Thursday, 3 August 2017

Kita Hanya Menumpang Rezeki Anak - Anak

Teks: Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Cari rezeki bawak anak-anak. Biarlah apa yang orang kata.

Kerana asbab anak-anak inilah rezeki itu hadir. Terima kasih sayang mama.


P/s: Gambar masa ramadhan tadi.

Bulan lepas mama keluar, ada urusan di pejabat pos, lepas itu, singgah kedai runcit cari barang dapur sikit.

Seperti biasa, mama gendong Adek sambil pilih barang. Mohamad tolong mama pilih bawang dan kentang. Tolong letak barang di kaunter.

Nak bayar, tiba-tiba mohamad hulur duit. Ha! mana dapat duit ni. Ada mak cik bagi duit raya pada Mohamad RM5.

Mak ciknya dah pergi. Tak sempat mama nak ucap terima kasih.

Mohamad, Allah sayang Mohamad tau, Allah bagi hadiah pada Mohamad sebab tolong mama.

Mohamad jadi anak soleh, Allah sayang. Mama tumpang rezeki Mohamad.


Kadang nak berlebihan marah anak, berfikir banyak kali. Ini amanah, ini hadiah, ini pinjaman.

Kita hanya pegang amanah menjaga anak ini. Kita bukan pemilik kekal anak ini.

Muhasabah diri selalu. Anak membawa bahagia, anak membawa berkat dan rahmat.

#wahm #tutor #blogger
#mamamohamadyussoff


Wednesday, 2 August 2017

Allah Memang Didik Kita Buat Perkara Sama Berulang Kali Tanpa Jemu, Tanpa Putus Asa.

Allah tarbiyah kita buat perkara sama berulang kali.

Solat, puasa dan ibadah perlu ulang setiap hari agar lebih baik.

Begitulah kita perlu jalani hidup ini kalau nak berjaya, ulang buat perkara yang sama.

Buat sampai jemu, muak dan sampai mahir betul. Nak jadi mahir bukan sehari dua.

Ia makan masa. Yang penting teruskan buat, jangan putus asa, tau-tau dah jadi pakar. Petik jari je boleh buat. 👌 Gitu



Selamat datang Ogos yang penuh kebahagiaan. Alhamdulillah nikmat dipanjangkan usia 29 tahun hari ini.

Semoga Allah melapangkan dada, menetapkan hati kita dalam kebaikan sentiasa.

Sepanjang hidup kita, perjalanan yang panjang ini, moga di Sana nanti kita dapat menjawab apa yang kita lakukan masa muda kita, masa lapang kita, masa senang
& masa sihat kita. Mudahan. Aamiin.

Salam Kasih & Sayang;
~Cikgu Siti Naimah~

Mengenal Maghraj Huruf Hijaiyyah

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah, Melaka.



Tulis huruf hijaiyyah pada gambarajah rangka muka.

Tempat keluar huruf melalui bibir, Gigi, lidah, anak tekak dan tekak.

Kedudukan lidah yang betul menentukan bunyi yang keluar.

Antara huruf yang keluar melalui bibir adalah /nun/ wau/ ba/ mim. Bibir mesti digerakkan, baru boleh sebut huruf ni.




Monday, 24 July 2017

Saya Guru Sepanjang Hayat

Saya bekas guru di sekolah, kini masih jadi guru. Guru sepanjang hayat, insyaallah. "It's my passion".

Saya pernah bertugas di sekolah rendah swasta di selangor dan tadika Jaim IPD, Alor Gajah tahun 2013.
Saya pernah menjadi guru di pusat tuisyen, mengajar Al Quran dari rumah ke rumah ketika di universiti. Mula serius menjadi hometutor pada 2015.

Kebanyakkan ibubapa bertanya kenapa saya berhenti mengajar di sekolah?

Jawapan saya, kerana saya nak fokus pada tuisyen yang saya buat. Mengajar di rumah bukan perkara main-main.

Tugas mengajar di sekolah juga bukan sesuatu yang mudah. Bukan hanya mengajar, tapi perlu uruskan pelbagai dokumentasi.

Guru perlu sediakan pelbagai laporan dan tidak termasuk pelbagai program sekolah yang perlu disertai dan jawatan untuk persatuan dan sebagainya.

Ketika program taklimat dan pembelajaran modul AQ- Mobile di Akademi Al Quran ABS, Kota Damansara. 

Sekarang silibus berubah. Guru pun perlu lebih ulangkaji. Ubah cara pembelajaran dan penyampaian.

Kaedah mengajar Al Quran pun perlukan perubahan, sama seperti pelajaran lain. Sama penting.

Itulah guru. Tugasnya sepanjang hayat. Menggalas amanah membentuk generasi cintakan ilmu.

Saya tidak mahu jadi guru kering dengan ilmu. Mengajar sama je kaedah, tiada perubahan.

Saya mahu jadi guru yang sentiasa perbaharui ilmu, belajar dan terus belajar.

#cikgusitinaimah #cikgujamu #professionalhometutor

Tuesday, 18 July 2017

Rangkaian Akademi Al Quran ABS

Minggu lepas. Tarikh 17/7/17, kelas mengaji Al Quran TCS telah berlangsung.

Keesokkan harinya, saya meneliti dokumen untuk TCS AqMobile.


Kelas mengaji yang lebih tersusun siap ada rekod pencapaian pelajar. Belajar lebih Al Quran mendalam.

Menggunakan kaedah Al Matien. Kaedah ini diperkenalkan oleh Ustaz Zamri Mantop.

Menulis huruf hijaiyyah.
Minggu pertama ini, cikgu semak bacaan, setelah anak-anak ini bercuti hampir sebulan.

Ada yang lupa-lupa bacaan dan kekok nak membaca. Al Quran memang begitu jika kita tak konsisten membaca, memang akan lupa.

 Jadi, perlu kerap membacanya. Berulang kali. Sampai lancar, sampai kenal.

Cikgu pastikan kelas ini selesa untuk anak-anak belajar.


Tuesday, 11 July 2017

Selamat Datang Kekuatan Jiwa

Assalamuaalaikum semua pembaca yang disayangi. 

Rindu tulisan saya ke? Rindu ke? Hehe, bulan puasa saya langsung tak dapat menulis. Rindu nak menulis tapi jiwa kosong. Saya fokus cari kekuatan diri. Bina semangat dan keyakinan.

Insyallah sekarang sedang mencari semangat dan keyakinan semula. Kekuatan menulis tu kita kena pupuk kembali.

Ada masa kita akan rasa lemah, tertekan dan nak putus asa. Apa sahaja ujian hidup ini. Nak tak nak kita kena lalui ia.

Kuatkan hati dengan kembali kepada Allah dan jaga hubungan dengan manusia.

Ingat kembali kenapa kita mencari dan memilih jalan ini. Jalan yang penuh onak dan berliku. Semua akan kembali kepada Allah. 

Allah lebih besar daripada segala masalah yang kita ada. Dia yang uji kita, dan Dia juga yang akan berikan kita rahmat di sebalik ujian tersebut.

Salam julai 2017 yang cemerlang. Semoga kita sentiasa terpelihara hati, lidah dan perbuatan daripada perkara keji. Perbaiki diri setiap hari.  Aaamiin. 

Sunday, 21 May 2017

Hadiah Hari Guru Paling Bermakna Tahun 2017





Hadiah ini cukup bermakna. Ia sudah dipadam, namun tulisan itu cikgu simpan dalam memori dan hati ini.💖

(Cikgu suruh kira matematik, rupanya mereka ni berkira-kira nak conteng hati cikgu) Alahai. Terharu. 😄

Thursday, 18 May 2017

Kelebihan Anak Pandai Dan Rajin Mengaji Al Quran.


Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Kelas minggu ni, tiba-tiba rajin pula Mohamad nak mengaji dan minta mamanya semak.

Teacher, teacher. Dia panggil mama tunjuk kitab iqra'. Mama bagi kad huruf tak nak, ni baca iqra 3. 😄

Apa pun bolehlah Mohamad, janji suka minat baca. Nak baca sama abang kakak juga. 

Mudahan istiqamah suka mengaji. Aaminn.

 Semua orang nak anak pandai dan rajin mengaji. Al Quran penyuluh hidup dan membawa syafa'at.

Tak dapat ajar anak sendiri di rumah. Boleh hantar pada guru ajar anak mengaji. 

Ibu dan ayah yang hantar anak belajar mengaji dapat juga pahala berganda - ganda. 

Anak pandai rajin mengaji Al Quran, terang kubur kita nanti. Anak soleh, suka mengaji, harta yang kekal selepas kita mati.


Sunday, 14 May 2017

Nak Marah Anak Biar Sepadan Dengan Kesalahannya

Teks: Naimah Norman

Anak yang selalu dimarahi di rumah, di sekolah cikgu marah pun tak heran. Dah biasa. Tak rasa apa.

Marah itu fitrah. Tak normal kalau tiada marah. Tapi, marah yang berlebihan itu tidak digalakkkan

Hari-hari marah, hari-hari tengking, tinggi suara. Anak pun tak rasa apa dah. Hilang hormat pada mak ayah.

Kawal marah. Kita nak didik anak dengan ilmu, bukan dengan emosi.

Pesanan untuk diri sendiri yang pernah marah anak. Salahkan diri sendiri. Marah anak tak bertempat.

Anak tiada masalah. Yang bermasalahnya kita. Masalah jiwa, tertekan, serabut, anak jadi mangsa amarah kita.

Masalah kita fizikal, penat lepas pada anak. Kesian anak. Anak selagi dia masih boleh nangis bila kita marah, maknanya jiwanya masih halus.

Bersabar 10 minit untuk kesan 10 tahun akan datang. Bersabar! Berfikir dengan waras.


Friday, 12 May 2017

Mama, Janganlah Cakap Macam Tu, Tak Baik. Allah Marah.


Teks: Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi


"Mama, janganlah cakap macam tu, tak baik. Allah marah". Kata mohamad dengan nada kecewa

"Eeemm". Bunyi merengek. "Mamaaaa".(Panjang panggilannya. Muka minta perhatian).

Terdiam mama. Oh, mama silap cakap. Maafkan mama sayang. Mama peluk Mohamad.

Sebelum itu mama ada berkata;
"Mohamad, adek nak tidur, diam. Mohamad duduk luar kalau tak nak tidur".

Mama nak tidurkan adek, dia boleh menyanyilah, main tepuk-tepuklah, ada sahaja akalnya.

Anak usia 3 tahun ini, sudah sangat memahami dan peka emosinya.

Mohamad semakin matang, semakin memahami, semakin banyak akalnya.

Selamat hari lahir ke 3, Mohamad. Mama sayang Mohamad.



Selamat Hari Lahir yang ke - 3 untukmu Mohamad. Anak sulung mama yang semakin dewasa. 

Semoga Mohamad menjadi pendidik juga suatu hari nanti. Sayang Mohamad.

Thursday, 6 April 2017

Mak Ayah Asbab Rezeki Kita Murah

Teks: Siti Naimah Norman


Setahun lalu, saya pernah keliru. Masih tercari-cari identiti bisnes saya. Kadang-kadang rasa kurang yakin.

Nak jadi apa? Identiti bisnes apa? Memang keliru sangat.

Saya asal budak geomatik. Saya belajar ukuq tanah. Teropong-teropong gitu. Keluar "U" jadi ustazah mengajar sekolah rendah swasta.

Ajar subjek matematik dan sains. OK ada kaitanlah dengan kos geomatik.

Lepas tu kerja jadi kerani sambilan. Lepas tu jadi cikgu balik. Mengajar bahasa arab. Mengajar tuisyen. Buat hometuisyen sama.

Lepas kahwin berhenti mengajar. Kedebak kedebuk jadi cikgu juga sekarang.

Mungkin kerana doa Abah. "Besok besar jadi ustazah". Itulah lagu Abah buaikan saya. Ternyata doa ibubapa makbul.

Kita jangan lupa Mak bapa kita. Mereka juga asbab rezeki kita hari ini. Uhuhu. Rindu nak peluk Umi Abah.

#cikgusiti
#catatanharian

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...