Monday, 17 April 2023
Nak Berkat Ilmu, Hormat Guru.
Sunday, 16 April 2023
Medan Menuntut Ilmu Itu Jihad.
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Tuesday, 28 February 2023
Yakin Kebergantungan Kita Pada Dia
Teks: Naimah Norman
Sumber: Sitikids Open Day
Hidup ini jika kita fikirkan apa yang masih belum lengkap, kita akan kecewa banyak. Apa yang ada jaga dan perbaiki.
Tidak mudah namun percaya dan yakin selagi mana kita bergantung pada Dia Semata - mata, kita akan bahagia samaada kita ada atau tiada apa apa sekali pun. Usaha sehabis baik, jaga keberkatan.
Saturday, 5 November 2022
Kawal Apa KIta Fikir
Nak luar biasa berjaya memang ada cabaran nak kena hadap. Yang penting diri kita sendiri. Betulkan semula pemikiran, cara kita pandang sesuatu ujian dan cabaran tu dan rasa hati yang kita perlu kawal. Tak semua orang suka lihat kita berjaya berada di atas.
Fokus diri dan mereka yang sayang dan sokong kita. Yang lain letak tepi. Kita tak mampu buat orang suka kita. Kita buat sahaja apa yang Allah suka. Insyaallah Allah beri apa yang kita suka.
kawal minda kita akan bantu kita fokus apa yang perlu untuk kita capai apa sasaran kita. Hidup kita akan berubah bila kita mampu ubah cara kita fikir.
Monday, 24 October 2022
Rezeki Datang Dalam Pelbagai Cara.
Sunday, 23 October 2022
Usaha Di Dunia Untuk Menuju KepadaNYA
Teks: Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Dunia ini bukan dinilai siapa paling hebat, bukan siapa paling pandai berkata kata atau bertindak. Bukan siapa paling banyak harta atau kaya. Fokus usaha dan perjalanan bukan destinasi dan matlamat dunia sahaja.
Tuesday, 18 October 2022
Jauhi orang toxic
Teks: Naimah Norman
Usah tergugat apa orang lain kata jika ia tak membantu beri manfaat pada kita. Tak semua orang suka lihat kita berjaya. Ada yang lebih suka lihat kita jatuh dan susah. Orang begini toxic yang mesti kita jauhi.
Jumpa orang begini buang terus. Orang begini dengki, pasal dia tak dapat buat apa kita buat. Dia nak kita rasa putus asa. Allah hadirkan orang begini ada hikmah. Untuk kita betul betul usaha sehabis baik. Jangan pernah tergugat dengan toxic ini.
Masa berjalan, fokus diri dan apa kita boleh kawal. Orang nak cakap apa, orang nak buat apa pada kita serahkan urusan pada Allah untuk mengatur. Dia maha mengatur. Tidak akan dapat orang nak aniaya kita selagi mana Allah tidak izinkan.
Perjuangan ini tidak mudah. Doa sungguh pada Allah. Dia sahaja tempat kita bergantung.
Sunday, 16 October 2022
Adab Belajar Ilmu Supaya Mudah Faham
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Nak belajar bukan sahaja perlu kosongkan gelas, namun perlu buang, sental kerak yang ada dalam cawan tu. Baru ilmu mudah dihadam. Insyaalllah. #sitissharing #sitisuccess #cikgusitiphonicsmart
Monday, 15 August 2022
Perjuangan ilmu ini medan yang tidak mudah.
Teks: Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Perjuangan ilmu ini medan yang tidak mudah. Sepuluh tahun lepas, memang merancang nak sambung belajar, namun belum rezeki.
Bila dah sampai seru, tekad sambung belajar. Bukan nak kejar kelulusan semata-mata, namun belajar untuk tambah ilmu. Rezeki pasti ada buat mereka yang berjihad menuntut ilmu.
ain rasa belajar sambil kerja. Tidak mudah, namun ia terasa indah. Belajar dan mengajar. Moga Allah mudahkan jalan juang ini.
🌹Cikgu Siti🌹
Guru Baca dan Ngaji
Monday, 15 November 2021
Perjalanan Sitikids Bantu Anak Kecil Membaca
![]() |
0tPada Tarikh 3 88NoiveS3imbperfmn 20o19 |
Perjalanan Belajar Kehidupan Bisnes
Mengamit memori. Takkanku lupa. Nak ke sini setahun perjalanan cukup memberikan pengajaran. Ada rezeki belajar lagi.
Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...

-
Teks: Naimah Norman Sumber Gambar: Koleksi Peribadi Kenangan semasa mengajar di tadika. Menjadi guru di tadika Jaim IPD, Alor Gaj...
-
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah Melaka. Adam baru masuk belajar mengaji. Adam berusia 4 tahun lebih. S...