Tuesday, 18 August 2015

Cara Untuk Menjadikan Pejabat Di rumah


Sumber:  101 Idea Home based Bisnes.


Bekerja di rumah bunyinya macam hebat, indah dan seronok. Bekerja sendiri, juga nampak gah. Tetapi, apa yang pasti cabarannya juga bukan calang-calang. Berani menanggung risiko atau tidak.

Terdapat beberapa cara berikut untuk anda merealisasikan matlamat bekerja di rumah. Luaskan lagi fikiran tentang bekerja di rumah, bukan sekadar untuk hobi, kebebasan. Sebaliknya jadikan wahm atau soho sebagai salah satu cabang menambah pendapatan untuk seisi keluarga.

Berikut adalah cara untuk mendalami dan bermula menjadikan pejabat di rumah menjadi kenyataan.

1. Lakukan secara sambilan.

 Sekiranya anda gusar tentang kewangan masih lagi belum stabil sekiranya berhenti kerja. Jadi lakukan ia secara sambilan. Tumpukan semasa pada hari tidak bekerja seperti di hujung minggu atau masa-masa tertentu yang anda boleh pilih sendiri untuk mula fokus jenis kerja atau bisnes untuk dilakukan di rumah.

2. Cuti tanpa gaji.

Jika majikan di tempat kerja memberi peluang untuk cuti tanpa gaji, sama ada selama enam bulan atau setahun. Pilihan adalah di tangan anda dan toleransi majikan. Jadi gunakan sepenuhnya untuk bermula dan membuat apa sahaja jenis pilihan kerja atau bisnes yang sudah anda rancang selama ini. 

Katakanlah ia sangat bagus dan anda mampu menjana pendapatan sampingan, teruskan ia. Kembali semula bekerja seperti biasa, manakala soho anda tetap diuruskan seperti biasa. Jika anda mampu boleh mengupah pekerja tetap atau secara sambilan.

3. Menjana pendapatan sampingan.

Anda suami isteri sangat sayang kerjaya yang sudah di sandang sekarang, jadi menjadikan peluang menambah pendapatan atau memiliki sendiri soho di rumah adalah satu lagi usaha yang boleh dilakukan suami isteri. Kebanyakan masa adalah berada di rumah, tidak perlu lagi mencari peluang kerja tambahan yang memerlukan anda berada di luar rumah.

Baca selanjunya dalam Ebook 101 Idea Home based Bisnes.



PROMOSI.

Harga asal untuk Ebook 101 Idea Home based Bisnes ialah RM50.

Tetapi, dengan promosi, anda boleh dapatkan ebook in sebagai BONUS dengan pembelian Ebook, 

Yay! Mama Sudah Resign dan 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online pada harga RM50. 

Sangat menjimatkan!
3 EBook pada harga RM50.

Promosi tamat pada 31 ogos 2015.

Dapatkan Ebook ini sekarang?
Sila whatsapp  "BONUS 101" ke 0189069144.




Thursday, 13 August 2015

Suri Bekerja Dari Rumah Secara Sambilan

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: ABDR

Bekerja dari rumah menjadi pilihan sama ada lelaki mahu pun wanita. Kerja dari rumah secara sambilan kebiasaaannya dilakukan oleh mereka yang bekerja. Bisnes secara atas talian melalui 'online' menjadi pilihan. Untuk tambah duit poket katakan.

Selepas mendirikan rumah tangga, saya telah mengajar di tadika Jabatan Agama Islam, Melaka. Tadika IPD alor gajah. Selama 3 bulan saya mengajar, waktu itu saya belum benar -benar nekad nak bekerja dari rumah secara sepenuh masa. Saya hanya buat secara sambilan. Berniaga Aroma bunga dan Ekstrak bunga habbatussauda kepada rakan-rakan sekerja.

Suami pun galakkan saya bekerja. Waktu itu, kami masih baru mendirikan rumahtangga dan tuntutan keperluan kewangan sangat tinggi. Selepas melahirkan mohamad sehingga usia mohamad 3 bulan, saya masih berusaha mencari pekerjaan kerana kontrak mengajar saya telah tamat. Suatu hari, saya dan suami singgah solat di surau, kebetulan saya berkenalan dan bersembang -sembang dengan seorang wanita.

Wanita itu menawarkan diri untuk menjaga mohamad sementara saya solat maghrib. Rupanya wanita itu adalah pegawai bank Maybank. Dia sangat merendah diri. Dia tidak beritahu saya mengenai jawatannya itu, tetapi daripada alamat dan maklumat yang dia beritahu saya, saya dapat tahu yang dia bukan orang biasa-biasa. Dia meminta saya menghantar maklumat permohonan kerja."kalau ada rezeki, adalah ya, kita usaha" katanya pada saya.

Saya pun tidak meletakkan harapan yang tinggi namun jauh di sudut hari, saya berat hati hendak bekerja di bank kerana faktor jadual kerja yang sangat padat. Namun, saya tawakkal, jika ia yang terbaik, saya terima. Selama 3 bulan selepas itu, tiada jawapan mahupun panggilan temuduga. Saya pun pasrah, ia bukan rezeki saya. Saya teruskan berniaga secara online dan offline. Saya lebih banyak promosi secara online kerana agak sukar nak keluar rumah. Alhamdulillah ada sambutan daripada rakan-rakan dan juga rakan sekerja suami.

Saya nekad untuk terus bekerja dari rumah sepenuh masa. Bagi kalian yang sedang bekerja di perjabat dan miliki pekerjaan tetap, jangan sesekali berhenti kerja untuk berbisnes melainkan kalian benar-benar ada ilmu dan bisnes sudah maju. Buat secara sampingan dahulu. Untuk para isteri, berbincang secara baik dengan suami. Sebagai isteri, tanggungjawab mengurus kehidupan rumahtangga, melayan suami, anak dan kerja bisnes mesti diseimbangkan dengan baik. Isteri dan ibu adalah tanggungjawab utama. Kemudian sebagai pekerja dan peniaga.

Bekerja dan berniaga adalah sesuatu yang mulia. Insya-allah, dengan ilmu dan latihan yang betul, ia mampu memberikan kepuasan dan hasil. Bagi kalian para suri yang mahukan rujukan untuk membina kejayaan bekerja dan berniaga, buku tulisan puan Azura Abdullah ini sangat sesuai.



Dalam buku ini, beliau banyak berkongsi panduan dan pengalaman beliau sebagai jurutera dalam pada masa yang sama juga merupakan seorang peniaga.

Jika kalian berminat untuk dapatkannya, boleh hubungi saya,

Email: naimahnorman@gmail.com
SMS/whatsapp: 0189069144

Atau kalian boleh ke naimahnormanbookstore.blogspot.com untuk melihat keterangan lebih lanjut mengenai pengisian dalam buku ini.

Selamat maju jaya buat suri yang hebat sekalian!

Naimah Norman
(Mama yang bekerja dari rumah)

Monday, 3 August 2015

Bonus Ebook 101 Idea Home-based Bisnes

PROMOSI OGOS 2015


BONUS E-BOOK.
101 IDEA HOME-BASED BISNES
Ringkasan
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Operasi Dari Rumah
Bab 4: Strategi 7P
Bab 5: Pemasaran online
Bab 6: Strategi Pemasaran Offline
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Motivasi sukses usahawan SOHO
Bab 9: Strategi Pemasaran Cara Rasulullah
Bab 10 Rahsia Bisnes Siti Khadijah.



Whatsapp 'BONUS 101' ke 0189069144
atau pm inbox facebook saya Naimah Norman.

Dapatkan EBOOK bermanfaat ini sekarang!

Ulasan 1: Sokongan Suami Dan Keluarga Adalah Penting Dalam Perniagaan

Sumber: Ebook 101, Idea Home-based Bisnes
Bab 11: Perkongsian Pengalaman


Apa yang membuakan puan terus boleh fokus dengan usaha kini?

Saya rasa sangat bersyukur kerana perniagaan yang saya ceburi dapat memberikan saya masa yang “flexible”. Saya boleh berada di rumah bersama kedua-dua anak saya secara ekslusif semasa mereka berumur dari lahir sehingga 6 bulan. Pada awalnya,saya mula menghantar anak-anak ke pusat asuhan untuk saya keluar semula dengan perniagaan sediada.


Bila mana saya rasa kurang bersemangat dalam perniagaan dalam suatu hari saya akan ke pusat asuhan untuk melihat anak saya beraktiviti di sana buat beberapa minit dan kemudian sambung keluar semula berniaga. Jika anak sakit, saya boleh berada selalu dengan anak sehingga pulih mengikut masa yang anak saya perlukan sebelum hantar semula ke pusat asuhan.


Selepas melahirkan anak kedua, saya banyak keluar berniaga di tapak-tapak pejabat kerajaan. ( “booth”). Keluar berniaga dipasaran luar ( offline) sangat menarik kerana saya jumpa ramai kawan-kawan niaga baru dan boleh tambah networking. Saya sukakan semangat kental mereka di dalam perniagaan.


Saya kemudiannya telah membuat keputusan untuk terus fokus berniaga secara online sahaja setelah mendapat permintaan pertama anak sulung kami ketika itu berumur 3 tahun baru pandai bercakap secara jelas dan lancar iaitu mahukan saya mengajarnya di rumah dan tidak mahu ke sekolah lagi.


Suami sangat menyokong saya untuk terus berada dirumah sepenuhnya bersama anak-anak dan membuat aktiviti belajar sambil bermain dengan anak-anak di rumah. Suami saya telah banyak membantu saya membuat “online marketing “ agar jualan online kami meningkat sama seperti jualan offline. Alhamdulillah kini jualan online lebih mudah berbanding jualan offline tanpa perlu mengangat barangan niaga setiap hari lagi dan anak-anak ada di depan mata. Sokongan keluarga adalah penting dalam perniagaan saya. Rakan saya kenalkan kumpulan sokongan untuk ibu-ibu berkerja dari rumah manakala suami pula kenalkan saya dengan kumpulan sokongan Lovely Life dan mendaftarkan saya ke seminar Love being a mother dari kumpulan sokongan tersebut.

Perkongsian Puan S, boleh baca lagi dalam ebook 101 idea home-based bisnes


INGIN DAPATKAN EBOOK INI SEBAGAI BONUS?

KLIK PADA GAMBAR EBOOK SEKARANG!



Thursday, 30 July 2015

Bertangguhlah Ketika Mahu Menjawab Kepada Pasangan Anda

Teks: Naimah Norman
Gambar: Google


Kadangkala dalam rumahtangga, akan wujud perbalahan. Itu perkara normal kerana suami isteri bukan dilahirkan daripada perut ibu yang sama. Keturunan, pendidikan, dan sikap yang sangat berbeza. Sedangkan adik beradik kita sendiri pun akan berselisih walaupun lahir daripada perut ibu yang sama, inikan pula suami isteri. Suami isteri memiliki perbezaan latar belakang, cara berfikir, cara bertindak dan segalanya berbeza.

Kadangkala pasangan kita seorang yang pendiam atau banyak bercakap. suka bercakap dan suka berceloteh. Ada pula yang tidak kurang celotehnya menyakitkan hati. Suka mengarah dan arahan yang diberi ibarat arahan seorang komander kepada ahlinya. Harus tegas, segera dan cepat. Jika lambat akan dihukum. Kebiasaan ini sikap suami. Jarang isteri yang bersikap suka memberi arahan. Jika ada pun, isteri yang suka minta sesuatu daripada suaminya dan merajuk jika tidak diberi. Mendesak suaminya memenuhi permintaannya sedangkan suaminya itu tidak mampu. Semua ini adalah ragam-ragam yang biasa akan dilalui oleh pasangan yang berkahwin.


Ketika berlakunya perselisihan atau salah faham. Apabila pasangan kita bersikap dingin, bercakap nada tinggi, marah-marah, membebel dan terus-terusan menyerang kita dengan pelbagai kata-kata. apa yang harus kita lakukan kepada pasangan kita itu? Adakah kita akan turut membalas marah, menengking, bercakap nada tinggi. Sekali pasangan kita cakap, masa itu juga kita bercakap. Kita jawab terus tanpa mendengar apa yang dicakapkan pasangan kita.

Kita tidak mahu dengar kerana rasa sakit hati jika mendengarnya. Berterus-terusan kita menjawab sehingga kita puas hati. Lega dapat balas balik apa pasangan kita cakap pada kita. Selepas itu kita masuk bilik mendiam diri. Tiada penyelesaian. Besok ulang lagi perkara yang sama. Itulah relaitinya terutama si isteri. Si suami pula keluar rumah. Melepak, merokok, jumpa kawan dan pulang lewat malam. Jika boleh, tidak mahu pulang.

Realitinya kita akan bersikap membalas balik percakapan pasangan kita. Ianya kerana kita rasa ego. Kita rasa kita lebih baik, lebih betul dan segalanya lebih pada kita. Hilang sudah rasa rendah diri, hormat dan mendahulukan pasangan kita.

Bagaimana harus kita bersikap tatkala pasangan kita bersikap marah-marah, membebel, bercakap dengan nada tinggi dan menegur dengan kata-kata yang tidak berhemah?

Bersabar.

Sabar itu sikap orang beriman. Namun, terdapat situasi kita begini, terutama isteri,

 "Saya memang panas baran, tak mampu bersabar, cepat je melenting dan balas balik, rasa puas apabila dapat menjawab". Puan A.

"Mana boleh sabar, ingat dia sorang je boleh cakap cmtu, kita balas balik la, baru puas hati" Puan B.

"Sabar je la, masuk bilik diam lagi bagus". Puan C.

Ada pebagai lagi respon si isteri.

Situasi si suami pula begini,

"Diamkan jela, buat tak tahu, lama-lama diamlah tu".  Suami A

"Lantaklah awak nak bebel apa, saya tak nak dengar".Si suami keluar meninggalkan isteri. Suami B

Sabar dengan tawakkal. Tawakkal bermakna berusaha baru berserah. Berusaha untuk bersabar. Bagaimana?

1. Diam dan zikir
2. Ambil wuduk
3.  Diam dan pandang pasangan kita dengan kasih sayang
4. Tarik nafas
5. Bila keadaan pasangan kita sudah tenang, barulah kita cuba bawa berbincang.

Cuba selesaikan perbalahan dan perbezaan pandangan itu tanpa melibatkan pihak ke tiga. Usahakan dengan sungguh-sungguh. Mulakan perbualan, jangan terus membisu dan membatu. Sabar dan terus berusaha. Allah bersama orang-orang yang bersabar.






Carilah Kebahagiaan Kita Dengan Memberi Kebahagiaan

Teks: Naimah Norman
Gambar: Google


Ku lihat sinar terang. 
Ku fikirkan sudah siang. 
Rupanya masih malam.
Berfikir apa kesudahan hari esok,
Moga besok dan seterusnya hidup kita lebih bersinar.
Umpama matahari menerangi bumi. 
Terus menerus memberi manfaat kepada orang lain.

Terbaca dalam sebuah blog. Dalam kita menghadapai pelbagai kerenah manusia, kita sering diuji kesabaran. Apatah lagi berhadapan dengan orang yang dekat dengan kita.

SUMBER BLOG: https://nurhaniswahidahhashim.wordpress.com

*Motivasi prof Muhaya*

Kita tidak boleh dapat kerja yang lebih baik dengan mudah tetapi jika kita bekerja dengan lebih baik, insyaAllah kerja yang lebih baik akan datang.

Tiga perkara sukar buat.
1. Baik pada orang yang tidak baik pada kita.

2. Jaga nama orang yang sedang diumpat,

3. Akui kesilapan sendiri.

Kita akan dilayan sebagaimana kita melayan orang lain . Jika negatif kita dapat itu kesudahannya. Perbetulkan diri kita dan berhenti menyalahkan dan cari kesalahan orang.
Layan manusia seperti mana mereka ingin dilayan. Layan manusia macam mana kita ingin dilayan. Lagi ramai kawan lagi murah rezeki.

"Carilah kebahagiaan kita dengan memberi kebahagiaan pada orang lain".

(Mama Yang Berkerja Dari rumah)
Siti Naimah Norman
naimahnorman.blogspot.com
Seni terapi bekerja dari rumah

Tuesday, 30 June 2015

Mengapa Blog Penting Untuk Mereka Yang Baru Mula Bisnes?

Teks: Naimah Norman
Gambar: Google




1. Tujuan blog bukan semata-mata untuk menceritakan semua kisah pahit manis diari kehidupan atau meluahkan rasa tidak puashati terhadap sesuatu.

 Ada yang beranggapan blog semata-mata untuk memcoretkan kisah kehidupan. Harus kita faham, dengan penulisan yang baik dalam blog, kisah pahit manis pengalaman hidup yang kita coretkan mampu memberikan inspirasi kepada orang lain. Ia bukan lagi diari kosong yang hanya merupakan sebuah medan meluah perasaan. Pembaca akan tertarik dengan penulisan yang kita tulis dan seterusnya akan membuatkan mereka suka berkunjung dan membaca tulisan-tulisan kita seterusnya.

2. Blog adalah medium pemasaran yang sangat menjimatkan kos bagi mereka yang baru memulakan bisnes.

Untuk mengembangkan bisnes, kita harus ada medium yang sesuai. Jika kita yang baru mula bisnes dengan modal yang sangat terhad, adalah lebih baik kita gunakan blog untuk promosikan produk bisnes kita daripada kita bina website tetapi tiada jualan. Membina website memerlukan modal yang lebih besar berbanding membina blog. 

3. Blog adalah medium perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran dan ianya sangat yang effektif. 

Untuk membina blog yang disukai pembaca, mulakandengan perkongsian ilmu dan pengalaman yang memberi manfaaat kepada pembaca. Jangan terus membuat promosi jualan. Bina rangkaian pembaca. Blog yang berinfomasi akan membuatkan pembaca suka dan tertarik untuk singgah ke blog kita lagi.

Ingin Belajar lebih lanjut untuk membina blog yang berpengaruh?

Sertai kami di ABDR yang sudah menjangkau 1200 ahli. Bergabung dan luaskan lagi rangkaian antara blog di ABDR. Ia akan membantu menaikkan trafik pembaca ke blog anda.

Mahu mendaftar ABDR?

Hubungi saya,
Siti Naimah Norman​ 
Whatsapp 0189069144
naimahnorman@gmail.com
naimahnorman.blogspot.com

Wednesday, 24 June 2015

Bagaimana Saya Mula Terlibat Dalam Bisnes?

Teks: Siti Naimah

Assalamualaikum buat pembaca blog yang dikasihi kerana Allah. Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk saya dan kita semua mengharungi bulan ramadhan. Bulan ramadhan bulan mujahadah dan bulan tarbiah. Ramai yang merasakan ia bulan istimewa tetapi tidak ramai yang dapat menikmati keistimewaan tersebut. Moga kita menjadi dikalangan insan yang bertuah. Menikmati setiap saat istimewa dengan 'kekasih abadi' sepanjang ramadhan berlangsung.

Saya bukanlah orang yang mahir dalam bisnes kerana saya masih belajar dan sedang bertatih. Bisnes ini perumpamaannya seperti proses anak kecil belajar. Kita mempunyai keinginan yang kuat untuk mencuba. Bermula dengan keinginan dalam hati itu, kita akan cuba dan melakukan usaha. Usaha tanpa jemu. Jika kita lihat anak kecil, mereka sangat teruja mencuba sesuatu perkara. Ketika percubaan itu, mereka akan mengalami fasa kejatuhan dan kegagalan. Begitulah proses dalam bisnes. Perjalanan bisnes umpama anak kecil belajar dan membesar,

Fasa bermula untuk menerap, mereka akan cuba membalikkan posisi tubuh mereka dari baring melentang kepada baring menerap. Setiap anak yang membesar akan melalui proses ini. Mereka akan cuba dengan bersungguh-sungguh sampai kadangkala itu merah padam muka dan kadangkala menangis kerana tidak berjaya membalikkan badan. Namun, mereka tidak berputus asa dan cuba lagi dan cuba sehingga mereka berjaya.

Bermula dengan keinginan dan percubaan. Apabila kita telah mencuba bermakna kita sudah mula melangkah ke medan bisnes. Percubaan itu belum tentu menjadi tetapi kita sanggup ambil risiko. Rugi atau untung suatu yang tidak pasti. Namun ia adalah proses belajar. Ketika saya mula berfikir tentang bisnes, suatu persoalan yang saya fikirkan adalah bagaimana mahu berjualan. Keinginan hendak mula bisnes itu sangat kuat, tetapi saya kurang ilmu. Ketika itu, saya menyewa di shah alam. Selepas tamat kontrak kerja di Kementerian Pengajian Tinggi sebagai kerani sambilan harian, saya buntu tiada pekerjaan. Saya cuba untuk mencari kerja sambil mengintai peluang bisnes.

Bisnes yang saya lakukan ketika itu ialah baju ibu mengandung dan menyusu. Saya mendapat kepercayaan kawan saya untuk mengambil 10 helai stok dahulu dan ambil komisen daripada jualan tersebut. Saya berjaya jual sehelai sahaja, itu pun saya jual kepada kakak saya sendiri. Dapatlah komisen dalam RM10. RM10 itu jika saya tolak dengan kos tenaga dan minyak mungkin bakinya dalam RM5 begitu. Saya tidak tahu kira untung rugi, saya redah sahaja. Itulah kelemahan saya. Kurang ilmu dan malu untuk mempromosikan barang. Waktu itu, saya tidak tahu dan tidak terfikir pun untuk menjual secara atas talian  melalui 'facebook' atau blog. Yang saya terfikir, bawa balik stok ke kampung dan cuba jual.

Kemudian selepas saya berkahwin, saya pernah cuba juga bisnes produk kesihatan secara online melalui blog dan 'facebook'. Namun saya tak berjaya buat jualan. Saya tukar rancangan, saya berniaga tudung pashmina. Kesilapan yang saya lakukan adalah dengan mengambil stok terlebih dahulu. Saya tidak kaji trend dan permintaan pelanggan semasa.  Saya cuba berniaga secara online tetapi tidak berjaya juga. Tiada langsung jualan. Sangat sedih. Penat promosi tetapi tiada siapa yang mahu membeli. Dengan lambakkan stok, saya terfikir untuk berniaga secara offline. Dengan bantuan suami, melalui rakan suami yang selalu berniaga di pasar, saya letakkan stok. Alhamdulillah pashmina terjual dan dapatlah kembali modal. Namun, sejujurnya sehingga sekarang masih ada stok tersimpan.

Begitulah serba sedikit pengalaman bisnes saya yang tidak seberapa. Sekarang ini, saya berniaga produk kesihatan dan kecantikkan keluaran muslim serta makanan sunnah dan pelbagai buku dan ebook. Produk kesihatan dan kecantikan adalah yang sangat laris terjual dipasaran sekarang ini. Namun perlu pandai pilih agar tidak tertipu dengan stokis produk. Kaji terlebih dahulu sebelum mula menjadi agen jualan. Insya-allah, mula dari bawah, belajar daripada kesilapan dan terus berusaha. Alhamdulillah Allah pertemukan dengan ABDR dan Allah gerakkan untuk sertainya. Saya memang niat untuk bekerja sendiri dan miliki bisnes dari rumah. WAHM (Working at home mom), adalah keinginan saya sejak sebelum kahwin lagi.


Bukan mudah, tetapi bukan mustahil. Anda ingin mulakan kerjaya dari rumah? Mahu jana pendapatan hanya dari rumah? Tanpa meninggalkan urusan keluarga dan anak? Sertai ABDR, kerana kami merupakan mejoriti surirumah yang berlainan latar belakang tetapi punyai matlamat yang sama. Mahu jana pendapatan di samping bergelar isteri dan ibu yang berjaya di rumah.

Hubungi saya untuk mendaftar:
Call/Sms/Whatsapp: 0189069144
Facebook: Siti Naimah Norman
Email: naimahnorman@gmail.com

Wednesday, 17 June 2015

Ramadhan Bulan Untuk Persediaan 11 Bulan Akan Datang

Teks: Naimah Norman
Gambar: Google



Alhamdulillah. Bulan penuh keistimewaan, RAMADHAN datang jua. Selamat datang RAMADHAN yang dirindui. Bersyukur kerana masih dipanjangkan usia dapat menikmati lagi bulan RAMADHAN. 

Apa yang penting adalah persediaan kita menempuh ramadhan ini. Sebulan Allah bagi masa untuk kita latih menjadi lebih baik. Melatih nafsu dan sifat mahmudah. Membuang segala sifat mazmumah yang tercela. Ia adalah persediaan untuk kita menempuh kehidupan 11 bulan akan datang. 

Sayangnya Allah pada kita, kerana kita hanya diwajibkan melalui fasa berpuasa ini selama sebulan. Lihatlah bagaimana Allah mendidik manusia memalui ibadah puasa ini. Berlapar dan menahan dahaga serta melawan hawa nafsu, amarah mejadikan kita lebih dekat dengan ALLAH. Jangan hanya di bulan ramadhan sahaja segala kebaikan kita serap, tetapi selepas ramadhan kita kembali melakukan kemungkaran. Moga kita terus konsisiten melakukan perubahan.

Puasa yang berkesan adalah puasa yang mana ia mampu mendidik diri menjadi lebih tenang, sabar dan rasional dalam tindakan. Apabila lapar, nafsu akan berkurangan dan akan melatih diri untuk bersederhana dan berhati-hati dalam segala tindakan. Insyaallah, dengan azam dan usaha, kita mampu melaksanakan ibadah wajib ini dengan sebaiknya. Selamat berpuasa semua.

Salam ramadhan,
NAIMAH NORMAN
Mama Yang Bekerja Di Rumah 





Wednesday, 3 June 2015

Resepi Puding Roti Karamel

SUMBER: FACEBOOK

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat - sy letak 3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

- Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). 
- Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
- Panaskan pengukus.
- Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
- Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. 
- Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
- Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.

Tuesday, 2 June 2015

Tips Rasa Bahagia Bekerja Di Rumah

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Google



Alhamdulillah, rasa bahagia itu rezeki. Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit atau harta. Rasa bahagia dengan apa yang dilakukan itu juga adalah rezeki. Apabila bekerja di rumah, cabaran terbesar adalah memastikan diri sentiasa aktif dan produktif. Sentiasa konsisten, rasa bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam kerja yang dilaksanakan. Bukan mudah untuk membina kekuatan dalam apabila anda bekerja sendiri. Anda bos dan andalah pekerja. Anda tentukan sendiri jadual dan perancangan kerja anda.

Dalam apa sahaja yang anda lakukan, rasa seronok dan bahagia akan membantu melancarkan lagi perjalanan kerja anda. Tidak kira sama ada anda bekerja di pejabat atau bekerja di rumah. Jika di pejabat, mungkin anda akan seronok bekerja dengan rakan-rakan sepejabat tetapi jika di rumah, anda berseorangan melaksanakan kerja anda. Kadangkala akan terbit rasa bosan dan kurang bersemangat.
Bagaimana rasa seronok dan bahagia itu dapat diterbitkan?

Tahulah anda, rasa BAHAGIA itu rezeki. Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit atau harta. Rasa BAHAGIA dengan apa yang dilakukan itu juga adalah rezeki. Bila kata rezeki, bermakna anda harus berusaha. bukan menanti sahaja BAHAGIA itu datang.

****************************************************************************
Bagaimana rasa BAHAGIA itu dapat diperolehi?

Dalam sehari, anda harus melengkapkan perkara-perkara ini. USAHAKAN AGAR ANDA DAPAT LAKUKANNYA.

1. SOLAT SUNAT

Laksanakanlah apa sahaja solat sunat. Dhuha,  taubat. tahajud, rawatib atau hajat. Minima satu jenis solat sunat jika mampu dan jika kuat laksanakan semua solat sunat.

2. SEDEKAH

Tidak semestinya sedekah dengan wang atau harta. Kata-kata yang baik, akhlak yang baik itu juga sedekah. Tolong buang sampah di atas jalan juga sedekah. Sedekah itu luas.

3. ZIKIR

Lazimi membaca zikir ketika melakukan kerja. Zikir dalam hati pun boleh. Baca zikir AL mathurat. (Himpunan zikir-zikir terbaik yang dibaca oleh Nabi).

Zikir yang terbaik adalah AL QURAN. Bacalah AL QURAN setiap hari. Minima 1 muka surat sudah memadai jika malas. Jika paling malas pun, dengarlah bacaan AL QURAN atau zikir melalui telefon atau televisyen.

OK.

****************************************************************************

Cuba dahulu 3 perkara itu ya. Bersambung episod akan datang.

Naimah Norman
(Mama Yang Bekerja Dari Rumah)





Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...