaiki pemakanan.


Oklah. Salam jumaat semua.

Friday 20 July 2018

Belajar Menulis Blog Secara Konsisten

Teks: Siti Naimah Norman.
Gambar: Koleksi Peribadi



Menulis perlukan skema, perlukan panduan yang betul. Kopi secawan juga  jangan lupa ok.😁

Lama dah saya menulis, cuma kadang tenggelam, kadang timbul. Tidak konsisten.

Sukar dan mencabar sebenarnya menulis ini. Nampak mudah. Tapi tidak.

Saya mula menulis semasa belajar di universiti. Masa itu nama blog imanmujahidah.blogspot.com.

Nama blog pertama saya itu berkaitan dengan penghijrahan saya. Saya nak tulis sebagai dakwah.

Ya memang menulis, tapi ikut suka. Banyak singkatan perkataan. Tidak konsisten.

Akhirnya blog terbiar dan bersawang. Kemudian, blog kedua saya bina lepas saya berkahwin.

Blog untuk bisnes online saya. Itu pun separuh jalan. Nampakkan bukan mudah bila buat sesuatu sendirian.

Blog ke tiga dan kini masih terus menulis adalah blog ini. Ini selepas saya masuk kelas blog.

Belajar menulis secara konsisten. Tulis guna format yang betul.

Ya, Alhamdulillah. Moga saya terus istiqamah untuk berkongsi dan memberi manfaat.


Kekosongan Empat Tempat Untuk Kelas Al Quran

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah. Untuk kelas Al Quran, empat tempat lagi dibuka.


Anak-anak yang berumur 7 hingga 13 tahun kita terima.

Kebiasaan, anak dah masuk sekolah rendah, dah boleh baca ayat pendek-pendek.

Itu jika pernah mengaji. Kalau tak kenal huruf langsung kita masukkan kelas iqra. Belajar dari asas dahulu.


Jika anak dah naik Al Quran, tapi malas baca Al Quran di rumah. Masuklah kelas mengaji, ada juga masa nak ulang baca dan belajar tajwid sekali.

Belajar Al Quran ini perlu berterusan. Kalau tidak, akan lupa nanti.

Anak Oh, Anak

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Malam sebelum tidur, saya pesan pada Mohamad, abang, nanti gosok gigi ya, nampak ada hitam-hitam pada gigi abang tu.

Mohamad. Pegang kepala dan ditolak ke atas. Isssh, tak bolehlah.

Apa yang tak boleh abang. Tanya mama hairan.

Tak boleh cabut kepala ni, nak tengok gigi abang.

Hahahahaha πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†ketawa mama nak.

Ini kelakar, abang oh abang mohamad. Mana boleh cabut kepala tu. Kena tengok guna cerminlah abang.

Pengaruh tengok cerita robot kot ni. Main cabut kepala bagai.πŸ˜…

Anak oh anak. Kadang kelakuannya menyesakkan jiwa, kadang menggelikan jiwa juga.


Thursday 19 July 2018

Kelas Cepat Membaca Personal

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Zaquan masuk kelas membaca personal.
Dia sedang lancarkan buku 7. 




Wednesday 18 July 2018

Anak Aset Pelaburan Yang Tidak Pernah Rugi

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Buat latihan sambungkan nombor ni ahad lepas. Tergerak nak belikan abang Mohamad buku.

Kadang, terselit rasa bersalah pada anak sendiri. Nak mendidik anak orang lain ada masa, anak sendiri terabai pula.

Lama juga 30 minit dapat luangkan masa dengan abang. Belajar tulis nombor, kira dan sambung nombor.

Anak sangat perlukan perhatian kita. Kita je selalu kurang beri perhatian. Sibuk hal lain.

Peluklah anak, cium anak, bergurau manja, geletek, cakap sayang selalu pada anak.

Selagi mereka masih mahu bermanja menyendeng pada kita. Bila sudah besar, mereka dah terbisa sayang peluk cium. Taklah rasa segan dan kekok.

Ya, banyak kerja banyak urusan. Tapi percayalah asbab anak itulah banyak urusan hidup kita dipermudah.

Anak bawa rezeki, bawa bahagia. Layan anak sebagaimana kita ingin dilayan.

Saya pun masih belajar dan perbaiki cara mendidik anak. Anak aset pelaburan yang tidak pernah rugi.

Pemantapan Tajwid

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Alhamdulillah, malam tadi buat latihan Tajwid. Sebutan tebal atau nipis untuk perkataan Allah.


Untuk kelas iqra, aktiviti mewarnakan perkataan. Sambil cikgu berkongsi kisah Rasulullah.


Buat latihan, menulis, melukis paling seronok anak-anak ni. Kreatif.

Lepas tulis nota mesti tanya, boleh lukis cikgu. Boleh. Lukislah jawab saya.

Mereka lukis siap warnakan. Saya suka mereka menulis nota. Dapat latih tulis jawi sambil mengingat apa yang ditulis itu.

Monday 16 July 2018

Perjuangan Ilmu Perlukan Pengorbanan

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Masa balik kampung raya tadi, saya duduk bersila di dapur. Abah duduk di kerusi makan.

Abah pandang saya, dia kata, "macam manalah ko nak kelas, anak kecil lagi ni".

"Hmm, boleh. Insyaallah". Jawab saya menyakinkan abah sedangkan saya pun resah fikir mana nak kelas, mana nak anak.


Alhamdulillah, dipermudah. Dapat pembantu juga untuk jaga anak.

Kelas sudah bermula 4 julai tadi. Insyaallah. Perjuangan ilmu, saya belajar tawakkal.

#cikgusiti #kelasmengajialquranalorgajah

Kelas Tuisyen Tahun 1, 2 dan 3.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Kelas matematik 2 minggu lepas, kami belajar topik wang. Saya bagi contoh wang.

"Cikgu tu duit raya ke"? Kata saif

"Cikgu tak bagi duit raya pun kat kami". Sambungnya lagi.

"Laaa. Kamu tak datang rumah cikgu pun beraya, mana nak dapat duit raya". Kata saya sambil ketawa.

"Yela, yela besok malam kami datang".

"Yelah tu. Hmm". Kata saya lagi.

Mereka ni berlima je yang datang beraya minggu lepas. Dapatlah mereka duit raya tu. ☺


Saya tunggu juga anak-anak didik saya datang hari raya tadi. Tapi tiada.

Yang ada bekas anak murid yang tudung biru mudah dalam gambar di atas tu. Bekas anak murid mengaji dan tuisyen tahun 1.

Tuisyen tahap 1 sekolah rendah, saya buat untuk subjek matematik, sains, bahasa melayu dan bahasa Inggeris.

Saya masukkan juga modul readeasy. Saya perhatikan, anak tahun 2 belum boleh lagi boleh membaca bahasa Inggeris dengan baik.



Sampai pejam-pejam mata nak pilih kad. Hehehe. Readeasy class. 7-9 years old students.

Kelas Mengaji Iqra dan Al Quran

Teks: Siti Naimah Norman

Alhamdulillah, sudah minggu ke 3 kelas Mengaji berlangsung. Kembali ke kelas setelah bercuti ramadhan dan syawal.

Sesi ke dua tahun ini, ada 5 pelajar baru. 4 baca iqra dan seorang baca Al Quran.

Kita sudah buka 2 kelas julai ini. Syukur, ada tutor yang mengajar. Kelas Iqra dan Al Quran diasingkan


Semalam, saya baru update senarai nama pelajar terkini. Ada 20 pelajar semuanya.

Semoga kelas berjalan lancar dan terus membantu anak-anak seronok belajar Al Quran.

Sunday 15 July 2018

Pengalaman Pekerjaan Saya


Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Sejurus tamat belajar, saya telah diterima mengajar di Sekolah Rendah Islam Al Farabi, Meru Klang. Sekarang sudah bertukar nama Sekolah Rendah Islam Ar Razi.

Saya mula mengajar pada Januari 2012. Itulah pekerjaan pertama saya. Mengajar dajah 2, 3 dan 5. 

Selama 3 bulan saya mengajar, pada penghujung bulan mac 2012, saya nekad untuk berhenti kerja kerana ingin menyambung pengajian peringkat sarjana. 

Namun hasrat saya terpaksa lupakan kerana ada banyak halangan. Saya cari kerja. 

Saya dapat berkerja sebagai pembantu sambilan harian di Kementerian Pengajian Tinggi kontrak selama 3 bulan. 

Dengan gaji bulanan yang tidak menentu dan kos sara hidup yang tinggi di Putrajaya, akhirnya saya membuat keputusan tidak menyambung kontrak kerja dan pulang ke kampung.

Kebetulan ketika itu bulan ogos bulan ramadhan, ummi kebiasaanya mengambil tempahan biskut raya. 

Saya mengambil keputusan pulang ke kampung untuk membantu ummi menyiapkan tempahan biskut raya. 

Saya masih ada menyewa rumah di shah alam ketika itu. Hasrat saya ingin berkerja di Shah Alam kerana saya sukakan bandar itu.

Tenang dan penuh majlis ilmu. Mungkin juga saya sudah terbiasa hidup di bandar Shah Alam. 

Alhamdulillah, pada Januari 2013 saya diterima bekerja mengajar tuisyen bahasa arab di 'Arabic Learning Centre' di Seksyen 4, Shah Alam. 

Dalam masa yang sama saya dapat tawaran mengajar dia Sekolah Sri Pintar Al Amin, Subang. 

Saya pun berpindah ke Bandar Sunway di Subang dan tinggal di rumah yang disediakan sekolah.

Setiap malam isnin - jumaat saya akan mengajar tuisyen di Shah Alam. Siangnya saya mengajar di sekolah. 

Sehinggalah pada 24 Mei 2013 saya telah melangsungkan pernikahan. Alhamdulillah, rezeki kahwin saya dapat mengajar di Tadika IPD Alor Gajah.


Bermula 2015 sehingga kini, saya mengajar tuisyen. Kelas cepat membaca dan kelas mengaji.


Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...