Teks: Siti Namah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Ini bapak, tuan guru mengaji saya. Bapak cakap dengan umi "aku nak datang rumah ko, nak sarapan, lama tak jumpa ko". Bapak pun datang rumah umi makan roti canai ni ha.
Umi yang bagitahu saya, bapak nak datang rumah. Bapak dulu jiran sebelah rumah kami. Lepas itu, Bapak pindah rumah dan saya pun berhenti belajar dengan Bapak
Saya belajar mengaji dengan bapak masa sekolah rendah. Dalam darjah 4 atau 5 begitu. Bapak memang garang woo. Terangkat bila Bapak marah.
Tercampak songkok anak bapak bila marah. Alhamdulillah, belajar mengaji tak main-main. Bapak masih gagah boleh berjalan. Moga Bapak sihat selalu.
Monday, 6 August 2018
Entri16/44: Persediaan Peperiksaan Penggal 2 Dan Akhir Tahun
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
"Cikgu, jarum saat dengan minit mana lebih panjang?". Soal Saif.
hmm, berfikir sekejap. "saatlah yang lebih panjang". Jawab saya.
"wah! pandainya cikgu, mana cikgu tahu". Kata Saif sambil tepuk tangan.
"Tererlah cikgu". Tambahnya lagi.
"Mestilah. Cikgukan pandai, kalau tak takkan boleh ajar kamu". kata saya bergurau.hehe
Ceria kelas bila ada anak murid begini. Suka bercakap dalam kelas, tapi pandai matematik. Dia minat matematik. Suka hafal sifir.
Kelas minggu lepas, topik pendarapan dan waktu. Memang berkaitlah dengan sifir.
Alhamdulillah, Tuisyen Cikgu Siti sudah penuh ya.
Kita fokus untuk persediaan peperiksaan penggal dua & akhir tahun.
Gambar: Koleksi Peribadi
"Cikgu, jarum saat dengan minit mana lebih panjang?". Soal Saif.
hmm, berfikir sekejap. "saatlah yang lebih panjang". Jawab saya.
"wah! pandainya cikgu, mana cikgu tahu". Kata Saif sambil tepuk tangan.
"Tererlah cikgu". Tambahnya lagi.
"Mestilah. Cikgukan pandai, kalau tak takkan boleh ajar kamu". kata saya bergurau.hehe
Ceria kelas bila ada anak murid begini. Suka bercakap dalam kelas, tapi pandai matematik. Dia minat matematik. Suka hafal sifir.
Kelas minggu lepas, topik pendarapan dan waktu. Memang berkaitlah dengan sifir.
Alhamdulillah, Tuisyen Cikgu Siti sudah penuh ya.
Sunday, 5 August 2018
Saya Guru Sepanjang Hayat.
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Cikgu siti mengajar mana? Itulah soalan yang sering saya terima bila ada ibubapa nak masukkan anak kelas membaca.
Saya pun begitahu, saya pernah mengajar di Selangor sebelum saya berkahwin. Saya mengajar sekolah rendah. Lepas kahwin ikut suami menetap di melaka ni ha. Minta kerja dapatlah mengajar Jaim IPD sekejap.
Mula buka kelas atas permintaan ibu kepada anak murid jaim yang saya ajar. Sampailah sekarang ini. Masih mengajar dan menguruskan tuisyen. Dari 2015 buka kelas mengaji.
Saya ambil lesen mengajar bacalah anakku & ReadEasy pada Mac 2017. Pinjam duit suami tau. Ikat perut masa tu bayar hutang. Habis dan bayar. Lega. Gaji sendiri pun tak ambil mana.
Sudah setahun setengah kelas ini berjalan. Alhamdulillah. Doakan kelas ini mampu berkembang lebih jauh.
Moga dapat bantu anak-anak cepat membaca. Bahan bantu mengajar membaca pun ada dijual.
Nanti saya kongsikan ya. ✌
#cikgusitiphonicsmart

Saturday, 4 August 2018
Hidup Terus Memberi Manfaat
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Google
Bulan ni, bulan kelahiran saya. 3 Ogos. Tarikh hari lahir saya. Masih dipanjangkan umur hingga saat ini. Alhamdulillah.
Moga hidup ini terus bermanfaat kepada orang lain. Dikurniakan kekuatan jiwa, kesihatan fizikal dan kecerdasan akal. Amiin
Terima kasih buat sahabat semua atas ucapan hari lahir saya. Jangan lupa bagi hadiah ok. Hehee.😉
Tuesday, 31 July 2018
Anak 7 Tahun, Masih Beum Lancar Membaca
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Ramai sebenarnya anak dah tujuh tahun, nak dekat akhir tahun belum lancar membaca.
Ya, memang kosong kerana tak boleh membaca lagi. Tak faham soalan bagaimana mahu selesaikan soalan itu.
Sedih saya bila ibu ini meluahkan perasaannya. Siapa nak anak tidak boleh jawab soalan peperiksaan. Semua kalau boleh nak skor.
Soalan makin mencabar. Tapi anak tak boleh membaca lancar lagi. Kesian anak, tak mampu nak faham soalan.
Jomlah Cikgu bantu. Kelas Ogos ini tinggal 1 tempat lagi.

Ada seorang ibu yang anaknya bakal masuk kelas membaca bulan ogos ini, umur sudah 7 tahun. Keputusan peperiksaan banyak kosong.
Ya, memang kosong kerana tak boleh membaca lagi. Tak faham soalan bagaimana mahu selesaikan soalan itu.
Sedih saya bila ibu ini meluahkan perasaannya. Siapa nak anak tidak boleh jawab soalan peperiksaan. Semua kalau boleh nak skor.
Soalan makin mencabar. Tapi anak tak boleh membaca lancar lagi. Kesian anak, tak mampu nak faham soalan.
Jomlah Cikgu bantu. Kelas Ogos ini tinggal 1 tempat lagi.
Monday, 30 July 2018
Anak Tetap Keutamaan Walaupun Bekerja Di Rumah
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Hari ini, selesai makan dengan anak-anak lauk ikan goreng, telur dadar dan sawi bening.
Kakak zulaikha tidur tak lena, mama masak secepat yang boleh. Janji masak. Hehe
Kakak sudah 3 bulan. Latihan kuatkan bahu dan tengkuk. 😊
Saya seorang yang "simple". Makan tak cerewet. Janji terisi perut mama dan anak-anak.
Masa sangat terhad. Kerja banyak nak diselesaikan. Masak untuk anak-anak tetap menjadi keutamaan.
Ya, kerja juga penting. Pagi hingga petang bersama anak. Bekerja bersama tentera kecil. Menguji sangat!
Sabarlah. Masa kecil mereka seketika. Menjerit, menangis, mengamuk tak tahu punca. Mama kadang pening. Haha
Sabar dan kuatkan hati. Walau apa cabaran, anak itu amanah. Jaga sebaiknya.
Jaga emosi, kesihatan diri kerana anak-anak perlukan kita.
#wahm #catatanharian

Kelas Mengaji Ada Tiga Kekosongan Lagi
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Kelas Mengaji AlQuran Alor Gajah. Bulan lapan ni ada sorang pelajar baru akan daftar. Ada tiga kosong sahaja lagi. Tempat terhad.
Cukup koata pelajar kita tutup sementara pendaftaran. 💪 Fokus pelajar sedia ada dahulu.

Friday, 27 July 2018
Perbaiki Hidup Dengan Perbaiki Pemakanan
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Seminggu juga saya tak menulis. Kesihatan tak mengizinkan.
Kesihatan jiwa, kesihatan mental, banyak yang mempengaruhi produktiviti hidup ini.
Hari ni, siap mandikan anak-anak. Sediakan sarapan. Layan anak makan. Lepas tu, kemas dapur.
Masak tengahari pula. Aaiiih...Banyak pula nak senaraikan tugas pagi ni.
Ni nak buat air coklat schocolab & organic raw cane sugar. Perlahan- lahan kita perbaiki pemakanan.
Oklah. Salam jumaat semua.

Friday, 20 July 2018
Belajar Menulis Blog Secara Konsisten
Teks: Siti Naimah Norman.
Gambar: Koleksi Peribadi
Menulis perlukan skema, perlukan panduan yang betul. Kopi secawan juga jangan lupa ok.😁
Lama dah saya menulis, cuma kadang tenggelam, kadang timbul. Tidak konsisten.
Sukar dan mencabar sebenarnya menulis ini. Nampak mudah. Tapi tidak.
Saya mula menulis semasa belajar di universiti. Masa itu nama blog imanmujahidah.blogspot.com.
Nama blog pertama saya itu berkaitan dengan penghijrahan saya. Saya nak tulis sebagai dakwah.
Ya memang menulis, tapi ikut suka. Banyak singkatan perkataan. Tidak konsisten.
Akhirnya blog terbiar dan bersawang. Kemudian, blog kedua saya bina lepas saya berkahwin.
Blog untuk bisnes online saya. Itu pun separuh jalan. Nampakkan bukan mudah bila buat sesuatu sendirian.
Blog ke tiga dan kini masih terus menulis adalah blog ini. Ini selepas saya masuk kelas blog.
Belajar menulis secara konsisten. Tulis guna format yang betul.
Ya, Alhamdulillah. Moga saya terus istiqamah untuk berkongsi dan memberi manfaat.

Kekosongan Empat Tempat Untuk Kelas Al Quran
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah. Untuk kelas Al Quran, empat tempat lagi dibuka.
Anak-anak yang berumur 7 hingga 13 tahun kita terima.
Kebiasaan, anak dah masuk sekolah rendah, dah boleh baca ayat pendek-pendek.
Itu jika pernah mengaji. Kalau tak kenal huruf langsung kita masukkan kelas iqra. Belajar dari asas dahulu.
Jika anak dah naik Al Quran, tapi malas baca Al Quran di rumah. Masuklah kelas mengaji, ada juga masa nak ulang baca dan belajar tajwid sekali.
Belajar Al Quran ini perlu berterusan. Kalau tidak, akan lupa nanti.

Anak Oh, Anak
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Mohamad. Pegang kepala dan ditolak ke atas. Isssh, tak bolehlah.
Apa yang tak boleh abang. Tanya mama hairan.
Tak boleh cabut kepala ni, nak tengok gigi abang.
Hahahahaha 😆😆😆😆😆ketawa mama nak.
Ini kelakar, abang oh abang mohamad. Mana boleh cabut kepala tu. Kena tengok guna cerminlah abang.
Pengaruh tengok cerita robot kot ni. Main cabut kepala bagai.😅
Anak oh anak. Kadang kelakuannya menyesakkan jiwa, kadang menggelikan jiwa juga.
Gambar: Koleksi Peribadi
Malam sebelum tidur, saya pesan pada Mohamad, abang, nanti gosok gigi ya, nampak ada hitam-hitam pada gigi abang tu.
Mohamad. Pegang kepala dan ditolak ke atas. Isssh, tak bolehlah.
Apa yang tak boleh abang. Tanya mama hairan.
Tak boleh cabut kepala ni, nak tengok gigi abang.
Hahahahaha 😆😆😆😆😆ketawa mama nak.
Ini kelakar, abang oh abang mohamad. Mana boleh cabut kepala tu. Kena tengok guna cerminlah abang.
Pengaruh tengok cerita robot kot ni. Main cabut kepala bagai.😅
Anak oh anak. Kadang kelakuannya menyesakkan jiwa, kadang menggelikan jiwa juga.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...
-

Teks: Naimah Norman Sumber Gambar: Koleksi Peribadi Kenangan semasa mengajar di tadika. Menjadi guru di tadika Jaim IPD, Alor Gaj...