Tuesday, 3 February 2015

Apa Yang Menariknya Blog?

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Peribadi

Saya pernah bertanya pendapat seorang rakan mengenai KELAS BLOG. 

"Saya nak belajar buat blog la" . Saya menyatakan hasrat itu pada rakan saya.

 "Belajar blog? blog pun nak belajar ke? bukan ke senang je blog?" Rakan saya mempersoal semula.

"Haah, blog bisnes. Blog personal tidak sama dengan blog bisnes. Cara penulisan, kaedah dan format mesti lain". Jawab saya.

"Oh, yeke?" Rakan saya menjawab dengan nada tidak menyokong. Perbualan kami terhenti di situ.

Barangkali dia tidak minat blog. Pada fikirannya mungkin blog ini semata-mata menulis, mengarang dan bercerita. Sama juga dengan pemikiran saya kerana sebelum ini, saya pernah memiliki blog tetapi tidak konsisiten hingga akhirnya ianya telah hilang daripada carian 'google'. Tujuan saya menghasilkan blog kerana saya ingin berkongsi tazkirah yang boleh menjadi inspirasi untuk orang lain. Salah satu jalan dakwah maya saya. Ini Blog lama saya sebelum saya belajar kelas blog.
Blog Lama Saya
Saya nekad ingin teruskan hasrat belajar blog. Saya pernah juga cuba membina blog bisnes sendiri tetapi saya tetap tidak konsisiten dan blog kelihatan tidak menarik. Oleh kerana saya mempunyai kengkangan untuk hadir ke kelas, ia menjadikan saya tegas untuk memilih Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai platform untuk saya belajar dan membina jaringan bisnes. 

Saya hanya belajar secara online dan tidak perlu untuk saya keluar ke kelas. Hanya di hadapan "Laptop" dan "handphone" saya boleh menggali ilmu daripada guru ABDR. Mudah dan tidak membebankan saya. Alhamdulillah, sehingga hari ini saya telah bersama dengan ABDR selama 6 bulan. Angka bilangan pembaca blog saya juga kian meningkat. Ia petanda baik kerana menunjukkan blog saya ada pelawat dan pembaca. Rasa perjalanan lama sangat tetapi ianya menyeronokkan. 

Ternyata bukan mudah untuk menghasilkan blog yang berpengaruh dan disukai pembaca.  Adalah suatu kerugian jika kita tidak memanfaatkan medium percuma seperti blog sebagai pemasaran bisnes kita. Nampak seperti tidak 'gah' jika gunakan blog untuk bisnes, tetapi apa guna jika kita gunakan website tetapi hasil bisnes kita biasa-biasa sahaja. Modal banyak dikeluarkan untuk membina sesebuah website tetapi ia tidak membantu melariskan produk kita. Lebih baik bermula dengan medium percuma seperti blog yang menjimatkan kos.

ABDR menawarkan beberapa kelas untuk membantu para usahawan terutamanya wanita yang ingin mulakan kerjaya di rumah. Menjana pendapatan hanya dari rumah menggunakan medium blog. Kelas asas blog dan penulisan adalah antara kelas yang mendapat permintaan tinggi. 

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan?

a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal.
Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.


b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.

c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.

d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.

e. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 1000 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.

f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.

g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.

h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian ingin belajar asas blog dan penulisan untuk bisnes kalian, boleh hubungi saya melalui email naimahnorman@gmail.com atau Facebook saya Siti Naimah Norman. Saya akan bantu kalian. Sekian. 

Salam Bisnes, Salam Motivasi






No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...