Tuesday 28 September 2021

Berjaya Urus Masa, Berjaya Urus Emosi

 Teks: Naimah Norman

Gambar: Koleksi Peribadi

Berjaya Urus Masa, Berjaya Urus Emosi. Masa itu amanah dan sangat bernilai daripada wang ringgit. Jika wang mungkin kita mampu ganti dan cari. Jika masa dah berlalu, hilangnya kita tak dapat ganti, kita hanya dapat kenang dan tidak akan dapat ganti yang sama.

Masa itu ibadat jiwa. Perlu dijaga dan diisi dengan perkara yang baik Supaya akan dapat hasil hidup yang baik dan bermanfaat. Jika dibiarkan masa itu, ibarat membiarkan jiwa yang kosong. Hidup akan terasa sangat tidak menyeronokkan. Malah jiwa akan tidak tenteram. 

Penuhi masa dengan perkara bermanfaat memberikan makanan kepada jiwa. Jiwa yang hidup akan mampu membina hidup lebih baik dan berjaya. Jiwa yang mati tanpa didisi dengan kebaikan akan terus tenggelam dalam keserabutan dan hasilnya hidup yang tiada nilai, walau mungkin hidupnya penuh dengan kemewahan dan kekayaan wang ringgit.

Masa itu juga makhluk Allah. Allah bersumpah dan mengingatkan manusia dalam surah Al Asr. Bahawa,Demi Masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali mereka yang berpesan kepada kebenaran dan kesabaran. 

Jika rasa jiwa kita serabut dan hidup tidak tenang. Cek kembali bagaimana kita manfaatkan amanah masa yang Allah berikan. Adakah kita sentiasa isi masa dengan perkara baik untuk bina jiwa kita? atau kita sekadar isi masa untuk mencari kebahagiaan jiwa dengan perkara yang melalaikan. Seronoknya hanya seketika, kemudian jiwa akan kembali serabut.

Ada orang serabut, dia cari lagu, tonton video atau cerita drama. Bukan tidak boleh tonton drama atau cerita, tetapi baca dulu komen orang yang pernah menonton. Kita boleh memilih untuk tidak menontonnya. Melainkan kita yang nak layan cerita itu.Layan cerita yang melalaikan, yang buka aurat dan yang mengandungi unsur maksiat. Selepas layan semua itu, akan terisi jiwa seketika, namun, ia hanya bersifat sementara. Sebaiknya elakkan isi masa dengan perkara tersebut. Hanya membuang masa dan membina hijab di jiwa. Maksiat akan halang hidayah dan kita perlukan hidayah dalam hidup kita.

Tanpa hidayah dan petunjuk daripada Allah. Kita akan kelam jiwa suram dan hidup kita tiada makna. Hasilnya jiwa kita tidak tenang dan lahirnya emosi amarah dan negatif. Emosi yang bercelaru dan sentiasa hidup pun akan tidak tenang Urus masa sebaik mungkin, Insyaallah kita akan berjaya urus emosi.






No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...