Wednesday 17 April 2019

Ajar Anak Menggunting


Teks:  Siti Naimah Norman
Gambar: Kelas Cepat Membaca TCS

Biasakan anak menggunting, untuk latih kekuatan tangan ketika menulis. Ia juga bagus untuk latih fokus anak.

Aktiviti menulis, tajuk ini buah tembikai. "Dah kenapa hitam buah tembikai tu abang?" "Hangus ke apa. Hehe


Mama tanya juga, kenapa abang warna kulit tembikai banyak- banyak warna? Kulit tembikaikan warna hijau. 

Dia jawab "biarlah, abang nak warna banyak-banyak macam pelangi tu".

Hmm, mama diam je. Fikir mama, takpelah anak berimiginasi di luar kotak itu bagus.

Nanti mama tunjuk buah tembikai sebenar ya pada abang.

Thursday 4 April 2019

Cuba Kawan Diri Kita.


Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Tiada siapa boleh kawal diri kita melainkan diri kita sendiri.

Kita sendiri, perlu kawal. Kerana hati, minda dan tindakan kita sendiri yang pilih. 

Sukar? Ya Bukan mudah namun tidak mustahil. 

Tekanan konflik diri sendiri atau dari orang lain, itu normal. Dari situ kita belajar.

Lama saya tidak menulis, rancangan Mac nak merempit. Namun tidak berjaya. 

Ya sudah April. Mudahan saya terus konsisten menulis. Meninggalkan ilmu yang bermanfaat, bekal amal jariah saya di sana.

Cari kekuatan, cari semula semangat dan bina kehidupan lebih baik. Untuk yang tersayang, Bukan semata-mata untuk diri sendiri.

#motivasipagi

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...