Thursday, 19 July 2018

Kelas Cepat Membaca Personal

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Zaquan masuk kelas membaca personal.
Dia sedang lancarkan buku 7. 




Wednesday, 18 July 2018

Anak Aset Pelaburan Yang Tidak Pernah Rugi

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Buat latihan sambungkan nombor ni ahad lepas. Tergerak nak belikan abang Mohamad buku.

Kadang, terselit rasa bersalah pada anak sendiri. Nak mendidik anak orang lain ada masa, anak sendiri terabai pula.

Lama juga 30 minit dapat luangkan masa dengan abang. Belajar tulis nombor, kira dan sambung nombor.

Anak sangat perlukan perhatian kita. Kita je selalu kurang beri perhatian. Sibuk hal lain.

Peluklah anak, cium anak, bergurau manja, geletek, cakap sayang selalu pada anak.

Selagi mereka masih mahu bermanja menyendeng pada kita. Bila sudah besar, mereka dah terbisa sayang peluk cium. Taklah rasa segan dan kekok.

Ya, banyak kerja banyak urusan. Tapi percayalah asbab anak itulah banyak urusan hidup kita dipermudah.

Anak bawa rezeki, bawa bahagia. Layan anak sebagaimana kita ingin dilayan.

Saya pun masih belajar dan perbaiki cara mendidik anak. Anak aset pelaburan yang tidak pernah rugi.

Pemantapan Tajwid

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Alhamdulillah, malam tadi buat latihan Tajwid. Sebutan tebal atau nipis untuk perkataan Allah.


Untuk kelas iqra, aktiviti mewarnakan perkataan. Sambil cikgu berkongsi kisah Rasulullah.


Buat latihan, menulis, melukis paling seronok anak-anak ni. Kreatif.

Lepas tulis nota mesti tanya, boleh lukis cikgu. Boleh. Lukislah jawab saya.

Mereka lukis siap warnakan. Saya suka mereka menulis nota. Dapat latih tulis jawi sambil mengingat apa yang ditulis itu.

Monday, 16 July 2018

Perjuangan Ilmu Perlukan Pengorbanan

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Masa balik kampung raya tadi, saya duduk bersila di dapur. Abah duduk di kerusi makan.

Abah pandang saya, dia kata, "macam manalah ko nak kelas, anak kecil lagi ni".

"Hmm, boleh. Insyaallah". Jawab saya menyakinkan abah sedangkan saya pun resah fikir mana nak kelas, mana nak anak.


Alhamdulillah, dipermudah. Dapat pembantu juga untuk jaga anak.

Kelas sudah bermula 4 julai tadi. Insyaallah. Perjuangan ilmu, saya belajar tawakkal.

#cikgusiti #kelasmengajialquranalorgajah

Kelas Tuisyen Tahun 1, 2 dan 3.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Kelas matematik 2 minggu lepas, kami belajar topik wang. Saya bagi contoh wang.

"Cikgu tu duit raya ke"? Kata saif

"Cikgu tak bagi duit raya pun kat kami". Sambungnya lagi.

"Laaa. Kamu tak datang rumah cikgu pun beraya, mana nak dapat duit raya". Kata saya sambil ketawa.

"Yela, yela besok malam kami datang".

"Yelah tu. Hmm". Kata saya lagi.

Mereka ni berlima je yang datang beraya minggu lepas. Dapatlah mereka duit raya tu. ☺


Saya tunggu juga anak-anak didik saya datang hari raya tadi. Tapi tiada.

Yang ada bekas anak murid yang tudung biru mudah dalam gambar di atas tu. Bekas anak murid mengaji dan tuisyen tahun 1.

Tuisyen tahap 1 sekolah rendah, saya buat untuk subjek matematik, sains, bahasa melayu dan bahasa Inggeris.

Saya masukkan juga modul readeasy. Saya perhatikan, anak tahun 2 belum boleh lagi boleh membaca bahasa Inggeris dengan baik.



Sampai pejam-pejam mata nak pilih kad. Hehehe. Readeasy class. 7-9 years old students.

Kelas Mengaji Iqra dan Al Quran

Teks: Siti Naimah Norman

Alhamdulillah, sudah minggu ke 3 kelas Mengaji berlangsung. Kembali ke kelas setelah bercuti ramadhan dan syawal.

Sesi ke dua tahun ini, ada 5 pelajar baru. 4 baca iqra dan seorang baca Al Quran.

Kita sudah buka 2 kelas julai ini. Syukur, ada tutor yang mengajar. Kelas Iqra dan Al Quran diasingkan


Semalam, saya baru update senarai nama pelajar terkini. Ada 20 pelajar semuanya.

Semoga kelas berjalan lancar dan terus membantu anak-anak seronok belajar Al Quran.

Sunday, 15 July 2018

Pengalaman Pekerjaan Saya


Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Sejurus tamat belajar, saya telah diterima mengajar di Sekolah Rendah Islam Al Farabi, Meru Klang. Sekarang sudah bertukar nama Sekolah Rendah Islam Ar Razi.

Saya mula mengajar pada Januari 2012. Itulah pekerjaan pertama saya. Mengajar dajah 2, 3 dan 5. 

Selama 3 bulan saya mengajar, pada penghujung bulan mac 2012, saya nekad untuk berhenti kerja kerana ingin menyambung pengajian peringkat sarjana. 

Namun hasrat saya terpaksa lupakan kerana ada banyak halangan. Saya cari kerja. 

Saya dapat berkerja sebagai pembantu sambilan harian di Kementerian Pengajian Tinggi kontrak selama 3 bulan. 

Dengan gaji bulanan yang tidak menentu dan kos sara hidup yang tinggi di Putrajaya, akhirnya saya membuat keputusan tidak menyambung kontrak kerja dan pulang ke kampung.

Kebetulan ketika itu bulan ogos bulan ramadhan, ummi kebiasaanya mengambil tempahan biskut raya. 

Saya mengambil keputusan pulang ke kampung untuk membantu ummi menyiapkan tempahan biskut raya. 

Saya masih ada menyewa rumah di shah alam ketika itu. Hasrat saya ingin berkerja di Shah Alam kerana saya sukakan bandar itu.

Tenang dan penuh majlis ilmu. Mungkin juga saya sudah terbiasa hidup di bandar Shah Alam. 

Alhamdulillah, pada Januari 2013 saya diterima bekerja mengajar tuisyen bahasa arab di 'Arabic Learning Centre' di Seksyen 4, Shah Alam. 

Dalam masa yang sama saya dapat tawaran mengajar dia Sekolah Sri Pintar Al Amin, Subang. 

Saya pun berpindah ke Bandar Sunway di Subang dan tinggal di rumah yang disediakan sekolah.

Setiap malam isnin - jumaat saya akan mengajar tuisyen di Shah Alam. Siangnya saya mengajar di sekolah. 

Sehinggalah pada 24 Mei 2013 saya telah melangsungkan pernikahan. Alhamdulillah, rezeki kahwin saya dapat mengajar di Tadika IPD Alor Gajah.


Bermula 2015 sehingga kini, saya mengajar tuisyen. Kelas cepat membaca dan kelas mengaji.


Wednesday, 23 May 2018

Ramadhan Bulan Perubahan

Teks: Siti Naimah Norman


Assalamualaikum. salam sahur ramadhan ke 8. Ketika saya menulis artikel ini, jam menunjukkan hampir jam 5 pagi. Waktu sahur ni!

Sahur apa hari ini? Bagaimana puasa kita setakat ini? Lagi 3 minggu madrasah ramadhan akan berlangsung.

Semoga kita dapat maksimakan manfaat sebaiknya.

Nak jumpa lagi belum pasti lagi lepas ni. Kena tunggu 11 bulan lagi ;) Kalau ada rezeki kita. Gunakan bulan ini untuk berubah jadi lebih baik. Insyaallah!

Ramadhan kali ini saya berpantang anak ke tiga. Lahirnya 28 April lalu. Kira-kira 2 minggu sebelum ramadhan tiba. Kali pertama berpantang di bulan puasa. hehe.

Sebelum ini mengandung di bulan puasa pernahlah. Pengalaman Allah nak bagi. Alhamdulillah, tahun ni Allah bagi hadiah.

Dah sahur cepat. Ambil keberkatan sahur. Selamat Berpuasa semua. Semoga amalan kita diterima. Amiin


Thursday, 22 February 2018

Teknik Berkesan Ajar Anak Cepat Membaca.

Tempat Seminar: Dewan Serbaguna IPD, Alor Gajah Melaka.
*SEMINAR CEPAT MEMBACA CARA FONIK. BACALAH ANAKKU & READEASY*

🔖Inilah peluang untuk belajar teknik yang betul dan berkesan mengajar anak membaca seawal usia 3 tahun.

🌟Pengenalan fonik gabung bunyi bacalah anakku & readeasy
🌟Pendekatan fonik dalam mengajar membaca
🌟 Tips kesediaan membaca 0-4 thn
🌟 Sebut bunyi melalui lagu fonik abu ada ayam

🔖Terbuka untuk para ibubapa dan guru.

*HARGA PROMOSI* 😱😱😱
===================================
Daftar Seminar Cepat Membaca Cara Fonik *HANYA RM20!!*
===================================
♨PROMOSI SAH hingga *5 March 2018*❗❗

Nanti dulu, *ADA DISKAUN* hanya bayar *RM15/seorang* jika *DAFTAR 3 ORANG*.

SANGAT JIMATKAN?

 ðŸŒŸðŸŒŸðŸŒŸðŸŒŸðŸŒŸðŸŒŸðŸŒŸðŸŒŸðŸŒŸðŸŒŸ
Kami akan masukkan anda ke dalam Support Group di *GROUP SECRET FACEBOOK* _Ajar Anak Seronok Membaca_

🌟Access ke support group ini adalah *SEPANJANG HAYAT*!! - Tiada lagi tarikh tamat.

===================================
*SEMINAR CEPAT MEMBACA CARA FONIK. BACALAH ANAKKU & READEASY*.

🔥Daftar dengan _HARGA PROMOSI_ *RM20 sahaja* ATAU Daftar bersama 3 orang hanya  *RM15/seorang*
.
BETUL KE NI?
.
*YA..BETUL!! * Pendaftaran hanya sah hingga *5hb March 2018* ye.

===================================
DAFTAR SEKARANG:
http://www.wasap.my/60189069144/seminarfonik

*REBUT PELUANG INI SEKARANG! TEMPAT ADALAH TERHAD!*



Wednesday, 21 February 2018

Kerja Bisnes Itu Kerja Membina Diri Dan Orang Lain

Teks: Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi



Selamat menjemput rezeki hari ini. Dapat bangun jam 4 pagi suatu nikmat. Jam 4 pagi lebih, ketika gambar di atas ini diambil.

Allah kejut dapat bangun dan hidupkan tahajud. Masuk SOHO siapkan kerja. Rasa tenang.

Bancuh kopi, buka komputer dan rangka perancangan kerja.

Inilah masa untuk bersendirian. Anak tidur, kita pulun buat kerja. Kerja yang sentiasa bertambah.

Kerja bisnes kerja membina diri dan orang lain. Buka kerja mudah.

Pernah suatu ketika, ada seseorang berkata kepada saya.

"Awak sudah gagal dalam bisnes. Tak nampak hasil".

Saya menahan je rasa hati. Tapi, kita peduli apa jika orang bukan bisnes yang cakap.

Dunia bisnes bukan mudah, hanya yang memasukinya akan memahami.

Jika belum masuk ke dalam laut jangan disangka, dalamnya tiada sungai yang mengalir.

Faham ke faham?

Dalam laut memang wujud sungai itu. Memang wujud. 

Sebab itu, jangan mudah menghukum jika kita tidak tahu apa pucuk pangkalnya.

Buat bisnes perlu sabar.

Sabar nak tunggu hasil.

Sabar cari jalan.

Sabar kerenah pelanggan. Tu dah tentu.

Yang penting jangan pernah putus asa.

Tuesday, 13 February 2018

Sikap Orang Yang Berjaya

Penulis: Naimah Norman
Sumber Gambar: Koleksi Peribadi


Berjaya urus masa, berjayalah urus kehidupan. Masa itu amanah.

Orang yang berjaya itu tidak pernah jemu belajar. Tidak pernah jemu berdoa dan berusaha.

Minta pada Allah, rayu pada Dia.

Allah sayang kita, Dia uji kita. Dia juga yang pujuk hati kita kembali.

Dia sayang kita. Kita je yang selalu sayang perkara lain berlebihan daripada Dia.

Allah pujuk kita dengan banyak berita baik. Dia beri rezeki yang banyak. Terlalu banyak.

Kita rasa sempit dengan ujian hidup kita. Dia pujuk kita, tenangkan hati kita.

Ingat Dia kembali, dada kita rasa lapang, Dia beri rezeki yang tidak disangka-sangka.

Salam Motivasi 2018. Artikel pertama saya untuk 2018.

Kembalikan semangat menulis. Memberi dan terus memberi manfaat.

Yang Menulis:
Siti Naimah Norman

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...