Tuesday 18 April 2023

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi



Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si abang merasmikan baju baru. Alhamdulillah dia ok ok je pakai baju lama walau sesi persekolahan baru.
Pakai baju lama, kasut lama, cuma beg je ayah nya ada beli beg galas. Tapi, minggu ni mama dah suruh dia pakai beg lama yang tarik tu, sebab dah mula bawa buku berat nak pikul. Tarik je mudah.
Baju baru ni siap basuh semua ayahnya siapkan. Tinggal mama gosok je. Oklah. Mudah kerja mama. Jimat masa. Ajar anak pakai apa ada, yang ada manfaatkan dulu, semua nak baru, yang lama elok lagi. Guna je. Melainkan dah rosak baru ganti.
Begitulah hidup ini. Jaga apa yang ada. Jaga tak semestinya kedekut. Jaga supaya takde nak bebankan diri semua nak tukar baru dan bandingkan dengan orang. Tak dapat apa pun. Syukur, senyum dan sabar.
Cikgu Siti | Guru Baca dan Ngaji


#cikgusiti

Monday 17 April 2023

Nak Berkat Ilmu, Hormat Guru.


Wah, bestnya jadi bossiti. Haah, ye lah seronok, best, bahagia. Alhamdulillah. Jadi leader ni kena faham. Ia amanah. Ada yang suka, ada yang tak suka kau. Hari hari belajar mengurus manusia yang nak dibimbing. Yang tak nak dibimbing, tak dapat buat apa. Terima kasih selamat jalan.
Dulu sedih, orang pergi dari kita, sekarang releks, setelah bertahun belajar memahami manusia, lebih kenal diri, lebih kenal karekter manusia, kenal ikhtiar dan takdir. Sehabis baik untuk bentuk diri ini dan beri yang terbaik. Bukan bermakna diri ini yang sempurna tiada kekurangan. Hanya berjalan ikut polisi dan tatacara yang dibina. Demi matlamat dan manfaat bersama.
Kesinambungan sesebuah organisasi bila mana ada kesatuan dibina dan sudah semestinya nak bina bukan mudah, bila tenaga yang ada tak jelas visi dan misi organisasi. Ditegur salah, kata cari salah, tak tegur kata diabaikan. Bukan tegur depan orang, tu dah tentu salah. Ada yang kurang, kita bimbing. Kurang pandai boleh diajar, cuma jangan kurang ajar. Tu tak dapat diajar.
Nak stuck bab tenaga manusia ni sampai bila, manusia datang dan pergi. haaa, githeww. Syarikat besar pun pekerja keluar masuk, Biasa. Namun, takkan misi kita terhenti begitu sahaja. Kita yang sedang nak membesar ni, nak stuck bab ni, releks. Kita ada jalan. Suka boleh stay, tak suka pun boleh stay. Nak ikut boleh, tak nak ikut boleh swipe. Mudah.
Tugas leader bimbing sehabis baik. Janji jaga adab dan bahasa. Tu je. Pandai dan sopan pakaian tak cukup kalau bahasa biadab dengan leader. Lainlah kalau leader tu abaikan tanggungjawab. Leader bimbing tu guru. Nak berkat ilmu, hormat guru.
Nak kenal manusia ni bukan depan kau. Kena tengok bila mereka di belakang kau. Lain depan, Lain belakang. Fikir sendiri. Suatu ketika kecewa sangat bila dikhianati kepercayaan. Tapi syukur, apa jadi Allah nak beri lebih baik. Pernah jadi leader yang santai - santai. Akhirnya kau digulai - gulai. Masak. Ok. Jalan terus, perjuangan masih panjang.

Cikgu Siti | Guru Baca dan Ngaji
Garang mengajar bila kau kurang ajar.

Sunday 16 April 2023

Medan Menuntut Ilmu Itu Jihad.

Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi


Baca buku. Stay up, tertidur kat meja, bangun sakit belakang, belikat. Beginilah tiap kali final. Kerja dan belajar. Struggle tapi seronok. Serius! Bila kita banyak perkara nak selesaikan, kita tiada masa nak leka leka.

Kita catatkan perjalanan ini. Medan menuntut ilmu itu jihad. Kejap je masa berlalu, makin belajar makin jatuh hati bidang ni. Kita simpan semua memori. Supaya terus rasa semangat. Perjuangan masih panjang.














Tuesday 28 February 2023

Yakin Kebergantungan Kita Pada Dia


Teks: Naimah Norman

Sumber: Sitikids Open Day


Hidup ini jika kita fikirkan apa yang masih belum lengkap, kita akan kecewa banyak. Apa yang ada jaga dan perbaiki.

Tidak mudah namun percaya dan yakin selagi mana kita bergantung pada Dia Semata - mata, kita akan bahagia samaada kita ada atau tiada apa apa sekali pun. Usaha sehabis baik, jaga  keberkatan.

Saturday 5 November 2022

Kawal Apa KIta Fikir

 


Nak luar biasa berjaya memang ada cabaran nak kena hadap. Yang penting diri kita sendiri. Betulkan semula pemikiran, cara kita pandang sesuatu ujian dan cabaran tu dan rasa hati yang kita perlu kawal. Tak semua orang suka lihat kita berjaya berada di atas.

Fokus diri dan mereka yang sayang dan sokong kita. Yang lain letak tepi. Kita tak mampu buat orang suka kita. Kita buat sahaja apa yang Allah suka. Insyaallah Allah beri apa yang kita suka.

kawal minda kita akan bantu kita fokus apa yang perlu untuk kita capai apa sasaran kita. Hidup kita akan berubah bila kita mampu ubah cara kita fikir.

Monday 24 October 2022

Rezeki Datang Dalam Pelbagai Cara.

Teks: Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi




Dik, kak tadi dah risau. makanan banyak lagi tak habis. Alhamdulillah di, tadi kak selawat banyak - banyak, adik datang beli banyak. kak lega sangat dik. Mengadu kak ni masa saya beli sarapan pagi minggu lepas. Matanya berkaca masa bercerita pada saya tu.
Owh yeke. Alhamdulillah rezeki kak. saya beli nak bagi pada anak anak tempat anak saya belajar.
Saya pun minta no akaun kakak tu, saya ni cashless punya orang. beli makanan kat gerai tepi jalan pun nak transfer, dah semestinya mereka tiada mesin kad yang biasa guna tu, jadinya perlu transfer.
Alah dik, kak takde no akaun. Takpe nanti - nanti adik transfer, kalau adik lupa kak sedekah je, kata kakak tu.
Eh kak, jangan camtu banyak ni kak. Tegah saya.
Saya bungkus bihun campur nasi lemak dalam 30 bungkus, kuih lagi saya beli buat tambah tambah.
Dia pun nampak mencari - cari sesuatu dalam telefon bimbit dia. Kemudian dia kata, ada dik, no akaun anak kak ni.
Ok2 boleh kak. Saya pun transfer bayaran makanan yang saya beli tu.
Balik dari hantar makanan pada anak -anak, saya singgah kedai nak cari barang. Kedai tu sebelah gerai kakak tu. Balik kedai tu, kakak tu panggil, dik sini dik.
Nape kak, jawab saya sambil berjalan ke gerai kakak tu.
Ni ha, kak bagi adik ni. Katanya sambil menghulurkan 6 bungkus kuih.
Allah kak. Banyak ni, kata saya. Dalam hati kata. (Banyak - banyak ni sape nak makan).
Terima kasih kak. Ucap saya. Orang bagi saya ambil je.
Sama - sama dik. Ucap dia.
Saya pun berlalu dari situ. Sambil saya merenung berfikir, Allah, rezeki kau ni sangat ajaib. Kau akan beri pada siapa yang kau nak beri dan tiada siapa dapat tentukan atau halang. Kita hambaNya hanya fokus buat baik dan perbaiki segala kekurangan. Allah akan pilih kita dan jaga kita. Sederhanalah dalam kebergantungan kita pada manusia.


Yang Menulis
Cikgu Siti

Sunday 23 October 2022

Usaha Di Dunia Untuk Menuju KepadaNYA

Teks: Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi



Dunia ini bukan dinilai siapa paling hebat, bukan siapa paling pandai berkata kata atau bertindak. Bukan siapa paling banyak harta atau kaya. Fokus usaha dan perjalanan bukan destinasi dan matlamat dunia sahaja.

Dunia ini medan perjuangan, ia sebuah perjalanan bukan perhentian dan tidak akan pernah berhenti ujian dan cabaran sehingga kita menuju Dia. Abaikan kata kata orang yang merendahkanmu, membuat kamu rasa sedih, kecewa dan memburukkanmu.
Teruskan jalan hidupmu seperti yang Dia suka. Dia mahu kau benar benar bergantung pada Dia. Hanya Dia. Dia berhak beri dan Dia berhak tentukan terbaikk untuk dirimu. Berbangga dengan dirimu sendiri, pencapaianmu, kekuatanmu dan perbaiki kekuranganmu.

Perjuangan hidup ini sebuah perjalanan menuju kepda Allah yang Esa. Tiada tujuan lain melainkan mahu mendapat rahmat dan syurgaNYA.



Cikgu Siti | Guru Baca & Ngaji | Motivasi Siti

Tuesday 18 October 2022

Jauhi orang toxic


Teks: Naimah Norman 


 Usah tergugat apa orang lain kata jika ia tak membantu beri manfaat pada kita. Tak semua orang suka lihat kita berjaya. Ada yang lebih suka lihat kita jatuh dan susah. Orang begini toxic yang mesti kita jauhi.

Jumpa orang begini buang terus. Orang begini dengki, pasal dia tak dapat buat apa kita buat. Dia nak kita rasa putus asa. Allah hadirkan orang begini ada hikmah. Untuk kita betul betul usaha sehabis baik. Jangan pernah tergugat dengan toxic ini.


Masa berjalan, fokus diri dan apa kita boleh kawal. Orang nak cakap apa, orang nak buat apa pada kita serahkan urusan pada Allah untuk mengatur. Dia maha mengatur. Tidak akan dapat orang nak aniaya kita selagi mana Allah tidak izinkan.


Perjuangan ini tidak mudah. Doa sungguh pada Allah. Dia sahaja tempat kita bergantung.

Sunday 16 October 2022

Adab Belajar Ilmu Supaya Mudah Faham


Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi





Nak belajar bukan sahaja perlu kosongkan gelas, namun perlu buang, sental kerak yang ada dalam cawan tu. Baru ilmu mudah dihadam. Insyaalllah. #sitissharing #sitisuccess #cikgusitiphonicsmart


Monday 15 August 2022

Perjuangan ilmu ini medan yang tidak mudah.

Teks: Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi


Perjuangan ilmu ini medan yang tidak mudah.    Sepuluh tahun lepas, memang merancang nak sambung belajar, namun belum rezeki.



Bila dah sampai seru, tekad sambung belajar. Bukan nak kejar kelulusan semata-mata, namun belajar untuk tambah ilmu. Rezeki pasti ada buat mereka yang berjihad menuntut ilmu.

ain rasa belajar sambil kerja. Tidak mudah, namun ia terasa indah. Belajar dan mengajar. Moga Allah mudahkan jalan juang ini. 


🌹Cikgu Siti🌹

Guru Baca dan Ngaji

Monday 15 November 2021

Perjalanan Sitikids Bantu Anak Kecil Membaca

 

0tPada Tarikh 3 88NoiveS3imbperfmn 20o19


Tahniah! Lagi 2 orang Sitikids phonicsmarties tamat kelas membaca bahasa melayu dengan jayanya. Jumpa di English Reading Class (ReadEasy) ok.

Sudah dua tahun anak ini tamat belajar membaca di Sitikids. Ketika ini  mereka dalam kelas Membaca bahasa melayu dan sudah menyambung kelas membaca bahasa Inggeris dan tamnat dengan jayanya  


 

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...