Monday 16 January 2017

Persediaan Sebelum Berhenti Kerja

Apa sahaja yang kita lakukan perlu fokus pada matlamat asal. Mesti bina matlamat dan usaha mencapainya. Bekerja dari rumah adalah impian saya, sejak sebelum kahwin. Niatnya hanya satu ingin menjaga anak sendiri. 

Semasa mengandungkan anak pertama, saya pernah bekerja sebagai guru di Tadika IPD Alor Gajah, Melaka secara kontrak. Apabila tamat sahaja kontrak, saya buat keputusan untuk tidak bekerja dan usaha jana pendapatan sendiri dari rumah.

Waktu itu, ada simpanan 3 bulan semasa saya bekerja sebagai guru dan simpanan-simpanan sebelumnya. Semua itu tidak terusik. Suami tdak penah mengharap saya belanja dut gaji saya, katanya, simpan sahaja duit tu. 

Gaji suami tidaklah besar, kerja kilang. Berjimat cermat dan rancang perbelanjaan. Memang rasa sakit dan tersekat semuanya. Namun, saya bersyukur, hari ini saya belajar kepentingan merangka perbelanjaan dan buat simpanan. 

Bekerja sendiri, gaji tidak tetap. Berbeza jika kerja makan gaji, hujung bulan gaji masuk, kadang dapat bonus sekali. Sediakan matlamat kewangan sebaiknya walaupun makan gaji. Mana tahu tiba-tiba, hati terdetik nak berhenti, mungkin kerana anak, kerana mengikut suami atau memang mahukan kebebasan pekerjaan.

Contoh matlamat kewangan sebelum 'resign'.
1. Sediakan buku MATLAMAT KEWANGAN SEBELUM RESIGN.

2. Matlamat zero hutang dengan kadar segera. Letak tarikh secara spesifik.

3. Membina pendapatan aktif dan pasif. Berapakah sasaran pendapatan bulanan untuk pendapatan aktif dan berapakah pendapatan dari sumber pasif.

4. Membina rumah tanpa perlu berhutang. Tabung perumahan atau menghadiri mana-mana program yang dipantau oleh pasukan yang bertauliah dan berkelayakan.
5. Mempunyai rekod aliran tunai.

6. Mempunyai matlamat simpanan bulanan.

7. Matlamat pelaburan untuk hari tua.

8. Matlamat simpanan untuk persaraan.
9. Matlamat percutian bercuti melalui tabungan.

Sumber: Ebook Yeay! Mama Sudah Resign

Buat persediaan, rancang dan laksanakan. saya berjaya meyakinkan suami untuk redha saya bekerja sendiri. Bukan mudah, semuanya bermula dengan memasang impian. Hari ini, saya teruskan perjuangan untuk bina kejayaan lebih lagi. Kita berjuang setiap hari. Yeah!

"Hidup ini singkat, jadikan ia bermakna".

Salam ceria, salam perjuangan.
(Cikgu Siti)

No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...