Monday, 13 August 2018

Entri 36/44: Terapi Hati

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Jambangan coklat dan bunga ini, Kejutan buat suami pada ulangtahun perkahwinan kami tahun ini. Tangan tu bukan tangan saya. Ia tangan pereka jambangan. hehe

Bagi saya, ubat kepada hati adalah salah satunya kasih sayang. Kasih sayang yang dibuktikan dengan perbuatan. Mereka yang mengasihi akan dikasihi.

Sudah 5 tahun lebih saya hidup dengan pasangan yang ada OCD. Ia bukan sesuatu yang lazim. Ia sesuatu yang baru. Saya mula menerima takdir ini dan kuatkan diri.

Bukan mudah tapi tak mustahil untuk saya cuba memahaminya. Saya miliki pasangan yang sangat istimewa dan mertua yang sangat baik. Sangat memahami.

Anugerah dan rezeki buat saya. Pasangan  yang OCD pun suatu rezeki. Pagi semalam, suami beli nasi lemak. Kami makan untuk sarapan dan tengahari.

Makan malam beli juga. Sayang suami pada kami anak beranak.😊

Malam itu, saya lihat, tenung wajah suami tatkala dia tidur, ya! Ini hadiah daripada Dia, pinjaman dariMu.

Aku belajar bersyukur, aku belajar pujuk hati, aku belajar kuatkan hati dan rawat hati.

Siapa sahaja yang Dia takdirkan hadir dalam hidup kita ini adalah amanah. Jaga sebaiknya.

Dia suami, dialah bos saya di rumah. Saya akui banyak saya belajar bila bekerja dengan bos yang sangat skema. Kelebihan saya kekurangan dia, kelebihan dia, kekurangan saya. Saling melengkapi.

Ya takdir tuhan, saya bekerja di rumah, siapa nak pantau, siapa nak nasihat. Hadirnya bos yang garang ni, buat saya lebih disiplin, lebih tegas untuk maju jaya.

Insyaallah, Doakan kejayaan saya untuk terus kembangkan kelas dan bantu anak-anak mahir membaca. Amin.

Entri 35/44: Dunia ini Tiada Kepastian

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Google


Ujian hidup sering buat kita rasa lemah. Rasa tak mampu nak teruskan apa kita buat. Rasa tiada semangat sangat. 

Setiap kita diuji dengan masalah. Lebih meruntuhkan jiwa apabila masalah itu tiada jalan penyelesaian yang nyata. 

Bersabar telah lama bersabar. Solat, doa yang baik-baik. Namun namanya manusia, akan rasa bosan dan mula mengalah.

Cara saya ingat kan diri, sentiasa ingat mati. Selagi hidup, hadaplah masalah itu, bukan lari dari masalah.

Mengapa Allah uji saya dengan pasangan yang OCD. (Obsessive Compulsive Disorder)?

Selalu saya bertanya dan saya tahu jawapannya. Kerana saya layak diuji. Kerana saya mampu hadapinya. 

Pasti dan pasti suatu ketika akan ada hikmah. Ujian hidup kita hari ini adalah bekal untuk hari kemudian.

Bertabahlah dan bertaqwa. Dunia ini tidak akan lengkap tanpa masalah. Semuanya sementara sahaja percayalah. 

Akhirat itu yang kita kejar dan penentu kemenangan kita. Tiada lagi masalah, tiada lagi keluh kesah. 

Sunday, 12 August 2018

Entri 34/44: .Edar Kad Bisnes Percuma Di Google

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar:  Koleksi Peribadi


Cuba taip nama bisnes kita? Ada ke muncul di carian Google? 

Ni, saya cuba taip ada muncul nama kelas cepat membaca TCS. Itulah kebaikannya blog. Ada hubungkaitnya dengan google.

Kebanyakkan orang akan cari apa-apa maklumat semuanya dihujung jari. Taip di google keluar semua. 

Jika kita tidak menulis dalam blog, bisnes dan perkhidmatan kita, ia suatu kerugian.

Modal sangat rendah. Tak perlu nak print kad bisnes semua. Yang penting konsisten update blog. 

Jangan biar blog kosong dan terbiar. Modal masa dan idea. 


Entri 32/44: Kelas Membaca Fonik Di Melaka.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Readnetwork.com

Di Melaka, ada 4 lisensi yang sah di bawah readwork yang buka kelas membaca.

Ibu ayah bolehlah hantar pada mana-mana lisensi sah ini. Moga dipermudah anak belajar membaca.

Saturday, 11 August 2018

Entri 31/44: Anak - anak Yang Belajar Al Quran, Luarbiasa Pemikirannya

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi.


Pagi ini saya berjaga untuk tanda kertas kerja anak murid. Terlihat lukisan yang anak murid saya buat ini. Allah, luarbiasa sungguh imiginasi mereka. Mencuit hati dan kreatif. Belajar Al Quran sambil boleh lukis jalan cerita dakwah. Allahuakhbar!


Lukisan anak-anak ni, luarbiasa. Ada pesanan lagi, "adik-adik, jangan lupa mengaji ya".  

S😊d

Entri 30/44: Anak Belum Kenal abc Pun Boleh Cepat Membaca


Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Ada ibu bertanya saya,
"Cikgu, anak saya tak kenal ei bi si (abc) lagi, boleh ke belajar membaca".

 "Owwwh, boleh sangat. Sebab kita ajar bunyi aa, ii, uu". Jawab saya.

Sepanjang pengalaman saya mengajar, anak yang hafal nama huruf agak ambil masa untuk mengingat bunyi huruf. Mereka lebih didedahkan dengan kaedah mengeja nama huruf.

Saya dulu pun rasanya masa belajar membaca guna nama huruf, tak ingat bila pandai membaca masa itu. :) hehe. Tahu-tahu dah lancar membaca. Tak kenal fonik pun masa itu.


Bila saya mula ajar anak murid membaca, saya tercari-cari kaedah yang mudah dan cepat untuk anak pandai membaca. Ya, saya kenal dengan fonik, bunyi dan gabung bunyi. Saya gunakan kaedah ini.

Alhamdulillah anak murid dapat terima dan cepat membaca. Tidak semestinya perlu kenal semua huruf baru boleh membaca. Nama huruf kia akan ajar juga bila anak sudah lancar membaca. Matlamat sama nak anak cepat membaca, kaedahnya sahaja berbeza. 

Entri 29/44: Indahnya Perasaan Seorang Ibu

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Semalam masak nasi lemak sambal ikan bilis dan bengkang roti kegemaran anak-anak. Terutama abang Mohamad. Sambil makan, dia kata "hmm, sedapnya". sambil geleng-geleng kepala menikmat makanan.

Seronok mama lihat. Sekali hadap je, habis makan masa sarapan. Kek roti mama panggil sebab abang Mohamad suka makan kek. Mama suka buat kek yang mudah. 

Senang je buatnya, gaul-gaul roti, santan dan gula sikit. Bubuh kismis jika suka. Mama buat tanpa kismis sebab abang suka yang kosong je.


Lepas sarapan, abang dan adek main dan ketiduran. Kenyang makan kek roti gamaknya. :) Mama pun ambil peluang makan nasi lemak berseorangan

Perasaan bahagia dapat makan nasi lemak sambal ikan bilis masa anak-anak tidur. Indah perasaan tu. Ibu-ibu fahamkan? hehe


Entri 28/44: Usah Biar Anak Rasa Mereka Tidak Disayangi.

 Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi



"Mama tak sayang abang. Mama bukan sayang abang pun".
Skrip Abang Mohamad yang buat mama sebak.

Mama marah abang dan pernah pukul abang, jujur. Mama marah terpukul juga. Tapi pukulan yang tidak mencederakan. Allah, mengigil kadang tahan diri. Mama minta maaf lepas tu, peluk cium abang.

Lepas marah, mama nangis, rasa bersalah rasa berdosa rasa teruknya aku sebagai mak. Anak aku baru nak belajar kenal banyak perkara. Aku yang kurang sabar dan kurang ilmu.

Ibu ayah pelindung dan tempat bergantung anak-anak. Usah biar anak rasa mereka tidak disayangi. Ya, Allah hantarkan anak untuk beri peringatan pada kita. Jadi hambanya yang lebih beriman dan bertaqwa. 

Rasa takut dan gerun untuk khianat dalam menjaga amanah anak yang diberikan. Allah beri anak jaga baik-baik. Bersyukur dengan kurniaan anak.

Lepas ini, mama kena lebih peluk, cium dan beri perhatian. Perkara yang kita kurang beri pada anak adalah layanan. Mama sama seperti ibu - ibu lain. Bekerja dan menjaga anak. Allah, masa itu sangat suntuk dan pendek rasa.

Kadang terfikir, dalam sehari anak lebih banyak main sendiri dan mama sibuk buat kerja. Allah, bersalahnya mama. Ya, mama kena buktikan mama sayang abang. Mama tahu abang sedang bina keyakinan diri, jadi abang dan pemimpin pada adik-adik nanti. Insyaallah.


Thursday, 9 August 2018

Entri 27/44: Kekosongan Kelas Mengaji Alor Gajah Melaka

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Atas permintaan, Kelas Mengaji Iqra dibuka untuk 3 pelajar lagi.

Insyaallah, kita guna kaedah Al Matien. Anak-anak yang sudah lancar kita teruskan bacaan iqra disamping perkenalkan tanda bacaan dam cara bacaan.

Anak-anak yang sudah naik Al Quran kita fokus mantapkan tajwid. Perbetulkan bacaan panjang pendek.

Kelas dibuka untuk 3 pelajar lagi. Anak 5-7 tahun. Tempat terhad.👌

#kelasmengajialorgajah

Entri 26/44: Redha Ibu Bapa dan Redha Guru Dalam Menuntut Ilmu.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Mak ayah perlu redha dengan guru yang mengajar anak. Insyaallah mudah anak dapat belajar.

Adakala, mak ayah sangat menitik beratkan kehendak kita sebagai mak ayah dan kadangkala membelakangkan guru.


Membelakangkan guru yang mengajar anak kita seolah-olah tidak yakin dan rasa ragu dengan guru itu.

Malah, memburukkan guru di belakang, tak tahu mengajar, mengajar letak yuran nak duit semata.

Saya pernah dibawangkan, jika istilah yang viral sekarang "mak cik bawang"oleh ibu pelajar sendiri.

Tak tahu nak kata apa, diam dan buat seperti biasa walaupun hati berkecamuk.

Anak murid pun seolah-oleh tak kenal guru, walhal dah belajar hampir setengah tahun.

Anak tidak tahu menghormati guru, punca daripada mak ayah yang tidak menghormati guru.

Redhalah dengan guru yang mengajar kerana ilmu itu cahaya, sukar nak masuk jika ada hijab penghalang.

Ilmu akan digunakan anak untuk jangka masa panjang akan datang. Sentiasalah hargai guru yang mendidik kita dan anak-anak kita.

Guru redha, ilmu mudah sampai pada anak - anak. Guru pun manusia, jika kurang salah tegur cara elok. Bukan dibawangkan.




Entri 25/44: Menulis Itu Terapi Jiwa

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Google

Menulis itu terapi buat jiwa. Menulis meluahkan apa di dalam jiwa. Menulis di sisi positif untuk perkara negatif yang terjadi pada kita.

Menulis cara mengurangkan tekanan. Melegakan perasaan. Ya, lega perasaan bila terluah walaupun melalui tulisan.

Nak tulis panjang-panjang dalam Facebook orang tak suka baca kadang tak nampak "posting" kita tu.

Kita tulis dalam blog. Macam diari. Tapi tidaklah semua perkara nak ditulis.

Tulis untuk memberi semangat pada diri, memberi inspirasi untuk orang lain.


Saya selalu ingatkan diri sendiri, menulis ini untuk Allah sayang, untuk Allah redha. Jadi amal jariah. Bukan untuk terkenal, bukan untuk publisiti semata-mata.

Menulis ada pasang surut, dah datang semangat, 10 entri 1 hari pun boleh. Tapi, bukan semangat je perlu, konsisten itu lebih penting.👌

Insyaallah, moga terus bersemangat menulis. Salam jumaat yang diberkati. 💪

#kelasonlineblog

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...