Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Tuesday, 18 April 2023

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi



Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si abang merasmikan baju baru. Alhamdulillah dia ok ok je pakai baju lama walau sesi persekolahan baru.
Pakai baju lama, kasut lama, cuma beg je ayah nya ada beli beg galas. Tapi, minggu ni mama dah suruh dia pakai beg lama yang tarik tu, sebab dah mula bawa buku berat nak pikul. Tarik je mudah.
Baju baru ni siap basuh semua ayahnya siapkan. Tinggal mama gosok je. Oklah. Mudah kerja mama. Jimat masa. Ajar anak pakai apa ada, yang ada manfaatkan dulu, semua nak baru, yang lama elok lagi. Guna je. Melainkan dah rosak baru ganti.
Begitulah hidup ini. Jaga apa yang ada. Jaga tak semestinya kedekut. Jaga supaya takde nak bebankan diri semua nak tukar baru dan bandingkan dengan orang. Tak dapat apa pun. Syukur, senyum dan sabar.
Cikgu Siti | Guru Baca dan Ngaji


#cikgusiti

Monday, 17 April 2023

Nak Berkat Ilmu, Hormat Guru.


Wah, bestnya jadi bossiti. Haah, ye lah seronok, best, bahagia. Alhamdulillah. Jadi leader ni kena faham. Ia amanah. Ada yang suka, ada yang tak suka kau. Hari hari belajar mengurus manusia yang nak dibimbing. Yang tak nak dibimbing, tak dapat buat apa. Terima kasih selamat jalan.
Dulu sedih, orang pergi dari kita, sekarang releks, setelah bertahun belajar memahami manusia, lebih kenal diri, lebih kenal karekter manusia, kenal ikhtiar dan takdir. Sehabis baik untuk bentuk diri ini dan beri yang terbaik. Bukan bermakna diri ini yang sempurna tiada kekurangan. Hanya berjalan ikut polisi dan tatacara yang dibina. Demi matlamat dan manfaat bersama.
Kesinambungan sesebuah organisasi bila mana ada kesatuan dibina dan sudah semestinya nak bina bukan mudah, bila tenaga yang ada tak jelas visi dan misi organisasi. Ditegur salah, kata cari salah, tak tegur kata diabaikan. Bukan tegur depan orang, tu dah tentu salah. Ada yang kurang, kita bimbing. Kurang pandai boleh diajar, cuma jangan kurang ajar. Tu tak dapat diajar.
Nak stuck bab tenaga manusia ni sampai bila, manusia datang dan pergi. haaa, githeww. Syarikat besar pun pekerja keluar masuk, Biasa. Namun, takkan misi kita terhenti begitu sahaja. Kita yang sedang nak membesar ni, nak stuck bab ni, releks. Kita ada jalan. Suka boleh stay, tak suka pun boleh stay. Nak ikut boleh, tak nak ikut boleh swipe. Mudah.
Tugas leader bimbing sehabis baik. Janji jaga adab dan bahasa. Tu je. Pandai dan sopan pakaian tak cukup kalau bahasa biadab dengan leader. Lainlah kalau leader tu abaikan tanggungjawab. Leader bimbing tu guru. Nak berkat ilmu, hormat guru.
Nak kenal manusia ni bukan depan kau. Kena tengok bila mereka di belakang kau. Lain depan, Lain belakang. Fikir sendiri. Suatu ketika kecewa sangat bila dikhianati kepercayaan. Tapi syukur, apa jadi Allah nak beri lebih baik. Pernah jadi leader yang santai - santai. Akhirnya kau digulai - gulai. Masak. Ok. Jalan terus, perjuangan masih panjang.

Cikgu Siti | Guru Baca dan Ngaji
Garang mengajar bila kau kurang ajar.

Sunday, 16 April 2023

Medan Menuntut Ilmu Itu Jihad.

Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi


Baca buku. Stay up, tertidur kat meja, bangun sakit belakang, belikat. Beginilah tiap kali final. Kerja dan belajar. Struggle tapi seronok. Serius! Bila kita banyak perkara nak selesaikan, kita tiada masa nak leka leka.

Kita catatkan perjalanan ini. Medan menuntut ilmu itu jihad. Kejap je masa berlalu, makin belajar makin jatuh hati bidang ni. Kita simpan semua memori. Supaya terus rasa semangat. Perjuangan masih panjang.














Sunday, 26 September 2021

Bagaimana Saya Bermula?

 

Assalamualaikum semua. Saya Cikgu Siti daripada Sitikids Reading Centre. Pemegang Lisensi Phonicsmart Malaysia. PS0402.

Bagaimana saya bermula, saya bermula dari rumah. Saya bekas seorang guru yang mengambil keputusan tidak meneruskan karier sebagai guru di tadika mahu pun sekolah. Saya waktu itu baru lepas berpantang anak pertama. Saya terus duduk rumah dan cuba cari jalan untuk bekerja dari rumah.
Saya fokus mengajar membaca dan mengaji, bermula di rumah. Saya bermula penghujung tahun november 2015, saya tiada modal atau simpanan yang mencukupi.
Waktu itu saya tiada persiapan rapi, berbekalkan apa yang saya ada, semangat dan keinginan yang kuat, saya teruskan mengajar. Hanya saya seorang mengajar, tiada pembantu.
Waktu itu sudah ada modul bacalah anakku dan ReadEasy, saya tidak menggunakan sepenuhnya modul itu. Yang saya tahu mengajar membaca mengeja. Gunalah apa sahaja buku pun, saya dulu pun waktu kecil belajar membaca mengeja.
Hari demi hari, saya punya keinginan untuk maju ke depan semakin membara, saya tekad untuk ambil lesen phonicsmart. Saya pinjam duit suami tau masa itu, saya hanya ada sedikit simpanan tabung haji saya keluarkan.
Saya bermula dengan niat ingin membantu anak murid tadika saya yang ingin belajar membaca, dan saya cuba bantu anak kecil berhampiran rumah saya. Setiap tahun saya akan buat pembaharuan demi pembaharuan, sehingga lahirnya nama Sitikids Reading House.
Perjalanan membina Sitikids ReadingCentre panjang. Kami beroperasi di Taman Samarinda Alor Gajah dan bakal membuka cawangan seterusnya untuk bantu lebih ramai anak kecil mahir membaca dan mengaji. Ayuh! Kita tulis je impian kita, moga menjadi doa dan kenyataan. Amiin.
Yang Menulis Dari Hati.
~Cikgu Siti~
🌹Cikgu Baca & Ngaji🌹

Saturday, 18 September 2021

Hijrah Tidak Mudah

 

Kenapa aku pakai purdah, sebab aku nak berubah. Hidup ini tak semuanya indah, hanya kembali pada Dia sahaja semua terasa indah.

Walau ianya tidak mudah, namun, aku percaya, semua atas aturan Allah. Bulan depan genap setahun aku berpurdah. Bulan pertama aku tak konsisten lagi, masuk je bulan kedua, aku tekad. Gerak hati dan jalan terus. Aku nak jadi lebih baik, aku pendosa yang mahu ke syurga.

Bagi aku, hijrah itu merangkumi semua, hijrah hati, hijrah fikiran dan hijrah fizikal. Setiap saat harus berusaha untuk hijrah. Aku tetap manusia, bukan malaikat. Ada amarah, ada kekhilafan. Namun aku belajar untuk ada pendirian yang tetap atas jalan yang aku pilih.

Pilihlah jalan yang membawa pada Dia, biar pun sukar dan penuh liku. Sungguh Syurga itu mahal.


Moga Allah redha dengan kita.

Cikgu Siti | Penulis | Cikgu Baca dan Ngaji

May be an image of one or more people, people standing, headscarf and body of water

Friday, 20 August 2021

Tangungjawab Besar Mendidik

 

Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi



Anak - anakku ramai. Tanggungjawab dan amanahku besar. Semakin hari semakin ramai anak - anak sitikids yang nak mahirkan membaca dan mengaji. Alhamdulillah. Moga Allah mudahkan mereka faham dan lancar belajar.

Jalan juang ini bukan mudah, namun saya pasti Allah tidak akan membiarkan saya sendirian memperjuangkan ilmu dan agama untuk manfaat orang lain. Sebaik - baik manusia adalah yang manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Insyallah. Moga Allah pilih saya syahid di jalan kebaikan.


SITI NAIMAH NORMAN
Sitikids Reading House.

Sunday, 8 August 2021

Kasih Seorang Guru Ingat akan Anak Muridnya

Teks: Siti Naimah Norman

Video: Koleksi Kelas Cepat Membaca Sitikids


Minggu lepas, ada seorang budak datang bagi salam. saya intai di sebalik jendela, kelihatan seorang budak lelaki di luar pagar menunggu sambil membonceng basikal.

"Owh, nak ambil buku ya?", terus terlintas saya nak bertanya sebab saya sedang tunggu pelajar baru yang masuk sesi ogos nak ambil buku bacaan. Saya agak itu budaknya. "Haah ya, ambil buku adik". Dengar budak itu menjawab. Tanpa melengahkan masa saya keluar ambil buku yang dah siap saya sediakan.
Nak sampai ke tangan budak tu, saya terus teringat, aku kenal budak ni. "Awak thaqif ya?" soal saya. Ya, masih segar ingatan wajah budak nama thaqif tu. Budak tu senyum dan angguk perlahan sambil jawab, haah cikgu.
Dia pun sambut buku yang saya beri tu dan beralu pulang. Saya perhatikan dia membonceng basikal sehingga hilang daripada pandangan saya.
Bertahun dan hampir tiga tahun lepas rasanya Thaqif belajar membaca dengan saya. Allah, kecil dunia ini. Sungguh seorang guru pasti ingat anak murid walau sudah dewasa. Kuat ingatan ni.

Bawah ni gambar thaqif berbaju putih sedang putar dadu. Tahun 2018 saya mengajar beliau. Allah, sekejap sahaja masa.


Wednesday, 9 June 2021

Seronok Ke Bekerja Di Rumah?


Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi


Bekerja Di Rumah perlukan jiwa dan mental yang kuat. Ni tahun ke lapan aku BDR. Sejak aku kawin sampai sekarang. 


Setiap hari perlu ada perancangan dan jadual supaya tak ke laut dalam. Biasalah di rumah memang banyak godaannya. Kerja rumah, keluarga dan kerja bisnes. 


Masa tahun ke lima BDR tu, memang aku doa minta pada Allah. Ya Allah aku nak keluar kerja. Aku nak keluar. Masa tu memang dah tepu.


Aku rasa dunia aku gelap, otak aku jem dan jiwa aku semakin hilang kekuatan. Serius, tepu sangat. Aku kuatkan keyakinan memandu kereta dan belajar memandu jauh. Bertahun lesen aku ada tapi kereta tak jalan. Kereta pun pinjam je suami punya. 


Aku nekad juga tahun tu daftar belajar dengan doc Azizan Osman. Tak kiralah orang nak kutuk dia ke, orang nak halang aku belajar ke, aku redah.


Masa tu, otak aku macam tak boleh terima banyak benda, tapi aku paksa. Tinggal anak tinggal suami, tinggal keluarga. Tinggal untuk belajar dan berjuang. Allah bantu aku walau susah. 


Mudah je aku punya pegangan untuk orang yang tak sokong aku, kau takde bersama masa aku susah, kau takkan ada dengan aku masa aku senang nanti. Aku janji aku akan buat sampai jadi.


Catatan Pengalaman Cikgu Siti

Tuesday, 8 December 2020

Masa Bersama Anak Itu Sangat Mahal

 


Makan makan dengan anak anak ni hari ni sambil cari barang kelas. Dalam kepala otak ni dah berputar - putar angan - angan nak hias kelas. Nak bagi mood mengajar dan buat kerja kelas tu sentiasa membuak-buak.

Dah dibulan terakhir untuk tahun 2020, jadi memang perlu menghitung hari untuk ke tahun 2021. Tahun depan harapnya rezeki makin bertambah dan lebih baik kehidupan. 

Tahun 2020 yang penuh kenangan dan nostalgia yang memberi pengajaran yang baik mahupun sebaliknya yang penting, kita buat lebih baik. Insyaalllah. 



Sunday, 16 August 2020

Besar Manfaat Berinteraksi Dengan Alam Yang Sentiasa Berzikir Pada Allah.

Cikti ni pengeli tau sebenarnya nak pegang tanah, entahlah. Bila pegang tanah tu tetiba rasa ada energi tau.

Rasa tenang juga bila kita tanam pokok yang berzikir pada Allah setiap masa.


Bila nampak pokok disemai ni mula subur, semangat nak tanam lagi banyak. Cuma bunga je tak keluar lagi. Nanti letak baja lepas ni.


Dah siap sikit pindah pasu pokok kunyit dan bunga pukul sepuloh ni. Tak tau, entah apa ya nama saintifiknya. Hehehe Last tu tak cukup tanah kita cucuk je. Hehe. Moga suburlah.

Saturday, 25 April 2020

Jaga Makan Jaga Iman, Insyaalllah Aman.


Tahun 2020, permulaan anak sulung Cikti ke sekolah tadika. Ya! seronok dan bercampur baur perasaan tu bila anak dah sekolah.

Alhamdulillah Mohamad boleh berdikari malah seronok ke sekolah. Cumanya mama risau dari segi penjagaan makan. Mujur tadika sediakan makanan. Mohamad suka makan jika pedas je dia tak habis makan.

Ok, makanan berat mama tak risau sangat. Yang merisaukan jika makan 'jajan'. Gula - gula manis dan keropok yang kadang ada je dibawa balik dalam beg.

Mana dapat tu abang? Mama tanya. Kawan bagi. Jawabnya. Kadang cikgu bagi.

Ok. Mama senyap je dulu. Lepas tu mama cakap, gula - gula manis tak elok makan tau abang. Lepas ni simpan ya kalau dapat.

Hmm. Ok mama. Itu je jawapan dia. Tapi dia makan juga. Kadang mama sorokkan. Hehe. Takdelah mama nak rampas ke apa. Cuma bab makan ni kena ajar dan fahamkan dia memang ambil masa. 😄

Budak memang suka gula - gula. Kita yang kena pantau selalu lagilah di sekolah ada kawan makan, dia pun nak juga.

Sebab makanan ni jadi darah daging dan mempengaruhi kelakuan anak. Kalau terlebih anak akan jadi "hiperactive" dan kuat meragam. Kita pula yang stress. Huhu


Bab makan kena selalu jaga, ia pun akan pengaruhi tahap kesihatan anak. Terlebih akan cepat batuk, selsema dan lemah antibodi. Anak demam kita yang risau nanti.

Banyak lagi Cikti nak kongsi sebenarnya.
Nanti kita kongsi lagi cerita ya. Panjang Cikti nak cerita, lama tak menuliskan. Oklah. Jaga makan, jaga iman. Insyaalllah aman.







Saturday, 4 January 2020

Kembali Menulis

Teks: Siti Naimah Norman


Kembali menulis setelah diam buat seketika. Menulis perlukan jiwa, perlukan emosi yang tenang.

Insyaalllah, saya akan kembali menulis dengan konsisten. Kuatkan hati dan buat.

Menulis dan memberi manfaat. Moga dipermudah. Selamat berhujung minggu semua. Alhamdulillah dapat ziarah keluarg di kampung.

Ni gambar masa ke zoo melaka bulan Disember lepas. Umi datang melaka dan kami jalan cuci mata dan cuci hati. 😍




Friday, 4 October 2019

Cabaran 90 Hari Untuk Biasakan Habit Baik Dan Sihat


Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Usah bina pagar dalam diri sendiri yang sekat segala potensi. Ayuh! bangkit walau apa jua cabaran.

Hujung minggu ni bangkit seperti biasa juga. Kekalkan habit sihat. Bina energi positif.

Perlu dedahkan diri dengan sinaran matahari pagi, hirup udara pagi, mandi pagi, sarapan sihat dan membaca atau menulis. Semua ini untuk kekalkan emosi dan minda yang kuat!


Sarapan semalam. Sangat mencabar sebenarnya nak ubah habit kebiasaaan. Kena kental jiwa. Tegas dan n
Keraskan hati. Azam 2020 Kan jadi orang lebih berjaya. Amiin. 

#90dayschallanges
#roadtomillionnair
#cikgusitinaimah

Monday, 22 July 2019

Kisah Nasi Lemak Ekstra

Teks: Siti Naimah  Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


"Dik,  kak bagi lebih ya nasi ni". Kata Kak penjual  nasi lemak dan kuih muih.

"Oh! ok - ok terima kasih Kak".  Ucap saya

"Adik nak ke mana,  balik ke nak pergi kerja? Tanya dia pula.

"Saya nak balik rumah, saya hari ni masuk kerja petang Kak". Jawab saya.

"Kerja mana dik?" tanya dia lagi.

"Depan tu je Kak,  atas Kk mart". Saya tunjuk ke arah kelas baru Sitikids.

Saya tidur di kelas mengaji malam tadi, banyak kerja. Kelas dah jadi rumah ke dua saya. Pagi saya baliklah rumah.

Ini kisah beli nasi lemak minggu lepas,  saya kerap juga beli dengan akak ni. Beliau berniaga di tepi speedmart, Taman Samarinda ni.

Kuih muih pun saya beli,  semuanya sedap. Patutlah cepat habis.

Saya lihat ramai orang beli dengan dia. Dia pun tak lokek bersedekah.

Tengok nasi ni, menimbun dia bagi. Makan sampai tengahari saya dan anak-anak.

Alhamdulillah. Rezeki sentiasa ada untuk anak-anak kita tumpang rezeki mereka sahaja

~Cikgu Siti Bercerita~ Catatan Pengalaman~

Friday, 8 March 2019

Rawat Jiwa Yang Melayang

Assalamualaikum semua buat pembaca blog Cikgu Siti. Salam kasih sayang salam motivasi.

Insyaallah, saya nak kembali menulis di blog. Doakan saya istiqamah. 

Menulis sebagai terapi jiwa. Merawat jiwa dan minda. Jaga apa yang jiwa kita rasa, minda kita fikir kerana ia akan menentukan apa yang kita akan buat.

2019 azam untuk saya kuatkan jiwa kuatkan diri capai matlamat yang diimpikan. Ia bukan mudah berperang dengan kemelut jiwa sendiri. 

Bertahun menghadap pelbagai konflik diri dan sedikit merubah kekuatan jiwa dan pemikiran. Berperang dengan diri sendiri. 

Mencari kekuatan jiwa dan pemikiran. Insyaallah mac ini saya nekad kembali konsisiten menulis. Doakan. Bersama umi yang sentiasa menjadi pendorong dan menguatkan diri ini.
x

Saturday, 29 December 2018

Menjadi Yang Terbaik

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Orang berjaya dia Fokus, konsisten dan buat sampai jadi.

Berusaha menjadi yang terbaik walau kita bukan orang baik.

Saya jenis manusia yang sukakan kelainan. Sukakan perubahan.

Alang-alang hidup, biar hidup luar biasa bukan biasa-biasa.

Beri manfaat sebaiknya. Sentiasa cari ilmu, sentiasa buat perubahan lebih baik.



Alhamdulillah untuk nikmat ilmu dan pengalaman yang Allah beri. Moga esok lebih baik daripada semalam.

Thursday, 13 September 2018

Maafkan Orang Lain Kunci Ketenangan

Teks: Siti Naimah Norman

Sebelum tidur, maafkan orang lain.
Lepaskan. Lapangkan dada.
Fikir manfaat yang kita dapat buat pada hari esok.

Esok tak pasti. Tapi janji Allah pasti.
Jaga Allah, Allah akan jaga kita.

Biar orang tak hargai kita, layan kita buruk mana pun. Kita ingat tuhan. Tuhan tak pernah lupa kita

Pegang kata-kata puan Aminah Adnan ini.
Orang yang tak ingat tuhan, tak perlu kita halau. Sampai masa dia sendiri akan pergi. 😊

Kita hidup nakkan bahagia, nak berjaya.
Sungguh nak berjaya itu jalannya berliku.
💪Jalan terus!

Wednesday, 29 August 2018

Erti Pengorbanan Jiwa

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar:


Assalamualaikum. Selamat pagi. Sudah lama bercuti. Kembali menulis semula.

Balik kampung raya 5 hari. Memang telefon tak pegang. Internet pula sendu lembut gemalai. Alahai.😆

Balik rumah sendiri, cari kekuatan semula untuk menulis. Menulis perlukan pengorbanan.

Korbankan jiwa. Cari jiwa, cari perasaan. Cari pemikiran positif. Banyak sangat cas negatif akan bantutkan proses menulis.

Untuk menulis sepenuh jiwa, jiwa harus kuat dan bersih. Harus positif.

Erti pengorbanan, mahukan kebaikan itu menjadi amal jariah, harus konsisten menulis.

Cerita mengenai hari raya korban, saya pernah sekali je lihat lembu korban kena sembelih. Masa itu sekolah rendah tak ingat darjah berapa.

Lepas tu, terbayang - bayang. Sampai sekarang tak pernah lihat sembelihan lagi.

Kecil-kecil tak faham lagi. Rasa takut semua. Sekarang pun. Berdebar. Huhu. Kalian ada lihat sembelihan korban?

Kena kuatkan jiwa juga nak lihat sembelihan korban lepas ni. Insyaallah.


Saturday, 18 August 2018

Kawal Penggunaan Gadget Kepada Anak

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi



Gadget berlebihan? Kemungkinan anak akan hadapi masalah sensori. Gadget bawa kesan buruk pada perkembangan anak. Anak sukar fokus belajar dan ganggu perilaku anak.


Anak saya sudah 4 tahun, saya masih mengawal tonton televisyen dan lihat handphone. Televisyen pun dalam proses nak hapuskan. Kah, kah.
Pasal ayahnya nak tonton bola, bertahan dulu. Nanti dah pindah astro takde bolanya. Padan muka. Haha.

Kadang, pergi kedai makan ke, rumah orang ke, mohamad akan tumpang lihat gadget kawan. Hehehe. Kesian tengok, tapi untuk kebaikan.

Nak tengok youtube, video dalam handphone mama pun 10 minit paling lama. Itu pun sebulan sekali.

Bagilah sikit, nanti tak kenal langsung, kemaruk bila sekali hadap. Bila dah bagi, anak akan ketagih. Elok tak bagi langsung.
Cakap siap-siap. "Sekejap je ya. TV dah panas, tutup ya abang. Pukul 2 tutup TV ya".
Kawal, sederhana itu lebih baik.

Friday, 17 August 2018

Masak Secepat Yang Boleh.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Semalam masak ikan sambal 5 minit. Tumis sikit sambal, masukkan ikan goreng.

Sambal tu saya dah tumis siap-siap bawang. Masak tinggal tambah garam, gula dan ikan.

Mudah jika dah masak sambal siap-siap. Cepat nak masak apa-apa.

Kerja di rumah. Semuanya harus cepat 😉

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...