Tuesday, 19 May 2015

Teknik Mudah Ajar Anak Tentang Allah

Teks: Naimah Norman
Gambar: Google

“Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].



Bayi yang berada dalam rahim ibu akan memiliki pendengaran yang baik.  Bayi mampu mendengar apa yang berada di luar rahim ibunya. Suara ibu dan ayahnya, bunyi-bunyi yang kuat dan perlahan akan meransang bayi tersebut. Jika ibu-ibu yang mengandung perasan, akan ada perbezaan pergerakan bayi anda apabila mendengar bunyi yang kuat. Pergerakannya pun akan lebih kuat dan lebih banyak dan begitulah sebaliknya. Ajari anak anda mengenal Allah ketika dia berada di alam rahim lagi.

Bagaimana para ibu dapat memberikan pelajaran mengenal Allah kepada bayi?

1. Perkara paling mudah adalah dengan bacaan  'basmalah'.



Bacaan yang memuji Allah. Bacalah di setiap langkah dan pekerjaan yang dilakukan. Dengan kekerapan membacanya, bayi akan merekod bunyi bacaan tersebut. Insya-allah apabila anda menyebut di hadapan bayi anda apabila mereka sudah lahir, mereka akan memandang lama wajah anda seolah-olah sedang mengingati semula bacaan itu.

2. Ucapkan 'alhamdulillah'.

Setiap pagi, jika boleh, bangun daripada tidur, ucapkan sambil usap perut. Setiap kali mendapat nikmat, jangan lupa ucapkan walaupun sekecil-kecil nikmat.




3. Kemudian, ucapkan juga 'allahuakhbar'.



4. Ucapkan juga 'lailahaillahllah'.



Ucapan-ucapan ringkas ini mudah diingati dan diucapkan. Tidak perlu diucapkan ketika selepas solat sahaja, ia adalah ucapan yang dapat dilakukan bila-bila masa sahaja. Ketika berada di rumah, selalulah bersembang dengan bayi anda dan selitkan kalimah-kalimah suci di atas. Jika boleh beserta maknanya sekali. Dengan mendengar suara ibunya, bayi akan lebih teransang dan seronok walaupun hakikatnya bayi tidak memahami apa ucapan tersebut. Jika hendak baca Al Quran mungkin terasa berat, mungkin boleh cuba ucapan-ucapan ringkas ini.

5. Yang terakhir, selalu perdengarkan bayi anda dengan azan.

Insya-allah, bayi akan merakam bunyi bacaan tersebut dan perkataan Allah itu sudah ada dalam memori anak anda sejak daripada dalam rahim lagi. Biasakan mendengar azan di setiap waktu, bayi 
akan memahami rutin jadual waktu azan tersebut. Mereka akan bergerak-gerak apabila mendengarnya. Saat bayi anda bergerak, itulah saat yang anda nantikan sebagai ibu, bukan? Indahnya perasaan ketika itu tidak dapat digambarkan. 

No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...