Sunday 6 August 2017

Silaturrahim Pembuka Rezeki.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Kisah ini berlaku 2 tahun lalu. Saya pergi jamuan raya di surau taman saya.

 Sambil menjamu selera, saya bersembang dengan seorang wanita. Sembang kisah kehidupan. Dia ada 6 orang anak.

'Kak kerja'? Tanya saya.

'Niaga makanan sikit, kerepek, roti hantar kat koperasi-koperasi sekolah'. Jawab wanita itu.

'Ni kerja apa'? Tanya dia pada saya.

'Dulu ngajar tadika, sekarang ni kat umah bisnes produk online sikit-sikit'. Jawab saya.

Tengah kami bersembang, amzar anak murid masa tadika dulu datang dan duduk atas riba wanita itu.

'La, ibu amzar ke ni'. Kata saya.

Amzar tersipu malu-malu kucing.

'Amzar, kenal lagi tak teacher, siapa ni? saya bertanya padanya.

Dengan senyuman yang menampakkan gigi depannya yang rongak, dia menjawab,

'kenal je, cikgu siti'.

Kemudian, dia menyendeng-nyendeng manja pada bahu ibunya itu.

Wanita itu senyum je dan meluahkan,

'Amzar ni, saya risau tak boleh lagi membaca. Kat rumah main je'. Luah ibu itu dengan wajah resah.

'Yeke...boleh tu, kena rajin. Sesetengah  budak susah dapat melalui pembacaan. Mungkin boleh guna cara audio atau video'. Cadang saya.

'Entahlah, risau saya. Dah nak masuk darjah 1 tahun depan.

Hmmmm..Saya hantar dorang tuisyen dengan cikgu boleh ya? Ibu itu bertanya.

Nampak wajahnya serius mahu saya mengajar anaknya.

Allah...luas betul rezekimu.

'Insyaallah...tiada aral boleh kak'. Jawab saya.

'Nanti saya datang umah cikgulah,
kita bincang ya'. Kata wanita itu sungguh-sungguh.

Namun, kami masing-masing tak bawa telefon. Tak dapat nak ambil nombor untuk berhubung.

 Saya dah usahakan cari pen tapi tiada. Saya bertanya para ibu di surau tu. Tiada juga.

'Tak pe lah, ada rezeki, adalah. Lagi pun, duduk satu taman. Pusing-pusing situ juga. Cuma nombor rumah je yang dapat saya berikan pada wanita itu.

Saya tawakkal je. Ada rezeki ada. Rezeki tak diduga. Rezeki Allah maha luas. :)

Terharu saya dengan kesungguhan wanita itu. Saya harap, kami akan kekal bersilaturrahim. Insyaallah.

Sehingga hari ini, saya kadangkala terserempak dengannya. Kadang nampak lalu membonceng motosikal. Kami berbalas senyuman.

Alhamdulillah atas segala nikmat kasih sayang anugerah Ar Rahman Ar Rahim.


No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...