Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Kenapa aku pakai purdah, sebab aku nak berubah. Hidup ini tak semuanya indah, hanya kembali pada Dia sahaja semua terasa indah.
Walau ianya tidak mudah, namun, aku percaya, semua atas aturan Allah. Bulan depan genap setahun aku berpurdah. Bulan pertama aku tak konsisten lagi, masuk je bulan kedua, aku tekad. Gerak hati dan jalan terus. Aku nak jadi lebih baik, aku pendosa yang mahu ke syurga.
Bagi aku, hijrah itu merangkumi semua, hijrah hati, hijrah fikiran dan hijrah fizikal. Setiap saat harus berusaha untuk hijrah. Aku tetap manusia, bukan malaikat. Ada amarah, ada kekhilafan. Namun aku belajar untuk ada pendirian yang tetap atas jalan yang aku pilih.
Pilihlah jalan yang membawa pada Dia, biar pun sukar dan penuh liku. Sungguh Syurga itu mahal.
Moga Allah redha dengan kita.
Cikgu Siti | Penulis | Cikgu Baca dan Ngaji
Apa erti pengorbanan kita sepanjang hidup ini? Berkorbanlah kerana Allah dan diri sendiri bukan untuk orang lain. Penat lelah kita itu pasti akan ada ganjarannya. Jika bukan di dunia, insyaalllah di Akhirat sana.
Tekad dan terus kuat. Pandangan dan kata - kata orang lain tidak penting jika ia tidak membawa sebarang manfaat. Jalan terus, namun pastikan jalan dipilih lebih baik, bukan jalan yang sama.
“Seorang Mukmin tidak jatuh dalam lubang yang sama dua kali.” (HR Bukhari dan Muslim).
Terus berjuang dengan ilmu dan kebenaran. Insyaalllah, Allah menilai segalanya.
Gambar: Koleksi Peribadi
Setiap hari perlu ada perancangan dan jadual supaya tak ke laut dalam. Biasalah di rumah memang banyak godaannya. Kerja rumah, keluarga dan kerja bisnes.
Masa tahun ke lima BDR tu, memang aku doa minta pada Allah. Ya Allah aku nak keluar kerja. Aku nak keluar. Masa tu memang dah tepu.
Aku rasa dunia aku gelap, otak aku jem dan jiwa aku semakin hilang kekuatan. Serius, tepu sangat. Aku kuatkan keyakinan memandu kereta dan belajar memandu jauh. Bertahun lesen aku ada tapi kereta tak jalan. Kereta pun pinjam je suami punya.
Aku nekad juga tahun tu daftar belajar dengan doc Azizan Osman. Tak kiralah orang nak kutuk dia ke, orang nak halang aku belajar ke, aku redah.
Masa tu, otak aku macam tak boleh terima banyak benda, tapi aku paksa. Tinggal anak tinggal suami, tinggal keluarga. Tinggal untuk belajar dan berjuang. Allah bantu aku walau susah.
Mudah je aku punya pegangan untuk orang yang tak sokong aku, kau takde bersama masa aku susah, kau takkan ada dengan aku masa aku senang nanti. Aku janji aku akan buat sampai jadi.
Catatan Pengalaman Cikgu Siti
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Sarapan pagi tadi. Makan pelan pelan sambil nikmati rasa makanan. Cepat kenyangnya. Sambil conteng conteng untuk perancangan Sitikids.
Kelas Percubaan Membaca, Virtual Class untuk Program Cuti Sekolah Disember ini. Pendaftaran percuma sahaja. Mahu ke mahu?Nanti Team Sitikids update di media sosial facebook atau whatsapp ya.
Alhamdulillah, pagi ni syukur dengan jiwa yang tenang, dapat melaksanakan ibadah dengan kesayangan solat berjemaah bersama dan urua anak - anak dengan tenang.
Tenang itu mahal dan suhjektif dan nak tenang perlukan usaha. Selamat berjuang semua ibu ibu yang berkerja di mana mana sahaja kalian yang pastinya, letak Allah dalam hati, insyaalllah. Semua akan dipermudah. :)
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...