Tuesday 28 September 2021

Berjaya Urus Masa, Berjaya Urus Emosi

 Teks: Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi

Berjaya Urus Masa, Berjaya Urus Emosi. Masa itu amanah dan sangat bernilai daripada wang ringgit. Jika wang mungkin kita mampu ganti dan cari. Jika masa dah berlalu, hilangnya kita tak dapat ganti, kita hanya dapat kenang dan tidak akan dapat ganti yang sama.

Masa itu ibadat jiwa. Perlu dijaga dan diisi dengan perkara yang baik Supaya akan dapat hasil hidup yang baik dan bermanfaat. Jika dibiarkan masa itu, ibarat membiarkan jiwa yang kosong. Hidup akan terasa sangat tidak menyeronokkan. Malah jiwa akan tidak tenteram. 

Penuhi masa dengan perkara bermanfaat memberikan makanan kepada jiwa. Jiwa yang hidup akan mampu membina hidup lebih baik dan berjaya. Jiwa yang mati tanpa didisi dengan kebaikan akan terus tenggelam dalam keserabutan dan hasilnya hidup yang tiada nilai, walau mungkin hidupnya penuh dengan kemewahan dan kekayaan wang ringgit.

Masa itu juga makhluk Allah. Allah bersumpah dan mengingatkan manusia dalam surah Al Asr. Bahawa,Demi Masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali mereka yang berpesan kepada kebenaran dan kesabaran. 

Jika rasa jiwa kita serabut dan hidup tidak tenang. Cek kembali bagaimana kita manfaatkan amanah masa yang Allah berikan. Adakah kita sentiasa isi masa dengan perkara baik untuk bina jiwa kita? atau kita sekadar isi masa untuk mencari kebahagiaan jiwa dengan perkara yang melalaikan. Seronoknya hanya seketika, kemudian jiwa akan kembali serabut.

Ada orang serabut, dia cari lagu, tonton video atau cerita drama. Bukan tidak boleh tonton drama atau cerita, tetapi baca dulu komen orang yang pernah menonton. Kita boleh memilih untuk tidak menontonnya. Melainkan kita yang nak layan cerita itu.Layan cerita yang melalaikan, yang buka aurat dan yang mengandungi unsur maksiat. Selepas layan semua itu, akan terisi jiwa seketika, namun, ia hanya bersifat sementara. Sebaiknya elakkan isi masa dengan perkara tersebut. Hanya membuang masa dan membina hijab di jiwa. Maksiat akan halang hidayah dan kita perlukan hidayah dalam hidup kita.

Tanpa hidayah dan petunjuk daripada Allah. Kita akan kelam jiwa suram dan hidup kita tiada makna. Hasilnya jiwa kita tidak tenang dan lahirnya emosi amarah dan negatif. Emosi yang bercelaru dan sentiasa hidup pun akan tidak tenang Urus masa sebaik mungkin, Insyaallah kita akan berjaya urus emosi.






Sunday 26 September 2021

Bagaimana Saya Bermula?

 

Assalamualaikum semua. Saya Cikgu Siti daripada Sitikids Reading Centre. Pemegang Lisensi Phonicsmart Malaysia. PS0402.

Bagaimana saya bermula, saya bermula dari rumah. Saya bekas seorang guru yang mengambil keputusan tidak meneruskan karier sebagai guru di tadika mahu pun sekolah. Saya waktu itu baru lepas berpantang anak pertama. Saya terus duduk rumah dan cuba cari jalan untuk bekerja dari rumah.
Saya fokus mengajar membaca dan mengaji, bermula di rumah. Saya bermula penghujung tahun november 2015, saya tiada modal atau simpanan yang mencukupi.
Waktu itu saya tiada persiapan rapi, berbekalkan apa yang saya ada, semangat dan keinginan yang kuat, saya teruskan mengajar. Hanya saya seorang mengajar, tiada pembantu.
Waktu itu sudah ada modul bacalah anakku dan ReadEasy, saya tidak menggunakan sepenuhnya modul itu. Yang saya tahu mengajar membaca mengeja. Gunalah apa sahaja buku pun, saya dulu pun waktu kecil belajar membaca mengeja.
Hari demi hari, saya punya keinginan untuk maju ke depan semakin membara, saya tekad untuk ambil lesen phonicsmart. Saya pinjam duit suami tau masa itu, saya hanya ada sedikit simpanan tabung haji saya keluarkan.
Saya bermula dengan niat ingin membantu anak murid tadika saya yang ingin belajar membaca, dan saya cuba bantu anak kecil berhampiran rumah saya. Setiap tahun saya akan buat pembaharuan demi pembaharuan, sehingga lahirnya nama Sitikids Reading House.
Perjalanan membina Sitikids ReadingCentre panjang. Kami beroperasi di Taman Samarinda Alor Gajah dan bakal membuka cawangan seterusnya untuk bantu lebih ramai anak kecil mahir membaca dan mengaji. Ayuh! Kita tulis je impian kita, moga menjadi doa dan kenyataan. Amiin.
Yang Menulis Dari Hati.
~Cikgu Siti~
🌹Cikgu Baca & Ngaji🌹

Saturday 18 September 2021

Hijrah Tidak Mudah

 

Kenapa aku pakai purdah, sebab aku nak berubah. Hidup ini tak semuanya indah, hanya kembali pada Dia sahaja semua terasa indah.

Walau ianya tidak mudah, namun, aku percaya, semua atas aturan Allah. Bulan depan genap setahun aku berpurdah. Bulan pertama aku tak konsisten lagi, masuk je bulan kedua, aku tekad. Gerak hati dan jalan terus. Aku nak jadi lebih baik, aku pendosa yang mahu ke syurga.

Bagi aku, hijrah itu merangkumi semua, hijrah hati, hijrah fikiran dan hijrah fizikal. Setiap saat harus berusaha untuk hijrah. Aku tetap manusia, bukan malaikat. Ada amarah, ada kekhilafan. Namun aku belajar untuk ada pendirian yang tetap atas jalan yang aku pilih.

Pilihlah jalan yang membawa pada Dia, biar pun sukar dan penuh liku. Sungguh Syurga itu mahal.


Moga Allah redha dengan kita.

Cikgu Siti | Penulis | Cikgu Baca dan Ngaji

May be an image of one or more people, people standing, headscarf and body of water

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...