Tuesday 8 December 2020

Lesen Mengajar Membaca Bacalah Anakku & ReadEasy

Ramai je yang buat duit dengan ajar Bacalah Anakku dan ReadEasy tanpa lesen.

Alah, ambil lesen bukan boleh ajar paling bagus pun. Betul. Tiada siapa pun boleh mengaku mereka paling bagus. 

Yang kita nak berkat. Berkat tu bila dapat restu dari guru pengasas modul yang kita guna tu. Bukan main ciduk muat je asal dapat buat duit.

Nak ambil lesen bayar beribu. Bukan kosong buat jalan terus ambil yuran pelajar. Dah pernah pergi kursus bukan tiket untuk buat kelas. Nak ajar anak sendiri bolehlah. 

Guru tak ambil lesen ni, bayar lagi murah, guru mengajar tiada latihan dan pemantauan. Asal boleh. Tak fikir halal ke. Berkat ke ilmu tu. Takut bila melibatkan hak orang.

Saya dulu nak mengajar membaca di rumah pun ambil lesen tau. Siap pinjam duit orang nak cukupkan modal. Janji dapat buat dengan jalan yang betul.

Ni belum lagi orang pertikai, aii mengajar di rumah pun yuran begini begitu ke. Kalau mengajar rumah sendiri, saya rasa elok tak yah letak yuran biar jadi sedekah jariah. Tapi, bukan rumah saya. Rumah ni saya bayar sewa. 

Alhamdulillah bulan Disember 2020 saya sah sebagai lisensi untuk kawasan Paya Rumput Perdana. Nak bantu lebih ramai anak mahir baca dan tulis insyaalllah. 




No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...