Wednesday 18 January 2017

Jadikan Hidup Ini Bermakna


Hidup ini singkat, jadikan ia bermakna. Kita berjuang setiap hari. Realiti apabila bekerja di rumah. Anak-anak jadi staff sama. Apa - apa la nak, janji dikau bahagia. Sepahkanlah lagi, sepahkanlah lagi. Nanti kita kemas sama-sama.


Waktu terindah melihat anak-anak membesar depan mata. Biarkan mereka meneroka. Anak kecil di rumah, usah harap akan sentiasa kemas 24jam.


Sebelum kelas nanti mama kemas. "Kakak, Abang nak belajar, nak ngaji. Pesan mama.


"Akak, Abang bajar, aji" Jawab mohamad sambil angguk-angguk.


Gembirakan anak, layan anak, jika tidak mereka akan memberontak. Mengamuk dan menangis tanpa henti. Ia menunjukkan mereka protes. Mama hadiahkan mohamad Berynna ni.
Tengok tu, suka betul dapat Berynna ni. Mama pun rasa sikit, sedap! Patut nak bertambah-tambah Mohamad.


Tuesday 17 January 2017

Tuisyen Sekolah Rendah Tahap 1

Teks; Siti Naimah Norman
Gambar; Cikgu Siti

Alhamdulillah, Tuisyen Cikgu Siti Sesi 2017 telah berlangsung. Sekarang sudah masuk minggu ke 3.





Monday 16 January 2017

Persediaan Sebelum Berhenti Kerja

Apa sahaja yang kita lakukan perlu fokus pada matlamat asal. Mesti bina matlamat dan usaha mencapainya. Bekerja dari rumah adalah impian saya, sejak sebelum kahwin. Niatnya hanya satu ingin menjaga anak sendiri. 

Semasa mengandungkan anak pertama, saya pernah bekerja sebagai guru di Tadika IPD Alor Gajah, Melaka secara kontrak. Apabila tamat sahaja kontrak, saya buat keputusan untuk tidak bekerja dan usaha jana pendapatan sendiri dari rumah.

Waktu itu, ada simpanan 3 bulan semasa saya bekerja sebagai guru dan simpanan-simpanan sebelumnya. Semua itu tidak terusik. Suami tdak penah mengharap saya belanja dut gaji saya, katanya, simpan sahaja duit tu. 

Gaji suami tidaklah besar, kerja kilang. Berjimat cermat dan rancang perbelanjaan. Memang rasa sakit dan tersekat semuanya. Namun, saya bersyukur, hari ini saya belajar kepentingan merangka perbelanjaan dan buat simpanan. 

Bekerja sendiri, gaji tidak tetap. Berbeza jika kerja makan gaji, hujung bulan gaji masuk, kadang dapat bonus sekali. Sediakan matlamat kewangan sebaiknya walaupun makan gaji. Mana tahu tiba-tiba, hati terdetik nak berhenti, mungkin kerana anak, kerana mengikut suami atau memang mahukan kebebasan pekerjaan.

Contoh matlamat kewangan sebelum 'resign'.
1. Sediakan buku MATLAMAT KEWANGAN SEBELUM RESIGN.

2. Matlamat zero hutang dengan kadar segera. Letak tarikh secara spesifik.

3. Membina pendapatan aktif dan pasif. Berapakah sasaran pendapatan bulanan untuk pendapatan aktif dan berapakah pendapatan dari sumber pasif.

4. Membina rumah tanpa perlu berhutang. Tabung perumahan atau menghadiri mana-mana program yang dipantau oleh pasukan yang bertauliah dan berkelayakan.
5. Mempunyai rekod aliran tunai.

6. Mempunyai matlamat simpanan bulanan.

7. Matlamat pelaburan untuk hari tua.

8. Matlamat simpanan untuk persaraan.
9. Matlamat percutian bercuti melalui tabungan.

Sumber: Ebook Yeay! Mama Sudah Resign

Buat persediaan, rancang dan laksanakan. saya berjaya meyakinkan suami untuk redha saya bekerja sendiri. Bukan mudah, semuanya bermula dengan memasang impian. Hari ini, saya teruskan perjuangan untuk bina kejayaan lebih lagi. Kita berjuang setiap hari. Yeah!

"Hidup ini singkat, jadikan ia bermakna".

Salam ceria, salam perjuangan.
(Cikgu Siti)

Friday 6 January 2017

Pentingnya Mengurus Emosi Semasa Bekerja Di Rumah.

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: koleksi peribadi & ABDR

Mengurus emosi sangat penting. Tidak kira bekerja di mana sekali pun. Cumanya, apabila bekerja di rumah, bersama anak-anak dan ahli keluarga, emosi akan lebih teruji.

Penting sangat pengurusan emosi apabila bekerja di rumah. Jadi usahawan, tukang basuh, masak, kemas dalam pada masa yang sama jadi pengasuh.

Kalau tidak urus emosi dengan betul, mak akan jadi "hijau" dan "terbakar" je. Bertambah penat, bertambah tertekan. Nak meraung rasa.


Minggu pertama uruskan 2 orang anak sangat menguji jiwa, mental dan fizikal.
Rasa hairan, kenapalah rasa penat sangat. Duduk berfikir, merenung diri.

Rasa penat tu lumrah, tapi ia bertambah apabila disertakan emosi marah, tengking anak, malah tak kurang naik tangan pada anak.

Mengurus seorang anak lain caranya, urus anak 2, 3, 4 dan 5 anak lain caranya. Saya terfikir, bagaimanalah ibu yang 12 anak, sedangkan saya baru 2 anak, dah rasa semput.

Saya cuba belajar untuk selalu tenang, tenang dan tenang. Tarbiyah hati selalu. Kuatkan rohani, banyakkan membaca.

Antara yang saya baca adalah mini ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah. Sekarang sudah terbit edisi penuh.

Eksklusif Ebook tahun baru ini. 📖


RM50 untuk 3 eBook. Panduan buat mereka yang bekerja di rumah atau sedang merancang untuk mula bisnes di rumah.

Untuk dapatkan eBook tersebut, boleh hubungi saya melalui,

*Whatsapp: 0189069144
*Facebook saya: Siti Naimah Norman

Monday 2 January 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Teks: Naimah Norman
Gambar: Google

Bismillah. Assalamualaikum wrt.
Selamat tahun baru 2017 buat semua pembaca dan sahabat saya. Semoga tahun ini memberikan pembaharuan samaada dalam kehidupan berkeluarga, sebagai ibubapa dan usahawan.



Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...