Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Google
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Google
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Anak - anakku ramai. Tanggungjawab dan amanahku besar. Semakin hari semakin ramai anak - anak sitikids yang nak mahirkan membaca dan mengaji. Alhamdulillah. Moga Allah mudahkan mereka faham dan lancar belajar.
Jalan juang ini bukan mudah, namun saya pasti Allah tidak akan membiarkan saya sendirian memperjuangkan ilmu dan agama untuk manfaat orang lain. Sebaik - baik manusia adalah yang manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Insyallah. Moga Allah pilih saya syahid di jalan kebaikan.
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Masa sangat terhad, tapi insyaallah rancang dan doalah Allah atur masa kita berkualiti untuk dapat bermain dengan anak. Masa kecil anak suatu kenangan yang tidak mungkin berulang dan sangat bermakna kerana ia adalah memori yang akan mereka ingat sampai dewasa kelak.
Anak masih kecil, mereka minat bermain dan akan ajak kita bermain sama. Berilah anak hadiah mahal mana sekali pun, mereka tak ingat pun nilai mainan tu, yang mereka ingat siapa yang bermain dengan mereka.
Gambar : Koleksi Peribadi
Salah satu cara nak melatih anak menulis adalah dengan memberikan pendedahan aktiviti sensori yang banyak kepada anak. Seawal bayi boleh dimulakan kepada anak. Sentuhan dan kasih sayang anak semasa kecil memainkan peranan kepada perkembangan akal dan emosi anak apabila dewasa kelak.
Anak yang mendapat sentuhan fizikal dan juga emosi akan menjadi anak yang tinggi budipekerti. Sentuhan fizikal bukan sahaja perlu diberikan oleh ibubapa kepada anak seperti belaian dan ciuman, tetapi anak itu sendiri perlu diberikan pendedahan sentuhan sensori kendiri. Salah satunya berikan aktiviti yang anak boleh lakukan sendiri dengan pemantauan ibubapa. Ia membantu anak menguatkan saraf, otot dan melatih anak berdikari.
Sejak usia anak bayi, ibubapa boleh memberikan sentihan dan gosok badan anak sekerapnya. Selain mengurut dan mencium anak. Banyak lagi aktiviti kita boleh lakukan untuk anak ada saraf dan otot yang kuat seiring usianya nanti. Semakin membesar, otot dan saraf anak akan berkembang. Sepanjang tempoh itulah, kita perlu berikan sentuhan fizika, yang mencukupi kepada anak.
Gambar bawah ini adalah anak perempuan saya usianya 2 tahun lebih makan nasi memang bersepah. Kita rasa tertekan jika tidka faham fitrah anak kecil ini. Memang renyah dan sakit mata tengok. Tapi itulah yang bagus untuk melatih anak belajar menulis nanti. Anak akan bersikap lebih berdikari. Insyaallah.
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar : Sumber Google
Apa kita fikir, itulah hidup kita. Hidup kita banyak ditentukan daripada apa yang kita fikirkan. Guru saya pernah kata, Apa kita fikir mempengaruhi apa keputusan dalam hidup kita. Dalam hidup ini perlu fikiran positif dan baik - baik, agar akan datang yang baik- baik juga pada kita.
Seteruk mana pun hidup kita, susah atau dilanda ujian jika kita mampu berfikir baik dan melihat hikmah, Insyaallah kita akan mampu mengawal tindakan kita. Tindakan kita itulah keputusan hidup kita.
Apa yang penting, berikan hak pada pemikiran kita. Fikiran kita yang terletaknya di akal atau otak. Otak perlukan makanan yang baik dan sesuai agar dapat menghasilkan input atau disembut mental atau akal. Sangat penting jaga otak agar dapat menjaga fikiran kita.
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Anak anakku ramai. Tanggungjawab amanahku besar. Sitikids Reading House. Tugas mengemaskini maklumat anak anak Sitikids. Bukan kerja mudah. Zaman Pendemik ni kita ambil alih sementara. Insyaallah, ada rezeki nak ada pembantu pengurus yang cekap dan berdisiplin. Amiin. Doakan.
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Facebook Siti Naimah Norman
Next projek sawi. Rasa banyak pulak letak anak benih tadi. Kita tunggu hasilnya. Jiran belakang rumah dah tegur, tanam bunga ke kak. Haah, tanam pokok. Insyaalllah suatu hari kita akan jadi petani yang berjaya. Sepuluh tahun lagi. Berangan itu free je.
Teks: Siti Naimah Norman
Dalam hidup ini, sentiasa akan ada cabaran dan ujian. Semua itu bukan saja - saja Allah bagi pada kita. Semua pasti bersebab dan pasti akan ada hikmah.
Kita rasa sedih dan sakit sangat. Rasa nak nangis dan perasaan geram. Rasa itu normal sehinggalah kita kembali kepada Allah, baru hati akan damai. Kembali mengingati Dia, rasa sedih dan menangis, tetapi lega. Menangis dalam mengingati Allah lebih baik berbanding ketawa dalam kemaksiatan.
Allah atur hidup kita, kita milik Dia dan Dia berhak menentukan jalan hidup kita. Yang pasti Allah tidak mentakdirkan sesuatu dengan sia - sia. Kita Hamba Dia, terima dan belajar redha. Redha tanpa persoal kenapa aku diuji, kenapa aku begini, dapat begini, kenapa aku tak buat jahat, tapi dapat jahat.
Damailah dengan takdir Allah. Apa yang buruk itu mungkin baik bagi kita. Datangnya ujian, buat kita lebih kuat jiwa, kita ubah hidup kita, kita jadi lebih baik daripada sebelum itu. Kita tetap ada pilihan. Takdir boleh diubah dengan doa dan usaha.
Tiada Yang Sia Sia Aturan dan Ujian Allah Beri. Percaya dan yakin. Teruskan perjalan hidup kita tanpa menyesali atau mempersoal banyak takdir yang Allah beri. Disamping berusaha buat yang lebih baik dan hargai diri dan orang yang bersama dengan kita.
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Sumber Google
Proses nak berjaya itu bukan mudah.
Perlu sentiasa kuat dan tabah.
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Google
Teks: Siti Naimah Norman
Video: Koleksi Kelas Cepat Membaca Sitikids
Minggu lepas, ada seorang budak datang bagi salam. saya intai di sebalik jendela, kelihatan seorang budak lelaki di luar pagar menunggu sambil membonceng basikal.
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
![]() |
Hadiah Daipada Staff. Terima Kasih. |
3 Ogos hari lahir saya!
Terima kasih Allah panjangkan umur saya sehingga saat ini. Ya Allah, kurniakan aku usia yang berkat, fizikal yang sihat, akal yang cerdas, teman yang ikhlas dan kehidupan yang bahagia dunia dan akhirat. Amin.
Terima Kasih atas ucapan hari lahir 3 ogos dan hadiah yang sangat bermakna. Semoga doa yang baik itu kembali pada kalian yang mendoakan juga.
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...