Thursday 31 October 2019

Asbab Rezeki Luas Kerana Anak

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Kadang rezeki kita bukan sebab kita pandai atau hebat, tapi sebab anak - anak, pasangan, ibubapa atau sahabat kita yang mendoakan kita. 

Hargai dan sayang mereka sebaiknya selagi mereka masih bersama kita. 

Riadah di Taman masa hujung minggu. 

💐Salam luas rezeki semua💐
~Cikgu Siti | Sitikids Phonicsmart Alor Gajah~

Friday 4 October 2019

Cabaran 90 Hari Untuk Biasakan Habit Baik Dan Sihat


Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Usah bina pagar dalam diri sendiri yang sekat segala potensi. Ayuh! bangkit walau apa jua cabaran.

Hujung minggu ni bangkit seperti biasa juga. Kekalkan habit sihat. Bina energi positif.

Perlu dedahkan diri dengan sinaran matahari pagi, hirup udara pagi, mandi pagi, sarapan sihat dan membaca atau menulis. Semua ini untuk kekalkan emosi dan minda yang kuat!


Sarapan semalam. Sangat mencabar sebenarnya nak ubah habit kebiasaaan. Kena kental jiwa. Tegas dan n
Keraskan hati. Azam 2020 Kan jadi orang lebih berjaya. Amiin. 

#90dayschallanges
#roadtomillionnair
#cikgusitinaimah

Monday 22 July 2019

Kisah Nasi Lemak Ekstra

Teks: Siti Naimah  Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


"Dik,  kak bagi lebih ya nasi ni". Kata Kak penjual  nasi lemak dan kuih muih.

"Oh! ok - ok terima kasih Kak".  Ucap saya

"Adik nak ke mana,  balik ke nak pergi kerja? Tanya dia pula.

"Saya nak balik rumah, saya hari ni masuk kerja petang Kak". Jawab saya.

"Kerja mana dik?" tanya dia lagi.

"Depan tu je Kak,  atas Kk mart". Saya tunjuk ke arah kelas baru Sitikids.

Saya tidur di kelas mengaji malam tadi, banyak kerja. Kelas dah jadi rumah ke dua saya. Pagi saya baliklah rumah.

Ini kisah beli nasi lemak minggu lepas,  saya kerap juga beli dengan akak ni. Beliau berniaga di tepi speedmart, Taman Samarinda ni.

Kuih muih pun saya beli,  semuanya sedap. Patutlah cepat habis.

Saya lihat ramai orang beli dengan dia. Dia pun tak lokek bersedekah.

Tengok nasi ni, menimbun dia bagi. Makan sampai tengahari saya dan anak-anak.

Alhamdulillah. Rezeki sentiasa ada untuk anak-anak kita tumpang rezeki mereka sahaja

~Cikgu Siti Bercerita~ Catatan Pengalaman~

Thursday 4 July 2019

Rebranding Tuisyen Cikgu Siti

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar : sitikids

Alhamdulillah,  re-branding daripads Tcs singkatan kepada Tuisyen Cikgu Siti kepada "sitikids".

Kami Sudah berada di Centre baru untuk kelas Cepat Membaca Sitikids Phonicsmart.  Syukur!


Sitikids Phonicsmarties


Thursday 9 May 2019

Nak Hidup Berkembang Maju, Cara Kita Mesti Berubah.


Teks: Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Alhamdulillah, 4&5 Mei lepas, saya dapat pergi kelas DrAzizan Osman di Cheras. Kelas "Grow Your Bussines".

Kedebuk, kedebak dengan segala dugaan, saya nekad nak juga pergi. Bukan mudah perjalanan ini.



Saya nak hidup saya berubah, hidup orang sekeliling saya, orang  yang saya sayang turut berubah, saya mesti pergi!

Teringat kata-kata Dr Azizan Osman semasa kelas.

"If you want to grow,
you must go".

"Go, go, go!💪 Do Better!"

Lagi yang menyentap rasa, Dr kata "you want to grow fast, you must fast!"

Lagi, "fast action, fast result. Slow action, no result!"

Sentap sangat! Aku kena bergerak! Kena buat sesuatu. Tak boleh statik.

Yes! Sesuatu yang bergerak itu pasti akan ada hasil. Hidup kalau sama tiada pergerakan atau perubahan, itu tiada makna. 

Ok, Salam jumaat buat semua pengunjung blog Cikgu Siti. Moga kita termotivasi. 💪

Wednesday 17 April 2019

Ajar Anak Menggunting


Teks:  Siti Naimah Norman
Gambar: Kelas Cepat Membaca TCS

Biasakan anak menggunting, untuk latih kekuatan tangan ketika menulis. Ia juga bagus untuk latih fokus anak.

Aktiviti menulis, tajuk ini buah tembikai. "Dah kenapa hitam buah tembikai tu abang?" "Hangus ke apa. Hehe


Mama tanya juga, kenapa abang warna kulit tembikai banyak- banyak warna? Kulit tembikaikan warna hijau. 

Dia jawab "biarlah, abang nak warna banyak-banyak macam pelangi tu".

Hmm, mama diam je. Fikir mama, takpelah anak berimiginasi di luar kotak itu bagus.

Nanti mama tunjuk buah tembikai sebenar ya pada abang.

Thursday 4 April 2019

Cuba Kawan Diri Kita.


Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Tiada siapa boleh kawal diri kita melainkan diri kita sendiri.

Kita sendiri, perlu kawal. Kerana hati, minda dan tindakan kita sendiri yang pilih. 

Sukar? Ya Bukan mudah namun tidak mustahil. 

Tekanan konflik diri sendiri atau dari orang lain, itu normal. Dari situ kita belajar.

Lama saya tidak menulis, rancangan Mac nak merempit. Namun tidak berjaya. 

Ya sudah April. Mudahan saya terus konsisten menulis. Meninggalkan ilmu yang bermanfaat, bekal amal jariah saya di sana.

Cari kekuatan, cari semula semangat dan bina kehidupan lebih baik. Untuk yang tersayang, Bukan semata-mata untuk diri sendiri.

#motivasipagi

Friday 8 March 2019

Rawat Jiwa Yang Melayang

Assalamualaikum semua buat pembaca blog Cikgu Siti. Salam kasih sayang salam motivasi.

Insyaallah, saya nak kembali menulis di blog. Doakan saya istiqamah. 

Menulis sebagai terapi jiwa. Merawat jiwa dan minda. Jaga apa yang jiwa kita rasa, minda kita fikir kerana ia akan menentukan apa yang kita akan buat.

2019 azam untuk saya kuatkan jiwa kuatkan diri capai matlamat yang diimpikan. Ia bukan mudah berperang dengan kemelut jiwa sendiri. 

Bertahun menghadap pelbagai konflik diri dan sedikit merubah kekuatan jiwa dan pemikiran. Berperang dengan diri sendiri. 

Mencari kekuatan jiwa dan pemikiran. Insyaallah mac ini saya nekad kembali konsisiten menulis. Doakan. Bersama umi yang sentiasa menjadi pendorong dan menguatkan diri ini.
x

Tuesday 1 January 2019

Kelas Seronoknya Mengaji Al Quran TCS.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Kelas Seronoknya Mengaji Al Quran adalah kelas untuk anak-anak yang tidak pandai lagi mengaji. Tak minat mengaji. Mak ayah ada masalah nak ajar anak mengaji.

Hantar ke kelas, kami bantu. Kita bukan buat kelas mengaji baca Al Quran sahaja. Kita sertakan sekali dengan asas tajwid dan fardu ain.






Insyaallah, kita buka untuk 10 tempat lagi. Untuk bantu anak yang ada masalah nak mengaji.

Jadual kelas: Isnin, selasa & Rabu
Masa: 8 - 9malam

Anak-anak seawal usia 4 tahun kita terima. Boleh whatsapp Cikgu Siti http://childsuccess.wasap.my


Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...