Monday 14 August 2017

Pujian Bantu Tingkatkan Kreativiti Anak

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Sambil mama buat kerja di Soho, sambil lihat Mohamad mewarna.



Kadang anak ni perlukan kita untuk lihat mereka. Hargai bakat mereka. Pujian itu sudah cukup untuk mereka.

Hasil mewarna. Warna sikit, tunjuk pada mama, warna sikit tunjuk.


Mama puji, puji dan puji. "Pandainya abang mohamad mewarna". Lagi semangat anak nak warna.

Mereka rasa yakin, tambah semangat nak lakukan sesuatu. Lebih kreatif dan yakin untuk mencuba sesuatu.

Pujilah anak. Pujilah mereka.

Monday 7 August 2017

Warnakan Huruf Hijaiyyah Berbaris Dan Sebut

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar : Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah Melaka

Aktiviti semalam kita gunakan warna air. Warnakan huruf hijaiyyah. 

Siap warnakan baca huruf berbaris tersebut.

 Sebelum itu cikgu semak dahulu  bacaan Al Quran




Ok. kita tunggu kering baru boleh simpan dalam fail ya sayang cikgu semua. 

Sunday 6 August 2017

Silaturrahim Pembuka Rezeki.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Kisah ini berlaku 2 tahun lalu. Saya pergi jamuan raya di surau taman saya.

 Sambil menjamu selera, saya bersembang dengan seorang wanita. Sembang kisah kehidupan. Dia ada 6 orang anak.

'Kak kerja'? Tanya saya.

'Niaga makanan sikit, kerepek, roti hantar kat koperasi-koperasi sekolah'. Jawab wanita itu.

'Ni kerja apa'? Tanya dia pada saya.

'Dulu ngajar tadika, sekarang ni kat umah bisnes produk online sikit-sikit'. Jawab saya.

Tengah kami bersembang, amzar anak murid masa tadika dulu datang dan duduk atas riba wanita itu.

'La, ibu amzar ke ni'. Kata saya.

Amzar tersipu malu-malu kucing.

'Amzar, kenal lagi tak teacher, siapa ni? saya bertanya padanya.

Dengan senyuman yang menampakkan gigi depannya yang rongak, dia menjawab,

'kenal je, cikgu siti'.

Kemudian, dia menyendeng-nyendeng manja pada bahu ibunya itu.

Wanita itu senyum je dan meluahkan,

'Amzar ni, saya risau tak boleh lagi membaca. Kat rumah main je'. Luah ibu itu dengan wajah resah.

'Yeke...boleh tu, kena rajin. Sesetengah  budak susah dapat melalui pembacaan. Mungkin boleh guna cara audio atau video'. Cadang saya.

'Entahlah, risau saya. Dah nak masuk darjah 1 tahun depan.

Hmmmm..Saya hantar dorang tuisyen dengan cikgu boleh ya? Ibu itu bertanya.

Nampak wajahnya serius mahu saya mengajar anaknya.

Allah...luas betul rezekimu.

'Insyaallah...tiada aral boleh kak'. Jawab saya.

'Nanti saya datang umah cikgulah,
kita bincang ya'. Kata wanita itu sungguh-sungguh.

Namun, kami masing-masing tak bawa telefon. Tak dapat nak ambil nombor untuk berhubung.

 Saya dah usahakan cari pen tapi tiada. Saya bertanya para ibu di surau tu. Tiada juga.

'Tak pe lah, ada rezeki, adalah. Lagi pun, duduk satu taman. Pusing-pusing situ juga. Cuma nombor rumah je yang dapat saya berikan pada wanita itu.

Saya tawakkal je. Ada rezeki ada. Rezeki tak diduga. Rezeki Allah maha luas. :)

Terharu saya dengan kesungguhan wanita itu. Saya harap, kami akan kekal bersilaturrahim. Insyaallah.

Sehingga hari ini, saya kadangkala terserempak dengannya. Kadang nampak lalu membonceng motosikal. Kami berbalas senyuman.

Alhamdulillah atas segala nikmat kasih sayang anugerah Ar Rahman Ar Rahim.


Saturday 5 August 2017

Kehidupan Dan Kematian Tiada Siapa Dapat Meramal Dengan Tepat.

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Koleksi Peribadi.

3 Ogos hari lahir saya. Alhamdulillah usia saya sudah mencecah 29 tahun. Makin bertambah usia, makin dekat dengan kematian.

Kehidupan dan kematian tiada siapa dapat meramal. Allah yang menentukannya. Yang mencoraknya kita sendiri.

Hadiah hari jadi istimewa bagi saya tahun 2017 ini, Allah berikan anak syurga ini,. Tarikh lahirnya sama dengan saya. 3 Ogos.

Saya mengajar zaquan kelas membaca personal. Istimewa hanya untuk zaquan. Zaquan sangat istimewa bagi saya.



Friday 4 August 2017

Usaha sehabis daya. Maksimumkan potensi diri kita.

Teks: Siti Naimah Norma
Gambar: Sumber Google

Tiada siapa boleh meramal masa depan. Takdir memang sudah tertulis tapi ia boleh berubah dengan usaha dan doa.

Siapa kita hari ini akan menentukan siapa kita tahun akan datang. Ia kata pakar motivasi. Secara logiknya kita boleh terima pandangan itu.

Apa yang kita amalkan akan jadi sikap kita, kebiasaaan kita akan jadi tabiat kita. Amalkan yang bak-baik sahaja, insyaallah hasil sikap yang baik akan terbentuk.

Tiada siapa boleh ramal apa kita akan jadi pada masa depan. Namun, dengan usaha kita hari ini, ia sedikit sebanyak akan mencorakkan siapa kita pada masa hadapan.


Sebelum saya buat kelas, saya seorang surirumah. Berhenti ikut suami berhijrah.

Dapat kerja guru kontrak. Tak sambung kontrak selepas melahiran anak sulung. Tekad nak jaga anak sendiri.

Allah takdirkan hari ini saya menjadi cikgu juga. Buat kelas membaca dan mengaji Al Quran. Ia adalah fokus saya masa zaman belajar lagi.

Zaman belajar dulu, pergi usrah nak tarbiyah diri, lepak surau dengan mak cik-mak cik. Surau seksyen 2, Shah Alam kenangan terindah. Saya rindu nak ke sana. :(

Hari ini Allah nak saya sampaikan ilmu. Teruskan mentarbiyah diri melalui tarbiyah orang lain.

Allahuakhbar! Kita hanya hamba yang berusaha dengan ikhtiar dan doa.

Kuasa kita dan kemampuan kita terbatas, namun usah bataskan potensi kita.


  • Usaha sehabis daya. Maksimumkan potensi diri kita. Buat dan terus buat. 


Salam Kasih dan Sayang;
~Cikgu Siti Naimah~


Thursday 3 August 2017

Kita Hanya Menumpang Rezeki Anak - Anak

Teks: Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Cari rezeki bawak anak-anak. Biarlah apa yang orang kata.

Kerana asbab anak-anak inilah rezeki itu hadir. Terima kasih sayang mama.


P/s: Gambar masa ramadhan tadi.

Bulan lepas mama keluar, ada urusan di pejabat pos, lepas itu, singgah kedai runcit cari barang dapur sikit.

Seperti biasa, mama gendong Adek sambil pilih barang. Mohamad tolong mama pilih bawang dan kentang. Tolong letak barang di kaunter.

Nak bayar, tiba-tiba mohamad hulur duit. Ha! mana dapat duit ni. Ada mak cik bagi duit raya pada Mohamad RM5.

Mak ciknya dah pergi. Tak sempat mama nak ucap terima kasih.

Mohamad, Allah sayang Mohamad tau, Allah bagi hadiah pada Mohamad sebab tolong mama.

Mohamad jadi anak soleh, Allah sayang. Mama tumpang rezeki Mohamad.


Kadang nak berlebihan marah anak, berfikir banyak kali. Ini amanah, ini hadiah, ini pinjaman.

Kita hanya pegang amanah menjaga anak ini. Kita bukan pemilik kekal anak ini.

Muhasabah diri selalu. Anak membawa bahagia, anak membawa berkat dan rahmat.

#wahm #tutor #blogger
#mamamohamadyussoff


Wednesday 2 August 2017

Allah Memang Didik Kita Buat Perkara Sama Berulang Kali Tanpa Jemu, Tanpa Putus Asa.

Allah tarbiyah kita buat perkara sama berulang kali.

Solat, puasa dan ibadah perlu ulang setiap hari agar lebih baik.

Begitulah kita perlu jalani hidup ini kalau nak berjaya, ulang buat perkara yang sama.

Buat sampai jemu, muak dan sampai mahir betul. Nak jadi mahir bukan sehari dua.

Ia makan masa. Yang penting teruskan buat, jangan putus asa, tau-tau dah jadi pakar. Petik jari je boleh buat. 👌 Gitu



Selamat datang Ogos yang penuh kebahagiaan. Alhamdulillah nikmat dipanjangkan usia 29 tahun hari ini.

Semoga Allah melapangkan dada, menetapkan hati kita dalam kebaikan sentiasa.

Sepanjang hidup kita, perjalanan yang panjang ini, moga di Sana nanti kita dapat menjawab apa yang kita lakukan masa muda kita, masa lapang kita, masa senang
& masa sihat kita. Mudahan. Aamiin.

Salam Kasih & Sayang;
~Cikgu Siti Naimah~

Mengenal Maghraj Huruf Hijaiyyah

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah, Melaka.



Tulis huruf hijaiyyah pada gambarajah rangka muka.

Tempat keluar huruf melalui bibir, Gigi, lidah, anak tekak dan tekak.

Kedudukan lidah yang betul menentukan bunyi yang keluar.

Antara huruf yang keluar melalui bibir adalah /nun/ wau/ ba/ mim. Bibir mesti digerakkan, baru boleh sebut huruf ni.




Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...