Showing posts with label Tips Kesihatan Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan Keluarga. Show all posts

Tuesday, 17 January 2017

Tuisyen Sekolah Rendah Tahap 1

Teks; Siti Naimah Norman
Gambar; Cikgu Siti

Alhamdulillah, Tuisyen Cikgu Siti Sesi 2017 telah berlangsung. Sekarang sudah masuk minggu ke 3.





Wednesday, 29 April 2015

Terapi Urutan Bayi Di Rumah

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber gambar: Koleksi Peribadi

Bayi sangat sukakan belaian dan sangat perlukan perhatian. Bayi yang berusia 2 tahun ke bawah tidak mengenal erti kehendak tetapi mereka tahu keperluan mereka. Antara yang diperlukan oleh bayi seusia itu adalah seperti belaian, makanan, minuman, susu serta pelukkan kasih sayang. Ketika di rumah, belailah bayi anda. Lakukan urutan lembut kepada bayi anda. Ia boleh dilakukan sendiri dari rumah. Tidak perlu pergi ke spa atau tempat urutan. 


Sesi urutan Mohammad sambil menonton televisyen.
Bayi tidak mengenal erti mengada-ngada. Jika mereka meragam, ia pasti ada sesuatu yang mereka ingin sampaikan. Mereka meragam bukan kerana mereka mahu mengedik atau terlebih manja. Sebagai ibubapa, kita harus memahami setiap tingkah laku atau perubahan yang berlaku pada anak.

Bayi kadangkala mahu dipeluk dan dibelai mungkin kerana mereka rasa takut. Dunia rahim tidak sama dengan dunia yang mereka lalui sekarang. Bayi yang kerap dibelai akan ada keyakinan diri yang tinggi dan miliki daya pemikiran yang lebih bijak. Bayi akan lebih tenang dan kurang meragam.

Urutan pada tubuh bayi akan membuatkan mereka rasa disayangi. Antara kelebihan urutan di antaranya ialah:
1. Melancarkan aliran darah tubuh bayi.
2. Membantu memberikan pernafasan yang baik.
3. Melancarkan penghadaman.
4. Memberikan tidur yang lena.
5. Membina keyakinan.
6. Menguatkan otot dan daya ketahanan tubuh.
7. Merapatkan kasih sayang ibu dan anak.

Antara kaedah urutan adalah seperti:
1. Mulakan dari tapak kaki kanan.
2. Urut bahagian peha bayi terutama bahagian sisi peha.
3. Urut bahagian punggung dan pinggang bayi.
4. Selepas selesai urutan di bahagian kanan tubuh, boleh beralih ke bahagian kiri tubuh. Ulangi semula dari kaedah 1.
5. Kemudian, urut bahagian belakang terutama bahagian tulang rawan.
6. Urut bahagian bahu.
7. Untuk bahagian depan badan, urut lembut bahagian perut. Urut menghala ke bawah.

Urutan yang mama lakukan pada tapak kaki Mohamad.
Urutan yang betul mampu meningkatkan tahap kesihatan bayi. Bayi yang merangkak terutamanya akan menggunakan seluruh anggota tubuh untuk aktiviti merangkak itu. Urutan sangat diperlukan untuk membina ransangan urat saraf dan membantu melegakan otot bayi.

Beberapa tanda ini menunjukkan bayi anda memerlukan terapi urutan:
1. Kerap merengek
2. Sukar tidur dan kerap terjaga tidur
3. Kerap kembung perut dan sembelit
4. Meragam dan menangis tidak tahu punca
5. Masalah lambat berjalan atau perkembangan tidak seiring dengan usia.

Bahan yang digunakan untuk urutan.
1. Minyak zaitun
2. Minyak habbatussauda
3. Minyak bunga matahari
4. Bawang putih seulas

Ini bahan yang mama gunakan untuk mengurut Mohamad
Alhamdulillah, mengurut bayi memerlukan kesabaran kerana mereka akan mengeliat bergerak ke sana dan ke sini. Dengan urutan yang konsisten sekurang-kurangnya seminggu sekali atau jika tidak sempat, sebulan sekali pun sudah memadai.

Selepas mama mengurut mohamad, ada beberapa perubahan pada mohamad seperti penghadaman lebih baik. Jika sebelum itu, mohamad akan berak sekali sehari sekali. Beberapa minggu lepas, mohamad berak 2 atau 3 hari sekali. Najisnya lembut tetapi baunya sangat busuk. Tutup hidung mama apabila hendak mencucinya.

Selepas urutan itu, mohamad lebih mudah membuang pagi dan petang. Dia lebih ceria kerana perut selesa dan mama senang hati. Mohamad juga lebih mudah tidur. Belailah bayi anda ketika berada di rumah. Insyaallah akan ada perubahan pada bayi anda. Selamat mencuba!

(Naimah Norman)
Seni Terapi Bekerja Dari Rumah

Monday, 8 December 2014

Sistem Imun Tubuh

Teks: Siti Naimah Norman

Kebanyakkan doktor bersetuju punca penyakit disebabkan virus atau kuman. Virus atau kuman ini akan menyebabkan penyakit pada tubuh badan manusia. Ia menyerang
melalui banyak medium seperti udara, air dan makanan. Apabila tubuh badan manusia diserang penyakit, sistem yang pertama sekali akan bertindak adalah sistem imun. Sebelum, kita mengenali lebih lanjut mengenai punca penyakit, kita fahami dahulu sistem imun.

Apakah sistem imun itu?
(Sumber; http://www.kesihatan.biz/artikel/imun.php)


Sistem Imun: Pelindung Kesihatan Kita

Sistem imun melindungi kita dari penceroboh asing seperti virus, bakteria, kulat, protein asing dan sel kanser. Ia adalah satu sistem yang sangat canggih, anugerah Yang Maha Pengasih, yang merupakan perlindungan terbaik dari sebarang penyakit berbahaya. Tiada ubat yang dapat menandingi sistem imun yang sihat. Secara ringkas sistem imun terdiri daripada sel khas, protein, tisu dan organ (nodus limfa, sistem pernafasan, limpa, kulit, apendiks, perut dan usus). Di dalam artikel ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai tugas beberapa pemain dalam sistem imun:

Makrofaj (atau fagosit) - Sel darah putih yang berbentuk seperti Pac-Man, merupakan barisan pertahanan pertama sistem imun. Ia dengan cepat menyerang mana-mana penceroboh asing dan menelannya (seperti dalam permainan video Pac-Man). Namun kadangkala makrofaj tidak pasti sama ada yang datang itu penceroboh asing atau kawan. Makrofaj sudah tentu tidak mahu memusnahkan sesuatu yang merupakan sebahagian dari tubuh kita. Untuk membantunya mengenali kawan atau musuh, makrofaj akan meminta bantuan sel T-pembantu.

Sel T-pembantu adalah dari kumpulan sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit. Sel T-pembantu akan mendatangi dan melekatkan dirinya dengan makrofaj untuk membantu makrofaj mengenali sama ada yang berada dalam genggamannya itu kawan atau musuh. Sekiranya sel T-pembantu memutuskan ianya adalah musuh, ia akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai sitokines, yang memberi isyarat kepada sistem imun untuk bertindak dengan pantas. Ini merangsang sel-B untuk bertindak dan menarik lebih banyak makrofaj dan sel T-pembantu untuk datang menyelamat. Sekiranya sel T-pembantu tidak mengenali penceroboh asing tersebut, sistem imun akan menganggapnya sebagai kawan dan membiarkannya. Bayangkan apa yang akan terjadi. Ya, kita akan mendapat penyakit yang berpunca dari penceroboh (mikro-organisma) tersebut.

Sel-B mempunyai kemampuan untuk menembak penceroboh dengan enzim yang dapat menghancurkannya. Sebahagian dari sel-B akan kembali ke nodus limfa untuk membina antibodi bagi melawan penceroboh tadi. Sekiranya penceroboh ini menyerang lagi, sistem imun sudah bersedia mempertahankan diri disebabkan antibodi yang sudah dibina tadi.

Sel pembunuh semula jadi atau sel NK (natural killer) pula memusnahkan apa-apa yang berada di laluannya. Mereka menyemburkan sel yang dijangkiti dengan toksin dan enzim pemusnah, yang akan memusnahkan semua penceroboh asing atau sel yang tumbuh secara tidak normal seperti sel kanser. Apabila sel NK sudah mulai lemah atau tidak aktif dan tidak lagi berupaya memusnahkan sel kanser, disebabkan radikal bebas dan beberapa faktor lain, seseorang itu akan mendapat penyakit kanser. Memperkuatkan sel NK merupakan satu cara yang baik untuk kita memusnahkan sel kanser secara semulajadi (natural).

Sel T-penindas boleh diibaratkan sebagai pasukan pengaman yang datang selepas penceroboh asing telah dimusnahkan dan untuk menenangkan gerak balas imun yang beraksi dengan hebat itu. Ia merupakan faktor penting dalam mengawal kerosakan tidak dijangka (collateral damage). Sekiranya gerak balas imun yang begitu aktif tidak dikawal, ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada tisu normal di sekelilingnya. Sekiranya sel T-penindas tidur dan tidak dapat mengawal gerak balas tersebut, kita akan mendapat penyakit yang dikategorikan di bawah penyakit autoimun. Terdapat lebih 80 jenis penyakit autoimun, contohnya adalah diabetes jenis 1, artritis reumatoid, psoriasis, sklerosis berganda dan lupus.

Untuk membolehkan sistem imun melindungi kita seperti yang ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta (Al-Khaaliq), kita perlu menjaga kesihatannya. Ia perlukan Vitamin E, Vitamin C, karotenoid, glutation, koenzim Q10, Zink dan antioksidan untuk kekal sihat dan berfungsi pada tahap terbaik.

Sekiranya anda merasakan anda tidak perlu mengambil permakanan tambahan untuk kekal sihat sepanjang hayat, fikirkan semula. Sila semak statistik mereka yang mendapat penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser dan diabetes. Ia memberi kita petunjuk bahawa kita perlu melakukan sesuatu mengenai amalan permakanan kita.

Cara terbaik untuk menyembuhkan sesuatu penyakit adalah dengan memperkukuhkan sistem imun tubuh. Salah satu makanan terbaik dunia adalah habbatussauda yang kaya dengan khasiat yang tersendiri. Ahli perubatan Islam yang terkenal, Ibnu Sina di dalam bukunya menyatakan bahwa jintan hitam dapat digunakan untuk meningkatkan metabolisme dan meningkatkan semangat.

Jintan hitam juga dikenal sebagai BRM (Biological response Modifier) kerana di barat ada penelitian yang menunjukkan bahwa ekstrak dari bijinya bersifat toksik kepada sel kanser. Penelitian ini dilakukan terhadap tikus. Penelitian ini juga menunjukkan, sel kanser yang diberi ekstrak jintan hitam dalam inkubator tidak dapat menghasilkan faktor untuk pertumbuhan (Fibroblast Growth Factor) dan protein berkolagen yang diperlukan untuk pertumbuhan tumor.
Rasulullah saw bersabda: ”Gunakanlah Habbatus sauda, karena di dalamnya terdapat ubat untuk segala macam penyakit kecuali as asam (maut)” (Shahih Bukhari dan Muslim)



Ekstrak Bunga Habbatussauda

- Dihasilkan menggunakan habbatussauda yang bermutu tinggi.
- Mempunyai gelombang tenaga bunga yang mampu merawat pelbagai penyakit

Khasiat:
1. Membantu memperkukuh sistem imun tubuh
2. Merawat batuk dan sakit tekak
3. Merawat masalah sakit puan
4. Merawat masalah kulit seperti ruam, jerawat, bisul dan ekzema
5. Meransang pengeluaran susu badan bagi ibu yang menyusu
6. Merawat luka dalam rahim
7. Mempercepatkan penyembuhan luka luar
8. Melancarkan sisitem penghadaman
9. Merawat masalah sendi
10. Membuang toksid


Pembelian: Sila SMS/WHATSAPP 0189069144
Email: naimahnorman@gmail.com

Monday, 3 November 2014

Perkaitan Rapat Antara Warna Dan Tubuh Anda


Rawatan Alternatif 2000
Oleh Dr Norhisham Wahab

Masih ingat lagi akan petua orang tua-tua apabila seseorang itu menghidap beguk di leher? Biasanya bahagian bengkak di leher akan di sapu nila (sejenis bahan pewarna kebiruan diguna untuk memutihakan kemeja putih) dan dua tiga hari kemudian bengkak tersebut akan hilang. Ramai mengaku bahawa nila sebagai ubat alternatif lebih berkesan, murah dan mudah daripada antibiotik dalam mengatasi masalah beguk ini?

Apa sebenarnya kehebatan nila dalam penyembuhan penyakit tersebut? Mungkinkah wujud perkaitan rapat antara warna dan tubuh anda?

Menurut Dr.Norhisham Wahab pensyarah kinesiologi gunaan, hal ini boleh dijelaskan menerusi pendekatan Terapi Getaran Warna atau Colour Vibration Therapy. "Warna memainkan peranan penting dalam menyembuh, memberi tenaga dan menyeimbangkan tenaga pada tahap-tahap tubuh yang berbeza. Setiap elemen kimia dan benda-benda hidup di dunia ini mempunyai ciri-ciri rajah tenaga warnanya tersendiri. Ini termasuk tubuh badan anda dimana bahagian kepala dinaungi warna-warna lembayung di mana putih diibaratkan kunci mahkota kepada segala warna," terang Dr. Norhisham.

Dr. Norhisham juga merupakan seorang saintis, pakar kinesiologi serta pengasa perubatan Terapi Getaran Cahaya (Colour Vibration Therapy) yang pertama di Malaysia. Beliau merupakan lulusan Open International University, Jerman. (Kinesiologi digunakan dalam bidang perubatan tradisional sebagai satu kaedah yang sangat berkesan dalam mengenal pasti dan membetulkan tekanan serta ketidakseimbangan dalam badan.Ini dilakukan menerusi ujian otot bio-maklum balas atau muscle testing bio-feedback).

Kinesiologi diguna secara meluas di luar negara. "Pengamal kinesiologi tidak perlu bertanya pada pesakit mengenai penyakitnya, hanya dengan mengenal pasti punca melalui simptom yang dialami pesakit. Sebenarnya perkataan ‘penyakit’ itu sendiri tanpa disedari boleh melemahkan sistem imunisasi seorang pesakit dan menyukarkan penyembuhan," kata Dr. Norhisham.

Seterusnya Dr. Norhisham berkata bahagian leher diliputi warna kebiru-biruan yang menjadi kawalan sistem immune tubuh anda dari serangan virus. Dan warna ini akan terganggu apabila seseorang itu menghidap penyakit seperti beguk maka, nila digunakan bagi mengembalikan warna biru yang terganggu di bahagian ini, jelas Dr. Norhisham. Warna hijau segar meliputi dari bahagian dada hingga pangkal perut yang mengawal perasaan, sementara warna kuning meliputi bahagian perut. Bahagian pinggul pula dilingkari warna merah.

Sambungnya lagi, warna merah lebih sesuai dipakai pada bahagian pinggang ke bawah dan bukan sebaliknya. Begitu juga dengan pemakaian inai di jari dan kadangkala di tapak tangan atau kaki pengantin dikatakan boleh merangsang getaran hormon kesuburan lelaki dan wanita.

Warna merah sering dikaitkan dengan warna penyakit kerana itulah orang tua-tua menyuruh kita masuk ke dalam rumah ketika menjelang malam (maghrib) kerana langit ketika itu berwarna kemerah-merahan atau warna amaran. Jika begitu, mesej apakah yang ingin anda sampaikan apabila memakai blaus merah?

Terapi Getaran Warna: Merawat dan Penyeri Wajah

Terapi Getaran Warna atau Coloru Vibration Therapy dikatakan kaedah rawatan kesihatan dan kecantikan yang pertama diperkenalkan di negara ini. Ia boleh dianggap sebagai kaedah rawatan terkini alaf 2000 kerana ia berkesan, murah dan tiada kesan sampingan serta boleh mengubat pelbagai penyakit termasuk barah dan ketagihan. Terapi ini amat terkenal di negara-negara Barat yang maju malah, Dr. Norhisham pernah cuba memperkenalkan barangan seumpamanya buatan England di sini. Namun usaha ini tidak berkesan apabila beliau menyedari bahawa rumusan yang digunakan tidak sesuai dengan geografi negara ini.

Hari ini, Dr. Norhisham telah menghasilkan rumusan Terapi Getaran Warna dengan memerangkap tenaga getaran tumbuh-tumbuhan tempatan menerusi teknologi canggih dimakmal German Malaysian Scientific Ideas (GMSI), Kuala Lumpur. Himpunan barangan rawatan Terapi terdiri daripadaa 20 botol ‘butir gula tebu’ dengan rumusan getaran warna pelbagai tahap untuk bahagian anggota tubuh tertentu, sebotol minyak aromaterapi dan sebotol kecil pencuci wajah.

Getaran Tenaga dan Warna

Dunia di antara dua cahaya atau sempadan warna sebenarnya diukur dalam Islam sebagai ‘peralihan waktu sembahyang’. Waktu-waktu peralihan ini adalah permulaan cahaya-cahaya baru dengan warna mulai terbentuk. Penyembuhan atau penyakit paling aktif berlaku dalam tempoh ini, contoh subuh dan menjelang malam. Maka warna adalah kuasa rawatan yang amat berkesan kerana tubuh anda diselubungi dan dipenuhi dengan tahap-tahap meridian kuasa warna ‘pelangi’ yang paling menakjubkan.
Jika anda mengalami gangguan tiroid, waktu paling berkesan untuk kemam ‘gula tebu’ ialah antara 6.00 hingga 7.30 pagi di mana langit berwarna kebiru-biruan, warna bahagian kerongkong.

Sambung Dr. Norhisham, "Setiap orang mempunyai tahap getaran tenaga yang tersendiri, sama ada tinggi atau rendah. Setiap orang juga dapat mengawal tahap getarannya bagi menyamai tenaga orang yang sedang bercakap dengannya agar perbualan berjalan lancar. Pemikiran positif pula memberi tahap tenaga getaran yang tinggi, begitu juga sebaliknya".

Sementara penyakit merupakan tenaga getaran yang rendah. Untuk mengembalikan tahap getaran yang tinggi, anda perlu ceria, bersyukur dan yakin dengan kehidupan. Kini anda pasti faham kenapa tukang andam sering menyuruh pengantin supaya mengunyah sirih ketika bersanding bagi mengatasi perasaan gemuruh, degupan jantung yang kencang! (Bahagian jantung dinaungi warna hijau).


Thursday, 30 October 2014

Pemakanan Untuk Bayi Dan Ibu Mengandung

Teks: Siti Naimah

Ini antara sumber makanan yang perlu diambil perhatian bagi ibu mengandung. Ia sebagai rujukan mudah ibu-ibu. 

1. Amalkan makanan yang tinggi kalsium  

Kalsium penting bagi menyokong pembentukan tulang dan memberikan nutrisi kepada bayi. Ibu berperanan untuk mendisiplinkan diri mengambil makanan yang sihat. Antara makanan yang tinggi kalsium adalah seperti susu. Ianya bersifat alkali dan mampu merawat gastrik. Amalkan pada waktu minum pagi atau minum petang. Elakkan mengambil bersama makanan yang tinggi zat besi kerana ia akan menganggu penyerapan zat kepada tubuh.  

Kalsium juga dapat memastikan kesihatan jantung, darah, otot dan saraf. Sebahagian tulang bayi terdiri daripada tulang kartilaj iaitu tisu yang lembut dan fleksibel. Ketika kanak-kanak mengalami pertumbuhan tubuh yang pesat pada usia bayi dan persekolahannya, kartilaj membesar dan digantikan perlahan-lahan oleh tulang dengan bantuan kalsium dan sebaik usia mencecah 25 tahun, proses ini menjadi sempurna. 

Antara Sumber Kalsium

Produk tenusu
1. Susu Kambing (Susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu)
2. Keju
3. Yogurt
4. Tauhu
5. Roti

Sumber kekacang
1. Badam
2. Kacang Tanah

Sayuran
1. Brokoli
2. Bayam
3. Kailan

Makanan laut
1. Ikan Sardin (Bukan yang dalam tin). Makanan proses kurang baik diamalkan.
2. Ikan Bilis
3. Ikan Salmon


2. Ambil makanan yang berzat tinggi  

Pemakanan tingi zat besi peting kepada bayi dalam rahim kerana darah yang mengalir kepada bayi tersebut akan membantu tumbesaran bayi. Ia juga penting bagi mengelakkan emenia atau kekurangan sel darah merah. Ia penting bagi mengelakkan ibu mengandung mengalami tumpah darah selepas bersalin. Paras homoglobin perlulah 11 ke atas sebaiknya.

Antara Sumber Makanan Yang Mengandungi Tinggi Zat besi

1. Kurma
2. Jambu Batu
3. Bayam



Wednesday, 22 October 2014

Rahsia Di Dalam Ais Dan Kebaikan Air Sejuk

Teks: Siti Naimah Norman
Rujukan Blog:
http://hananiqaseh.blogspot.sg/2011/07/rahsia-kelebihan-keistimewaan-ais-dan.html


Pernah tak anda terdengar mengenai rawatan dan terapi ais? ataupun tentang mandi ais? Secara jujurnya saya tak pernah dengar sebelum nie. Kalau mandi bunga, mandi susu tu pernahlah dengar. Nak dijadikan cerita, dua bulan lepas kakak saya ada bawa ma saya pergi buat rawatan membuang toksik. Caranya dengan mandi dalam ais. Tak sejuk ke? Macam mana la rasa agaknya. Mesti menggigil-gigil dalam tub mandi tu. Tapi sekarang ni saya tak nak cerita pasal pengalaman ma saya mandi ais. Saya nak berkongsi tentang kelebihan ais dan air sejuk.

Rahsia, Kelebihan & Keistimewaan Ais Dan Air Sejuk.

“Zat & Khasiat yang terkandung di dalam Ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana para saintis dan para pakar nutrisi dari makhluk yang bernama manusia mahupun makhluk dari bangsa jin.”


Kebaikan Air Sejuk.

Satu kajian mendedahkan cara paling berkesan untuk menurunkan suhu badan, tekanan atau kelesuan adalah dengan mandi menggunakan Air Sejuk. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi Air Sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan juga meningkatkan gula dalam darah.
Sementara bagi mereka yang mengalami masalah imsonia atau memiliki masalah tidur elok merendamkan kaki di dalam Air Sejuk. Malah, kaedah ini baik bagi mereka yang mengalami lelah, pendarahan hidung, selesema dan sembelit. Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.



Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
Liputan Ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi di bahagian dasar bumi yang panas dan di bahagian permukaan bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. 

Antara Kebaikan Ais.
  • Ais atau Air Sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.





Benarkan dan galakkan anak kita termasuk diri kita sendiri untuk mengunyah Ais kerana ini akan menguatkan gigi kita dan benarkan dan galakkan anak kita juga diri kita memakan Ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuk kita hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

  • Membiasakan diri mengunyah Ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
  • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
  • Air Sejuk atau Ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
  • Ais dan Air Sejuk adalah terapi yang amat popular dan berkesan serta mujarab sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
  • Air Sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
  • Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
  • Adalah makruh mengambil air sembahyang (wudhu') pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
  • Air Sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin dan syaitan atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
  • Air Sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi diperkayai dengan unsur-unsur yang bisa membangkitkan keharmonian.

  • Air Sejuk bagus untuk menguatkan tulang bayi bahkan juga tulang sekalian umat manusia dari semua peringkat usia.
  • Air Sejuk akan meningkatkan Sistem Imun yang Luar Biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  • Air Sejuk dalam rahsia Ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan (Berlian).

  • Air Sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sebagai sistem penghantaran tenaga yang paling cekap dan efektif sehingga ke dasar sel yang paling jauh dan dalam secara menyeluruh.
  • Air Sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilangseperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
  • Mandi Air Sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
  • Air Sejuk lebih stabil molekul atomnya.
  • Air Sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwudhu'.
  • Air Sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah dengan lebih stabil.
  • Air Sejuk sesuai dijadikan air penawar (air terapi) kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
  • Air kelapa muda yang bersifat sejuk adalah amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan Hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan pada waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk atau lebih baik segelas Air Sejuk pada waktu awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.


Setelah saya membaca artikel mengenai kelebihan ais dan air sejuk ni. Baru saya tahu rupa-rupanya ais ni bagus untuk kesihatan. Sebelum ni saya selalu beranggapan ais ni tak elok. Ada orang kata kalau minum air sejuk nanti perut buncitlah. Dan macam-macamlah lagi. Apa-apa pun untuk meyakinkan lagi pada kita tentang kebenaran semua ini. Kajian secara berterusan harus dilakukan. Kepada anda-anda yang mengambil bidang sains. Gunakan kesempatan ini untuk menyelidik dan membuat kajian yang mampu membongkar  serta memberi sejuta manfaat kepada masyarakat. Di sinilah peranan anda memandangkan negara kita masih lagi kekuarangan saintis-saintis muda.

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...