Tuesday 28 April 2020

Kita Mampu Sebab Itu Kita Diuji.



Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Cikti


Pagi ni sahur dengan budak kecik ni. Nak juga dhal rangup ni, terpaksa mama sorokkan. Hmm.

Selamat umur dua tahun kakak. Panggilannya sengaja mama panggil kakak dari umur sebulan lagi.

Bukan sebab anak mama ni nak jadi kakak. Sebab mama nak anak mama jadi matang dan ada sifat kepimpinan. Jadi perempuan yang kuat tak nak manja lembik sangat. 

Mendapat anak perempuan itu ujiannya besar. Nikmat bila mendapat anak perempuan selepas anak sebelumnya lelaki semua.

Mama berangan nak ada anak perempuan empat tahun lepas lagi. Masa mengandung anak ke dua si yusoff.

Bila mengandungkan kakak ni tak rancang langsung, adek si Yusoff pula baru 10 bulan masa tu.

Bingung kejap rasa. Anak kecil lagi tak sampai setahun nak ada adik dah. Rasa tak bersedia pun ada. Kita merancang. Namun, perancangan Allah itu yang terbaik.

Dah dua tahun kakak. Sekejap je masa berlalu. Ada juga peneman geng mama. Mama ingat nak ada dua anak je masa lepas lahirkan Yusoff dulu.

Tup tup, muncul kakak. Terima dengan redha. Cuma perjalanan mengandungkan kakak mama diuji dengan kemurungan. Panjang jalan ceritanya.

Apa pun, pasti ada sebab Allah beri sesuatu itu pada kita. Dia tidak akan membebani hambanya melebihi kemampuan hambanya sendiri.

Kita mampu, sebab itu kita diuji. Tanda kita hambanya yang taat, maka kita perlu terus kuat.

Mudahan mama mampu jadi contoh yang baik untuk kakak menjadi wanita syurga. Berjaya dunia akhirat. Sayang kakak Zulaikha banyak-banyak.❤️

No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...