Teks: Siti Naimah Norman
Gambar : Koleksi Peribadi
Salah satu cara nak melatih anak menulis adalah dengan memberikan pendedahan aktiviti sensori yang banyak kepada anak. Seawal bayi boleh dimulakan kepada anak. Sentuhan dan kasih sayang anak semasa kecil memainkan peranan kepada perkembangan akal dan emosi anak apabila dewasa kelak.
Anak yang mendapat sentuhan fizikal dan juga emosi akan menjadi anak yang tinggi budipekerti. Sentuhan fizikal bukan sahaja perlu diberikan oleh ibubapa kepada anak seperti belaian dan ciuman, tetapi anak itu sendiri perlu diberikan pendedahan sentuhan sensori kendiri. Salah satunya berikan aktiviti yang anak boleh lakukan sendiri dengan pemantauan ibubapa. Ia membantu anak menguatkan saraf, otot dan melatih anak berdikari.
Sejak usia anak bayi, ibubapa boleh memberikan sentihan dan gosok badan anak sekerapnya. Selain mengurut dan mencium anak. Banyak lagi aktiviti kita boleh lakukan untuk anak ada saraf dan otot yang kuat seiring usianya nanti. Semakin membesar, otot dan saraf anak akan berkembang. Sepanjang tempoh itulah, kita perlu berikan sentuhan fizika, yang mencukupi kepada anak.
Gambar bawah ini adalah anak perempuan saya usianya 2 tahun lebih makan nasi memang bersepah. Kita rasa tertekan jika tidka faham fitrah anak kecil ini. Memang renyah dan sakit mata tengok. Tapi itulah yang bagus untuk melatih anak belajar menulis nanti. Anak akan bersikap lebih berdikari. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment