Assalamualaikum dan semoga kalian yang membaca dalam keadaan sihat dan bahagia selalu.
Lama tidak menulis. Bukan kerana kengkangan masa, atau kengkangan apa-apa tetapi kerana kemelut emosi yang melanda. Semangat menulis itu pudar seperti pudarnya keceriaan dalam hati.
Entah, tidak tahu bagaimana mahu dilepaskan. Ujian hidup akan sentiasa mengalir. Samaada deras atau biasa-biasa sahaja.
Kadangkala, kita melihat orang lain bahagia dan ceria hidupnya. Ada kasih sayang dan kebahagiaan daripada insan yang mendampinginya. Jujur, saya tidak cemburu, kerana saya rasa mungkin ia rezeki mereka.
Kita tidak tahu derita, kesakitan dan kesedihan orang lain. Kita tak nampak kerana kita tidak hidup bersama mereka. Mereka tidak pernah cerita pada kita, tentu sekali hanya bahagia yang kita nampak. Mungkin kita perlu melalui kesakitan sebelum kita rasa nikmat bahagia itu.
Hidup berpasangan ini bahagia andai saling berusaha memberi kebahagiaan. Saling berusaha menerima kekurangan masing - masing. Untuk berkahwin, kita tidak memerlukan cinta. Tapi apabila sudah berkahwin, bercinta itu wajib. Membahagiakan pasangan kita itu wajib.
Jika tiada cinta, suramlah perkahwinan. Gelap segala jalan dan hanya derita yang kita nampak. Menjalani hidup di alam perkahwinan itu memerlukan cinta. Cinta itu sifatnya bahagia. Ya, bahagia. Jika cinta itu hanya membuahkan derita. Maka, ia bukan namanya cinta tapi "binasa".
Kita sambung kemudiannya. Terlalu misteri cinta itu. Ok. Assalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...
-
Teks: Naimah Norman Sumber Gambar: Koleksi Peribadi Kenangan semasa mengajar di tadika. Menjadi guru di tadika Jaim IPD, Alor Gaj...
-
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah Melaka. Adam baru masuk belajar mengaji. Adam berusia 4 tahun lebih. S...
No comments:
Post a Comment