Gambar: Koleksi Peribadi
Sejak kebelakangan ini, saya suka menulis mengenai makanan. Saya bukannya pandai sangat memasak dan ada masa rajin dan ada masa malas memasak. Masak biasa-biasa asal boleh makan, itulah pilihan saya. Tapi masak untuk suami perlu betul-betul. Masak dari hati, masak dengan iman. Bak kata Chef Ammar. Betul tidak?
Saya semasa zaman belajar dahulu, duduk di asrama. Memasak memang tidak dibenarkanlah. Kemahiran memasak memang saya kalah. Semasa semester akhir pula, saya duduk menyewa bilik. Duduk dibandar besar seperti Shah Alam semuanya mahal. Pernah sekali itu, saya nak jimat saya beli periuk nasi dan cuba masak. daptlah jimat seminggu. Seminggu sahaja guna, periuk nasi rosak. Mungkin periuk nasi murah. Kelakar pun ada. Memasak senyap-senyap kerana tidak mahu tuan rumah tahu. Duduk menyewa bilik tiada dapur mahu masak. Sudahnya rosak. Selepas itu, saya beli makanan di kedai sahaja.
Teringat saya kenangan zaman belajar dahulu. Rindu pun ada. Kenangan terindah. Semalam kebetulan gas habis. Waktu pagi pula, sempat masak kentang untuk mohamad sahaja. Lauk makan tengahari tiada. Kebiasaaannya suami yang pergi beli. Hendak mengangkat tong gas yang berat itu, saya memang tidak akan angkat.
Dengan berbekalkan pengalaman memasak menggunakan periuk nasi, saya pun masak ikan singgang. Mudah, masukkan sahaja semua bahan dalam periuk nasi dan tekan. Sekejap sahaja masak. Tetapi suami tidak tahu saya masak guna periuk nasi. Kalau tahu mesti membebel agaknya. Tidak mengapalah, janji dapat masak, Mohamad pun makan lauk yang sama. Mudah sahaja hidup ini. Gunakan apa yang ada.
Yeah! Mudah tak?
Satu kaedah sahaja tidak cukup. Begitulah ibaratnya bisnes. Jika tidak boleh cara itu, guna cara lain. Fikirkan alternatif dan kurangkan fokus pada kekurangan. :)
No comments:
Post a Comment