Thursday, 13 August 2015

Suri Bekerja Dari Rumah Secara Sambilan

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: ABDR

Bekerja dari rumah menjadi pilihan sama ada lelaki mahu pun wanita. Kerja dari rumah secara sambilan kebiasaaannya dilakukan oleh mereka yang bekerja. Bisnes secara atas talian melalui 'online' menjadi pilihan. Untuk tambah duit poket katakan.

Selepas mendirikan rumah tangga, saya telah mengajar di tadika Jabatan Agama Islam, Melaka. Tadika IPD alor gajah. Selama 3 bulan saya mengajar, waktu itu saya belum benar -benar nekad nak bekerja dari rumah secara sepenuh masa. Saya hanya buat secara sambilan. Berniaga Aroma bunga dan Ekstrak bunga habbatussauda kepada rakan-rakan sekerja.

Suami pun galakkan saya bekerja. Waktu itu, kami masih baru mendirikan rumahtangga dan tuntutan keperluan kewangan sangat tinggi. Selepas melahirkan mohamad sehingga usia mohamad 3 bulan, saya masih berusaha mencari pekerjaan kerana kontrak mengajar saya telah tamat. Suatu hari, saya dan suami singgah solat di surau, kebetulan saya berkenalan dan bersembang -sembang dengan seorang wanita.

Wanita itu menawarkan diri untuk menjaga mohamad sementara saya solat maghrib. Rupanya wanita itu adalah pegawai bank Maybank. Dia sangat merendah diri. Dia tidak beritahu saya mengenai jawatannya itu, tetapi daripada alamat dan maklumat yang dia beritahu saya, saya dapat tahu yang dia bukan orang biasa-biasa. Dia meminta saya menghantar maklumat permohonan kerja."kalau ada rezeki, adalah ya, kita usaha" katanya pada saya.

Saya pun tidak meletakkan harapan yang tinggi namun jauh di sudut hari, saya berat hati hendak bekerja di bank kerana faktor jadual kerja yang sangat padat. Namun, saya tawakkal, jika ia yang terbaik, saya terima. Selama 3 bulan selepas itu, tiada jawapan mahupun panggilan temuduga. Saya pun pasrah, ia bukan rezeki saya. Saya teruskan berniaga secara online dan offline. Saya lebih banyak promosi secara online kerana agak sukar nak keluar rumah. Alhamdulillah ada sambutan daripada rakan-rakan dan juga rakan sekerja suami.

Saya nekad untuk terus bekerja dari rumah sepenuh masa. Bagi kalian yang sedang bekerja di perjabat dan miliki pekerjaan tetap, jangan sesekali berhenti kerja untuk berbisnes melainkan kalian benar-benar ada ilmu dan bisnes sudah maju. Buat secara sampingan dahulu. Untuk para isteri, berbincang secara baik dengan suami. Sebagai isteri, tanggungjawab mengurus kehidupan rumahtangga, melayan suami, anak dan kerja bisnes mesti diseimbangkan dengan baik. Isteri dan ibu adalah tanggungjawab utama. Kemudian sebagai pekerja dan peniaga.

Bekerja dan berniaga adalah sesuatu yang mulia. Insya-allah, dengan ilmu dan latihan yang betul, ia mampu memberikan kepuasan dan hasil. Bagi kalian para suri yang mahukan rujukan untuk membina kejayaan bekerja dan berniaga, buku tulisan puan Azura Abdullah ini sangat sesuai.



Dalam buku ini, beliau banyak berkongsi panduan dan pengalaman beliau sebagai jurutera dalam pada masa yang sama juga merupakan seorang peniaga.

Jika kalian berminat untuk dapatkannya, boleh hubungi saya,

Email: naimahnorman@gmail.com
SMS/whatsapp: 0189069144

Atau kalian boleh ke naimahnormanbookstore.blogspot.com untuk melihat keterangan lebih lanjut mengenai pengisian dalam buku ini.

Selamat maju jaya buat suri yang hebat sekalian!

Naimah Norman
(Mama yang bekerja dari rumah)

No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...