Showing posts with label Pengajian Al Quran Di Rumah. Show all posts
Showing posts with label Pengajian Al Quran Di Rumah. Show all posts
Wednesday, 1 November 2017
Perjuang Hebat Itu Mampu Membangkitkan Semangat Dirinya Sendiri.
Teks: Siti Naimah Norman.
Gambar: Koleksi Peribadi
Bagaimana pagi ini? Bahagia dan bersemangatkan?
Mesti harus sentiasa bersemangat. Orang yang berjaya dia akan mampu membangkitkan semangat dirinya sendiri.
Yeaaah! Kita bahagia dan berjaya.
Hari ni masuk hari ke 2 bulan November dan hari ini adalah hari lahir adek sado mama. Alhamdulillah setahun sudah adek ya. 2 November 2016, 5 am. Di rumah Tok Wan. :). Semoga terus membesar sihat dan bahagia.
Melihat anak, kita akan jadi bersemangat. Ia 'big why' terbesar dalam hidup ini. "Aku kena kuat, aku kena belajar lebih maju untuk membina masa depan lebih baik. Untuk anak-anak, untuk keluarga di kampung".
Naikkan semangat dan keyakinan diri sendiri. Tiada siapa mampu ubah diri kita melainkan diri kita sendiri.
"Big why" saya bukan sekadar anak-anak sendiri tapi anak-anak yang saya didik juga. Mereka sumber kekuatan dan Allah hadirkan mereka untuk saya jadi lebih baik dan bermanfaat.
Menjadi pejuang ilmu bukan mudah lagi-lagi memperjuangkan ilmu Al Quran. Niat kita mahu mendidik anak - anak dan masyarakat ilmu Al Quran. Mahir membaca dan mentadabbur Al Quran. Bukan sekadar baca tapi faham.
Yang mahu belajar Al Quran itu ramai, namun tidak semua mahu memahami. Mahalnya ilmu Al Quran ini.
Kadang rasa juga tak nak buat kelas. Ikutkan kata-kata orang, sangkaan orang dan pemikiran orang kita takkan ke mana.
Bukan boleh jadi jutawan buat kelas mengaji ni, namun ia perjuangan jihad dan amal soleh. Mesti teruskan. Apa lagi harta yang ada melainkan ilmu yang bermanfaat untuk kita kongsikan pada orang lain.
Allah memilih kita di jalan ini. Teruskan. Jutawan akhirat itu matlamat kita.
Salam November yang cemerlang. Semoga kaya dan bahagia. Amiin.
Monday, 7 August 2017
Warnakan Huruf Hijaiyyah Berbaris Dan Sebut
Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar : Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah Melaka
Aktiviti semalam kita gunakan warna air. Warnakan huruf hijaiyyah.
Siap warnakan baca huruf berbaris tersebut.
Sebelum itu cikgu semak dahulu bacaan Al Quran
Ok. kita tunggu kering baru boleh simpan dalam fail ya sayang cikgu semua.
Wednesday, 2 August 2017
Mengenal Maghraj Huruf Hijaiyyah
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah, Melaka.
Tulis huruf hijaiyyah pada gambarajah rangka muka.
Tempat keluar huruf melalui bibir, Gigi, lidah, anak tekak dan tekak.
Kedudukan lidah yang betul menentukan bunyi yang keluar.
Antara huruf yang keluar melalui bibir adalah /nun/ wau/ ba/ mim. Bibir mesti digerakkan, baru boleh sebut huruf ni.
Gambar: Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah, Melaka.
Tempat keluar huruf melalui bibir, Gigi, lidah, anak tekak dan tekak.
Kedudukan lidah yang betul menentukan bunyi yang keluar.
Antara huruf yang keluar melalui bibir adalah /nun/ wau/ ba/ mim. Bibir mesti digerakkan, baru boleh sebut huruf ni.
Tuesday, 18 July 2017
Rangkaian Akademi Al Quran ABS
Minggu lepas. Tarikh 17/7/17, kelas mengaji Al Quran TCS telah berlangsung.
Keesokkan harinya, saya meneliti dokumen untuk TCS AqMobile.
Kelas mengaji yang lebih tersusun siap ada rekod pencapaian pelajar. Belajar lebih Al Quran mendalam.
Menggunakan kaedah Al Matien. Kaedah ini diperkenalkan oleh Ustaz Zamri Mantop.
Minggu pertama ini, cikgu semak bacaan, setelah anak-anak ini bercuti hampir sebulan.
Ada yang lupa-lupa bacaan dan kekok nak membaca. Al Quran memang begitu jika kita tak konsisten membaca, memang akan lupa.
Jadi, perlu kerap membacanya. Berulang kali. Sampai lancar, sampai kenal.
Keesokkan harinya, saya meneliti dokumen untuk TCS AqMobile.
Kelas mengaji yang lebih tersusun siap ada rekod pencapaian pelajar. Belajar lebih Al Quran mendalam.
Menggunakan kaedah Al Matien. Kaedah ini diperkenalkan oleh Ustaz Zamri Mantop.
![]() |
| Menulis huruf hijaiyyah. |
Ada yang lupa-lupa bacaan dan kekok nak membaca. Al Quran memang begitu jika kita tak konsisten membaca, memang akan lupa.
![]() |
| Cikgu pastikan kelas ini selesa untuk anak-anak belajar. |
Friday, 31 March 2017
Meniru Adalah Salah Satu Proses Belajar
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Kelas Mengaji Al Quran dan Tajwid.
Menekap, tulis dan baca. Bantu kuatkan daya ingatan anak-anak ini.
Thursday, 11 February 2016
Kukuhkan Bacaan Al Quran Dengan Kad Imbasan.
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Cikgu Siti
Assalamuaikum dan salam pagi khamis buat semua sahabat maya saya. Dalam kelas mengaji semalam, kami belajar tajwid. Anak murid baca ayat dan huruf berbaris pada kad imbasan.
Antara aktiviti dan pelajaran kami dalam kelas ialah,
smile emoticon
√ Baca kad imbasan.
√ Mengeluarkan bacaan huruf berbaris dengan betul.
√ Bezakan bacaan yang panjang dan pendek.
√ Hukum Mad asli.
Kelebihan menggunakan kad imbasan antaranya ia akan menaktifkan otak kanan dan otak kiri. Menguji daya ingatan. Menyeronokkan dan santai.

Asik baca kitab sahaja, lepas ini kita main sambil belajar ya anak-anak. Kelas cikgu Siti santai. Cikgu suka buat permainan supaya anak-anak murid cikgu seronok. Kelas dengan cikgu Siti tidak sama macam di sekolah konsepnya. Kelas Cikgu Siti konsepnya belajar sambil bermain. Yeah! :)
Monday, 8 February 2016
Pengalaman Belajar Dan Mengajar Al Quran
Teks: Siti Naimah Norman
Pengalaman saya belajar dan mengajarkan Al Quran. Saya mula mengajar Al Quran kepada anak pensyarah ketika belajar di Universiti teknologi mara, Shah Alam. Ketika itu, saya semester 4. Saya lakukan secara sementara kerana saya ada komitmen yang tinggi pada belajar dan masa yang terhad.
Saya ada menyertai usrah di kampus dan program khatam Al Quran setiap kali hadir bulan Ramadhan. Melalui program inilah saya belajar dan konsisten membaca dan belajar Al Quran. Saya juga mengajar membaca Al Quran kepada rakan saya di universiti.
Semasa bekerja sebagai guru di sekolah swasta di subang, saya mengajar Al Quran di rumah orang. Waktu itu, saya mengajar secara personal. Setiap minggu, 2 kali saya datang ke rumah pelajar tersebut.
Sehinggalah saya berkahwin dan berpindah ke melaka sekarang, saya berusaha teruskan usrah kerana saya ingin terus belajar. Sekarang ini, saya sedang mengajarkan Al Quran kepada kenalan, anak-anak jiran dan bekas anak murid semasa saya mengajar di tadika IPD alor gajah, melaka. Sudah ada 11 orang anak didik saya yang konsisiten belajar Al Quran setiap minggu. Alhamdulillah.
Moga Allah terus kekalkan saya pada jalan ini. Perjuangan belajar dan mengajarkan Al Quran kepada orang lain. Amin.
Tuesday, 15 December 2015
Kelas Mengaji Fardu Ain
Sumber Gambar: Cikgu Siti
Alhamdulillah, cikgu siti diamanahkan anak murid seramai 8 orang bulan disember ini untuk mengajar mereka al quran. Moga dipermudahkan dan diberi kelancaran untuk anak-anak didik cikgu siti ini. Amin.

| Membaca doa sebelum mula mengaji. |
Saturday, 7 November 2015
Asas Membaca Al Quran.
Teks; Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
1. Mengenal baris.
2. Mengenal tanda bacaan.
Buka mulut apabila baca. Baru keluar bunyi yang betul.
#kelasmengaji
#asasiqra
Gambar: Koleksi Peribadi
1. Mengenal baris.
2. Mengenal tanda bacaan.
Buka mulut apabila baca. Baru keluar bunyi yang betul.
#kelasmengaji
#asasiqra
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...
-
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...
-
Teks: Naimah Norman Sumber Gambar: Koleksi Peribadi Kenangan semasa mengajar di tadika. Menjadi guru di tadika Jaim IPD, Alor Gaj...