Tuesday 28 April 2020

Kita Mampu Sebab Itu Kita Diuji.



Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Cikti


Pagi ni sahur dengan budak kecik ni. Nak juga dhal rangup ni, terpaksa mama sorokkan. Hmm.

Selamat umur dua tahun kakak. Panggilannya sengaja mama panggil kakak dari umur sebulan lagi.

Bukan sebab anak mama ni nak jadi kakak. Sebab mama nak anak mama jadi matang dan ada sifat kepimpinan. Jadi perempuan yang kuat tak nak manja lembik sangat. 

Mendapat anak perempuan itu ujiannya besar. Nikmat bila mendapat anak perempuan selepas anak sebelumnya lelaki semua.

Mama berangan nak ada anak perempuan empat tahun lepas lagi. Masa mengandung anak ke dua si yusoff.

Bila mengandungkan kakak ni tak rancang langsung, adek si Yusoff pula baru 10 bulan masa tu.

Bingung kejap rasa. Anak kecil lagi tak sampai setahun nak ada adik dah. Rasa tak bersedia pun ada. Kita merancang. Namun, perancangan Allah itu yang terbaik.

Dah dua tahun kakak. Sekejap je masa berlalu. Ada juga peneman geng mama. Mama ingat nak ada dua anak je masa lepas lahirkan Yusoff dulu.

Tup tup, muncul kakak. Terima dengan redha. Cuma perjalanan mengandungkan kakak mama diuji dengan kemurungan. Panjang jalan ceritanya.

Apa pun, pasti ada sebab Allah beri sesuatu itu pada kita. Dia tidak akan membebani hambanya melebihi kemampuan hambanya sendiri.

Kita mampu, sebab itu kita diuji. Tanda kita hambanya yang taat, maka kita perlu terus kuat.

Mudahan mama mampu jadi contoh yang baik untuk kakak menjadi wanita syurga. Berjaya dunia akhirat. Sayang kakak Zulaikha banyak-banyak.❤️

Saturday 25 April 2020

Jaga Makan Jaga Iman, Insyaalllah Aman.


Tahun 2020, permulaan anak sulung Cikti ke sekolah tadika. Ya! seronok dan bercampur baur perasaan tu bila anak dah sekolah.

Alhamdulillah Mohamad boleh berdikari malah seronok ke sekolah. Cumanya mama risau dari segi penjagaan makan. Mujur tadika sediakan makanan. Mohamad suka makan jika pedas je dia tak habis makan.

Ok, makanan berat mama tak risau sangat. Yang merisaukan jika makan 'jajan'. Gula - gula manis dan keropok yang kadang ada je dibawa balik dalam beg.

Mana dapat tu abang? Mama tanya. Kawan bagi. Jawabnya. Kadang cikgu bagi.

Ok. Mama senyap je dulu. Lepas tu mama cakap, gula - gula manis tak elok makan tau abang. Lepas ni simpan ya kalau dapat.

Hmm. Ok mama. Itu je jawapan dia. Tapi dia makan juga. Kadang mama sorokkan. Hehe. Takdelah mama nak rampas ke apa. Cuma bab makan ni kena ajar dan fahamkan dia memang ambil masa. 😄

Budak memang suka gula - gula. Kita yang kena pantau selalu lagilah di sekolah ada kawan makan, dia pun nak juga.

Sebab makanan ni jadi darah daging dan mempengaruhi kelakuan anak. Kalau terlebih anak akan jadi "hiperactive" dan kuat meragam. Kita pula yang stress. Huhu


Bab makan kena selalu jaga, ia pun akan pengaruhi tahap kesihatan anak. Terlebih akan cepat batuk, selsema dan lemah antibodi. Anak demam kita yang risau nanti.

Banyak lagi Cikti nak kongsi sebenarnya.
Nanti kita kongsi lagi cerita ya. Panjang Cikti nak cerita, lama tak menuliskan. Oklah. Jaga makan, jaga iman. Insyaalllah aman.







Salam Ramadhan Kareem

Teks: Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan salam kasih sayang semua pembaca blog Cikti. Izinkan saya bahasakan diri sebagai Cikti. Jika formal bolehlah panggil Cikgu Siti.

Salam perkenalan semua. Moga dalam rahmatnya. Selamat menyambut Ramadhan yang dirindui. Maafkan saya lama tidak menulis kerana kengkangan masa dan jiwa.



Menulis memerlukan jiwa. Hanya jiwa yang penuh kasih sayang dan bersih jiwanya mampu menulis sehingga sampai ke sekalian jiwa - jiwa manusia.

Apa khabar jiwa kalian?Sihatkah iman, sihatkah kasih sayang? Atau jiwa penuh keladak dan kerak kebencian.

Dunia akan terus berputar. Masa akan terus bergerak. Jiwa kita mesti juga berubah seiring peredaran masa dan zaman.

Selamat menyambut Ramadhan 2020. Alhamdulillah bertemu lagi Ramadhan. Terima Kasih Allah. Moga kita terus berubah lebih baik dari sebelumnya.





Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...