Wednesday, 24 June 2015

Bagaimana Saya Mula Terlibat Dalam Bisnes?

Teks: Siti Naimah

Assalamualaikum buat pembaca blog yang dikasihi kerana Allah. Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk saya dan kita semua mengharungi bulan ramadhan. Bulan ramadhan bulan mujahadah dan bulan tarbiah. Ramai yang merasakan ia bulan istimewa tetapi tidak ramai yang dapat menikmati keistimewaan tersebut. Moga kita menjadi dikalangan insan yang bertuah. Menikmati setiap saat istimewa dengan 'kekasih abadi' sepanjang ramadhan berlangsung.

Saya bukanlah orang yang mahir dalam bisnes kerana saya masih belajar dan sedang bertatih. Bisnes ini perumpamaannya seperti proses anak kecil belajar. Kita mempunyai keinginan yang kuat untuk mencuba. Bermula dengan keinginan dalam hati itu, kita akan cuba dan melakukan usaha. Usaha tanpa jemu. Jika kita lihat anak kecil, mereka sangat teruja mencuba sesuatu perkara. Ketika percubaan itu, mereka akan mengalami fasa kejatuhan dan kegagalan. Begitulah proses dalam bisnes. Perjalanan bisnes umpama anak kecil belajar dan membesar,

Fasa bermula untuk menerap, mereka akan cuba membalikkan posisi tubuh mereka dari baring melentang kepada baring menerap. Setiap anak yang membesar akan melalui proses ini. Mereka akan cuba dengan bersungguh-sungguh sampai kadangkala itu merah padam muka dan kadangkala menangis kerana tidak berjaya membalikkan badan. Namun, mereka tidak berputus asa dan cuba lagi dan cuba sehingga mereka berjaya.

Bermula dengan keinginan dan percubaan. Apabila kita telah mencuba bermakna kita sudah mula melangkah ke medan bisnes. Percubaan itu belum tentu menjadi tetapi kita sanggup ambil risiko. Rugi atau untung suatu yang tidak pasti. Namun ia adalah proses belajar. Ketika saya mula berfikir tentang bisnes, suatu persoalan yang saya fikirkan adalah bagaimana mahu berjualan. Keinginan hendak mula bisnes itu sangat kuat, tetapi saya kurang ilmu. Ketika itu, saya menyewa di shah alam. Selepas tamat kontrak kerja di Kementerian Pengajian Tinggi sebagai kerani sambilan harian, saya buntu tiada pekerjaan. Saya cuba untuk mencari kerja sambil mengintai peluang bisnes.

Bisnes yang saya lakukan ketika itu ialah baju ibu mengandung dan menyusu. Saya mendapat kepercayaan kawan saya untuk mengambil 10 helai stok dahulu dan ambil komisen daripada jualan tersebut. Saya berjaya jual sehelai sahaja, itu pun saya jual kepada kakak saya sendiri. Dapatlah komisen dalam RM10. RM10 itu jika saya tolak dengan kos tenaga dan minyak mungkin bakinya dalam RM5 begitu. Saya tidak tahu kira untung rugi, saya redah sahaja. Itulah kelemahan saya. Kurang ilmu dan malu untuk mempromosikan barang. Waktu itu, saya tidak tahu dan tidak terfikir pun untuk menjual secara atas talian  melalui 'facebook' atau blog. Yang saya terfikir, bawa balik stok ke kampung dan cuba jual.

Kemudian selepas saya berkahwin, saya pernah cuba juga bisnes produk kesihatan secara online melalui blog dan 'facebook'. Namun saya tak berjaya buat jualan. Saya tukar rancangan, saya berniaga tudung pashmina. Kesilapan yang saya lakukan adalah dengan mengambil stok terlebih dahulu. Saya tidak kaji trend dan permintaan pelanggan semasa.  Saya cuba berniaga secara online tetapi tidak berjaya juga. Tiada langsung jualan. Sangat sedih. Penat promosi tetapi tiada siapa yang mahu membeli. Dengan lambakkan stok, saya terfikir untuk berniaga secara offline. Dengan bantuan suami, melalui rakan suami yang selalu berniaga di pasar, saya letakkan stok. Alhamdulillah pashmina terjual dan dapatlah kembali modal. Namun, sejujurnya sehingga sekarang masih ada stok tersimpan.

Begitulah serba sedikit pengalaman bisnes saya yang tidak seberapa. Sekarang ini, saya berniaga produk kesihatan dan kecantikkan keluaran muslim serta makanan sunnah dan pelbagai buku dan ebook. Produk kesihatan dan kecantikan adalah yang sangat laris terjual dipasaran sekarang ini. Namun perlu pandai pilih agar tidak tertipu dengan stokis produk. Kaji terlebih dahulu sebelum mula menjadi agen jualan. Insya-allah, mula dari bawah, belajar daripada kesilapan dan terus berusaha. Alhamdulillah Allah pertemukan dengan ABDR dan Allah gerakkan untuk sertainya. Saya memang niat untuk bekerja sendiri dan miliki bisnes dari rumah. WAHM (Working at home mom), adalah keinginan saya sejak sebelum kahwin lagi.


Bukan mudah, tetapi bukan mustahil. Anda ingin mulakan kerjaya dari rumah? Mahu jana pendapatan hanya dari rumah? Tanpa meninggalkan urusan keluarga dan anak? Sertai ABDR, kerana kami merupakan mejoriti surirumah yang berlainan latar belakang tetapi punyai matlamat yang sama. Mahu jana pendapatan di samping bergelar isteri dan ibu yang berjaya di rumah.

Hubungi saya untuk mendaftar:
Call/Sms/Whatsapp: 0189069144
Facebook: Siti Naimah Norman
Email: naimahnorman@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...