Sunday, 26 September 2021

Bagaimana Saya Bermula?

 

Assalamualaikum semua. Saya Cikgu Siti daripada Sitikids Reading Centre. Pemegang Lisensi Phonicsmart Malaysia. PS0402.

Bagaimana saya bermula, saya bermula dari rumah. Saya bekas seorang guru yang mengambil keputusan tidak meneruskan karier sebagai guru di tadika mahu pun sekolah. Saya waktu itu baru lepas berpantang anak pertama. Saya terus duduk rumah dan cuba cari jalan untuk bekerja dari rumah.
Saya fokus mengajar membaca dan mengaji, bermula di rumah. Saya bermula penghujung tahun november 2015, saya tiada modal atau simpanan yang mencukupi.
Waktu itu saya tiada persiapan rapi, berbekalkan apa yang saya ada, semangat dan keinginan yang kuat, saya teruskan mengajar. Hanya saya seorang mengajar, tiada pembantu.
Waktu itu sudah ada modul bacalah anakku dan ReadEasy, saya tidak menggunakan sepenuhnya modul itu. Yang saya tahu mengajar membaca mengeja. Gunalah apa sahaja buku pun, saya dulu pun waktu kecil belajar membaca mengeja.
Hari demi hari, saya punya keinginan untuk maju ke depan semakin membara, saya tekad untuk ambil lesen phonicsmart. Saya pinjam duit suami tau masa itu, saya hanya ada sedikit simpanan tabung haji saya keluarkan.
Saya bermula dengan niat ingin membantu anak murid tadika saya yang ingin belajar membaca, dan saya cuba bantu anak kecil berhampiran rumah saya. Setiap tahun saya akan buat pembaharuan demi pembaharuan, sehingga lahirnya nama Sitikids Reading House.
Perjalanan membina Sitikids ReadingCentre panjang. Kami beroperasi di Taman Samarinda Alor Gajah dan bakal membuka cawangan seterusnya untuk bantu lebih ramai anak kecil mahir membaca dan mengaji. Ayuh! Kita tulis je impian kita, moga menjadi doa dan kenyataan. Amiin.
Yang Menulis Dari Hati.
~Cikgu Siti~
🌹Cikgu Baca & Ngaji🌹

Saturday, 18 September 2021

Hijrah Tidak Mudah

 

Kenapa aku pakai purdah, sebab aku nak berubah. Hidup ini tak semuanya indah, hanya kembali pada Dia sahaja semua terasa indah.

Walau ianya tidak mudah, namun, aku percaya, semua atas aturan Allah. Bulan depan genap setahun aku berpurdah. Bulan pertama aku tak konsisten lagi, masuk je bulan kedua, aku tekad. Gerak hati dan jalan terus. Aku nak jadi lebih baik, aku pendosa yang mahu ke syurga.

Bagi aku, hijrah itu merangkumi semua, hijrah hati, hijrah fikiran dan hijrah fizikal. Setiap saat harus berusaha untuk hijrah. Aku tetap manusia, bukan malaikat. Ada amarah, ada kekhilafan. Namun aku belajar untuk ada pendirian yang tetap atas jalan yang aku pilih.

Pilihlah jalan yang membawa pada Dia, biar pun sukar dan penuh liku. Sungguh Syurga itu mahal.


Moga Allah redha dengan kita.

Cikgu Siti | Penulis | Cikgu Baca dan Ngaji

May be an image of one or more people, people standing, headscarf and body of water

Thursday, 26 August 2021

Perjuangan Agama Ibarat Mengenggam Bara Api

 

Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Google


Akhir zaman, memperjuangkan agama ibarat memegang bara api. Dipegang panas membara, jika dilepas terpadam api (agama).
Kerana sayang agama, maka, mereka yang memperjuangkan agama tetap teguh memegang bara api itu walau sakit dan pedih!
Persiapan zaman kegelapan. Siapkan amal, kembali kepada Al Quran dan As Sunnah. Salam Zohor.






Friday, 20 August 2021

Tangungjawab Besar Mendidik

 

Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi



Anak - anakku ramai. Tanggungjawab dan amanahku besar. Semakin hari semakin ramai anak - anak sitikids yang nak mahirkan membaca dan mengaji. Alhamdulillah. Moga Allah mudahkan mereka faham dan lancar belajar.

Jalan juang ini bukan mudah, namun saya pasti Allah tidak akan membiarkan saya sendirian memperjuangkan ilmu dan agama untuk manfaat orang lain. Sebaik - baik manusia adalah yang manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Insyallah. Moga Allah pilih saya syahid di jalan kebaikan.


SITI NAIMAH NORMAN
Sitikids Reading House.

Cari Ruang Masa Bermain Dengan Anak

Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi

Masa sangat terhad, tapi insyaallah rancang dan doalah Allah atur masa kita berkualiti untuk dapat bermain dengan anak. Masa kecil anak suatu kenangan yang tidak mungkin berulang dan sangat bermakna kerana ia adalah memori yang akan mereka ingat sampai dewasa kelak. 


Anak masih kecil, mereka minat bermain dan akan ajak kita bermain sama. Berilah anak hadiah mahal mana sekali pun, mereka tak ingat pun nilai mainan tu, yang mereka ingat siapa yang bermain dengan mereka.




Minggu lepas, saya reward anak anak jam robot ni murah je, beli di shopee. Saya dapat jam tangan baru, hadiah hari lahir, jadi anak -anak pun nak juga sama. Beli yang murah, main hancur pun hati kita tak hancur. Nikmati masa ketika anak masih mahu bermain dengan kita.



Thursday, 19 August 2021

Latih Anak Menulis Harus Dimulakan Sejak Bayi



 Teks: Siti Naimah Norman

Gambar : Koleksi Peribadi

Salah satu cara nak melatih anak menulis adalah dengan memberikan pendedahan aktiviti sensori yang banyak kepada anak. Seawal bayi boleh dimulakan kepada anak. Sentuhan dan kasih sayang anak semasa kecil memainkan peranan kepada perkembangan akal dan emosi anak apabila dewasa kelak.

 Anak yang mendapat sentuhan fizikal dan juga emosi akan menjadi anak yang tinggi budipekerti. Sentuhan fizikal bukan sahaja perlu diberikan oleh ibubapa kepada anak seperti belaian dan ciuman, tetapi anak itu sendiri perlu diberikan pendedahan sentuhan sensori kendiri. Salah satunya berikan aktiviti yang anak boleh lakukan sendiri dengan pemantauan ibubapa. Ia membantu anak menguatkan saraf, otot dan melatih anak berdikari.

Sejak usia anak bayi, ibubapa boleh memberikan sentihan dan gosok badan anak sekerapnya. Selain mengurut dan mencium anak. Banyak lagi aktiviti kita boleh lakukan untuk anak ada saraf dan otot yang kuat seiring usianya nanti. Semakin membesar, otot dan saraf anak akan berkembang. Sepanjang tempoh itulah, kita perlu berikan sentuhan fizika, yang mencukupi kepada anak.  

Gambar bawah ini adalah anak perempuan saya usianya 2 tahun lebih makan nasi memang bersepah. Kita rasa tertekan jika tidka faham fitrah anak kecil ini. Memang renyah dan sakit mata tengok. Tapi itulah yang bagus untuk melatih anak belajar menulis nanti. Anak akan bersikap lebih berdikari. Insyaallah.


Insyaallah, dengan kesabaran dan ilmu, kita akan mampu mendidik anak sejak kecil untuk ada kemahiran menulis yang baik. 

Your Mind Is Your Life

 

Teks: Siti Naimah Norman

Gambar : Sumber Google

Apa kita fikir, itulah hidup kita. Hidup kita banyak ditentukan daripada apa yang kita fikirkan. Guru saya pernah kata, Apa kita fikir mempengaruhi apa keputusan dalam hidup kita. Dalam hidup ini perlu fikiran positif dan baik - baik, agar akan datang yang baik- baik juga pada kita.

Seteruk mana pun hidup kita, susah atau dilanda ujian jika kita mampu  berfikir baik dan melihat hikmah, Insyaallah kita akan mampu mengawal tindakan kita. Tindakan kita itulah keputusan hidup kita.

Apa yang penting, berikan hak pada pemikiran kita. Fikiran kita yang terletaknya di akal atau otak. Otak perlukan makanan yang baik dan sesuai agar dapat menghasilkan input atau disembut mental atau akal. Sangat penting jaga otak agar dapat menjaga fikiran kita. 




Amanah Sehingga Akhir Hayat

 Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi

Anak anakku ramai. Tanggungjawab amanahku besar. Sitikids Reading House. Tugas mengemaskini maklumat anak anak Sitikids. Bukan kerja mudah. Zaman Pendemik ni kita ambil alih sementara. Insyaallah, ada rezeki nak ada pembantu pengurus yang cekap dan berdisiplin. Amiin. Doakan.





Thursday, 12 August 2021

Terapi Jiwa Dengan Bercucuk Tanam

 Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Facebook Siti Naimah Norman




Next projek sawi. Rasa banyak pulak letak anak benih tadi. Kita tunggu hasilnya. Jiran belakang rumah dah tegur, tanam bunga ke kak. Haah, tanam pokok. Insyaalllah suatu hari kita akan jadi petani yang berjaya. Sepuluh tahun lagi. Berangan itu free je.

Monday, 9 August 2021

Tiada Yang Sia Sia Aturan dan Ujian Allah Beri

 Teks: Siti Naimah Norman


Dalam hidup ini, sentiasa akan ada cabaran dan ujian. Semua itu bukan saja - saja Allah bagi pada kita. Semua pasti bersebab dan pasti akan ada hikmah. 

Kita rasa sedih dan sakit sangat. Rasa nak nangis dan perasaan geram. Rasa itu normal sehinggalah kita kembali kepada Allah, baru hati akan damai. Kembali mengingati Dia, rasa sedih dan menangis, tetapi lega. Menangis dalam mengingati Allah lebih baik berbanding ketawa dalam kemaksiatan.

Allah atur hidup kita, kita milik Dia dan Dia berhak menentukan jalan hidup kita. Yang pasti Allah tidak mentakdirkan sesuatu dengan sia - sia. Kita Hamba Dia, terima dan belajar redha. Redha tanpa persoal kenapa aku diuji, kenapa aku begini, dapat begini, kenapa aku tak buat jahat, tapi dapat jahat.


Damailah dengan takdir Allah. Apa yang buruk itu mungkin baik bagi kita. Datangnya ujian, buat kita lebih kuat jiwa, kita ubah hidup kita, kita jadi lebih baik daripada sebelum itu. Kita tetap ada pilihan. Takdir boleh diubah dengan doa dan usaha.

Tiada Yang Sia Sia Aturan  dan Ujian Allah Beri. Percaya dan yakin. Teruskan perjalan hidup kita tanpa menyesali atau mempersoal banyak takdir yang Allah beri. Disamping berusaha buat yang lebih baik dan hargai diri dan orang yang bersama dengan kita. 





Proses nak berjaya itu bukan mudah.


Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Sumber Google





Proses nak berjaya itu bukan mudah.

Perlu sentiasa kuat dan tabah.

Andai rasa nak rebah, cepatlah muhasabah!

Kembali mencari jalan dan arah.



Proses nak berjaya itu bukan indah.

Pasti akan rasa sakit dan lelah.

Lepaskan semua dengan cara berhikmah.

Kembali dan kejar semula kasih sayang Allah.

Assaalamualaikum semua yang bertuah.🥰

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...