Thursday 26 August 2021

Perjuangan Agama Ibarat Mengenggam Bara Api

 

Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Google


Akhir zaman, memperjuangkan agama ibarat memegang bara api. Dipegang panas membara, jika dilepas terpadam api (agama).
Kerana sayang agama, maka, mereka yang memperjuangkan agama tetap teguh memegang bara api itu walau sakit dan pedih!
Persiapan zaman kegelapan. Siapkan amal, kembali kepada Al Quran dan As Sunnah. Salam Zohor.






Friday 20 August 2021

Tangungjawab Besar Mendidik

 

Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi



Anak - anakku ramai. Tanggungjawab dan amanahku besar. Semakin hari semakin ramai anak - anak sitikids yang nak mahirkan membaca dan mengaji. Alhamdulillah. Moga Allah mudahkan mereka faham dan lancar belajar.

Jalan juang ini bukan mudah, namun saya pasti Allah tidak akan membiarkan saya sendirian memperjuangkan ilmu dan agama untuk manfaat orang lain. Sebaik - baik manusia adalah yang manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Insyallah. Moga Allah pilih saya syahid di jalan kebaikan.


SITI NAIMAH NORMAN
Sitikids Reading House.

Cari Ruang Masa Bermain Dengan Anak

Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi

Masa sangat terhad, tapi insyaallah rancang dan doalah Allah atur masa kita berkualiti untuk dapat bermain dengan anak. Masa kecil anak suatu kenangan yang tidak mungkin berulang dan sangat bermakna kerana ia adalah memori yang akan mereka ingat sampai dewasa kelak. 


Anak masih kecil, mereka minat bermain dan akan ajak kita bermain sama. Berilah anak hadiah mahal mana sekali pun, mereka tak ingat pun nilai mainan tu, yang mereka ingat siapa yang bermain dengan mereka.




Minggu lepas, saya reward anak anak jam robot ni murah je, beli di shopee. Saya dapat jam tangan baru, hadiah hari lahir, jadi anak -anak pun nak juga sama. Beli yang murah, main hancur pun hati kita tak hancur. Nikmati masa ketika anak masih mahu bermain dengan kita.



Thursday 19 August 2021

Latih Anak Menulis Harus Dimulakan Sejak Bayi



 Teks: Siti Naimah Norman

Gambar : Koleksi Peribadi

Salah satu cara nak melatih anak menulis adalah dengan memberikan pendedahan aktiviti sensori yang banyak kepada anak. Seawal bayi boleh dimulakan kepada anak. Sentuhan dan kasih sayang anak semasa kecil memainkan peranan kepada perkembangan akal dan emosi anak apabila dewasa kelak.

 Anak yang mendapat sentuhan fizikal dan juga emosi akan menjadi anak yang tinggi budipekerti. Sentuhan fizikal bukan sahaja perlu diberikan oleh ibubapa kepada anak seperti belaian dan ciuman, tetapi anak itu sendiri perlu diberikan pendedahan sentuhan sensori kendiri. Salah satunya berikan aktiviti yang anak boleh lakukan sendiri dengan pemantauan ibubapa. Ia membantu anak menguatkan saraf, otot dan melatih anak berdikari.

Sejak usia anak bayi, ibubapa boleh memberikan sentihan dan gosok badan anak sekerapnya. Selain mengurut dan mencium anak. Banyak lagi aktiviti kita boleh lakukan untuk anak ada saraf dan otot yang kuat seiring usianya nanti. Semakin membesar, otot dan saraf anak akan berkembang. Sepanjang tempoh itulah, kita perlu berikan sentuhan fizika, yang mencukupi kepada anak.  

Gambar bawah ini adalah anak perempuan saya usianya 2 tahun lebih makan nasi memang bersepah. Kita rasa tertekan jika tidka faham fitrah anak kecil ini. Memang renyah dan sakit mata tengok. Tapi itulah yang bagus untuk melatih anak belajar menulis nanti. Anak akan bersikap lebih berdikari. Insyaallah.


Insyaallah, dengan kesabaran dan ilmu, kita akan mampu mendidik anak sejak kecil untuk ada kemahiran menulis yang baik. 

Your Mind Is Your Life

 

Teks: Siti Naimah Norman

Gambar : Sumber Google

Apa kita fikir, itulah hidup kita. Hidup kita banyak ditentukan daripada apa yang kita fikirkan. Guru saya pernah kata, Apa kita fikir mempengaruhi apa keputusan dalam hidup kita. Dalam hidup ini perlu fikiran positif dan baik - baik, agar akan datang yang baik- baik juga pada kita.

Seteruk mana pun hidup kita, susah atau dilanda ujian jika kita mampu  berfikir baik dan melihat hikmah, Insyaallah kita akan mampu mengawal tindakan kita. Tindakan kita itulah keputusan hidup kita.

Apa yang penting, berikan hak pada pemikiran kita. Fikiran kita yang terletaknya di akal atau otak. Otak perlukan makanan yang baik dan sesuai agar dapat menghasilkan input atau disembut mental atau akal. Sangat penting jaga otak agar dapat menjaga fikiran kita. 




Amanah Sehingga Akhir Hayat

 Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi

Anak anakku ramai. Tanggungjawab amanahku besar. Sitikids Reading House. Tugas mengemaskini maklumat anak anak Sitikids. Bukan kerja mudah. Zaman Pendemik ni kita ambil alih sementara. Insyaallah, ada rezeki nak ada pembantu pengurus yang cekap dan berdisiplin. Amiin. Doakan.





Thursday 12 August 2021

Terapi Jiwa Dengan Bercucuk Tanam

 Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Facebook Siti Naimah Norman




Next projek sawi. Rasa banyak pulak letak anak benih tadi. Kita tunggu hasilnya. Jiran belakang rumah dah tegur, tanam bunga ke kak. Haah, tanam pokok. Insyaalllah suatu hari kita akan jadi petani yang berjaya. Sepuluh tahun lagi. Berangan itu free je.

Monday 9 August 2021

Tiada Yang Sia Sia Aturan dan Ujian Allah Beri

 Teks: Siti Naimah Norman


Dalam hidup ini, sentiasa akan ada cabaran dan ujian. Semua itu bukan saja - saja Allah bagi pada kita. Semua pasti bersebab dan pasti akan ada hikmah. 

Kita rasa sedih dan sakit sangat. Rasa nak nangis dan perasaan geram. Rasa itu normal sehinggalah kita kembali kepada Allah, baru hati akan damai. Kembali mengingati Dia, rasa sedih dan menangis, tetapi lega. Menangis dalam mengingati Allah lebih baik berbanding ketawa dalam kemaksiatan.

Allah atur hidup kita, kita milik Dia dan Dia berhak menentukan jalan hidup kita. Yang pasti Allah tidak mentakdirkan sesuatu dengan sia - sia. Kita Hamba Dia, terima dan belajar redha. Redha tanpa persoal kenapa aku diuji, kenapa aku begini, dapat begini, kenapa aku tak buat jahat, tapi dapat jahat.


Damailah dengan takdir Allah. Apa yang buruk itu mungkin baik bagi kita. Datangnya ujian, buat kita lebih kuat jiwa, kita ubah hidup kita, kita jadi lebih baik daripada sebelum itu. Kita tetap ada pilihan. Takdir boleh diubah dengan doa dan usaha.

Tiada Yang Sia Sia Aturan  dan Ujian Allah Beri. Percaya dan yakin. Teruskan perjalan hidup kita tanpa menyesali atau mempersoal banyak takdir yang Allah beri. Disamping berusaha buat yang lebih baik dan hargai diri dan orang yang bersama dengan kita. 





Proses nak berjaya itu bukan mudah.


Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Sumber Google





Proses nak berjaya itu bukan mudah.

Perlu sentiasa kuat dan tabah.

Andai rasa nak rebah, cepatlah muhasabah!

Kembali mencari jalan dan arah.



Proses nak berjaya itu bukan indah.

Pasti akan rasa sakit dan lelah.

Lepaskan semua dengan cara berhikmah.

Kembali dan kejar semula kasih sayang Allah.

Assaalamualaikum semua yang bertuah.🥰

Damailah Siti Sarah Raissuddin di "sana".

Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Google

Pengakhiran kita tak tahu bagaimana, walau permulaan kita ni banyak kekhilafan. Cemburunya pada insan yang kematiannya diratapi seluruh manusia dan para malaikat menaungi jenazahnya. Allahuakhbar!
Ada dua cemburu yang dibolehkan sepanjang kehidupan kita
1. Orang yang berharta yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah.
2. Orang berilmu yang menyampaikan ilmunya untuk manfaat kepada orang lain.
Ya Allah pilihlah kami kepada khusnul khotimah. Kematian yang membawa pertemuan kepada cinta Maha Agung, Allah yang satu.
Ketenangan yang abadi. Kebahagiaan yang tiada tandingannya hanya bila kaki menjejak ke Syurga. Semua di dunia ini sementara, semua pinjaman.
Damailah Siti Sarah Raissuddin di "sana". Syurga yang tiada gangguan haruk pikuk dunia lagi. Tenang dan bahagai. Sungguh terasa sebak pemergian Almarhumah. Allahuakhbar, Alllah pilih setiap hambanya kembali kepadanya dengan jalan yang mudah atau sukar. Yang pasti Allah maha merancang dan berkuasa di atas segala sesuatu.


Sunday 8 August 2021

Kasih Seorang Guru Ingat akan Anak Muridnya

Teks: Siti Naimah Norman

Video: Koleksi Kelas Cepat Membaca Sitikids


Minggu lepas, ada seorang budak datang bagi salam. saya intai di sebalik jendela, kelihatan seorang budak lelaki di luar pagar menunggu sambil membonceng basikal.

"Owh, nak ambil buku ya?", terus terlintas saya nak bertanya sebab saya sedang tunggu pelajar baru yang masuk sesi ogos nak ambil buku bacaan. Saya agak itu budaknya. "Haah ya, ambil buku adik". Dengar budak itu menjawab. Tanpa melengahkan masa saya keluar ambil buku yang dah siap saya sediakan.
Nak sampai ke tangan budak tu, saya terus teringat, aku kenal budak ni. "Awak thaqif ya?" soal saya. Ya, masih segar ingatan wajah budak nama thaqif tu. Budak tu senyum dan angguk perlahan sambil jawab, haah cikgu.
Dia pun sambut buku yang saya beri tu dan beralu pulang. Saya perhatikan dia membonceng basikal sehingga hilang daripada pandangan saya.
Bertahun dan hampir tiga tahun lepas rasanya Thaqif belajar membaca dengan saya. Allah, kecil dunia ini. Sungguh seorang guru pasti ingat anak murid walau sudah dewasa. Kuat ingatan ni.

Bawah ni gambar thaqif berbaju putih sedang putar dadu. Tahun 2018 saya mengajar beliau. Allah, sekejap sahaja masa.


Wednesday 4 August 2021

Bahagia itu perlu dicipta dan boleh dicipta

Teks: Siti Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi

Hadiah Daipada Staff. Terima Kasih.

🎉3 Ogos hari lahir saya! 🎉Terima kasih Allah panjangkan umur saya sehingga saat ini. Ya Allah, kurniakan aku usia yang berkat, fizikal yang sihat, akal yang cerdas, teman yang ikhlas dan kehidupan yang bahagia dunia dan akhirat. Amin.




Terima Kasih atas ucapan hari lahir 3 ogos dan hadiah yang sangat bermakna. Semoga doa yang baik itu kembali pada kalian yang mendoakan juga.

❤️Bahagia itu perlu dicipta dan boleh dicipta dengan hati yang ikhlas dan syukur. Bahagia itu tidak mampu dibina dengan banyak apa yang kita ada, tapi banyak mana kita rasa syukur, itulah Kebahagiaan. Alhamdulillahi a'la kullihal.










Cara Dapatkan Vitamin D Semulajadi


Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi



Salah satu cara mama nak dapatkan vitamin D semulajadi daripada matahari, grounding. Berkebun. Komitmen nak kena keluar tiap pagi. Roselle kita dah pindah ke tanah harap dapat sesuaikan diri berdikari tau.





Sebelah tu pokok mangga benih mana tak tau tumbuh sendiri. Kita tanam elok. Next projek sawi. Dapat dua puluh hari tuai hasil cepat sikit. Roselle dan mangga ni ambil masa sikit.

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...