Sumber Gambar: Majalah Pa&Ma
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada mentor saya Puan Masayu Ahmad dan guru online saya Kak Mie Normi atas bimbingan selama saya belajar di ABDR. Alhamdulillah peluang masuk majalah tidak saya sia-siakan. Ketika mentor saya memberikan peluang ini, saya tidak berfikir panjang dan segera bertindak. Rezeki saya terpilih bersama 2 orang lagi ibu yang merupakan alumni ABDR juga.
Mengapa saya meninggalkan kerjaya saya sebagai guru dahulu dan menjana pendapatan di rumah, saya kongsikan dalam ruangan bertajuk "Bestnya, mama berhenti kerja". Saya ingin kongsikan dengan para ibu yang ingin membina kerjaya di rumah. Kita mampu menjana pendapatan tanpa meninggalkan urusan keluarga dan anak- anak.
Bukan inginkan populariti namun saya ingin membuktikan bahawa ibu-ibu yang berhenti kerja dan meninggalkan kerjaya untuk menjaga anak dan keluarga mampu berjaya walaupun hanya di rumah. Saya ingin kongsikan kepada para ibu di luar sana, usah ragu-ragu jika ingin memulakan kerjaya dari rumah. Bimbang duit belanja tidak cukup, itu tidak cukup, ini tidak cukup dan sebagainya. Percaya, yakin dan tawakkal. Saya tidak sesekali menyarankan para ibu berhenti kerja tanpa membuat persiapan. Kewangan, mental dan sebagainya. Lakukan persiapan seawal mungkin. Berusaha gali ilmu dan berdamping bersama dengan mereka yang telah berjaya membina kerjaya di rumah. Insyaallah Allah bagi jalan.
Menjadi surirumah adalah kerjaya yang mulia. Ditambah pula apabila ada kerjaya di luar rumah. Ia menuntut pengorbanan tenaga, masa dan jiwa. Namun adakah selamanya kita ingin bekerja di luar rumah. Meninggalkan anak dan mengorbankan banyak masa di luar berbanding bersama keluarga. Kadangkala hujung minggu juga kita tidak mampu memberikan perhatian kepada keluarga kerana waktu itulah kita nak berehat selepas seminggu penat bekerja. Namun sampai bila? Suatu saat kita mahukan kebebasan bekerja sendiri. Berada disamping keluarga tercinta dan menjaga anak sendiri. Ia nikmat terindah. Insyaallah, "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".
No comments:
Post a Comment