Tuesday, 26 January 2016

Bisnes Jamu Susuk Dara

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Koleksi Peribadi


Alhamdulillah. Rezeki bersusuk dara. Permintaan tinggi tau! Syukur! Lega dah selesai urusan. Pos dan hantar Jamu Susuk Dara kepada mak cik melor. Semoga membantu menyelesaikan masalah mak cik. Selesai juga hantar tugasan sebagai stokis JSD.

Alhamdulillah! Mama hadiahkan diri sendiri dengan coklat. Kita meraikan diri sendiri. Jangan terlebih had sudah. Rehat, releks, raikan. Kita akan seronok dan bersemangat dengan apa yang kita lakukan.

Selepas selesai hantar barang dan pos barang, makan coklat ini. Memang nikmat. Lega dah selesai tugasan. Jamu susuk dara mendapat permintaan tinggi. Masker vagina antara yang mendapat permintaan tinggi. Ia sangat diperlukan oleh wanita untuk penjagaan kebersihan bahagian intim. Harga pun berpatutan RM25 sekotak. 

Berminat untuk mendapatkan masker ini, hubungi mama whatsapp 0189069144

Ada yang mahu mula bisnes tapi tiada produk?
Mama cadangkan kome buat JSD ni. Jadi ahli sambil jana pendapatan?
Modal serendah RM100.
Berminat, hubungi mama ya atau whatsapp 0189069144
Siti Naimah Norman
Stokis JSD Alor Gajah Melaka.

Pengalaman Mengajar Di Sekolah Al Farabi / Ar Razi Klang

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Cikgu Siti

Alhamdulillah, inilah sekolan pertama yang cikgu siti mengajar. Inilah gambar-gambar kenangan dengan anak murid kelas 5 bistari. Ketika ini adalah jamuan perpisahan cikgu Siti berhenti. Cikgu Siti guru kelas darjah 5 bistari ini.

Sudah besar semua anak murid cikgu ini. Sudah sekolah menengah. Ketika di sekolah ini, mereka panggil cikgu sebagai Ustazah Imah. Cikgu mengajar darjah 2 dan 5 untuk subjek matematik dan sains.

Seronok walaupun hanya sempat mengajar mereka selama 3 bulan kerana cikgu berhenti untuk menyambung pengajian peringkat sarjana. Rindu mahu bertemu mereka lagi. Ada juga antara sebahagian anak murid cikgu ini yang kami berhubung melalui 'facebook'. In-syaallah ukhwah dan kasih sayang tetap berterusan walaupun jauh di mata. :)




Thursday, 7 January 2016

Petua Apabila Tercekik Tulang Ikan


Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Google

KISAH TERCEKIK TULANG IKAN. BERKAT SELAWAT.
Ini kisah benar. Baru semalam berlaku. Petang semalam, saya makan nasi lauk ikan goreng dengan sayur sawi tumis air. Baru 2 kali suap, saya rasa tercekik tulang ikan. Saya terus berlari ke singki dan muntahkan semua makanan yang dimakan tadi.

Saya cuba nak keluarkan tulang itu seperti keluarkan kahak tapi tidak berhasil. Saya cuba lagi dan tekak saya perit pula. Masa itu juga Mohamad terjaga daripada tidur dan menangis. Saya dukung Mohamad dan cuba pujuk dia. Kerongkong saya masih rasa tidak selesa. Saya cuba juga keluarkan. Jolok tekak guna jari untuk keluarkan tulang itu tetapi tidak berhasil malah tekak jadi perit dan berdarah pula. Mohamad masih menangis lagi. Dipujuk pun tidak mahu diam. Saya letak dia atas lantai dan biarkan dia menangis. Allah sahaja yang tahu masa itu, saya sangat tertekan!

"Mohamad, kejap ya, mama nak keluarkan tulang ni. Mama tercekik ni". Kata saya pada Mohamad.

Tekak saya rasa tak selesa. saya risau dan tertekan. Saya ada kelas petang itu. Bagaimana nak selesa mengajar jika masih rasa ada tulang tersekat di kerongkong. Saya mesti keluarkan juga. Saya biarkan Mohamad menangis. Saya tiada pilihan. Anak sekecil Mohamad masih belum memahami apa yang berlaku. Dia menangis dan terus menangis.

Saya pula masih berusaha mengeluarkan tulang yang tersekat itu. Telan nasi, minum air dan sebagainya. Takkan saya nak hubungi suami yang ada di tempat kerja pula. Saya harus selesaikan sendiri masalah ini. Dalam keadaan tidak selesa kerana tulang masih tersekat di kerongkong, saya ambil mohamad. Pujuk dan susukan dia. Saya peluk dia. Rasa bersalah membiarkan dia menangis tadi. Namun, saya terpaksa.

Sambil menyusukan mohamad, saya cuba bertenang dan baca selawat. Banyak kali saya baca selawat sambil gosok leher saya. Saya gosok arah ke bawah sambil baca selawat dan membayangkan tulang itu bergerak ke bawah. Banyak kali saya buat. Ini ujian buat saya. Allah takkan uji jika saya tidak mampu.

Kemudian, saya mandikan mohamad dan bersiap untuk mengajar kelas petang itu. Mohamad sudah tenang dan bermain. Kebiasaannya saya akan mandikan mohamad sebelum saya mengajar supaya dia selesa dan tenang. Apabila saya mengajar dia akan bermain sendiri. Main kereta atau mainlah apa yang dia suka.

Saya akan sentiasa berpesan padanya, "Mohamad, mama ada kelas ya kejap lagi. Kakak abang nak belajar ya. Kita belajar sama-sama ya sayang".

Mohamad hanya anguk-anguk. aa..aaa... Itulah dialog mohamad kebiasaannya.

Sementara menunggu kedatangan anak murid, ada masa sebelum kelas bermula, saya sambung makan nasi yang tidak habis tadi. Saya perlu makan kerana saya perlukan tenaga. Saya dah tak fikir hal tercekik tulang itu walaupun tekak saya masih rasa tidak selesa. Saya makan perlahan-lahan. Mohamad sibuk bermain masa itu. Saya makan sehingga selesai.

Allahuakhbar, selepas makan dan minum air. Saya duduk rehat sebentar. Anak murid belum datang. Saya cuba telan air liur. Subhanallah! Tulang yang tersekat di kerongkong saya sudah tiada. Menakjubkan! saya rasa selesa. Allah. Berkat selawat. Masyaallah. Syukur sangat saya. Saya dapat mengajar dengan selesa petang itu. Terima kasih Allah!

Memang benar, selawat akan menjadi syafaat dan pertolongan kepada kita. Pertolongan bukan sahaja di akhirat tetapi juga di dunia. Pertolongan dalam apa sahaja urusan. Ia kisah benar yang berlaku. Ia bukti keagungan kalimah selawat.

ALLAHUMMASOLLLIA' LAMUHAMMAD, WAA'LAALIMUHAMMAD.

Allah! benar sungguh kekuasaanmu. Istimewa sangat insan bernama MUHAMMAD SAW. Jujur, semalam hari yang sangat bermakna buat saya.
 smile emoticon

Berselawatlah!
Berselawatlah!
Berselawatlah!

Ia suatu kebenaran yang nyata!

Kisah benar, Oleh Cikgu Siti.
Siti Naimah Norman
naimahnorman.blogspot.my
.
.
.
*Ikan sekadar gambar hiasan

Susuk Kekal Dara II Untuk Penjagaan Bahagian Intim wanita


Vagina yang bersih penting untuk kesihatan rahim dan keharmonian suami isteri. Susuk Kekal Dara II membantu menyerap segala lendir, keputihan, darah atau saki baki kotoran yang terdapat dalam vagina. Hasilnya vagina lebih bersih dan mantap.

 Vagina yang mantap dan kukuh penting untuk menyokong rahim. Ia bagi mengelakkan berlakunya "tombong"atau rahim terkeluar daripada vagina. Ia sangat bahaya dan memudaratkan.


Alhamdulillah. Promosi SKD II yang bernilai RM100 untuk tiga bekas mendapat sambutan. Jimat berganda-ganda. 


Guna SKD II  ini seminggu sekali sahaja. Letakkan pada pangkal rahim untuk 12 jam dan kemudian keluarkan. Ini dia hasilnya.



Buat para isteri, jagalah diri kita. Kebersihan vagina kita. Insyaallah rahim juga akan sihat. 
Untuk pembelian seunit SKD II hanya RM45. Ianya ramuan asli tanpa bahan pengawet. Insyaallah menyelesaikan masalah wanita.


Untuk pembelian, boleh hubungi  whatsapp mama  (0189069144)

Facebook Page




Wednesday, 6 January 2016

Selamat Memulakan sesi Persekolahan 2016


Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Google



Assalamualaikum. 

Selamat kembali ke sekolah semua anak-anak dan selamat berjaya untuk ibu bapa yang menguruskan anak-anak ke sekolah. Sudah 4 hari sesi persekolahan bermula, moga tahun ini lebih seronok dan sistematik anak-anak ke sekolah. Belajar rajin-rajin. Semoga berjaya! 



Tuesday, 29 December 2015

Belajar Membaca Dengan Membina Huruf Daripada Playdoh

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Cikgu Siti




Homemade playdoh daripada tepung gandum. Cikgu Siti guna untuk bagi anak-anak murid membina perkataan menggunakan playdoh ini.

Seronok mereka bermain. Ia memerlukan imiginasi yang tinggi dan tidak semudah yang kita sangkakan. Bawah ini hasilnya.





Mohamad pun turut sama belajar sambil bermain. :)




Sunday, 27 December 2015

Pentingnya Kesihatan Buat Wanita Pengurus Rumahtangga




Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Jamu Susuk Dara Shop

"Cikgu Siti jual jamu ya. Tak segan ke cikgu jual Jamu Susuk Dara, produk intim, kesihatan suami isteri.".
 Kalau diikutkan memang segan. Tapi, ia keperluan. Jamu bukan untuk intim sahaja. Jamu untuk bersih dan sihat".

Mama ini cikgu di rumah. Mama juga berkongsi kebaikan Jamu Susuk Dara. Sebagai seorang isteri, ibu dan cikgu yang menguruskan hal-hal kerja di rumah dan mengajar di kelas, sememangnya tidak dapat dinafikan pentingnya tubuh badan yang cergas dan kuat.

Kadangkala bila dah ligat sangat kerja, rasalah juga sakit-sakit urat, kejang kaki dan lenguh-lenguh. Muda lagi dah rasa saki-sakit. Itulah akibat tidak menjaga pemakanan. Punca penyakit adalah salah satunya adalah daripada perut. Apa yang kita makan itu akan menentukan tahap kesihatan kita.

Selepas bersalin, kebanyakkanya wanita akan mengalami sakit urat. Banyak faktor seperti kerja berat, sejuk dan makan yang tidak berpantang terutamanya makanan sejuk dan ais batu. Saya ini "hantu ais'. Dari zaman bujang lagi memang gila-gila minum ais. Bila dah bersalin, saya memang minum ais setelah mohamad berusia setahun. Memang ketagih nak minum sekali pasti nak minum lagi. Sejuk dan sedap rasa. Tapi, kesannya tahulah. Lepas minum pasti sakit pinggang, urat semua. Memang sakit. 

Selepas kenal Jamu Susuk Dara ini, mama berpantang terus daripada meminum ais. Memang rasa perubahan positif kurang sakit badan. Memang ais diharamkan daripada menu mama. Jika makan di kedai memang minum air suam atau air jus buah suam. Lebih sihat. Tiada ais tiada makanan sejuk seperti tembikai, timun dan sebagainya.

 Bagi kalian yang ingin mencuba Jamu Susuk Dara, boleh ke page,
 https://www.facebook.com/Jamu-Susuk-Dara-Shop-1395744224081057/?ref=hl.
atau hubungi mama whatsapp 0189069144.

Bila kita guna, kita rasa sendiri keberkesanannya. Kita mahu orang lain turut dapat manfaatnya.
Biar produk berbicara. 

smile emotico

Wednesday, 23 December 2015

Doa Yang Tiada Selawat Adalah Doa Yang Tertolak

Teks: Naimah Norman
Gambar: Google

Hari ni, mama dengar pengisian Tanyalah Ustaz yang disampaikan oleh Ustaz Don. Topik pengisiannya adalah tentang Rasulullah. Mencintai Rasulullah. Ustaz menerangkan, Dalam berdoa, apabila kita tidak iringi doa kita dengan selawat dan memuji baginda, maka doa kita itu akan ditolak oleh Allah. Subhanallah. dalam berdoa pun perlu beradab. Di hadapan Allah, kita sangat hina. Memuji Allah dan Rasulnya adalah adab penting ketika berdoa.

Pernah tidak kita terfikir selama ini bagaimana kita berdoa. Ala kadar atau sungguh-sungguh serta beradab. Berdoa dengan penuh kesyahduan dan sepenuh hati. Merintih seperti seorang kekasih merintih kepada kekasih yang dicintainya. Usah kita pelik jika doa kita selama ini tidak diperkenankan oleh Allah, rupanya kita tidak beradab ketika berdoa. Allahuakhbar.
Tanda ingatan kita kepada Rasulullah adalah dengan sentiasa menyebut nama baginda. Berselawat kepada baginda.

Dapatkah kita berjumpa dengan baginda. Mengalir air mata ini ketika ustaz menceritakan tentang perjuangan Rasulullah. Baginda sangat merindui kita, umatnya. Kitalah yang Rasulullah sebut-sebut dihadapan para sahabat. Kita adalah golongan yang dirindui baginda. Golongan yang sangat mencintai baginda walaupun belum pernah melihat baginda. Kadangkala mama terfikir, adalah kita dikalangan golongan yang disebut itu.

Ustaz mengulas lagi, tanda kecintaan kepada Rasulullah adalah dengan membaca Al Quran. Rasulullah diutus dengan kitab Al Quran sebagai panduan umat sehingga akhir zaman. Seterusnya, jika kita mencintai Rasulullah, kita akan mempelajari sirah baginda. Kita akan bersama dengan yang kita cintai. Begitulah serba sedikit pengisian yang dapat mama kongsikan. Moga mama dan kita semua terus beroleh hidayah dan taufik untuk mencintai Rasulullah dan meneruskan perjuangan baginda. Amin.


Salam Maulidurrasul.










Thursday, 17 December 2015

Seronoknya Belajar Dengan Cikgu Siti

Teks: Naimah Norman
Sumber Gambar: Cikgu Siti

Alhamdulilah. Inilah komen daripada ibu pelajar cikgu Siti sendiri. Fahima baru sebulan masuk kelas membaca dengan cikgu Siti. Dia seronok. Syukur sangat cikgu rasa. Mudah - mudahan cikgu diberi kekuatan dan ilham yang lebih banyak untuk menjadikan kelas lebih menyeronokkan. 



Tuesday, 15 December 2015

Kelas Mengaji Fardu Ain

Sumber Gambar: Cikgu Siti

Alhamdulillah, cikgu siti diamanahkan anak murid seramai 8 orang bulan disember ini untuk mengajar mereka al quran.  Moga dipermudahkan dan diberi kelancaran untuk anak-anak didik cikgu siti ini. Amin.

Membaca doa sebelum mula mengaji.


Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...