Showing posts with label Berkenalan Dengan Penulis. Show all posts
Showing posts with label Berkenalan Dengan Penulis. Show all posts

Tuesday, 14 August 2018

Entri 42/44: Aku Mahu Memberi Sesuatu Pada Orang Lain

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Saya minat mengajar, minat pada kanak-kanak. Minat itu datang masa di universiti. Bercita-cita mahu jadi pensyarah.

Suatu ketika, saya berfikir, apakah yang akan saya tinggalkan selepas saya tiada. Saya mahu memberi sesuatu.


Ya, ilmu yang saya sampaikan itulah jalan untuk memberi. Ilmu akan digunakan sepanjang hayat.

Sejak itu, saya mengimpikan untuk menjadi seorang pendidik. Hasrat saya sambung pelajaran ke peringkat sarjana saya terpaksa tangguhkan kerana beberapa kengkangan antaranya kewangan.

Dengan sarjana itu, harapannya saya boleh menjadi pensyarah. Namun bukan semudah itu. Tapi saya tak kecewa pun tak jadi pensyarah.

Alhamdulillah, hari ini saya memberi sesuatu juga pada orang lain. Beri ilmu pada anak-anak. Allah lorongkan jalan.

Moga ini jalan untuk saya perbaiki diri dan amal dan jalan untuk ke syurgaNya. Amiin

Monday, 6 August 2018

Entri17/44: Tuan Guru Mengaji Saya

Teks: Siti Namah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Ini bapak, tuan guru mengaji saya. Bapak cakap dengan umi "aku nak datang rumah ko, nak sarapan, lama tak jumpa ko". Bapak pun datang rumah umi makan roti canai ni ha.


Umi yang bagitahu saya, bapak nak datang rumah. Bapak dulu jiran sebelah rumah kami. Lepas itu, Bapak pindah rumah dan saya pun berhenti belajar dengan Bapak

Saya belajar mengaji dengan bapak masa sekolah rendah. Dalam darjah 4 atau 5 begitu. Bapak memang garang woo. Terangkat bila Bapak marah.

Tercampak songkok anak bapak bila marah. Alhamdulillah, belajar mengaji tak main-main. Bapak masih gagah boleh berjalan. Moga Bapak sihat selalu.

Sunday, 5 August 2018

Saya Guru Sepanjang Hayat.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi



Cikgu siti mengajar mana? Itulah soalan yang sering saya terima bila ada ibubapa nak masukkan anak kelas membaca.

Saya pun begitahu, saya pernah mengajar di Selangor sebelum saya berkahwin. Saya mengajar sekolah rendah. Lepas kahwin ikut suami menetap di melaka ni ha. Minta kerja dapatlah mengajar Jaim IPD sekejap.

Mula buka kelas atas permintaan ibu kepada anak murid jaim yang saya ajar. Sampailah sekarang ini. Masih mengajar dan menguruskan tuisyen. Dari 2015 buka kelas mengaji.

Saya ambil lesen mengajar bacalah anakku & ReadEasy pada Mac 2017. Pinjam duit suami tau. Ikat perut masa tu bayar hutang. Habis dan bayar. Lega. Gaji sendiri pun tak ambil mana.

Sudah setahun setengah kelas ini berjalan. Alhamdulillah. Doakan kelas ini mampu berkembang lebih jauh.

Moga dapat bantu anak-anak cepat membaca. Bahan bantu mengajar membaca pun ada dijual.

Nanti saya kongsikan ya. ✌

#cikgusitiphonicsmart

Sunday, 15 July 2018

Pengalaman Pekerjaan Saya


Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Sejurus tamat belajar, saya telah diterima mengajar di Sekolah Rendah Islam Al Farabi, Meru Klang. Sekarang sudah bertukar nama Sekolah Rendah Islam Ar Razi.

Saya mula mengajar pada Januari 2012. Itulah pekerjaan pertama saya. Mengajar dajah 2, 3 dan 5. 

Selama 3 bulan saya mengajar, pada penghujung bulan mac 2012, saya nekad untuk berhenti kerja kerana ingin menyambung pengajian peringkat sarjana. 

Namun hasrat saya terpaksa lupakan kerana ada banyak halangan. Saya cari kerja. 

Saya dapat berkerja sebagai pembantu sambilan harian di Kementerian Pengajian Tinggi kontrak selama 3 bulan. 

Dengan gaji bulanan yang tidak menentu dan kos sara hidup yang tinggi di Putrajaya, akhirnya saya membuat keputusan tidak menyambung kontrak kerja dan pulang ke kampung.

Kebetulan ketika itu bulan ogos bulan ramadhan, ummi kebiasaanya mengambil tempahan biskut raya. 

Saya mengambil keputusan pulang ke kampung untuk membantu ummi menyiapkan tempahan biskut raya. 

Saya masih ada menyewa rumah di shah alam ketika itu. Hasrat saya ingin berkerja di Shah Alam kerana saya sukakan bandar itu.

Tenang dan penuh majlis ilmu. Mungkin juga saya sudah terbiasa hidup di bandar Shah Alam. 

Alhamdulillah, pada Januari 2013 saya diterima bekerja mengajar tuisyen bahasa arab di 'Arabic Learning Centre' di Seksyen 4, Shah Alam. 

Dalam masa yang sama saya dapat tawaran mengajar dia Sekolah Sri Pintar Al Amin, Subang. 

Saya pun berpindah ke Bandar Sunway di Subang dan tinggal di rumah yang disediakan sekolah.

Setiap malam isnin - jumaat saya akan mengajar tuisyen di Shah Alam. Siangnya saya mengajar di sekolah. 

Sehinggalah pada 24 Mei 2013 saya telah melangsungkan pernikahan. Alhamdulillah, rezeki kahwin saya dapat mengajar di Tadika IPD Alor Gajah.


Bermula 2015 sehingga kini, saya mengajar tuisyen. Kelas cepat membaca dan kelas mengaji.


Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...