Thursday 7 January 2016

Petua Apabila Tercekik Tulang Ikan


Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Google

KISAH TERCEKIK TULANG IKAN. BERKAT SELAWAT.
Ini kisah benar. Baru semalam berlaku. Petang semalam, saya makan nasi lauk ikan goreng dengan sayur sawi tumis air. Baru 2 kali suap, saya rasa tercekik tulang ikan. Saya terus berlari ke singki dan muntahkan semua makanan yang dimakan tadi.

Saya cuba nak keluarkan tulang itu seperti keluarkan kahak tapi tidak berhasil. Saya cuba lagi dan tekak saya perit pula. Masa itu juga Mohamad terjaga daripada tidur dan menangis. Saya dukung Mohamad dan cuba pujuk dia. Kerongkong saya masih rasa tidak selesa. Saya cuba juga keluarkan. Jolok tekak guna jari untuk keluarkan tulang itu tetapi tidak berhasil malah tekak jadi perit dan berdarah pula. Mohamad masih menangis lagi. Dipujuk pun tidak mahu diam. Saya letak dia atas lantai dan biarkan dia menangis. Allah sahaja yang tahu masa itu, saya sangat tertekan!

"Mohamad, kejap ya, mama nak keluarkan tulang ni. Mama tercekik ni". Kata saya pada Mohamad.

Tekak saya rasa tak selesa. saya risau dan tertekan. Saya ada kelas petang itu. Bagaimana nak selesa mengajar jika masih rasa ada tulang tersekat di kerongkong. Saya mesti keluarkan juga. Saya biarkan Mohamad menangis. Saya tiada pilihan. Anak sekecil Mohamad masih belum memahami apa yang berlaku. Dia menangis dan terus menangis.

Saya pula masih berusaha mengeluarkan tulang yang tersekat itu. Telan nasi, minum air dan sebagainya. Takkan saya nak hubungi suami yang ada di tempat kerja pula. Saya harus selesaikan sendiri masalah ini. Dalam keadaan tidak selesa kerana tulang masih tersekat di kerongkong, saya ambil mohamad. Pujuk dan susukan dia. Saya peluk dia. Rasa bersalah membiarkan dia menangis tadi. Namun, saya terpaksa.

Sambil menyusukan mohamad, saya cuba bertenang dan baca selawat. Banyak kali saya baca selawat sambil gosok leher saya. Saya gosok arah ke bawah sambil baca selawat dan membayangkan tulang itu bergerak ke bawah. Banyak kali saya buat. Ini ujian buat saya. Allah takkan uji jika saya tidak mampu.

Kemudian, saya mandikan mohamad dan bersiap untuk mengajar kelas petang itu. Mohamad sudah tenang dan bermain. Kebiasaannya saya akan mandikan mohamad sebelum saya mengajar supaya dia selesa dan tenang. Apabila saya mengajar dia akan bermain sendiri. Main kereta atau mainlah apa yang dia suka.

Saya akan sentiasa berpesan padanya, "Mohamad, mama ada kelas ya kejap lagi. Kakak abang nak belajar ya. Kita belajar sama-sama ya sayang".

Mohamad hanya anguk-anguk. aa..aaa... Itulah dialog mohamad kebiasaannya.

Sementara menunggu kedatangan anak murid, ada masa sebelum kelas bermula, saya sambung makan nasi yang tidak habis tadi. Saya perlu makan kerana saya perlukan tenaga. Saya dah tak fikir hal tercekik tulang itu walaupun tekak saya masih rasa tidak selesa. Saya makan perlahan-lahan. Mohamad sibuk bermain masa itu. Saya makan sehingga selesai.

Allahuakhbar, selepas makan dan minum air. Saya duduk rehat sebentar. Anak murid belum datang. Saya cuba telan air liur. Subhanallah! Tulang yang tersekat di kerongkong saya sudah tiada. Menakjubkan! saya rasa selesa. Allah. Berkat selawat. Masyaallah. Syukur sangat saya. Saya dapat mengajar dengan selesa petang itu. Terima kasih Allah!

Memang benar, selawat akan menjadi syafaat dan pertolongan kepada kita. Pertolongan bukan sahaja di akhirat tetapi juga di dunia. Pertolongan dalam apa sahaja urusan. Ia kisah benar yang berlaku. Ia bukti keagungan kalimah selawat.

ALLAHUMMASOLLLIA' LAMUHAMMAD, WAA'LAALIMUHAMMAD.

Allah! benar sungguh kekuasaanmu. Istimewa sangat insan bernama MUHAMMAD SAW. Jujur, semalam hari yang sangat bermakna buat saya.
 smile emoticon

Berselawatlah!
Berselawatlah!
Berselawatlah!

Ia suatu kebenaran yang nyata!

Kisah benar, Oleh Cikgu Siti.
Siti Naimah Norman
naimahnorman.blogspot.my
.
.
.
*Ikan sekadar gambar hiasan

No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...