Gambar: Koleksi Peribadi
Selepas saya berhenti mengajar di Sekolah Ar Razi, Meru Klang, saya batalkan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Saya berusaha mencari kerja. Alhamdulillah. Rezeki dan bantuan seorang kawan, saya diterima bekerja sebagai kerani sambilan harian di Kementerian Pengajian Tinggi. Ianya adalah kerja sambilan yang mana sebagai sokongan kepada kerja -kerja pengurusan di Kementerian Pengajian Tinggi. Ia bukan jawatan tetap dan tidak akan diserap sebagai penjawat awam.
Surat tawaran yang masih saya simpan sebagai kenangan |
Dengan gaji sebanyak RM54 sehari, saya teruskan kehidupan. Kadangkala kerja hanya beberapa hari sahaja dalam sebulan. Paling banyak pun 23 hari jika tida hari cuti. Tidak kerja tiada gaji. Begitulah kerja sambilan harian. Rutin kerja secara manual. agak membosankan juga, tetapi kerana ingin mencari pendapatan, saya layankan dan buat sebaik mungkin.
Kerja di sektor awam pada waktu itu memang ada jadual waktu rehat, jam 9 pagi. Boleh berhenti sekejap buat solat sunat dhuha. Rehat jam 1 petang. Saya biasa tidur khailullah sebelum zohor. Pukul 5 dah balik. Kerja tidak penat, cuma agak membosankan bagi saya. Tapi, ia pengalaman yang bermakna. Kontrak selama 3 bulan dan boleh disambung jika ada permohonan.
Setelah kontrak kerja saya tamat, pada bulan ogos, saya ambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman. Ketika itu bulan puasa dan akan menyambut aidilfitri beberapa minggu lagi. Umi kebiasaannya mengambil tempahan membuat biskut raya. Saya pulang ke kampung dan membantu umi menyiapkan tempahan. Sehinggalah habis sambutan hari raya aidilfitri, saya kembali ke shah alam untuk mencari peluang pekerjaan. Begitulah serba sedikit pengalaman saya bekerja di sektor kerajaan. 3 bulan pengalaman.
No comments:
Post a Comment