Sebentar tadi aku sempat berbual dengan umi tentang beberapa perkara. Antara isu menarik yang kami bualkan ialah berkenaan dengan situasi wanita zaman sekarang yang kebanyakan mereka memilih untuk bekerjaya.
'Firstly', bagi aku keadaan zaman moden sekarang adalah normal dan sudah menjadi kebiasaan bagi kaum hawa untuk bekerja, mempunyai karier dan pendapatan sendiri. Ini adalah pandangan peribadi aku secara umum dan aku yakin kebanyakan kaum hawa setuju dengan pendapat ini.
Gambar hiasan |
Wanita yang bekerjaya ada kebaikannya dan ada juga keburukannya. Antara kebaikkan bagi wanita yang bekerjaya ialah mereka akan belajar berdikari, mereka tahu kesusahan dan kepayahan kaum adam yang memang tugas kami mencari dan memberi nafkah kepada ahli keluarga.
Selain itu juga dalam hidup berumah tangga, kaum hawa yang menjadi isteri kepada suami sudah tentu dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh suami. Jadi dengan pendapatan hasil daripada pekerjaan mereka itu dapatlah menampung segala perbelanjaan seisi rumah dan boleh hidup lebih senang, insyaAllah..
Walau bagaimanapun ianya perlu bergantung kepada situasi. Jika wanita itu bujang maka terpulanglah kepada mereka untuk memilih untuk bekerja ataupun tidak kerana itu adalah hak individu. Akan tetapi jika wanita tersebut sudah berkahwin, sudah menjadi 'concern' bagi si suami untuk membenarkan ataupun tidak isterinya untuk bekerja.
Secara peribadi, aku memang tidak menggalakkan wanita ataupun secara lebih khususnya adalah isteri untuk bekerja. Banyak keburukannya daripada kebaikan. Antara keburukannya ialah masa bersama keluarga akan menjadi terhad. Bekerja adalah tanggungjawab utama bagi seorang laki ataupun suami sebab untuk mencari nafkah. Jika suami balik dalam keletihan dan dalam masa yang sama si isteri juga pulang daripada kerja dalam keletihan, jadi bilakah masanya kedua-dua suami isteri ini akan ada masa yang selesa untuk bersama?
Jika si isteri tidak bekerja sudah tentu isteri akan menunggu kepulangan suami dengan gembira dan boleh menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan lebih baik seperti menyediakan makanan untuk suami dan sebagainya. Sudah tentu si suami juga akan gembira dan akan hilang segala penat lelah seharian bekerja.
Bagaimana pula dengan masalah cuti yang tidak sama? Bagaimana pula dengan pasangan yang perlu outstation? Bagaimana pula jika salah seorang ditukarkan tempat bekerja? Semua ini adalah masalah-masalah yang perlu difikirkan jika si isteri ambil keputusan untuk bekerja. Bahagiakah rumah tangga jika berlaku perselisihan dalam hal-hal begini dan semua ini akan menjadi bahan ungkitan.
Selain itu faktor anak-anak juga menjadi penyebab kenapa aku tidak bersetuju jika wanita ataupun isteri yang bekerja. Ingatlah, tujuan seorang lelaki berkahwin bukanlah untuk mencari seorang isteri untuk dirinya semata-mata, tetapi dia juga inginkan seorang ibu dan guru untuk anak-anak nya nanti.
Jika seorang isteri ataupun ibu itu bekerja, bilakah masanya untuk suami dan anak-anak? Siapakah yang akan menggantikan tugasannya untuk mendidik anak-anak di rumah? Adakah amah yang sepatutnya menggalas tanggungjawab tersebut? Sama sekali tidak. Sudah tentu seorang ayah mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Jadi seorang isteri adalah seorang ibu dan guru yang terbaik untuk anak-anaknya.
Aku tahu antara sebab lain wanita ingin bekerja adalah kerana tidak mahu menyusahkan suaminya mencari nafkah seorang diri. Jadi jika mereka bekerja, mereka tidak perlu lagi menggunakan duit suami untuk memenuhi keperluan mereka. Tapi wahai wanita, anda perlu tahu walaupun kamu bekerja, suami masih wajib melaksanakan nafkah ke atas kamu. Jadi walaupun wanita bekerja, si suami masih juga wajib menanggung si isteri. Jika tidak berdosalah si suami.
Antara sebab lain wanita ingin bekerja adalah sebagai persediaan jika mereka ditinggalkan ataupun si suami meninggal dunia. Maka mereka takut kehilangan tempat bergantung sekiranya mereka tidak bekerja. Yup memang betul. Tapi jika dari awal lagi berfikiran begitu bermakna kita tidak percaya dengan qada' dan qadar yang Allah telah tentukan. Jika takut begitu lebih baik hidup seorang diri dari awal lagi. Cuba kita lihat nenek moyang kita dahulu, tiada pun berlaku seperti mana yang kita fikirkan sekarang.
Para wanita, anda jangan salah paham. Semua ini bergantung kepada situasi juga dan ini sekadar pandangan peribadi aku sahaja. Aku sendiri pun jika keadaan memaksa, insyaAllah aku juga akan membenarkan my future wife untuk bekerja. Contohnya pendapatan suami tidak mencukupi untuk menyara keluarga ataupun untuk hidup sedikit senang, jadi pada masa itulah suami perlu membenarkan si isteri bekerja.
Jika sudah ada persetujuan kedua-dua belah pihak bolehlah teruskan seperti apa yang dirancang. Jika suami tidak bersetuju lebih baik tidak bekerja kerana kerjaya paling mulia bagi seorang wanita ialah menjadi seorang isteri yang solehah untuk suaminya dan menjadi ibu dan guru sepenuh masa untuk anak-anaknya.
No comments:
Post a Comment