Gambar: Google
"Ya Allah, jadikanlah kami hambaMU yang bersyukur." Amin
Syukur masih ada tenaga, masih mampu bercakap, berdiri dan bergerak. Allahuakhbar!
Tanda kita hamba yang bersyukur adalah apabila kita tidak terlalu gembira mendapat sesuatu nikmat dan tidak mengeluh, marah atau merungut apabila diberikan ujian.
Ujian tanda kasih sayang Allah. Tanda Dia mahu naikkan darjat kita. Berbahagialah apabila diuji. Saat kita rasa lelah dalam menghadapi kesusahan. Lihatlah kesusahan dan ujian orang lain, kita akan lebih ringan.
Ujian ketika senang tentu berbeza. Susah itu ujian, senang itu juga ujian. Jalani hidup ini seadanya. Hidup ini sebuah tanda tanya. Bersabar dan berusahalah sebaiknya.
"Bahagia itu puncanya hati yang bersyukur"
-Ustaz Ebit Lew
-Ustaz Ebit Lew
No comments:
Post a Comment